Intermezzo: Koleksi Sentuh Jiwa

20 Oct

Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my

Rap
KELUNAKAN suara penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza terserlah dalam album ke-14, Tahajjud Cinta.

Penyampaian beliau yang begitu teliti dan unik sewaktu mengenengahkan genre kerohanian berbanding konsep balada dihasilkan pada 13 album sebelum ini, begitu mengusik jiwa.

Dengan melodi dan lirik menginsafkan, lapan lagu ditampilkan sesuai bagi peminat mencari hiburan berasaskan pengisian tauhid.

Asma Ul Husna menyerlahkan kemantapan vokal dimiliki Siti termasuk susunan irama nyanyian melalui kefahaman tajwid yang baik.

Lebih menarik, artis wanita paling popular tanah air itu turut menulis lagu melalui kerjasama bersama Attan Hardila untuk Batasku Asaku.

Siti mendendangkan semula dua lagu penyanyi Indonesia, Opick daripada versi Arab ke bahasa Malaysia, Ketika Cinta, pernah menjadi runut filem Indonesia, Perempuan Berkalung Sorban dan Pintu Rindu.

Enam lagu lain, Tahajjud Cinta, inspirasi Konsert Sirah Junjungan dijayakan bersama pengarah filem, Erma Fatima, Batasku Asaku, Ku Percaya Ada Cinta, Ya Rasulullah dan Selawat.

Single pertama album, Ku Percaya Ada Cinta, diwarnai melodi dan konsep menarik hasil sentuhan dua komposer berkaliber tempatan, Audi Mok dan Habsah Hassan.

Tidak hairan mengapa Cinta Tahajjud yang mula dipasarkan 9 September lalu sering diputarkan di radio. Ia salah satu koleksi wajib bagi seseorang pendengar muzik sama ada di rumah atau kenderaan.

ARTIS: Datuk Siti Nurhaliza

 

 

TAJUK: Tahajjud Cinta
GENRE: Kerohanian
EDARAN: Suria Records

Harian Metro

About these ads

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: