Archive | Ahli Fiqir RSS feed for this section

Dengarnya…: Dayang Ke Peringkat Antarabangsa

24 Apr

SUDAH lama Cik Normah merindui gemersik nyanyian penyanyi dari Kuching, Sarawak, Dayang Nurfaizah. Ada beberapa lagu terbaru nyanyiannya seperti Luka yang berkumandang di corong radio, namun entah kenapa, sengat lagu itu tidak sekuat ketika Dayang mempopularkan Seandainya Masih Ada Cinta, Hembusan Asmara dan beberapa lagu lain.

Cik Normah rindu Dayang menyanyikan semula lagu balada seperti itu. Sesekali tiada salahnya Dayang kembali menoleh ke belakang. Cik Normah percaya peminat masih menyokong Dayang kerana keunikan suara dan penyampaiannya yang tersendiri.

Cuma satu yang Cik Normah ingin memuji ialah kesungguhan Dayang untuk membawa karier nyanyiannya ke peringkat lebih tinggi.

Terbaru Dayang merakamkan single Lately, di mana projek ini menggabungkannya bersama 35 penyanyi berbakat daripada lima benua dan dipasarkan serentak dalam bahasa berbeza.

Cetusan idea daripada Global One Music ini akan dipasarkan di seluruh dunia, malah gabungan suara Dayang dan penyanyi terkenal lain dapat didengar menerusi single itu yang turut dirakamkan dalam versi ‘multimix’.

Lately versi Dayang memperlihatkan gadis bersuara serak dan lantang itu bekerjasama dengan Daly dari kumpulan hip hop popular, Ahli Fiqir. Daripada apa yang Cik Normah dengar single itu akan mula dimainkan Mei ini.

Artis antarabangsa yang turut serta dalam projek yang membawa slogan “Tiada pasport, tiada visa, tiada politik – hanya muzik” ini termasuk Ruth Sahanaya (Indonesia) dan Sonu Nigam (India).

Berita Harian

Ada VIP Mahu Taja Album

3 Apr

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

TIADA istilah bersara dalam hidup Raja Pop unggul tanah air, Jamal Abdillah sejak menghambakan diri dalam bidang seni sejak 30 tahun lalu.

Malah, bekas Juara Bintang RTM 1979 yang mencecah usia 50 tahun ini mengakui dia akan terus menyanyi selagi diterima peminatnya.

“Menyanyi adalah cara saya meluahkan perasaan termasuk ketika berhadapan dengan apa saja masalah atau dugaan hidup sejak bergelar anak seni.

“Saya juga bersyukur dalam krisis ekonomi global dan kegawatan pasaran album ketika ini, syarikat rakaman Warner Music masih memberi sepenuh kepercayaan untuk saya tampil dengan album penuh tahun ini,” katanya.

Terus terang, kata Jamal, dia juga tidak pernah terfikir untuk mencari syarikat rakaman lain kerana sudah selesa dengan Warner Music sejak dulu lagi.

“Kehidupan saya juga dari dulu sampai sekarang lebih mudah di bawah pengurusan mereka. Kalau bertukar syarikat rakaman, saya perlu berhadapan dengan kerenah birokrasi syarikat baru. Justeru, lebih baik saya fokus pada satu syarikat rakaman saja sampai bila-bila pun,” katanya.

Tidak tidak cukup dengan itu, Jamal juga antara penghibur tempatan yang sering diundang membuat persembahan makan malam untuk golongan kenamaan atau VIP.

“Saya difahamkan ramai VIP yang membesar dengan lagu saya dari dulu sampai sekarang. Maklumlah, saya mula menyanyi pada 1979 dan ketika itu mereka masih menuntut di kolej dan universiti di luar negara.

“Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah juga tahu mengenai lagu Seroja yang saya dendangkan ketika membuat persembahan yang dihadiri olehnya sebelum ini.

“Tidak dinafikan, memang ada pihak VIP yang berminat untuk menaja album saya sebelum ini dan mereka juga sebenarnya peminat saya juga,” katanya.

 

 

Terkini, legasi anak seni versatil yang dilahirkan pada 7 Mei 1959 – sama tarikh lahir dengan Raja Pop Dunia, Michael Jackson – diteruskan dengan kemunculan bingkisan album terbarunya yang juga album ke-20 bersama Warner Music, Tak Hilang Cinta yang menjengah pasaran tempatan pada 16 April nanti.

Selain muncul dengan album baru, tahun ini, Jamal juga merancang mengadakan konsert secara besar-besaran, berjudul Kembara Seni (Seniman) Jamal Abdilah buat peminat setianya pada 5 hingga 9 Ogos nanti di Istana Budaya.

“Saya akan menyampaikan rangkaian lagu popular dari dulu hingga kini dengan iringan orkestra bagi mengubat kerinduan peminat selama ini.

“Apa yang istimewa, saya tampilkan konsep baru dalam konsert ini. Saya juga akan buat sketsa dalam persembahan nanti. Contohnya, jika saya buat persembahan lagu Seniman Menangis, saya akan selitkan babak lakonan di dalamnya.

“Artis yang diundang dalam konsert saya juga mereka yang terbabit secara tidak langsung dengan kerjaya seni atau pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini seperti Datuk David Arumugam (Alleycats), Ogy Ahmad Daud dan komposer veteran Datuk Ahmad Nawab.

“Selain itu, diselitkan juga dengan temubual bersama tokoh terkenal seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi pandangannya mengenai saya,” katanya.

Jamal ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya Tak Hilang Cinta di Red Box, The Gardens, MidValley, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Artist & Repertoire Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad.

engenai album barunya itu, Jamal berkata, ia mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

“Proses pemilihan lagu dibuat dengan teliti kerana saya ingin pastikan album ini memuaskan hati saya sendiri dan pada masa sama yang terbaik buat peminat. .

“Dalam keadaan sekarang, saya juga tidak kisah buat perubahan dari segi muzik yang diketengahkan kerana saya perlu mengikut aliran muzik terkini terutama untuk menawan hati peminat baru,” katanya.

Jamal berkata, album barunya itu menampilkan kelainan daripada yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

“Buat julung kalinya, saya akan bekerjasama dengan penerbit baru yang belum pernah menerbitkan album saya sebelum ini, Shah. Penerbit bersama lain ialah komposer Eddie Marzuki dan Adnan Abu Hassan.

“Tak Hilang Cinta mempertaruhkan Apa Lagi sebagai single pertama saya. Apa yang menarik ialah rentak funk yang belum pernah saya terokai sebelum ini dengan menampilkan sentuhan komposer baru yang meningkat naik, Rohunaim.

“Tiga lagi lagu ciptaan Rohunaim ialah Tak Hilang Cinta Di Dunia, Ku Sejiwamu dan Waktu Kerinduan (lagu/lirik),” katanya.

Album baru itu turut menampilkan dua lagu ciptaan Adnan iaitu Cinta Dua Darjat dan Kembara Yang Indah (lirik Faris). Sebagai kelainan buat peminat, Jamal juga bekerjasama dengan Daly dari Ahli Fiqir dalam lagu berbentuk medley, Terpesona Dusta.

Tidak ketinggalan, tiga lagu ciptaan Jamal sendiri iaitu Di Mana Akhirnya, Keindahan Mimpi dan Akulah Kekasihmu (ciptaan Jamal/Ad Samad). Sepanjang bernaung di bawah payung Warner Music, Jamal sudah menghasilkan sebanyak 19 album sejak 1980.

Antaranya, Perpisahan Tanpa Relamu (1980), Derita Cinta (1981), Hatiku Luka Kembali (1982), Layang-layang (1983), Mati Hidup Semula (1986), Untukmu (1988), Sepi Seorang Perindu (1989), Seniman Menangis dan Sendiri (1990), Jamal (1991), Penghujung Rindu (1994), Suratan Kasih (1996), Penawar Kasih (1997), Samrah Mentari (1998), Segala Cinta (2002), Raja Pop Kompilasi (2003), Aku Penghibur (2005), Raja Cinta-kompilasi (2006) dan Live Istana Budaya (2007).

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5″;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154″;
innity_width = “250″;
innity_height = “220″;

Harian Metro

Rezeki Ketiga Dina

1 Mar

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my

Rap

BENAR kata orang – saiz bukan ukuran. Kalau sudah berbakat, pasti rezeki terhampar depan mata. Buktinya, naib juara Malaysian Idol 2 ini bukan saja bisa memanjangkan kariernya sebagai penyanyi dan pelakon, bahkan turut bertugas sebagai penyampai radio di stesen radio popular, Era.

Sebagai permulaan, dia diberi tugas mengendalikan segmen Carta Era bersama Nana bermula 4 Januari lalu. Sebulan mencatat prestasi cemerlang, dia kemudian diberi peluang mengelolakan segmen sendiri dari jam 2 hingga 6 petang setiap Ahad.

Akui Dina, tugas baru yang digalas paling mencabar kerana ia bukan saja menuntut banyak penyelidikan, malah dia perlu bijak berinteraksi dengan pemanggil kerana lain orang lain tahap pemikirannya.

“Kali pertama mengendalikan segmen 2 hingga 6 petang, saya panik. Kelam kabut dibuatnya sampai tersalah tekan butang. Mujur Adifashla memantau kerja saya, dialah yang banyak membantu.

“Meskipun pening di konti, saya seronok melayan kerenah pemanggil. Dari situ saya sedar, menjadi deejay memerlukan kita pantas dalam tindakan mahupun pemikiran.

“Kerjaya ini turut menuntut saya melakukan penyelidikan, banyak membaca dan tahu perkembangan isu semasa,” katanya ketika bertandang ke Metro Ahad, baru-baru ini.

Jelas pelantun lagu Malu Tapi Mahu ini, sedari kecil dia memang suka bercakap, tapi langsung tidak menjangka tabiat itu membawa tuah dalam hidupnya.

Bahkan, kata Dina, dia tidak pernah terfikir bergelar penyanyi dan pelakon. Apa yang ada dalam genggamannya kini diperoleh secara kebetulan.

“Saya tidak menyedari bakat saya jika orang tidak mencungkilnya. Menyanyi misalnya, saya tidak tahu saya boleh menyanyi hinggalah usia 16 tahun. Bakat lakonan pula dicungkil oleh Cat Farish dan Ahmad Idham manakala deejay, pengurusan Era yang melamar saya.

“Apapun, keutamaan saya pada nyanyian kerana ia memberi lebih kepuasan. Lakonan pula ada kelebihan tersendiri di mana saya dapat ramai kawan baru. Deejay pula mencabar mentaliti, malah kerjaya ini buat saya berfikir secara lebih intensif,” katanya yang menyambut ulang tahun ke-24 pada 7 Februari lalu.

Mengupas lanjut karier di Era, selepas enam bulan tempoh percubaan, Dina akan diserap sebagai penyampai tetap. Setakat ini dia lega pengurusan berpuas hati dengan penyampaiannya, malah menerima maklum balas positif pendengar, peminat dan rakan.

“Saya gembira bila peminat cakap suka dengan cara penyampaian saya. Malah bila ikut skuad Era, ramai ingin tahu kenapa saya jadi deejay. Saya jelaskan, ini satu cabang rezeki selain menyanyi dan berlakon.

“Sebenarnya, seronok jadi deejay kerana selain rapat dengan pendengar, saya dapat jadi orang pertama dengar lagu baru. Jika lagu itu bagus, saya boleh cadangkan ia diperdengarkan di radio,” katanya yang menjadikan Nana dan Adifashla sebagai rujukan ketika bertugas.

Berbicara mengenai karier nyanyian, Dina bakal muncul dengan album single berjudul Satu Untuk Diriku yang turut memuatkan bonus trek Malu Tapi Mahu, Sejauh Ini dan Yall Wit Me.

Menurut pelakon drama Rempit vs Impak Maksima dan filem Jangan Pandang Belakang Congkak ini, dia meletak harapan tinggi terhadap single Satu Untuk Diriku, ciptaan Lah Ahmad. Menariknya, lagu ini turut terpilih sebagai lagu tema untuk siri Hartamas yang kini rancak bersiaran di ntv7.

“Selain Satu Untuk Diriku, saya turut menyanyikan lagu tema untuk siri Rempit vs Impak Maksima berjudul Laju Lampau. Lagu ini mendapat sentuhan Ahli Fiqir dan Supa.

“Ia akan diperdengarkan apabila drama ini dimainkan di televisyen. Ikut perancangan asal, saya akan muncul dengan album penuh Mei depan, tetapi bimbang populariti lagu Satu Untuk Diriku semakin hambar, saya keluarkan dulu album single.

“Album penuh nanti akan diberi judul Dua dan diserikan dengan 12 trek lagu bahasa Melayu dan Inggeris.

“Selain Lah Ahmad dan Supa, saya menggunakan khidmat Sharon Paul, James Baum, Audi Mok, Johan Nawawi dan Imran Ajmain sebagai komposer album berkonsep pop R&B hip hop ini,” kata pemilik syarikat rakaman dan pengurusan Soulful Symphoney serta studio Purple Houz ini.

Harian Metro

50 Remaja Mantap Jati Diri

3 Jan

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
Asmaini@hmetro.com.my

MAHU mengakuinya atau tidak, pelbagai permasalahan membelenggu remaja kini. Daripada masalah keluarga, rakan sebaya sehinggalah pembabitan dalam pelbagai gejala sosial.

Bagi merealisasikan impian untuk membantu gadis remaja memperlengkap dan membaiki diri, jenama penjagaan serta kebersihan wanita terkenal, Kotex, menganjurkan Kem Kotex 2008 di sebuah pusat peranginan terkemuka di Cherating, Pahang, baru-baru ini.

Kem yang julung kali diadakan itu mengumpulkan 50 remaja bertuah berumur antara 13 hingga 21 tahun dari seluruh negara.

Pengurus Pemasaran Kimberly Clark Malaysia dan Singapura, Hamidah Mohd Helmei, berkata penganjuran kem berkenaan adalah rentetan daripada program sekolah yang diadakan pihaknya sejak 10 tahun lalu.

Katanya, menerusi pelbagai program diadakan, pihaknya berusaha membantu gadis remaja untuk tampil lebih berkeyakinan dan matang apabila berdepan dengan pelbagai halangan serta cabaran mendatang.

Tidak seperti kem lain, menurutnya, Kem Kotex lebih menjurus kepada aspek untuk membaiki diri remaja bermula dari segi dalaman hingga luaran.

“Berdasarkan kajian dijalankan Kotex baru-baru ini, kami mendapati ramai gadis remaja di negara ini mengalami masalah dengan keluarga, rakan sebaya serta terjerumus dalam kancah gejala sosial.

“Kajian berkenaan turut menunjukkan kebanyakan gadis remaja di negara ini kekurangan maklumat serta sokongan ketika menghadapi kesukaran menempuh alam dewasa.

“Ia menjadi pencetus utama idea penganjuran kem berkenaan dan menjadi platform terbaik bagi Kotex membantu remaja menambahkan pengetahuan serta dorongan dalam memilih yang terbaik untuk hidup mereka,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai pemilihan peserta, Hamidah berkata, pihaknya menerima hampir 20,000 penyertaan dari seluruh negara tetapi hanya 50 penyertaan yang terbaik dipilih berdasarkan karangan pendek yang dihantar.

Menurut Hamidah, sepanjang kem berkenaan diadakan selama tiga hari dua malam, peserta menjalani beberapa siri bengkel dalam kelas mengenai impian serta halangan diri dan pelbagai aktiviti luaran menarik kendalian pasukan fasilitator terlatih diketuai selebriti terkenal, Azah Yazmin Yusof.

“Kotex mahu menjadikan kem itu landasan terbaik untuk gadis remaja menambah ilmu pengetahuan yang selama ini tidak dipelajari di sekolah.

“Selain itu, pencapaian mereka sepanjang mengikuti kem berkenaan turut dikira dan tujuh anugerah khas disediakan kepada peserta.

“Kami berharap kem terbabit dapat membantu remaja supaya lebih bermotivasi dan gigih berusaha mencapai impian mereka selama ini selaras dengan tema kem iaitu ‘Make Over Diri Anda’,” katanya.

Dalam pada itu, penyertaan pasangan kembar, Nur Afifah dan Nur Afiqah Ahmad Lutfi, 15, dari Sungai Petani, Kedah, memang mencuri perhatian ramai.

Biarpun pada awalnya mereka berdua kelihatan agak malu-malu, selepas mengikuti sesi perkenalan, pasangan kembar ini nyata aktif dan ceria sepanjang menjalani kem itu.

Menurut Nur Afifah dan Nur Afiqah, mereka gembira kerana terpilih mengikuti kem berkenaan kerana berpeluang mempelajari banyak benda baru yang tidak diajar di sekolah.

Kata pasangan kembar ini, mereka menyertai kem itu kerana mahu mengubah diri supaya menjadi gadis lebih berani, matang serta bermotivasi tinggi.

“Sebelum ini, kami tidak pernah menyertai kem seperti ini dan ternyata, ia sememangnya sesuatu yang amat berbaloi untuk disertai.

“Sepanjang mengikuti kem berkenaan, kami berpeluang mempelajari banyak benda serta mendapat ramai kawan baru. Kem ini amat menyeronokkan dan kami tidak sabar untuk berkongsi pengalaman bersama keluarga serta rakan di kampung,” kata mereka.

Pemenang anugerah Ratu Congeniality, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 16, berkata dia berasa amat bertuah kerana dipilih menyertai kem berkenaan dan gembira kerana terpilih memenangi anugerah terbabit.

Remaja dari Kampung Melayu Subang, Selangor ini berkata, biarpun singkat, dia mendapat banyak maklumat berguna yang akan digunakan ketika menghadapi sebarang masalah kelak.

“Pada mulanya, saya risau kerana tidak mempunyai rakan untuk menyertai kem ini tetapi perasaan berkenaan hilang perlahan-lahan dengan layanan diterima daripada pihak urusetia dan rakan baru di sini.

“Saya berharap persahabatan dibina ini tidak akan putus dan saling berhubung untuk sama-sama membantu di dalam pelajaran kelak,” katanya yang begitu seronok dapat menjejakkan kaki di pusat peranginan terkenal itu.

Sementara itu, kem berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon drama Kisah Kaisara iaitu Sari Yanti, Wan Sharmila, Eliza serta kumpulan hip hop terkenal, Ahli Fiqir yang turut mengadakan persembahan istimewa untuk peserta.

Harian Metro

Kepelbagaian Melodi Genre Muzik Rock

15 Sep

KOMEN: Album ini seakan-akan mahu meluahkan rasa Jinbara melalui lirik-lirik lagu yang ditampilkan dalam album ini iaitu tentang rasa cinta muda-mudi dan falsafah simbolik kehidupan.

Tetapi pada masa sama, kumpulan berasal dari Kemensah, Hulu Klang, Selangor, ini turut ingin memberitahu bahawa teras muzik rock yang mereka ketengahkan begitu bersifat terbuka.

Ini kerana, selain rock Jinbara turut menyelitkan elemen irama hip hop contohnya, menerusi duet dan kolaborasi dalam lagu Keringat yang menampilkan Daly daripada kumpulan Ahli Fiqir.

Paling menarik yang cuba diketengahkan oleh kumpulan ini ialah melalui lagu Tahu Tak Tahu Joget yang kuat dengan teras irama joget.

Lagu ini bukan lagu joget asli atau lagu lama yang dirosakkan dengan suntik muzik rock Jinbara, tetapi ia adalah lagu baru ciptaan mereka.

Jelas, elemen irama joget yang mempunyai rentak dan gaya serta identitinya sendiri itu boleh diguna pakai dan dimasukkan dalam genre muzik lain.

Selain itu, ada juga elemen melodi dari Timur Tengah ala-ala lagu Arab, contohnya menerusi lagu Cinta Kita yang sedikit tersasar daripada konsep rock Jinbara selama ini.

Sekian lama bergelar kumpulan rock, lagu-lagu slow rock seolah-olah wajib buat Jinbara, malah sejak era mereka bergelar kumpulan Tropika lagi di mana lagu Subuh menjadi pertaruhan dalam album yang mengandungi 11 lagu ini.

Keseluruhannya, album ini tidak bergantung sepenuhnya kepada konsep rock semata-mata, tetapi ia dipelbagaikan lagi bunyinya dengan elemen-elemen muzik lain. Mungkin ini gaya muzik rock gaya baru cetusan Jinbara.

Judul Album: Suara Kita

Artis: Jinbara

Konsep Muzik: Rock

Terbitan: Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.

[***]

Utusan Malaysia

MTV's Missing X-Factor

10 Aug

insidepix1

If not for show-stealer Leona Lewis and a few others, the recent MTV Asia Awards 2008 would be bereft of the celebs, glitz and glam befitting such an event. What a crying shame, writes RADIN SRI GHAZALI.

BIG awards should feature big names, no?

But at the recent MTV Asia Awards 2008 in Genting Highlands, fans hardly got to see any A-list stars except for Leona Lewis, OneRepublic and Panic at the Disco – fans could literally count the celebrities who walked the red carpet.

Sad to say, even major Asian stars were missing at the awards show.

Efforts should be taken to make the event grander the next time round by having more famous faces gracing the event.

The event kicked off with American star Jabbawockeez from San Diego. Then Pussycat Dolls, dressed in leather pants and not-so-revealing tops, took to the stage with its hit number Buttons.

They may be good performers but the girls’ vocals failed to impress.

Lead singer Nicole Scherzinger was pitchy while fellow member Melody Thornton overdid herself with her overpowering back-up vocals.

The girls also sang their latest single, When I Grow Up.

Next to perform was the biggest breakthrough act of the year, OneRepublic.

The crowd went wild when the band took the stage. Lead singer Ryan Tedder gave an impeccable performance with Apologise.

The band led the audience to sing along with them the song that brought them fame, thanks to music mogul Timbaland.

They then performed an upbeat number entitled Stop and Stare.

Asian artistes, of course, also graced the event.

A special collaboration from Singapore was Electrico and Stefanie Sun’s Save Our Souls, a song written for victims of natural disasters in Asia.

Electrico showed great showmanship, but Sun failed to live up to expectations with her weak vocals and dull stage presence: the winner of Favourite Artiste Singapore for five years running gave one of the most monotonous performances of the event!

New Irish band The Script did well. Its lead singer Danny O’Donoghue sang the band’s biggest hit, The Man Who Can’t Be Moved, brilliantly with jazzy vocals done in indie rock.

But it was Leona Lewis’ performance that stole the show.

The X-Factor winner took to the stage with Better in Time followed by her massive hit, Bleeding Love.

Hailed as the new Mariah Carey by Entertainment Weekly, Lewis gave an outstanding vocal performance. In her white lacy dress and with a simple hairdo, she came off as a beauty with extraordinary talent.

Korean boy band Super Junior with an entourage of 13 good-looking Rain wannabes made the crowd go wild as they showed off dance moves in Don’t Don.

Rock boy band The Click Five (which is no stranger to Malaysia) then took to the stage singing Empty to the accompaniment of rhythmic beats from kompang players.

One of the most awaited moments was the performance by Project EAR (East Asian Revolution) comprising Malaysia’s Pop Shuvit, Thailand’s Thaitanium and Dandee (Silksounds), Indonesia’s Saint Loco, Singapore’s Daly (Ahli Fiqir) and the Philippines’ Jamir and Lean (Slapshock).

The lads proved that the Asian rock scene is something to look out for when they gave a splendid rendition of Hey Now and Marabahaya.

Indeed what can be better than a local dose of rock by Asian homegrown boys? The collaboration is also the first of its kind to be done in an awards show.

Unfortunately, the bands had to perform on a cramped stage, away from the main platform of the night’s event.

American rock band Panic at the Disco closed the event. Known for their lavish performances, the band sang I Write Sins Not Tragedies and Nine in the Afternoon with a circus troop and a marching band in tow!

Meanwhile, award hosts Jared Leto and Karen Mok did not live up to expectations as befitting the night’s event. In the first place, there was hardly any chemistry between them.

Leto was too laid-back while Mok was too prim and proper. Still, Leto tried his best to go Asian by speaking in Korean, Mandarin and Bahasa Malaysia.

“Aku cinta padamu,” said the singer of 30 Seconds to Mars to the moshpitters.

As for the awards, this year’s winners were surprising.

Nicholas Teo’s win was unexpected as the Kuching lad beat big guns like Datuk Siti Nurhaiza, Faizal Tahir and Pop Shuvit.

“I’m sorry Siti,” said the 27-year-old Teo after winning the award, adding, “Never in my wildest dreams did I think I would be going home with this award tonight.”

Teo created history by being the first non-Malay singer to win the award. Siti and Mawi were the previous winners.

“I would have never won this award were it not for my fans here in Malaysia.”

Meanwhile, OneRepublic won the Best Hook Up award for their collaboration with Timbaland in Apologise.

“We are grateful that the song has taken us places. Working with Timbaland was a great opportunity to expand the band’s music,” said Tedder.

 

New Straits Times

Himpunan Lagu-Lagu Hits

3 Aug

ALBUM ini diterbitkan sebagai alternatif kepada peminat muzik tanah air mendapatkan himpunan lagu-lagu hits dan diminati masa kini. Muncul dengan 16 pilihan lagu, album Hits Terkini ini menampilkan artis-artis seperti M. Nasir, Faizal Tahir, Saiful Apek, Altimet dan Fabulous Catz, Amy Mastura, Jaclyn Victor, Jinbara, Misha Omar, Saleem, Hazami, Nitrus, Minda, Komplot dan Andy Flop Poppy selain Jinfiqir, kolaborasi antara kumpulan Jinbara dan Ahli Fiqir untuk sebuah lagu rakaman terbaru, Zakiah 2 yang pernah dipopularkan oleh Sweet Charity.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini termasuk Sang Pencinta nyanyian M. Nasir, Mahakarya Cinta (Faizal Tahir), Chantek (Altimet dan Fabulous Catz) dan Aspalela (Saiful Apek).

Turut dimuatkan dalam koleksi ini adalah lagu-lagu yang pernah menjadi finalis Juara Lagu 2007 seperti Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) persembahan Jinbara dan Sembunyi (duet Misha Omar dan Andy Flop Poppy) serta 2 x 5 nyanyian Ahli Fiqir yang pernah menjadi juara carta Era.

Album: Hits Terkini – Pelbagai Artis

Edaran: Warner Music Malaysia

Utusan Malaysia

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.