Archive | Adi Putra RSS feed for this section

A Toast To Maya

12 Aug

A scene from Anak Halal which stars (from left) Maya, Farid and Fasha.
A scene from Anak Halal which stars (from left) Maya, Farid and Fasha.

Maya Karin is on cloud nine as – is getting married tomorrow in a breathtaking lake-view Italian villa and was chosen recently as Best Actress. HAFIDAH SAMAT writes.

Maya is expected to wear designer Syaiful Baharim's creation while makeup artist, Khir Khalid has been flown in to Italy to add his Midas touch for her at the ceremony tomorrow.
Maya is expected to wear designer Syaiful Baharim’s creation while makeup artist, Khir Khalid has been flown in to Italy to add his Midas touch for her at the ceremony tomorrow.

ACTRESS-and-singer Maya Karin is on a roll. After clinching the coveted Best Actress award at the 21st Malaysian Film Festival for her role in director Osman Ali’s Anak Halal, the German-Indonesian beauty would once again be the toast-of-the-town as she weds her British-origin fiance in Italy, tomorrow.

For her victory at the film fest, Maya beat contenders Erra Fazira, Nurfazura, Nasha Aziz and Vanida Imran. Anak Halal is a tale of love, lust and betrayal originally written by Osman as a short film in the late 1990s. Produced by Tayangan Unggul Sdn Bhd, the RM1.5 million film also starred Fasha Sandha, Farid Kamil and Zulhuzaimi, Raja Farah, Adi Putra, Aqasha and Saufi Jikan.

Speaking in a brief telephone interview from Lake Como in Italy yesterday where she is due to wed Steven Shorthose or Muhammad Ali Abdullah, Maya admitted to be on cloud nine.

“I received the good news from some friends in Kuala Lumpur and was dumbfounded for a bit. Yeah, I’d have loved to be at the festival to celebrate the joyous moment with them but I planned this trip six months ago,” she said, excitedly.

Asked about her family’s reaction after she broke the news to them, she said: “They’re all cool about it. Steve was excited for me when he heard the news.”

Since the announcement of her film festival coup, Maya claimed she has received a deluge of SMSes from well-wishers and fans from Kuala Lumpur.

“I’ve been unable to answer all of them yet. I’m tied up running errands and tying loose ends before the BIG day tomorrow,” said Maya, adding that winning the title comes as career booster.

She said: “It’s a lovely bonus for me. I’m eternally grateful to director Shuhaimi Baba who has been a great mentor and for teaching me the ropes in the acting world. I thank Osman (Ali) for trusting me.

“I’m also thankful to the great production team of Anak Halal for its support and patience throughout the shoot.”

And what about the wedding?

Maya, 29 who arrived in Italy with her family last Friday, said: “I’m just as excited as any bride but I don’t intend to dwell too much on the wedding preparations. Everything is pretty much done already. There’s not much to do really except for the catering and decorations. The view is just breathtaking from my room and I want the natural beauty of the surrounding to do its magic for the special day.

“My only concern now is to ensure that my guests are happy and comfortable with their stay here. What’s important is the fact that the event is a special gathering of family and our close friends,” stressed Maya.

According to Maya, who is synonymous with her gripping portrayal of a modern-day pontianak (vampire) in Shuhaimi’s Pontianak Harum Sundal Malam I & II, her family members from Germany and Austria have arrived at the villa which Maya says, “overlooks the panoramic Lake Como and the view is just indescribable”.

Her close friends including Shuhaimi and actress Kavita Sidhu will take time off from their hectic schedules to witness her akad nikah ceremony tomorrow.

“People are saying that I’m realising a fairytale dream with the ceremony yet I’m a practical person and it takes a lot of effort to make it work,” she said.

After the ceremony, Maya is heading for Venice for her honeymoon. She will be joined by the rest of her family members.

“Yeah, the whole bunch of them are coming along,” she said, laughingly. She is expected to return to Kuala Lumpur on Aug 20, and there will be a wedding reception in Kepong on Aug 29.

“Then there will be one quiet week before I start the rehearsals for my next film, Pisau Cukur,” she added.

 

New Straits Times

Jom! Tengok Filem Percuma

6 Aug

Oleh JESSABELL SOO jessabell@kosmo.com.my

BAGI menyemarakkan lagi Festival Filem Malaysia 21 (FFM21) yang bakal berlangsung pada 9 Ogos ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), tayangan filem secara percuma bakal berlangsung khusus untuk khalayak pencinta filem tempatan.

Selama tiga hari di tiga pawagam berlainan termasuk GSC Alamanda, Putrajaya, TGV, KLCC dan Cathay Cineleisure, Damansara, tayangan yang diadakan setiap tahun ini menyediakan 5,000 tiket percuma bagi menonton 20 daripada 23 buah filem cereka yang akan dipertandingkan.

Bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai filem tempatan dan memupuk rasa minat terhadap karya tempatan, tiket tayangan percuma akan disiarkan menerusi radio rasmi FFM21, Sinar FM.

Dua buah filem iaitu Wayang dan Kami yang belum ditayangkan kepada umum dipilih khas sebagai tayangan perdana festival di GSC Alamanda, Putrajaya selepas acara pelancaran FFM21 yang akan dirasmikan malam esok.

Peminat juga boleh mendapatkan tiket di kaunter pawagam yang terlibat pada hari tayangan. Berikut adalah antara filem yang bakal ditayangkan sempena FFM21 untuk tatapan audiens.

EVOLUSI KL DRIFT

8 Ogos – 7 malam

TGV, KLCC

Pengarah: Syamsul Yusof

Pelakon: Farid Kamil, Syamsul Yusof dan Aaron Aziz

Mula tayang: 3 April 2008

ZACK dan Sham adalah dua sahabat rapat yang berkongsi hobi dan minat yang sama iaitu perlumbaan kereta dengan teknik drift.

Selalunya, perlumbaan kereta drift didominasi oleh golongan lelaki tetapi ia tidak menghalang teman wanita Zack untuk meminati perlumbaan itu.

Disebabkan sejarah kehidupan wanita berkenaan telah mengakibatkan krisis identitinya, maka Zack selalu melindungi kekasihnya daripada terjerumus dalam aktiviti tidak sihat.

Maka ini menyebabkan Zack dan teman wanitanya selalu bergaduh. Dan tanpa disedari, Sham menyimpan perasaan terhadap wanita berkenaan tetapi Sham tidak mahu memusnahkan hubungannya dengan Zack.

IMPAK MAKSIMA

8 Ogos – 7 malam

Cathay Cineleisure, Damansara

Pengarah: Ahmad Idham

Pelakon: Awal Ashaari, Eizlan Yusof, Zul Huzaimy, Cat Farish, Dynaz dan Opie Zami

Mula tayang: 23 Ogos 2007

Ayie (Awal Ashaari) adalah seorang pelajar kolej yang meminati perlumbaan kereta. Namun, Johari (Eizlan Yusof) abang kepada Ayie yang pernah menjadi pelumba kereta dan menjalankan perniagaan membaiki kereta, melarang Ayie terlibat dengan perlumbaan haram tersebut.

Johari bertanggungjawab terhadap adiknya selepas kematian ibu bapa mereka. Tetapi Ayie tidak mahu mendengar nasihat abangnya dan berkenalan dengan Ray (Zul Huzaimy) yang aktif dalam perlumbaan haram.

Perlumbaan haram yang mereka lakukan ini bukan sahaja melibatkan pertaruhan wang tetapi juga melibatkan gadis-gadis jalanan, seks, dadah dan juga ancaman gangster.

DUNIA BARU THE MOVIE

8 Ogos – 7 malam

GSC – Alamanda, Putrajaya

Pengarah: Yeop Hitler Zami

Pelakon: Pierre Andre, Elyana, Anita Baharom, Baizura Kahar, Anne Ngasri dan Almy Nadia

Mula tayang: 7 Februari 2008

DIADAPTASI daripada siri televisyen Dunia Baru, filem ini mengisahkan Opie (Elyana) yang mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah (Anita Baharom).

Dalam surat tersebut, Anizah menyatakan hasratnya untuk pergi ke Thailand dan kahwin lari bersama Fazley (Mohd Hafiz). Begitu tekad untuk berkahwin, Anizah juga sanggup menolak pelawaan belajar di United Kingdom.

Oleh itu, Opie bersama kawan-kawannya Madihah (Anne Ngasri), Suzanna (Almy Nadia), Adif (Pierre Andre) dan Tajol (Wan Elyas) berpakat untuk mengubah fikiran Anizah.

CUCI

8 Ogos – 3 petang

GSC – Alamanda, Putrajaya

Pengarah: Hans Isaac

Pelakon: Afdlin Shauki, AC Mizal, Awie, Hans Isaac, Erra Fazira dan Umie Aida

Mula tayang: 24 Januari 2008

EMPAT pemuda yang merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga telah meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke Kuala Lumpur dengan satu azam untuk menceburi perniagaan pembersihan.

Sebelum ini mereka banyak terlepas peluang pekerjaan kerana sikap kurang ambil berat. Namun Fairil (Afdlin Shauki) telah menggalakkan mereka untuk menyertai pertandingan Window Washing Olympic.

Pemenang dalam pertandingan ini akan menerima satu kontrak pembersihan yang besar iaitu membersihkan tingkap dan cermin bangunan pencakar langit KLCC.

Berjayakah Fairil, Tan (AC Mizal), Jojo (Awie) Khai (Hans Isaac) dari syarikat Cuci-Cuci Services memenangi pertandingan itu? Saksikan sendiri untuk mengetahui jawapannya dalam naskhah komedi yang mengutamakan hubungan persaudaraan dan persahabatan ini.

1957: HATI MALAYA

8 Ogos – 9.30 malam

GSC – Alamanda, Putrajaya

Pengarah: Suhaimi Baba

Pelakon: Maya Karin, Sharifah Amani, Mohd Kamarulzaman, Zaefrul Nadzarine Nordin, Noor Azhar Murad, Nanu, Kee Thuan Chye, Chew Kin Wah dan Chacko Vadaketh

Mula tayang: 25 Oktober 2007

BERBEKALKAN semangat kemerdekaan, empat remaja Malaysia, Salmi, Razak, Ani dan Angee telah ditugaskan untuk menghasilkan buku mengenai tahun 1957. Semasa menghasilkan buku ini, mereka berempat seakan-akan berada di zaman ambang kemerdekaan.

Mereka membayangkan watak, momen emosi dalam mencari maksud sebenar kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957.

Maka ia memfokuskan kembali kepada sejumlah tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan yang telah dikenali dalam teks sejarah sekolah.

Konsep naratifnya bergerak secara kronologi dengan permulaan Perang Dunia Kedua, penguasaan semula British dan kemuncak kebangkitan nasionalisme dan perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh politik UMNO seperti Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail serta tokoh-tokoh MCA dan MIC.

SEPI

10 Ogos – 3 petang

Cathay Cineleisure, Damansara

Pengarah: Kabir Bhatia

Pelakon: Vanidah Imran, Riezman Khuzaimi, Nasha Aziz, Tony Eusoff dan Afdlin Shauki

Mula tayang: 26 Jun 2008

MEREKA bertiga tidak mengenali tetapi bertemu dalam satu kemalangan. Namun, mereka berkongsi perasaan yang sama iaitu cinta, kehilangan dan kesepian.

Adam (Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya dan meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan semua kejayaan itu dia masih membujang.

Sufi (Tony Eusoff) pula sedang berjuang untuk melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Sementara itu, Imaan (Baizura Kahar) seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya serta masa depannya.

ANAK HALAL

10 Ogos – 7 malam

GSC – Alamanda, Putrajaya

Pengarah: Osman Ali

Pelakon: Farid Kamil, Maya Karin, Kartina Aziz, Raja Farah, Remy Ishak, Rosyam Nor dan Adi Putra

Mula tayang: 13 Disember 2007

HISHAM (Rosyam Nor), seorang penjenayah dalam keadaan terdesak terpaksa menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, seorang perempuan gila. Dia kemudian telah ditangkap dan dipenjarakan.

Mariam yang gila dan hidup di jalanan membesarkan bayi tersebut Indraputera (Farid Kamil) dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan dan berjiran dengan Bu Leha (Kartina Aziz) dan anak perempuannya, Jo (Maya Karin) yang menyukai Indraputera dalam diam.

Namun, kebahagiaan Indraputera bersama ibunya berakhir apabila mereka dipisahkan oleh pihak berkuasa. Dia kemudian dibesarkan oleh Bu Leha yang membawa Indraputera dan Jo berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik.

Mereka membesar sebagai remaja jalanan dan Indraputera bekerja di bengkel kereta sementara Jo dan ibunya pula berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit.

Erzan (Ady Putra) dan Amira Atikah pula adalah antara sahabat rapat Indraputera dan Jo. Mereka telah terjebak dalam kancah najis dadah akibat tekanan dan desakan hidup.

Amira yang ketagihan dadah telah melarikan diri dari rumah. Selain mengedar dan menagih dadah, Erzan yang terpaksa menanggung beban hutang tinggalan ayahnya telah menjadi buruan pengikut Hisham.

KALA MALAM BULAN MENGAMBANG

9 Ogos – 3 petang

Cathay Cineleisure, Damansara

Pengarah: Mamat Khalid

Pelakon: Rosyam Nor, Umie Aida, Farid Kamil dan Sofi Jikan

Mula tayang: 10 Januari 2008

SEBUAH filem hitam putih, Kala Malam Bulan Mengambang merungkai misteri kehilangan pemuda di pekan Senduduk Rimbun pada setiap kali purnama menjelang. Misteri bermula apabila tayar kereta Saleh, seorang wartawan ditusuk dengan sesuatu benda yang menyerupai rangka tangan sedang memegang ukiran lama berbentuk keris.

Oleh kerana tayar kereta yang pancit, Saleh terpaksa menghantar keretanya ke bengkel Jongkidin dan bermalam di pekan itu. Sepanjang berada di pekan Senduduk Rimbun, Saleh menyedari penduduk pekan itu seperti ingin menghalau dia pergi dari situ.

Semakin lama Saleh tinggal di pekan itu, semakin banyak perkara misteri berlaku. Maka dia bernekad untuk mencari dan merungkai setiap peristiwa misteri yang berlaku di sana.

DUYUNG

9 Ogos – 7 malam

Cathay Cineleisure, Damansara

Pengarah: A. Razak Mohaideen

Pelakon: Saiful Apek, Maya Karin, Yassin Yahya, Yasmin Hani dan Awie

Mula tayang: 6 Mac 2008

JIMMY (Saiful Apek) yang mempunyai satu tabiat suka menjaga kebersihan alam sekitar sejak kecil. Dia juga mempunyai sikap yang ganjil dan berkawan dengan Orix (spesies Big Foot) sehingga semua penduduk kampung tidak suka bergaul dengannya.

Namun, dia menaruh hati terhadap Aspalela (Yasmin Hani) anak kepada Tok Mudim kampung. Pada suatu hari, Jimmy ingin meminang Aspalela tetapi ditentang Tok Mudim yang mencabar Jimmy supaya mempunyai tanah sendiri jika ingin mengahwini anaknya.

Sementara itu, Kordi (Awie) adalah seorang pemuda yang berjaya dan juga berhasrat untuk memperisterikan Aspalela. Kordi yang membenci Jimmy kerana selalu menghalangnya menangkap ikan menyuruh Jimmy untuk berkahwin dengan ikan duyung.

Siapa sangka, Jimmy akhirnya bertemu dengan ikan duyung (Maya Karin) yang membantunya menjadi kaya.

Kosmo

Juwita Bukan Zaleha

26 May

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my

FASHA Sandha bersama Adi Putra dalam satu babak drama Kehangatan Lantana. Fasha disolek hodoh bagi menjiwai watak Juwita.

KERAP diberikan watak gadis malang atau yang sering menjadi penganiayaan, semua itu bagaikan ‘makanan harian’ buat aktres muda Fasha Sandha.

Sebagai pelakon, matlamatnya ialah mempelbagaikan wataknya.

Dia mahu menjadi aktres yang versatil dan enggan sama sekali dilabel sebagai pelakon stereotaip.

Di luar kesedarannya, Fasha semakin menggapai impiannya.

Terbaru, lakonannya dalam telefilem Kehangatan Lantana yang akan ditayangkan menerusi slot Cerekarama pada 31 Mei ini pukul 10 malam di TV3.

Dalam telefilem arahan Feroz Khan ini, Fasha memegang watak sebagai Juwita, karakter berkenaan disimpulkan Fasha sebagai paling mencabar yang pernah ditanganinya.

Paling utama, Fasha mengharapkan, lakonannya dalam telefilem berkenaan akan membuka laluan baru buat dia melakar nama sebagai pelakon serba boleh.

“Watak ini paling mencabar yang pernah saya pegang. Memang susah tapi sekurang-kurangnya setelah selesai penggambaran melihatkan hasilnya saya berpuas hati.

“Sudah lama saya idamkan watak sebegini dan akhirnya impian saya tercapai,” kata aktres berusia 24 tahun itu lagi.

Bagaimanapun, harapan Fasha, para penonton tidak akan sama sekali menyamakan wataknya sebagai Juwita dalam Kehangatan Lantana dengan watak Zaleha lakonan aktres Sofea Jane dalam filem Perempuan Isteri dan ….

“Cara Juwita menundukkan suaminya ada persamaan dengan Zaleha tapi yang lain-lain semuanya berbeza.

“Isu yang dikupas dalam drama ini juga jelas terdapat perbezaan. Saya harap semua orang akan menonton drama berkenaan tanpa sebarang prejudis selain memperoleh mesej yang terkandung di dalamnya,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu pengalaman ketika di lokasi penggambaran Kehangatan Lantana juga tidak mungkin dilupakan oleh duta produk Garnier dan Maybelline ini.

Masakan tidak wajahnya yang cantik bertukar menjadi hodoh dek kerana dia terpaksa berdepan dengan penyakit kulit yang bukan sahaja mencacatkan wajahnya malahan membuatkan wajahnya bernanah dan busuk.

“Jurusolek mengambil masa empat jam untuk menghasilkan kesan wajah saya itu.

“Sudahlah penat, panas pula sepanjang solekan. Tapi bila memikirkan itu semua untuk kebaikan kerjaya saya, saya harungi juga,” luah pelakon kelahiran Johor Bharu ini lagi.

Sementara itu, sutradara Kehangatan Lantana, Feroz Khan memberitahu, telefilem tersebut mengupas kisah mengenai kejahatan yang dilakukan oleh seseorang akan dibalas juga dengan kejahatan.

Dan apa pula maksud Lantana yang menjadi pilihan pengarah itu?

“Lantana merupakan salah satu nama bunga tahi ayam. Kita lihatnya cantik di luar tapi jika dipegang bunga itu berbau dan tidak seindah rupanya. Samalah keadaannya dengan jalan cerita drama ini,” katanya membuka bicara mengenai Kehangatan Lantana.

Telefilem ini menyaksikan Fasha membawa watak Juwita dan digandingkan dengan aktor Adi Putra sebagai Hakim, Fathil Dani dan ramai lagi.

Bercerita lanjut mengenai drama yang skripnya ditulis oleh KA Raziah ini, Feroz berkata, Kehangatan Lantana mengisahkan seorang wanita yang taksub dengan kecantikan serta menggunakan ilmu hitam semata-mata mahu menundukkan si suami melalui amalan nasi kangkang.

Melihatkan jalan ceritanya tidak dinafikan hampir serupa dengan filem Perempuan, Isteri dan …. lakonan Sofia Jane, namun Feroz menafikan perkara tersebut.

“Amalan karut yang ditonjolkan mungkin sama iaitu nasi kangkang untuk menundukkan suami, tapi jalan cerita dan perwatakan lain.

“Mungkin ada sedikit persamaan tapi kita lebih menonjolkan elemen-elemen pembalasan kepada si isteri yang curang terhadap suaminya,” jelas pengarah muda ini lagi.

Sebagai memberi impak kepada penonton, Feroz menterjemahkan mesej kejahatan dalam drama ini menerusi solekan oleh jurusolek Vanitha pada wajah Fasha.

Wajah Fasha dalam Kehangatan Lantana ditampilkan dengan pelbagai kesan luka dan kudis buta hasil pembalasan atas perbuatan jahatnya terhadap suaminya.

Feroz mengharapkan, penonton akan berkongsi penderitaan yang ditanggung oleh Fasha dalam drama itu kerana selama ini dia lazimnya ditampilkan dalam karakter gadis jelita.

“Keperitan dan kesakitan yang ditanggung oleh Fasha kerana mengalami penyakit kulit yang menyebabkan wajah dan dirinya bernanah dan busuk berjaya dihayati dengan baik oleh Fasha. Bukannya senang nak melakonkan watak dengan wajah yang sedemikian,” ujarnya.

Feroz turut mengakui, watak Juwita antara watak berat yang menguji kewibawaan aktres jelita tersebut.

“Saya puji Fasha kerana berjaya membawakan watak Juwita sebab bukannya mudah nak menjadi Juwita. “Perlu banyak kesabaran untuk menjadi seorang yang berdepan dengan penyakit yang akhirnya membawa maut. Malah kolaborasi kesemua pelakon membuatkan drama ini terhasil dengan baik,” katanya lagi.

Powered by Utusan Malaysia

Tak Kisah Dikatakan Lupa Diri

7 Apr

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Rap

INDUSTRI seni tanah air memang cukup terbuka. Selain laluan ‘mudah’ diberikan kepada artis Indonesia, bintang dari Singapura juga tidak terkecuali. Sama ada sebagai pelakon atau penyanyi, makin ramai anak jati dari Kota Singa itu berhijrah ke Kuala Lumpur.

Nama seperti Ferhad, Ahli Fiqir, Adi Putra, Imran Ajmain dan Aliff Aziz amat dikenali di kalangan peminat seni tempatan. Begitu juga dengan Aaron Aziz, 32. Pelakon utama drama Janji Diana ini nampaknya amat laris di pasaran.

Malah bapa dua anak ini mengakui hatinya senang me neruskan kerjaya seni di Malaysia kerana keluarga sudah berada di sisinya. Katanya, kalau dulu dia terpaksa berulang- alik dari Kuala Lumpur dan Singapura demi mengubat rindu, kini tidak perlu lagi.

“Ketika isteri dan anak menetap di Singapura, boleh di katakan masa saya lebih banyak habis dalam perjalanan. Alhamdulillah, kini tidak perlu lagi kerana mereka semua sudah ada dengan saya. Kini semuanya makin mudah.

“Saya sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur kerana berlakon memang minat dan impian. Di Singapura pula, senario itu amat berbeza dengan Malaysia. Kalau di sini industri hiburan mampu dijadikan sebagai kerjaya tetapi di Singapura ia sekadar fesyen.

“Seni tidak boleh dijadikan karier utama. Jika mahu menjadi anak seni, secara sambilan saja. Tidak boleh sepenuh masa kerana pasaran yang kecil. Justeru, untuk mengembang kannya agak terhad. Itulah sebabnya saya berhijrah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Sekalipun namanya masih baru di negara ini, rezeki Aaron nyata murah. Selain sibuk dengan lakonan, Aaron juga baru-baru ini dipilih menjadi duta produk Men Expert keluaran L’Oreal Paris.

Katanya, dia amat bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberian itu.

Selepas membintangi filem Evolusi KL Drift terbitan Skop Production Sdn Bhd, Aaron kini sibuk pula di lokasi filem kedua, Shh… Dia Datang arahan pelakon dan pelawak, Saiful Apek.

Persoalannya, mampukah Aaron berkomedi? Aktor kacak ini mengakui menjadi pelakon komedi pasti bukan dirinya tetapi apa salahnya dia mencuba berlakon watak komedi.

Katanya, apa yang menarik perhatiannya ialah jalan cerita filem itu.

“Saya dapati skrip filem Shh…Dia Datang sangat bagus. Ia mengisahkan saya dan Apek yang bersahabat baik, mem punyai cita-cita sama mahu menjadi pelakon. Bagaimanapun, kami menghadapi pelbagai halangan untuk menjayakannya.

“Pelbagai insiden menarik dan melucukan dimuatkan dalam filem Shh…Dia Datang ini nanti. Cuma, tidak tahulah sejauh mana penonton boleh menerimanya. Apapun, saya berharap percubaan pertama dalam ‘komedi’ ini diterima baik,” ka tanya.

Aaron juga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007) dalam kategori Pelakon Drama Lelaki Popular. Walaupun tewas di tangan Rosyam Nor, Aaron berkata, dia semenangnya tidak mengharapkan ke menangan memandangkan saingannya cukup hebat terutama daripada Datuk Jalaluddin Hassan dan Rosyam Noor.

“Sudah tersenarai dalam ‘Top 5’ pun saya amat bersyukur. Sebagai orang baru dalam industri hiburan, pencalonan dalam ABPBH2007 saya anggap satu penghargaan peminat. Tidak pernah saya sangka sampai ke tahap ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pembaca Berita Harian kerana mengundi dan meletakkan saya hingga ke tahap ‘popular’ itu. Apa yang diberi peminat ini akan jadi pemangkin semangat saya untuk terus berusaha keras meningkatkan mutu lakonan,” katanya.

Aaron juga tidak terlepas daripada kontroversi apabila menolak menolak tawaran berlakon filem Histeria arahan James Lee sebelum ini.

Katanya, dia bukan ‘demand’ dengan bayaran tetapi tidak mampu memberi komitmen.

“Sebenarnya sudah menjadi cara saya tidak akan ambil lebih daripada dua tawaran berlakon. Malah ketika diberi tawaran itu, saya sedang sibuk menjayakan penggambaran drama 30 episod, Bulan Bertemu Matahari arahan Erma Fatima.

“Seingat saya, tempoh penggambaran drama itu mengambil masa kira-kira empat bulan. Jadi, saya terpaksa tolak tawaran yang bertindan dengan jadual sedia ada. Ia jauh sekali disebabkan hubungan ‘tidak baik’ saya dengan pelakon lain.

“Hingga kini saya tiada masalah dengan mana-mana pe lakon. Oleh itu jika terkeluar cerita mengatakan saya tidak baik dengan pelakon lain, rasanya tidak benar dan gosip semata-mata. Pada saya, tiada sebab untuk bermusuh,” katanya.

Ditanya apakah dia berasakan masih mempunyai peminat di negara kelahirannya, Aaron yang memulakan kerjaya lakonan di Singapura pada 2004 mengakui peminatnya tetap ada.

Katanya, biarpun kini dia di Malaysia tetapi ada juga antara peminatnya masih berhubung dan bertanya khabar. Aaron juga pernah meraih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura pada 2003, 2004 dan 2005.

Mengenai tawaran berlakon di Singapura, Aaron mengakui dia kini tidak lagi mengambil sebarang tawaran di sana. Tegasnya, dia selesa memberi tumpuan kepada karyawan seni di Malaysia. Itu bukan saja mudah tetapi teratur.

“Saya tidak kisah kalau dikatakan ‘lupa diri’. Terpulanglah, dengan apa orang hendak cakap. Paling penting, saya dan keluarga tahu apa yang berlaku,” katanya.

PROFIL

NAMA: Aaron Aziz

KERJAYA: Pelakon

ASAL: Singapura

USIA: 32 tahun

STATUS: Berkahwin

ISTERI: Diyana Halile

ANAK: Danish Anaqi, 4 dan Dwi Ariana, 2

DRAMA: Sumaiyah, Emil Emelda, Janji Diana, Sadiq & Co, Cinta Gila dan Bulan Bertemu Matahari

Filem: Evolusi KL Drift dan Shh… Dia Datang

PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura (2003, 2004, 2005)

DUTA PRODUK: Men Expert keluaran L’Oreal Paris

Powered by Harian Metro

Aaron, Adi Putra Tak Bergaduh

7 Mar

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN (fadzilah.bahar@utusan.com.my)

PERSAMAAN antara kedua-dua pelakon kacak dari seberang tambak ini hanya satu iaitu mencari rezeki di Malaysia.

Tidak keterlaluan jika dikatakan populariti Aaron Aziz dan Adi Putra semakin lama semakin meningkat seiring dengan perkembangan kerjaya seni mereka.

Namun begitu, sesuatu yang kurang manis kedengaran apa yang tidak sedap didengar, baru-baru ini dikatakan kedua-duanya mempunyai masalah antara satu sama lain.

Khabarnya, kedua-duanya saling mencemburui kejayaan antara satu sama lain.

Memandangkan kedua-duanya sedang mencipta nama di sini hinggakan sudah tidak lagi meneruskan kerjaya di tanah kelahiran mereka.

Aaron ketika ditemui menjelaskan, tiada sengketa antara mereka berdua. Namun dia sendiri tidak mengerti bagaimana cerita sedemikian boleh terbit di bibir khalayak.

“Tak betul cerita itu. Kami tak ada masalah. Mungkin cerita itu timbul kerana ada satu masa itu saya sepatutnya berlakon dalam satu drama dengan Adi tapi saya terpaksa tolak kerana tiada masa.

“Kerana itu mungkin orang ingat saya tak suka atau tak mahu berlakon dengan dia. Bukan saya tak mahu berlakon dengan dia tapi memang saya kesuntukan masa ketika itu,” jelasnya tanpa berselindung.

Tambah lelaki berusia 32 tahun ini lagi, cerita tersebut mungkin disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab selepas Adi menggantikan tempatnya dalam sebuah filem.

“Saya rasa cerita itu makin menjadi-jadi apabila saya terpaksa menolak satu watak yang ditawarkan kepada saya dalam satu filem. Saya difahamkan Adi yang menggantikan saya maka mungkin ramai lagi yang ingat saya bermasalah dengan dia.

“Saya tidak dapat menerima watak tersebut kerana pada masa itu saya terlibat dengan penggambaran drama bersiri berjudul Bulan Bertemu Matahari arahan Erma Fatima,” kata suami kepada Diyana Halik ini lagi.

Tak popular di Singapura?

Menyambung perbualan kata pelakon kacak ini ramai yang membuat andaian dek kerana popularitinya yang sudah kurang di tanah kelahirannya menyebabkan dia membawa diri ke Malaysia.

Kata Aaron: “Itu tak benar sama sekali. Saya ke mari semata-mata mahu mendapatkan watak yang berlainan dari yang saya dapat di Singapura. Kalau di sana saya asyik dapat watak yang sama sahaja. Tapi di sini saya dapat pelbagai watak yang boleh membuatkan saya perbaiki diri saya untuk maju ke hadapan.”

Tambahnya populariti yang diraihnya di sana sudah memadai.

“Saya sudah tiga kali menang personaliti paling popular di anugerah Pesta Perdana. Kalau nak kata sekarang saya tak dicalonkan lagi memanglah sebab saya dah kurang berlakon di sana. Jadi saya tak kisah sama ada saya tercalon atau tidak lagi,” katanya yang sudah pun menetap di Malaysia bersama keluarganya.

Saya tak ada masalah dengan dia – Adi Putra

Sementara itu, pelakon Adi Putra turut menafikan, dia dan rakan seperjuangannya dari Singapura berhadapan dengan krisis.

Sambil tersenyum manis kata Adi: “Saya tak ada masalah dengan dia. Memang ada beberapa orang bertanya kepada saya tentang perkara tersebut tapi apa yang boleh saya katakan kami tak ada masalah. Tapi saya pun hairan mengapa perkara ini diungkit-ungkit.”

Menyambung perbualan Adi memberitahu, mungkin kerana mereka mempunyai misi yang serupa penyebab khalayak beranggapan mereka saling bersaing antara satu sama lain.

“Kalau bersaing untuk kebaikan apa salahnya. Terus-terang saya katakan, kami tidak ada sebarang masalah,” katanya yang akan berlakon dalam sebuah filem baru berjudul Dajal yang akan menjalani penggambaran Mei depan.

Powered by Utusan Malaysia

Membilang Detik Akhirat

5 Mar

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN (fadzilah.bahar@utusan.com.my)

Vanidah selami perasaan pembawa virus HIV.

MENDENGAR judul Akhirat sahaja membuatkan ramai daripada kita yang akan berfikir dua kali. Apa pula maksud tersirat di sebalik filem terbitan Sri Saheb Production Sdn. Bhd., yang bakal ditayangkan pada 20 Mac ini.

Sudah tentu juga ramai yang tertanya apakah kelainan yang ditonjolkan dalam filem arahan Syed Mohamed Hassan Benyahya itu. Adakah ia berbeza daripada filem-filem yang lain?

Mencorakkan filem itu dengan menampilkan jalan cerita sedih seorang wanita yang menghidap HIV sebagai plot utamanya, barangkali juga faktor tersebut mampu menarik minat khalayak ke pawagam.

Sementelah filem tersebut menampilkan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20, Vanidah Imran sebagai sebagai Mira, mangsa keadaan yang terpaksa mengharungi detik-detik kehidupan sebagai pembawa virus HIV yang diperolehnya angkara nafsu ganas seorang lelaki.

Selain elemen kasih sayang, kisah masyarakat dan kehidupan seharian dipamerkan dalam filem tersebut.

Namun, sudah kita ketahui kadang kala biar sebaik mana pun sesebuah filem itu, belum tentu ia mampu menarik audiens untuk menontonnya.

Tambahan pula kekuatan Akhirat hanya pada Vanidah seorang, manakala pelakon-pelakon lain terdiri daripada pelakon-pelakon drama yang diangkat ke layar perak iaitu Adi Putra, Tony Eusoff dan Nabila Huda Suhaimi.

Barangkali juga penerbit filem itu mengharapkan penonton tidak prejudis dengan formula yang digunakan oleh mereka.

Biar apa juga yang bakal berlaku kelak pada sambutan filem itu nanti, namun para pelakon Akhirat tetap optimis dan yakin filem itu mampu menarik khalayak ke pawagam kelak.

Vanidah pikul tugas berat

Memegang watak pengidap HIV bukanlah satu tugas yang mudah. Mengakui satu cabaran untuknya membawakan watak tersebut aktres Vanidah Imran berkata: “Saya ada ramai kawan yang menghidap penyakit ini. Mereka semuanya dijangkiti bukan atas kesilapan diri mereka.

“Semuanya angkara pasangan mereka. Saya cuba selami hati dan perasaan mereka untuk mendapatkan mood agar saya dan menjayakan watak itu dengan baik.”

Menyambung perbualan, isteri kepada aktor dan pengarah Rashidi Ishak ini sedia maklum, sebilangan besar masyarakat mempunyai tanggapan negatif terhadap pengidap HIV.

“Masalah paling besar yang dihadapi oleh mangsa HIV/AIDS ialah mereka semua disisihkan oleh keluarga. Tidak ramai yang tahu perasaan mereka dan enggan menyelami perasaan mereka.

“Jadi saya harap menerusi filem ini dapatlah saya suarakan tekana mereka agar golongan ini tidak lagi dipandang sebelah mata lagi. Saya harap saya dapat menjadi suara kecil untuk mereka,” ujarnya penuh mengharap.

Adi sedia hadapi kontroversi

Membawakan watak Ari ketua sindiket mencuri kereta mewah dan kekasih kepada Noni (lakonan Nabila Huda), Adi Putra mengharapkan filem ini mampu menonjolkan lagi bakatnya.

Malah dalam filem itu dia bersama Nabila ada melakonkan beberapa babak panas yang sebelum ini belum pernah dilakukannya.

Biarpun bakal berdepan dengan kontroversi namun Adi berkata: “Saya lihat tugas saya dalam filem ini sebagai sesuatu yang positif. Saya terima untuk melakonkan watak itu kerana kewajipan dan untuk mencari rezeki. Asalkan apa yang saya buat tidak melawan atau terkeluar akidah agama sudah memadai buat saya.”

Menurut aktor kelahiran Singapura ini juga, apa yang dipamerkan dalam filem khususnya filem Akhirat bukanlah gambaran dirinya yang sebenar.

“Saya harap orang tengok saya dalam filem itu sekadar lakonan semata-mata. Karakter saya sangat berbeza di luar filem,” ujarnya mempertahankan diri.

Saya tak liar – Nabila Huda

Kerap kali watak liar dan seksi akan diberikan kepadanya. Entah mengapa keadaan itu berlaku, tuan punya badan sendiri kurang mengerti.

Malah watak tersebut pada mulanya telah diberikan kepada seorang lagi pelakon jelita namun ditolak olehnya kerana watak itu didakwa terlalu daring untuk dilakonkan.

Kala diajukan soalan mengapa dia sering ditawarkan watak sedemikian, kata Nabila, dia berani menerima tawraan itu semata-mata kerana lakonan.

“Saya tidak boleh tutup mulut orang berkata yang buruk mengenai diri saya. Saya menerima watak itu kerana saya profesional dan tidak kisah dengan apa yang akan diperkatakan oleh orang. Semua orang berhak untuk bercakap.

“Bagi saya bila kita berlakon dan ditegur maknanya orang masih lagi memberi perhatian kepada kita. Saya mahu tunjuk bakat saya bukan untuk kontroversi atau glamor semata-mata,” ujar Nabila menyuarakan perasaannya.

Menurut anak kepada legenda rock, Amy Search ini lagi, watak Noni dalam filem Akhirat merupakan karakter yang mencabar buatnya dan ia merupakan watak penting yang pernah dilakonkannya.

“Susah sangat nak bawa watak ini. Tapi saya belajar dengan bertanya kepada rakan-rakan senior bagaimana untuk menjayakan watak itu.

“Lagi pun saya suka bergaul dengan orang-orang yang lebih berusia dan berpengalaman untuk menambahkan ilmu. Daripada duduk melepak membuang masa, lebih baik saya timba ilmu daripada mereka yang arif,” kata gadis berusia 23 tahun ini lagi.

Powered by Utusan Malaysia

Adi Putra Tidak Wajar Dapat Keistimewaan

24 Jan

Surat 1 SAYA berasa tertarik dan amat menyokong tulisan NFM dari Terengganu dalam Forum Utusan Malaysia siaran 23 Januari mengenai isu Adi Putra.

Masyarakat mengetahui akan kepintaran Adi Putra dalam Matematik. Pada mulanya saya berasa bangga apabila seorang kanak-kanak di negara ini mampu mencipta formula Matematik baru yang sehebat dengan ahli pemikir matematik masa lampau. Namun, sejak akhir-akhir ini, saya berasa kurang senang dengan sikap ibu bapa dan Adi Putra sendiri.

Manakan tidak, mereka terlalu berbangga dengan kebolehan luar biasa anak mereka. Pada masa yang sama Adi Putra sering kali merungut untuk belajar di sekolah rendah biasa atas alasan sudah mengetahui sukatan pelajaran Matematik di sekolah yang bersesuaian dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya.

(Sedangkan seperti kata NFM, kepintarannya hanya dalam Matematik dan tidak subjek lain. Maka tidak wajar untuk mendapat keistimewaan sehingga belajar ke universiti).

Selain itu, ibu bapa Adi Putra mendesak Kementerian Pelajaran dan universiti sehinggakan meminta kedua-dua pihak berkenaan menyediakan ‘hitam dan putih’ bagi memastikan Adi Putra memperoleh keistimewaan yang sewajarnya. Bukankah ini menyusahkan pihak-pihak yang berkaitan?

Apakah disebabkan kepintaran Adi Putra dalam Matematik dia boleh memperoleh segala-galanya dengan mudah tanpa ada usaha yang gigih?

Ingatlah, ramai lagi insan termasuk kaum lain yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Namun, mereka tidak pernah mempersoalkan apa yang dibuat oleh kerajaan apatah lagi membangga diri.

Saya merupakan seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM pada hujung tahun ini dan apabila tamat persekolahan nanti belum tentu saya akan berjaya ke universiti disebabkan faktor-faktor tertentu. Selain itu, ramai lagi pelajar lepasan SPM dan STPM yang ingin ke universiti.

Sebagai seorang yang beragama Islam, Adi Putra dan ibu bapanya harus bersikap merendah diri serta sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah s.w.t. Mungkin kebijaksanaan itu ujian Allah s.w.t terhadap hambaNya. Bersikap merendah diri dan sentiasa bersyukur merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama.

Oleh yang demikian, tiada kerugian yang bakal dialami oleh Adi Putra sungguhpun dia belajar di sekolah biasa sahaja. Saya percaya sekiranya dia berbuat sedemikian, dia boleh menjadi pelajar contoh dan inspirasi kepada pelajar lain. Timbalah ilmu seperti insan biasa lain agar Adi Putra dapat merasa perit jerih yang dilalui dalam mencapai cita-cita dan kejayaan ibarat “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.”

- MOHD. HAFIZZY ABDULLAH,

Kuala Lumpur.

Surat 2 SAYA setuju dengan pendapat NFM dari Terengganu dalam ruangan Forum 23 Januari berhubung kemelut pelajar pintar bernama Adi Putra. Keluarga Adi Putra sebenarnya bertanggungjawab untuk memastikan Adi Putra menerima pendidikan di mana-mana sekolah kerajaan, sama seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

Kelebihan yang dimiliki oleh Adi Putra dalam menguasai bidang Matematik adalah satu anugerah dari Allah s.w.t. Tidak perlu keluarganya meminta kelebihan dan keistimewaan yang lain pula dari mana-mana pihak.

Mungkin ada ramai lagi kanak-kanak yang seusia dengannya di luar sana yang memiliki kelebihan seperti itu atau kelebihan yang lain tetapi tidak mendapat tempat di media – tetap meneruskan persekolahan dan menerima pendidikan seperti kanak- kanak yang lain.

Apa pun kelebihan yang Adi Putra miliki, beliau tetap kanak-kanak seperti biasa yang jika terlalu dimanjakan dan dituruti sahaja apa kemahuannya, akan mendatangkan mudarat kepada dirinya sendiri.

Jika keluarga adik Adi Putra berkemampuan dari segi ekonomi, saya cadangkan mereka menghantar sahaja Adi Putra ke luar negara untuk menerima pendidikan yang mereka fikirkan lebih baik dan bersesuaian dengan anaknya.

- FM STEREO,

Kuantan.

Utusan Malaysia

Anak Halal Yang Realistik

10 Dec

Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

LAKONAN BERKESAN…Raja Farah (kiri) sebagai Milya, Maya Karin dan Farid Kamil.

DI KALANGAN pembikin filem independent, nama Osman Ali sememangnya cukup terkenal dengan karya-karyanya yang cukup bermutu dan keluar dari landasan norma klise filem arus perdana.

Malah, dua karya hebatnya, Bukak Api dan Malaikat Di Jendela menjadi sebutan di festival filem luar negara meskipun keduanya tidak ditayangkan di negara ini kerana unsur-unsur yang dikatakan tidak sesuai untuk tayangan umum.

Kehebatannya mengarahkan filem pendek, muzik video, telemovie dan iklan menjadikan Osman Ali antara pengarah yang disegani di negara ini lalu dia diberi peluang mengarahkan filem arus perdananya yang pertama, Puaka Tebing Biru (PTB) terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) yang ditayangkan pada awal tahun ini.

Sungguhpun begitu, PTB telah mendapat kritikan yang pelbagai daripada pengkritik filem meskipun filem berkenaan berjaya mendapat kutipan tiket sebanyak RM 1.2 juta dan juga meraih beberapa anugerah dalam Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20).

Ternyata, apa yang berlaku terhadap PTB tidak mematahkan semangat anak kelahiran Kedah ini untuk meneruskan perjuangannya dalam memberi satu nafas baru sinema di negara ini.

Lantas, dia mengemukakan cadangan kepada Penerbit Eksekutif TUSB, Gayatri Su-Lin Pillai untuk mengangkat salah satu filem pendeknya, Anak Halal untuk dibentangkan di layar lebar.

Sementelah meneliti skrip tulisan Osman Ali, Gayatri tidak memikir panjang lalu meneruskan projek berkenaan dan membariskan pelakon terbaik dan popular negara ini membintangi filem berkenaan. Mungkin ramai yang

mengandaikan setelah apa yang berlaku pada PTB, TUSB akan serik bekerjasama dengan Osman namun, TUSB begitu optimistik dengan filem ke-17 mereka itu.

Memang benar. Setelah menonton filem Anak Halal yang ditayangkan di GSC MidValley baru-baru ini, hati ini berasa cukup puas melihat hasil karya terbaru Osman Ali ini dan tidak keterlaluan dikatakan ini merupakan filem terbaik sepanjang tahun ini. Benar sekali apa yang dikatakan oleh rakan-rakan media yang berkesempatan menyaksikan filem ini sewaktu pertama kali ditayangkan pada FFM20 yang lalu.

Garapan filem ini cukup kemas dan hampir dua jam menontonnya, langsung tidak terbit rasa bosan menyaksikan filem ini. Semua rencah lengkap di dalamnya. Adegan aksi, cinta, drama, kasih sayang serta humor yang sememangnya menjadi intipati untuk menjadikan Anak Halal sebuah filem terbaik.

Bukan itu sahaja, perkataan yang sesuai untuk menggambarkan filem ini adalah realistik dari segala aspek. Lakonan serta skripnya yang santai dan kena dengan dunia anak muda dan remaja zaman ini membuatkan Anak Halal cukup selesa untuk ditonton tanpa perlu rasa rimas dengan dialog klise yang sering ditampilkan dalam filem Melayu yang adakalanya begitu skeptikal dan dibuat-buat.

Anak Halal mudah difahami walaupun ditonton hanya sekali sahaja. Usah pertikaikan atau persoalkan mengapa subjek dadah, keganasan dan unsur-unsur negatif yang lain diangkat dalam filem ini kerana ini sebenarnya yang terjadi dalam masyarakat kita hari ini terutama anak-anak muda yang begitu alpa dengan kesenangan dan kemewahan sehingga terlupa bahawa Yang Maha Pencipta adalah penentu segalanya.

Jika anda menonton filem yang bakal ditayangkan Khamis ini (13 Disember), anda akan tahu mengapa subjek itu yang ditonjolkan dalam Anak Halal. Dalam erti kata lain, Anak Halal sebenarnya banyak memberikan mesej yang berguna dan mengajar kita untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Dari segi lakonan, rasanya, Anak Halal menampilkan barisan pelakon yang berjaya menghidupkan watak masing-masing dan ternyata, pemilihan pelakon-pelakon muda yang ada di antaranya belum mempunyai kedudukan yang kukuh, begitu tepat sekali.

Farid Kamil sebagai Inderaputera berjaya meletakkan dirinya sebagai hero generasi baru dengan mimik muka dan ekspresi yang cukup menyakinkan. Si jelita, Maya Karin pula sememangnya membawa sisi lain dalam lakonannya apabila menjadi gadis tomboy bernama Johanna.

Pujian juga harus diberikan kepada Maya kerana berani mengorbankan rambutnya yang mayang mengurai itu sebanyak empat inci serta tidak dicalit sebarang solekan. Bukan seperti pelakon lain yang tidak habis memakai rambut palsu dan solekan yang tidak kena pada waktunya.

Bagitu juga dengan Fasha Sandha (Amira Atikah) yang membawakan watak gadis bermasalah dengan cukup berkesan. Lakonannya dilihat ada menunjukkan peningkatan walaupun adakalanya lontaran suaranya sedikit mengganggu mood penonton.

Pelakon lain seperti Raja Farah, Adi Putra, Bront Palare, Rosyam Nor, Mislina Mustaffa, pendatang baru, Remy Ishak serta tiga serangkai yang cukup serasi membawakan watak antagonis iaitu Zulhuzaimy, Fauzi Nawawi dan Fizz Fairuz sudah melengkapkan filem ini.

Percayalah, Anak Halal menjanjikan satu nafas baru dalam pembikinan filem tempatan dan anda pasti terhibur dan puas menyaksikan filem ini kelak.

Powered by Utusan Malaysia

Auteur Cruise

5 Nov

Osman (left) with his crew at the set of Anak Halal.
Osman (left) with his crew at the set of Anak Halal.

Film director Osman Ali talks to SHARIFAH ARFAH about his past experience as an activist fighting sexually transmitted diseases, HIV and AIDS, and how it shapes and informs his cinematic vision.

(From left) Fasha, Farid and Maya in a scene from Anak Halal, a film about youths and social problems.
(From left) Fasha, Farid and Maya in a scene from Anak Halal, a film about youths and social problems.

EXPERIENCE is the best teacher. Film director Osman Ali, 33, would add that experience also is the scariest tutor. Many years ago, he was a volunteer for Pink Triangle Foundation (PTF), a non-profit organisation aimed at disseminating information and creating awareness on HIV/AIDS and sexually-transmitted diseases.

“When PTF had an event, I’d always shoot the photographs and videos. I’d also hand out pamphlets about these diseases in the streets, talking to children, sex workers and drug users,” said Osman.

Volunteering for PTF brought him face-to-face with street children, the downtrodden, transsexuals and sex workers. In short, Osman’s eyes were opened to the stark reality of life that many of us are unaware of.

He saw children, aimless, unloved and living without basic amenities. He saw drug addicts whose only aspiration in life was to get a fix. And life was equally horrendous for transsexuals and sex workers.

Even though a full-time director now, the activist in him is still active.

“I remember those years as being sad and dark, one that colours my life until today. I feel it is my responsibility to portray what’s going on in society, and making a film about society’s ills is a good way of doing so,” said Osman about his current craft of filmmaking.

Starting with the acclaimed Bukak Api (2002), the film about Chow Kit’s sex workers got people talking. He also made the short film Malaikat Di Jendela and the telemovie Toll Gate Girl among others, before embarking on his first feature film, Puaka Tebing Biru.

The horror film wasn’t as successful commercially as he thought it would be. Revolving around a Malay woman’s shame and dilemma, the film uses a non-linear form of storytelling.

“I think people have a problem with the way it’s told. There were some who liked it, and there were those who loathed it,” he said.

Though Puaka Tebing Biru didn’t get rave reviews, Osman is not discouraged, and embarked on his second film project, Anak Halal which will screened nationwide on Dec 13. Starring Farid Kamil, Maya Karin, Fasha Sandha, Adi Putra, Raja Farah, Zul Huzaimy, and Rosyam Nor among others, the film is an expanded version of Osman’s short film of the same title (produced in 1999).

The shoot in parts of Kuala Lumpur and Klang took 50 days, and is produced by Tayangan Unggul. Themed around social issues in the post-modern era, the film centres on Adi Putra (Farid Kamil), an orphaned boy who finds love, friendship and self-actualisation while mired in crime and poverty.

“There are many people living like that. Actually, reality is far worse. I’ve inserted some elements in the film to take away some of its edginess,” said Osman, who also wrote the screenplay.

Still, the rough cut version of the film, shown during the film festival in Penang in August, was stoic and gritty. However, Osman received many compliments after its screening.

“I’m happy with the favourable response. I was afraid people wouldn’t be able to grasp what I was trying to say. I injected melodrama into the story and got the cast to attend a two-week acting workshop to develop chemistry,” he said.

Bukak Api and Malaikat Di Jendela, to this day, remain off-limits to public screening due to images and words deemed taboo. Despite this, Osman believes that censorship is essential to some extent.

“I don’t think it should be too rigid, but I’m still in favour of some form of control over what can be viewed. Take Indonesia, for example. Some years ago, unrestricted content resulted in films akin to soft porn destroying the credibility of filmmakers and the film industry,” he said.

When not making films, Osman busies himself with making television commercials and telemovies under Nuansa Sdn Bhd, a company established in 2002 which he co-owned with Julian Jayaseelan.

Currently, Osman is working on a few ideas for more films.

Powered by New Straits Times

Adi Putra Belajar Di Rumah

5 Jul

KUALA LUMPUR 4 Julai – Kanak-kanak yang memiliki kepintaran luar biasa dalam bidang Matematik, Adi Putra Abdul Ghani kini sedang mengikuti pembelajaran di rumah dalam persediaan menduduki A-Level.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, P. Komala Devi berkata, Adi Putra telah meninggalkan Sekolah Islam Antarabangsa di Gombak pada 26 Mac lalu.

Komala Devi berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Idris dalam soalannya meminta Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan status dan perkembangan terkini Adi Putra.

Menurut Komala, kementerian mempunyai perancangan untuk menghasilkan program khas khusus untuk murid pintar, cerdas dan berbakat.

Tambahnya, kertas kerja mengenai program itu akan dibentangkan oleh kementerian pada September ini.

”Program ini akan dirintis dan dinilai kesannya dalam tahun 2009 dan dijangka pelaksanaan penuh program ini adalah pada 2010,” katanya.

Utusan Malaysia

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.