Geng Bas Sekolah Berwajah Baru

8 Oct

Oleh Farihad Shalla Mahmud

WAJAH baru yang akan memeriahkan Geng Bas Sekolah musim ketiga.

Jalan cerita lebih mantap dan semakin menghiburkan

APABILA drama bersiri kesukaan ramai kanak-kanak, Geng Bas Sekolah kembali bersiaran baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya mengapa senarai pelakonnya untuk musim terbaru ini terdiri daripada muka baru? Ke mana menghilangnya pelakon sebelum ini? Itulah persoalan yang timbul sewaktu menghadiri majlis pratonton drama Geng Bas Sekolah yang berlangsung di Cathay Cineleisure, baru-baru ini.

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan pihak Astro sebelum ini, siri ini adalah antara drama terbitan Astro yang mendapat rating tertinggi. Justeru apabila musim ketiga ini diwarnai wajah-wajah baru, apakah drama Geng Bas Sekolah ini mampu mempertahankan popularitinya? Apakah penggemar siri ini dapat menerima pembaharuan yang diperkenalkan untuk musim kali ini?

Menjawab pertanyaan ini, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah berkata mereka yakin populariti Geng Bas sekolah akan terus bertahan walaupun drama bersiri itu menggunakan wajah baru.

“Pelakon drama bersiri Geng Bas Sekolah ini sebenarnya tidak pernah tetap. Setiap kali musim terbaru, pelakonnya pasti bertukar. Pertukaran ini sebenarnya dibuat dengan persetujuan bersama Astro dan produksi drama ini. Bagaimanapun, untuk musim terbaru ini, kami membuat sedikit pembaharuan dari segi jalan cerita dan perwatakan.

“Semua watak dan juga nama mereka berbeza dengan yang sebelumnya. Malah jalan ceritanya juga lebih menarik kerana untuk musim ini, kami menyelitkan watak kaki buli. Watak kaki buli ini akan selalu mengacau geng Bas Sekolah. Sebelum ini kemunculan mereka sekali sekala saja,” kata Zainir ketika ditemui selepas majlis pratonton itu berakhir.

Musim baru drama 26 episod ini memperkenalkan Muhammad Izz Irfan yang mendokong watak Fendi, Nora, Emily, Vijay dan Hafiz yang mengikat tali persahabatan melalui pertemuan mereka sewaktu menaiki sebuah bas sekolah yang sama. selain Azrul Zaidi yang memegang watak sebagai pemandu bas bernama Abang Reza. Maka di situlah bermulanya pengembaraan mereka yang terpaksa melalui pelbagai pengalaman dan cabaran yang menjadi asam garam di alam persekolahan mereka.

Bagaimanapun, apabila melihat unsur buli membabitkan pelajar yang masih bersekolah rendah dipaparkan dalam drama ini, timbul keraguan apakah unsur negatif seperti ini wajar dipertontonkan kepada kanak-kanak kerana ia jelas menggambarkan budaya kurang sihat serta menjadi contoh tidak baik kepada mereka.

Mengulas persoalan itu, Zainir berkata walaupun ada dipaparkan unsur negatif tetapi mesej yang ditekankan tetap menjurus ke arah kebaikan.

“Setiap episod akan meninggalkan kesan positif dengan mengajar kanak-kanak berdikari dan berfikir dengan bijak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, untuk adegan buli, di penghujungnya nanti setiap kejahatan pasti mendapat balasan. Unsur pengajaran moral yang kami paparkan itu diselitkan dengan cara tersirat dan tidak membosankan penonton.

“Dalam rancangan ini juga, kanak-kanak dipaparkan sebagai penyelamat kepada sesuatu situasi dan tidak bergantung kepada orang dewasa untuk berjaya. Ia juga amat menekankan kepentingan semangat kerjasama antara satu sama lain apabila menghadapi masalah dan sentiasa mengingatkan kanak-kanak tentang nilai persahabatan yang penting dalam perkembangan diri sendiri,” kata Zainir lagi.

Sementara itu, mengulas pembabitan mereka dalam drama ini, lima sekawan ini bersetuju pengalaman berada di lokasi penggambaran adalah sesuatu yang cukup bermakna. Lebih-lebih lagi apabila ini adalah kali pertama mereka berdepan dengan kamera.

“Saya akui memang susah berlakon terutama apabila kena hafal skrip. Banyak kali juga saya kena ulang rakaman tetapi penat macam mana pun seronok,” kata Amir Johar yang memegang watak Hafiz.

Begitu juga dengan Alya Sabrina yang memegang watak Nora dalam drama ini. Katanya, selain teruja kerana berpeluang untuk berlakon dalam siri kegemarannya, dia juga seronok kerana dapat bertemu kawan-kawan baru di situ.

Rancangan Geng Bas Sekolah akan disiarkan setiap hari Jumaat jam 2.00 petang, bermula 25 September lalu menerusi Astro Ceria di saluran 611. Manakala siaran ulangan adalah pada setiap Ahad jam 11.30 pagi.

Berita Harian

About these ads

36 Responses to “Geng Bas Sekolah Berwajah Baru”

  1. izzat December 16, 2009 at 12:36 am #

    saya ske tonton gbs3.lebih sronok.tngk telatah mrk terutama amir johar(hafiz)bt saya geli hati..gbs 3 mmg best!!!!!!!!!

  2. Ronniey_Gumi December 25, 2009 at 9:21 pm #

    saya peminat setia GBS3,Sy harap mereka boleh berlakon lebih menarik lagi dari gbs dulu…:D……

  3. alya December 31, 2009 at 3:16 pm #

    sy peminat setia geng bas sekolah..
    sy suke tngk izz irfan(fendi) berlakon..
    GBS mmg best!!!!!!! :P

  4. ???????? February 2, 2010 at 5:52 pm #

    BEST BETUL LH TENGOK GBSSSSSSSSSSSKAN

  5. lala February 19, 2010 at 9:13 pm #

    kamu semua ni tak pandai berlakon bagus lagi gbs yang pertama bukan macam kamu sorry ya

  6. rafiq February 27, 2010 at 4:04 pm #

    sye suke lhat telatah kanak2 dlm gbs3..terutama izz irfan.harap adakn lg gbs musim ke4.tp mesti kekalkn mereka.idup gbs

  7. nur sabrina March 10, 2010 at 9:04 pm #

    hai , assalamualaikum ,
    best lah GBS bila ada IZZ IRFAN die cute sangat2 !!!

  8. nasuha March 20, 2010 at 1:51 pm #

    asslammualaikum, best juga geng bas sekolah ni!!! terutama sekali ALYA SABRINA & IZZ IRFAN. mereka sekolah mana ya?

  9. NUR IZZATI March 31, 2010 at 9:40 pm #

    IZZ IRFAN sekolah kat sk khucai tapi kalo ALYA SABRINA x tahu tapi best juga diaorang berlakon sebab lakonan diaorang 2 macam pelakon yg dah lama

  10. betty April 1, 2010 at 5:36 pm #

    saya pun peminat GBS3,best sangat-sangat,saya suka muka cina tu,pandai bekungfu lagi.jan
    gan lupa nonton astro ceria………..hihihihihi

  11. betty April 1, 2010 at 5:54 pm #

    ALL THE BEST………………….GBS,DARI PERTAMA HINGGA SIRI KETIGA MEMANG BEST………………………….

  12. betty April 1, 2010 at 6:02 pm #

    WHAT EVER…………

  13. betty April 1, 2010 at 6:05 pm #

    KORANG SUKE KE DGN GENG BAS SEKOLAH????

  14. cute April 1, 2010 at 6:20 pm #

    korang suke ke dgn geng bas sekolah kalau sya tak suke lah…apa yang best sangat dgn cerita tu boleh sya tau?

  15. cute April 1, 2010 at 6:24 pm #

    hehehe…….tak lah…. sya gurau je tau

  16. imm` April 14, 2010 at 9:13 am #

    teringt zaman2 sekolah dl2….

  17. mira April 18, 2010 at 10:52 am #

    sy sangat suka kat izz irfan sbb dia tu hemsem sangat……………………i love u izz irfan………..

  18. ezzah April 24, 2010 at 6:44 pm #

    SY SUKA GENG SEBAB SY PUN ADA GENG.GENG KAMU SEMUA KAN ADA 5 GENG SY PUN ADA 5.BYE GENG BS SKH JUMPA LAGI.

  19. ezzah April 24, 2010 at 7:04 pm #

    OH…..LUPA SY NK KT I LOVE U U ALL

  20. ken May 3, 2010 at 2:03 pm #

    GBS ke 3 lg sonok sbab tkde cua yg kecik tu knape sbab die ngade-ngade pi (hafiz)amir best………………………GGBBSS ROCK

  21. sasya2020 May 21, 2010 at 12:13 pm #

    Best betul kan, aku pun suka jugak.

  22. afiq aiman June 17, 2010 at 12:21 pm #

    memg best pun GBS3 .tngk plkonnya cute2 blka.
    hihihihihihihi
    jom toton gbs3
    astro 611 astro ceria
    wouuuuu

  23. alif September 18, 2010 at 2:53 pm #

    bestnya saya tengok banyak lawak

  24. penysat muda:sitiamira October 2, 2010 at 11:08 pm #

    assalammualaikum,nama saya mira.saya tinggal d Sibu Sarawak.saya suka melihat telatah Izz.sekarang umur awak berapa.umur saya 11 thn.Izz awak ada kekasih ke?

  25. penysat muda:nur afifah October 2, 2010 at 11:15 pm #

    hai mira apa adakah kata ada kekasih.Izz diana tu macam syok kat awak.jangan2 awak suka kat dia.awak tahu tak mira tu ketua gpm.sy pua penolong.saya tinggal kat Kuching Sarawak.awak pandai cakap sarawak?awak tinggal kat mana?

  26. mohd nor hafizi December 2, 2010 at 11:37 pm #

    saya suka sangat geng bas sekolah.nama saya hafizi saya murid tingkatan 1.

  27. SYAMIMI IMANINA December 3, 2010 at 11:01 am #

    saya suka melihat telatah izz dan sampai sekarang saya amat suka izz.

  28. SYAMIMI IMANINA December 3, 2010 at 11:03 am #

    izz memang comel adan handsem.heeeeee.

  29. SYAMIMI IMANINA December 3, 2010 at 11:05 am #

    izz boleh saya tanya sikit rumah awak kat mana ye…..

  30. SYAMIMI IMANINA December 3, 2010 at 11:08 am #

    you are so cute izz i love you very much.

  31. SYAMIMI IMANINA December 3, 2010 at 7:15 pm #

    izz awak dah ada mak we ke…..

  32. SYAMIMI IMANINA December 8, 2010 at 1:10 pm #

    HAI NAMA SAYA MIMI SAYA PEMINAT NOMBOR 1 KAT IZZ TAU.SAYA AMAT SUKA DENGAN TELATAH IZZ.IZZ MEMANG KACAK DAN HANDSEM.IZZ BOLEH TANYA SIKIT IZZ DAH ADA MAK WE KE BELUM.SAYA DAH ADA YANG PUNYA 3 ORANG PULAK TU.YANG 1 MOHD FARKULLOH DIA BERUMUR 10 TAHUN.YANG KE2 MOHD ALIF DIA BERUMUR 12 TAHUN DAN YANG KE3 ENTAH APA ENTAH.SAMPAI INI SAHAJALAH TU ADIK SAYA NAK MAIN GAME NI BYE………

  33. SYAMIMI IMANINA December 8, 2010 at 1:12 pm #

    HAI NAMA SAYA MIMI SAYA PEMINAT NOMBOR 1 KAT IZZ TAU.SAYA AMAT SUKA DENGAN TELATAH IZZ.IZZ MEMANG KACAK DAN HANDSEM.IZZ BOLEH TANYA SIKIT IZZ DAH ADA MAK WE KE BELUM.SAYA DAH ADA YANG PUNYA 3 ORANG PULAK TU.YANG 1 MOHD FARKULLOH DIA BERUMUR 10 TAHUN.YANG KE2 MOHD ALIF DIA BERUMUR 12 TAHUN DAN YANG KE3 ENTAH APA ENTAH.SAMPAI INI SAHAJALAH TU ADIK SAYA NAK MAIN GAME NI BYE…

  34. SYAMIMI IMANINA December 10, 2010 at 8:44 pm #

    ops sorry nama saya bukan syamimi imanina tapi syamimie amalian…yang tulis 7 perkataan

  35. zairul iskandar October 30, 2012 at 4:12 pm #

    zairul iskandar
    sya ska sngat kat alyah sabrhina(nora),dia cute n comel.cantik plak tu i love alyah sabrhina.
    jangan marah

  36. zairul iskandar November 24, 2012 at 8:26 pm #

    aslm.sya pun ska nonton gbsterutama skali alya sabrina .dia cute&comel

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: