Kisah Siti Di Banglo Mewah

25 May

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN (Emel: ent_editor@kosmo.com.my)

INILAH rumah banglo mewah milik Datuk K yang sebelum ini didiami Tengku Zawyah.

ORANG luar boleh berkata apa saja, tetapi realitinya hanya empunya diri yang tahu segala kebenarannya.

Justeru apabila kecoh kisah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dikatakan sudah berpindah ke banglo mewah yang pernah didiami suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bersama dengan bekas isteri, banyak kisah yang sebenarnya orang luar kurang arif tetapi masih sibuk berkata macam-macam.

Lebih mendukacitakan lagi, penyanyi ini sendiri diterjah dengan pelbagai kata-kata kurang elok, selepas dia dikatakan berpindah ke rumah bernilai lebih RM6 juta itu baru-baru ini.

Banglo berkenaan sebelum ini didiami oleh bekas isteri Datuk K, Tengku Zawyah Tengku Izham dan anak-anak selepas perceraian pada tahun 2005.

Bagaimanapun Pancaindera difahamkan Tengku Zawyah membuat keputusan untuk berpindah beberapa bulan lalu ke satu lokasi lain sementara menanti kediaman barunya di Kemensah, Selangor disiapkan penghujung tahun ini.

“Perpindahan Tengku Zawyah tidak ada kaitan dengan Siti dan saya. Tengku sendiri yang mahu berpindah. Insya Allah hujung tahun ini rumah baru dia akan siap di Kemensah dan dia akan tinggal bersama anak-anak,” kata Datuk K kepada Pancaindera menjelaskan sebab musabab bekas isterinya itu berpindah ke banglo berkenaan.

Oleh kerana banglo itu tidak berpenghuni, Datuk K mengajak kedua ibu bapanya, Siti Zainah Hanafi dan Muhammad Jiwa Abdullah berpindah ke situ beberapa bulan kemudian.

Dan atas permintaan Datuk K, semenjak awal Mei lalu Siti menyatakan kesudiannya untuk berulang alik ke banglo itu sekali gus bersama-sama menjaga Muhammad Jiwa yang menghidap strok.

“Memang benar Siti selalu ke banglo itu. Tetapi Siti belum pindah sepenuhnya. Banyak lagi barang Siti di kondominium kami,” kata Siti kepada Pancaindera.

Menurut Siti dia perlu akur dengan apa juga kata- kata orang luar yang mungkin membuat pelbagai tanggapan kepada dirinya selepas ini. Bagaimanapun sebagai manusia biasa dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak apatah lagi melarang mereka dari berkata buruk tentang dirinya.

“Tak perlulah orang luar pula yang buat spekulasi tentang diri Siti. Orang selalu dengar benda yang buruk saja, tak baik macam itu, tak sihat untuk mereka sendiri.

“Siti tahu apa yang Siti buat. Dan sebagai isteri, Siti akur dengan apa juga keputusan yang suami Siti buat untuk kami sekeluarga,” katanya.

* Kekok di rumah baru

Menceritakan tentang pengalamannya menjejaki rumah mewah itu, kata Siti pada awalnya dia merasa agak kekok serta kurang selesa.

Ini kerana semenjak berkahwin dengan suaminya itu, mereka cukup selesa di ruang kondominium penthouse sambil sesekali dilawati anak-anak tirinya.

“Mula-mula dulu Siti pun rasa kurang selesa. Sampai sekarang Siti masih dalam peringkat menyesuaikan diri, sebab tak rasa macam rumah sendiri.

“Tetapi tak apalah, sebagai isteri Siti kena akur, perlu ada persefahaman dengan suami dan ikut mana yang dia fikirkan baik,” katanya.

Pancaindera difahamkan sebelum ini Datuk K berhasrat untuk membina sebuah banglo lain untuk Siti.

Banglo yang dikatakan berharga hampir RM10 juta itu sedang dalam peringkat perbincangan awal dengan pihak arkitek. Dan bagaimana pula dengan perancangan berkenaan? Apakah banglo khas untuk Siti Nurhaliza itu bakal terbina atau sebaliknya?

“Belum tahu lagi. Buat masa sekarang keutamaan saya ialah kepada ayah yang sedang sakit. Semasa saya membina rumah ini (banglo di Bukit Antarabangsa) saya berhasrat untuk membawa ibu bapa saya tinggal bersama.

“Dan Alhamdulillah sekarang hajat saya tercapai untuk membawa ibu bapa saya ke rumah saya ini. Hal yang lain tu biarlah kami fikirkan kemudian” kata Datuk K lagi.

Powered by Utusan Malaysia

About these ads

5 Responses to “Kisah Siti Di Banglo Mewah”

  1. nana9284 September 14, 2008 at 9:03 am #

    nak wat pe la umah banyak2 dan bernilai mewah pulak tuh?kalau tinggal dgn family ramai2 meriah jugak tapi…..harta benda tak boleh dibawa ke eubur

  2. saye x suke ct dan datuk k March 12, 2009 at 3:38 pm #

    tau xper……ko blagak je erk nak ckp buat umah 10 juta!!!!tau la byk dt…idop dlm kesedehanaan sudeh!!!

  3. saye suke ct dan datuk k March 31, 2009 at 5:43 pm #

    aku nak sangat jadik cam siti.menjadi org yg tersendiri dalam mendapatkan apa yang diimpikan dgn cara yang tersendiri.asal dengan cara baik…lebih d hormati dgn cara yang terhormat.yang pasti,siti is very lucky person.mau jadi macam dia sangat2!! ;))

  4. ida April 16, 2009 at 4:23 am #

    moga kekal abadi n setia utk siti sapa akhir hayat….

  5. mie April 23, 2009 at 12:35 am #

    ..yelah dah itu yang dier pilih/di pilih …..biarlah dia adap semua tu….dah dijanjikan dalam dunia ni…apa ko nak semua tuhan beriii……tapi sendiri mau tanggung……

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: