758 Terima Anugerah, Pingat Kebesaran Melaka

10 Oct

Oleh Amirullah Andi Nur
arullah@bharian.com.my

MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob hari ini.

Abdul Aziz dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) iaitu anugerah ketiga tertinggi membawa gelaran Datuk Wira. Dua lagi menerima anugerah itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh dan Presiden Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka, Prof Emeritus Datuk Dr Md Yusop Hashim.

Shah Rukh Khan yang mempunyai ramai peminat di negara ini adalah antara 77 penerima anugerah bagi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) iaitu anugerah keempat tertinggi membawa gelaran Datuk.

Penerima lain adalah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong; Exco kerajaan negeri, Gan Tian Loo; Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Dr Muzahet Masruri; Penasihat Perdana Menteri Thailand, Suthiphan Srisrikanon; Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, Datuk Jalilah Baba; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Farida Mohd Ali.

Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Lamien Sawiyo; Setiausaha Bahagian Majlis Keselamatan Negara, Che Moin Umar; Setiausaha Bahagian Perbendaharaan, Shuib Md Yusop; Panglima Sistem Armada TLDM, Laksamana Pertama Yahya Hashim; Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Polis Melaka, Senior Asistem Komisioner 1 Mazlan Mansor; Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Senior Asisten Komisioner Jalaludin Ibrahim.

Pegawai Kewangan Melaka, Naim Abu Bakar; Penasihat Undang-Undang Melaka, Siti Zainab Omar; Pegawai Protokol dan Istiadat Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Abdullah Mohd Taha; Ahli Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Idris Abdullah @ Das Murthy.

Presiden Agrobank, Martini Osman; Timbalan Presiden Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd, Md Diah Mohamad; Naib Presiden Maybank, Ibrahim Muhamad; Pengarah Urusan AmBank (M) Bhd, Mohamed Azmi Mahmood; Pengarah Urusan HSBC Bank, Lee Say Tshin dan Pegawai Khas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Noraiwi Md Zin.

Naib Presiden Universiti Tun Abdul Razak, Saroni Judi; Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azarae Idris; Pengarah Kampus Universiti Teknologi Mara Melaka, Prof Madya Dr Mizan Hitam dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Tamby Subahan Mohd Meera.

Pakar Bedah Hospital Angkatan Tentera, Brig Jen Dr Azlan Mohd Nor; Pakar Bius Putra Specialist Hospital Melaka, Dr Aiyaroo Palayah; Pakar Bedah Kardiotorasik Hospital Sultanah Aminah, Dr Abdul Rahman Ismail; Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Dr Kuan Geok Lan; Pakar Perubatan Putra Specialist Hospital Melaka, Dr Mohamad Suhaimi Mohamad Uda Tenang; Pakar Bedah Jantung dan Paru-Paru Hospital Pakar Ampang, Dr Mohd Fikri Abdullah.

Pengerusi Eksekutif DK Composite Sdn Bhd, Khalilur Rahman Ebrahim; Pengerusi Eksekutif Zuffa Pharmacy Sdn Bhd, Mahamad Zubir Seeht Saad; Pengerusi Eksekutif Mesiniaga Bhd, Wan Mohamad Fusil; Pengerusi Indot Holdings Sdn Bhd, Isa Ahmat Indot.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Co Ltd, Tokeo Fukui; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Abdul Karim Jalil; Ketua Pegawai Eksekutif Kompakar Inc Bhd, Dr Ahmad Fikri Hussien, Ketua Pegawai Eksekutif Globalnet Education Consultants Sdn Bhd, Azmi Said; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Biotechnology Corporation Sdn Bhd, Datuk Iskandar Mizal Mahmood.

Pengarah Urusan Seni Jaya Corporation Berhad, Anne Teo; Pengarah Urusan Tuong Aik Shipyard Sdn Bhd, Laun Nai Hoh; Pengarah Urusan Kumpulan Magna Prima Berhad, Lee Kian Seng; Pengarah Urusan Kumpulan OVD Group Companies, Mohamed Rozhan Mohd Ghazalli; Pengarah Urusan Yew Lee Industrial Brush Sdn Bhd, Tan Tian Teo; Pengarah Urusan Baiduri Marine & Supplies (M) Sdn Bhd, Zamani Ali.

Pengarah Urusan Alaf Anggun Sdn Bhd, Ng Kin Heng; Pengarah Urusan Kumpulan Harta Maintenance Sdn Bhd, Radzali Hassan; Pengarah Urusan ATK Communications Sdn Bhd, Atikah Adom; Pengarah Urusan Shukorbaljit &Partners, Baljit Singh Balwant Singh; Pengarah Urusan Kasha Holdings Sdn Bhd, Halim Yom; Pengarah Urusan Emerald Capital Development Sdn Bhd, James Ong Li-Ming; Pengarah Eksekutif Farm’s Best Berhad; Fong Kiah Yeow; Pengarah Eksekutif Axisjaya Group, Kok Kim Sang.

Pengarah Eksekutif Maruwa Company Limited Japan, Manimaran Anthony; Pengarah Eksekutif Kanan Pricewaterhousecoopers Malaysia, Mohd Anwar Yahya; Pengarah Eksekutif Mamee Double Decker (M) Bhd, Pang Tee Nam; Ketua Pegawai Operasi Universiti Antarabangsa Kewangan Islam Bank Negara, Razali Mahfar; Ketua Pegawai Operasi Alloy Consolidated Sdn Bhd, Mohd Dom Ahmad.

Pengarah Recron (Malaysia) Sdn Bhd, Anil Rajvanshi; Pengarah Pembangunan Perniagaan Redknee, Boi Mohamad; Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Iktisad Islam Malaysia, Mohamed Ashaaree Mahmood; Pengurus Besar Tenaga Nasional Bhd Melaka, Mohd Aminuddin Mohd Amin; peguam, Mohd Hafarizam Harun; Senator Chiw Tiang Chai; Timbalan Pengerusi MIC Jasin, Karpan Kaliapan; Ketua Penerangan Persatuan Bekas Tentera, Komander (B) Mustapha Ahmad S Marican; Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan, Gwee Yew Kiat; Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim, Meera Mohideen Jamal Mohd.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Guru Semenanjung, Ali Hashim; Ahli Jawatankuasa Pekema DTC Motors Sdn Bhd, Husein Tamby Chik; Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan, Lau Yeng Peng; Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Othman Samin dan Duta Malaysia ke Unesco, Kenneth J Luis.

Sementara itu, 46 menerima Darjah Seri Melaka (DSM) termasuk Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka, Mohd Daud Awang. Tujuh puluh tujuh menerima Jaksa Pendamai (JP); Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 65; Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 127; Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 225, Pingat Bakti Masyarakat (PBM), 145 dan Pingat Khidmat Lama (PKL), 43.

Majlis penyampaian bintang kebesaran oleh Yang di-Pertua Negeri diadakan di Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini dan esok bermula jam 9 pagi.

Berita Harian

About these ads

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: