Archive | Amy Search RSS feed for this section

I'M Muslim Too Sempena Ramadan Di Ntv7

1 Sep

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

SibUK: penggambaran i’m Muslim Too dilakukan di Syria.

Papar pengembaraan Zan Azlee di Timur Tengah

SALURAN Ceria Anda ntv7 menyajikan beberapa program menarik sepanjang Ramadan ini khas buat penonton setianya. Tiga rancangan hebat yang menemui penonton bermula pada minggu pertama Ramadan ialah I’m Muslim Too, My Journey dan The 30-minutes Chef!

I’m Muslim Too sebuah dokumentari yang memaparkan kisah pembuat filem bebas terkenal, Zan Azlee seorang penerbit dan pengarah filem bermutu tinggi. Hasil karyanya pernah ditayangkan di festival filem tempatan mahupun antarabangsa.

Zan mencabar dirinya dengan menyertai pengembaraan ke dunia Islam di bahagian Timur Tengah iaitu bermula dari Iran ke Jordan, Syria, Lebanon dan banyak lagi. Sambil meneroka, Zan juga mendalami keindahan Islam yang memanfaatkan dirinya serta penonton.

Lebih unik lagi, sepanjang pengembaraan Zan hanya ditemani kamera digital dan himpunan pek mi segera. Zan juga mengambil peluang bersahabat dengan masyarakat Timur Tengah.

I’m Muslim Too menemui penonton setiap Khamis mulai 4 September dari selama setengah jam iaitu bermula jam 7.30 malam.


pENGalaMaN baRU: Zan mengembara ke Timur Tengah.

Seterusnya sebuah lagi dokumentari yang bertujuan untuk merangsang dan memberi inspirasi kepada penonton, My Journey pula menemui penonton pada 5 September, setiap Jumaat jam 7.30 malam.

My Journey, sebuah dokumentari biografi mengenai perjalanan hidup individu yang terpilih akan membawa penonton mengimbau kembali detik penting dalam kehidupan mereka. Selain itu, individu ini juga akan berkongsi tips yang membawa mereka menjadi tokoh yang dikenali.

Informasi yang lebih mendalam serta fakta yang tidak diketahui oleh penonton sebelum ini bakal dikupas dengan lebih mendalam dalam program ini.

Lebih menarik, penonton berpeluang untuk mendapatkan testimonial mengenai ikon berjaya ini daripada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan mereka. My Journey akan mempersembahkan kehidupan ikon yang ternama seperti Amy Search, Datuk Azhar Mansor dan banyak lagi.


CUba MaSaK: belajar resipi baru bersama Chef Firdaus dalam 30-minutes-chef.

Temui Chef Firdaus dalam 30-minutes chef sementara dia berkongsi kaedah penyediaan makanan yang menyelerakan hanya di Saluran Ceria Anda! Chef Firdaus akan berkongsi tips penyediaan sajian berbuka puasa yang mudah tetapi menarik dalam sekelip mata.

Dalam setiap episod, dua sajian akan dihidangkan oleh Chef Firdaus. Program masakan ini akan menemui penonton setiap Ahad mulai 7 September pada jam 4.30 hingga 5 petang.

Berita Harian

Istimewa Ramadan Di RTM

31 Aug


USTAZ Akhil Hai tetamu undangan Selera Ramadan MM Vitaoils.z

DALAM usaha untuk mengimarahkan Ramadan, RTM telah menyusun pelbagai program menarik khas untuk penonton setianya.

Ini termasuk pelbagai program berbentuk majalah dan dokumentari untuk tatapan penonton antaranya Syahadah 4 serta program masakan seperti Selera Ramadan MM Vitaoils dan Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Sheila Rusly dan artis undangan.

Meneruskan kejayaan lalu, Syahadah 4 kali ini membawa para penonton mendekati perkembangan agama dan umat Islam di negara-negara Balkan serta Eropah seperti Sepanyol, Turki, Bosnia Herzegovina, Croatia, Slovenia, Greece, Albania, Kosovo, Romania dan Itali.

Tampil dengan tema Satu Lafaz Berbeza Resam, program terbitan Ibrahim Hj. Ismail, Syazariah Majidi dan Zulkefli Mohd disiarkan dalam dua versi Bahasa Melayu dan Inggeris.

Bersiaran pada setiap hari sepanjang Ramadan, pada pukul 6.35 petang di RTM 1 dalam versi Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris pula ditayangkan di RTM2 pada pukul 4.30 petang, setiap Isnin hingga Jumaat manakala hari Sabtu dan Ahad, program tersebut akan bersiaran pada pukul 5.00 petang.

Sementara Selera Ramadan MM Vitaoils yang memulakan siarannya pada 1 September ini (esok) merupakan program masakan yang sesuai disediakan untuk hidangan bersahur dan berbuka puasa.

Disiarkan setiap Isnin hingga Ahad, pukul 5.00 pagi di RTM1 serta siaran ulangannya pada setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 12.30 tengah hari di RTM1, ia turut menampilkan tetamu undangan memberikan motivasi kepada penonton.

Terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd., program ini menekankan resipi masakan yang menggunakan produk-produk berkualiti MM Vitaoils.

Menariknya, ia turut diwarnai kuliah Ramadan, panduan dan nasihat agama yang bakal disampaikan oleh barisan pendakwah dan pakar motivasi terkenal tempatan.

Antara tetamu undangan yang ditampilkan termasuk Ustaz Wan Shohor Bani Leman, Ustaz Zawawi Yusoh, Ustaz Akhil Haji Abdul Hai, Prof. Dr. Izuddin Haji Ali, Dr. HM Tuah Iskandar dan Hushim Salleh.

Selera Ramadan MM Vitaoils yang bersiaran untuk 30 episod mengutarakan dua resipi berasaskan minyak sawit yang menggunakan produk MM Vitaoils seperti Marvelloso, Blossommm, Rise and Shine, Shortening Qualitaste, Palmas dan Serimas.

Sajian masakan yang diketengahkan oleh Chef Selebriti Norzailina Nordin sangat bersesuaian dengan selera umat Islam sepanjang bulan Ramadan ini. Bukan hanya sajian Melayu, bahkan penonton juga boleh mempelajari sajian barat, timur tengah ataupun masakan Cina dan India.

Antara resipi menarik yang dikongsi bersama penonton antaranya Paf Pir & Burger Sayuran, Kastard Nanes dan Sup Bawang Perancis, Binka Keju dan Mi Pankek, Bingka Jagung dan Daging Masak Prun, Mousse Coklat dan Spageti Olio, Cucur Durian dan dihidangkan bersama Tuna Moussaka juga Spageti Sos Keju dan Browines.

Menjelang hari raya, resipinya lebih istimewa dengan menghidangkan Biskut Teh Hijau dan Kek Keju Rise and Shine juga Kek Lebaran dan Bistis Idaman.

Sepanjang Ramadan juga, RTM menyiarkan variasi hidangan berbuka puasa puasa ringkas lagi lazat yang disajikan oleh artis-artis tanahair.

Berkongsi rahsia masakan bersama artis dalam Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Sheila Rusly, program tersebut akan mula bersiaran 1 September ini sepanjang Isnin hingga Ahad manerusi RTM1.

Menampilkan Sheila Rusly sebagai hos, 28 artis terlibat menghidangkan makanan istimewa pilihan mereka untuk sajian berbuka puasa.

Bukan sahaja berkongsi rahsia masakan, penonton juga berkesempatan berkenalan dengan kaum keluarga artis yang diundang yang turut sama menyerikan program masakan terbitan Js Pictures itu.

Antara artis yang terlibat adalah Amyza Adnan, Umie Aida, Azharina Azhar, Ropi Cecupak, Farid Kamil, Jehan Miskin, Zizan Nin, Ferhad, Aziz M Osman, Melissa Saila, Mila, Dafi, Khatijah Tan, Sazzy Falak, Aizat, Fahrin, Abby Abadi, Que Haidar, Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Mustapha Kamal, Nabila, Rosnah Mat Aris, Fiz Fairuz, Fauziah Ghaous, Amy Search, Nabil dan Nora.

Berlokasikan di kawasan terbuka seperti Taman Tasik Titiwangsa, Masjid India, Tanamera Sungai Buloh, Petronas Ampang, UO Supermarket Galaxy Taman Dagang, Tropikana Golf & Country Club, Pasar Tani Taman Melawati, Sungai Besar Selangor, Kampung Sungai Limau Sungai Besar, Kampung Melayu Ampang, Ulu Yam, Bukit Meringin Kajang, Air Terjun Alang Sedayu dan Pasar. Antara resipi masakan istimewa yang disajikan daripada 60 hidangan lazat tahun ini antaranya seperti Ayam BBQ Rempit, Sambal Goreng XX Ray, Cucur Udang Bila Mila Cinta, Cucur Sukun dan Ayam Kuzi.

Utusan Malaysia

Remaja Kurus Sukar Cari Gaun Malam

17 Aug

Prinsip utama untuk kelihatan bergaya ketika berpakaian adalah keyakinan diri

SoalanSaya berusia 19 tahun, ketinggian 162 sentimeter dan berkulit sawo matang. Saya mempunyai masalah mencari gaun malam sesuai kerana saya tidak suka memakai pakaian mendedahkan tubuh dan ketat memandangkan bentuk badan kurus dan pipih. Jadi apakah fesyen gaun malam yang sesuai untuk saya?

Pavithram, melalui emel.

JawapanAnda masih remaja. Jangan sesekali sekat pemikiran anda dalam berfesyen hanya kerana bentuk badan yang kurus dan pipih. Cuba lihat model antarabangsa yang cantik memperagakan pakaian di pentas peragaan walaupun punyai badan yang sangat kurus.

Prinsip utama untuk kelihatan bergaya ketika berpakaian adalah keyakinan diri yang dibawa bersama dengan pakaian diperaga. Pada saya, itu paling penting.

Untuk pengetahuan, fesyen remaja sangat meluas dan anda hanya perlu mencuba apa juga gaya sementara masih muda. Bagi mereka yang berbadan kecil, cuba gaya ‘modern dancer’ dan ‘roller girl’ yang menekankan potongan warna serta perincian pada baju.


NORAZURA Mazaruddin dengan salah satu dari rekaannya.

Tidak semestinya ia berkonsepkan ‘modern dancer’ tapi jika anda tidak yakin, cuba sarungkan skirt mini atau gaun singkat, penampilan anda pasti tampak menarik.

Ubah gaya malam anda dengan gaun malam paras lutut atau skirt beropol yang dipadankan bersama baju sendat yang benar-benar mengikut bentuk badan, berkeruk kemas dan tidak langsung menyembunyikan kelangsingan anda. Baju yang terlalu longgar kadangkala boleh mencacatkan penampilan kerana ia bukan saja boleh membuatkan anda kelihatan selekeh malah membuatkan anda kelihatan matang sebelum waktu.

Anda juga boleh mencuba ‘puffy sleeve’ di bahagian lengan bagi memberikan ilusi tubuh lebih berisi. Ia juga nampak nampak cantik, comel dan menonjolkan kewanitaan anda.

Pilihan warna pula biarlah dari rona terang bagi menaikkan seri ketika berpakaian sesuai dengan usia muda anda. Bagaimanapun, jangan saratkan penampilan dengan aksesori yang terlalu berlebih-lebihan. Berpeganglah pada konsep ‘less is more’.

Tip Azura: Untuk mereka yang mempunyai bentuk badan yang kurus dan pipih tapi ingin kelihatan sedikit berisi, elakkan memilih pakaian dari fabrik sutera satin kerana ia akan mengikut bentuk badan dan menampakkan anda lebih kurus.

PROFIL: Norazura Mazaruddin

Usia : 24 tahun

Pencapaian :
Tempat pertama Anugerah Jarum Berlian 2003,

Pakaian Tercantik Permaidani Merah Murai.com 2007 (Raja Farah),

Pakaian Tercantik Anugerah Juara Lagu 2008 (Nora Danish),

Pakaian Tercantik

Pereka Terbaik Anugerah Bintang Popular 2008 (Nora Danish)

Antara selebriti yang pernah menggunakan khidmat Azura ialah Datuk Siti Nurhaliza, Nora Danish, Rozita Che Wan, Amber Chia, Faizal Tahir, Amy Search dan Farid Kamil

Jika ingin mendapatkan khidmat pereka berbakat yang terkenal melalui label Azura Couture ini, hubungi 019-2586309 atau emel azuracouture@yahoo.com

INFOJika anda mempunyai kemusykilan mengenai fesyen sesuai dengan diri atau majlis yang hendak dikunjungi, ruangan ini mungkin dapat membantu. Hantarkan masalah anda untuk dijawab pereka fesyen berlainan setiap minggu melalui emel di bminggu@bharian.com.my atau pos ke alamat Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau faks ke 03-22822425.

Berita Harian

Surprise That Rocked Rocker

29 Jul

The veteran rocker proved that he still has the magic to sizzle his audience.
The veteran rocker proved that he still has the magic to sizzle his audience.

‘Cool’ is his second name but last weekend, Amy Search was almost in tears. HAFIDAH SAMAT fills you in.

The showbiz movers and shakers who attended the event were (from left) composer Johari Teh, concert promoter Ali Bakar, singer Rahim Maarof and M. Nasir.
The showbiz movers and shakers who attended the event were (from left) composer Johari Teh, concert promoter Ali Bakar, singer Rahim Maarof and M. Nasir.

A heartwarming sight - Amy kisses daughter Nabila's cheek, with Norish all smiles in the background.
A heartwarming sight – Amy kisses daughter Nabila’s cheek, with Norish all smiles in the background.

Amy's family members (from left) Kat, Nabila and Norish rendering the haunting Isabella.
Amy’s family members (from left) Kat, Nabila and Norish rendering the haunting Isabella.

IT was an unforgettable Sunday evening. Amy, the lead vocalist of rock outfit Search, turned 50 on Monday. As expected, there was much fanfare.

The award-winning singer was overwhelmed with joy when his family surprised him with a birthday bash at the Crowne Plaza Hotels & Resorts in Kuala Lumpur.

The elegant party was attended by some 220 of the singer’s family, relatives and close friends. The guests came from far and wide to join in the fun.

Spotted in the crowd were Amy’s daughter, the actress Nabila Huda; AirAsia Berhad chairman and former Search manager Datuk Aziz Bakar and wife Datin Norma Norell; and singer-composer-film director M.Nasir and wife Marlia Musa.

There were also the much celebrated songwriter-actor Bob Lokman (who was responsible for the band’s legendary tune Isabella), Search members, rock outfit Lefthanded’s vocalist Nash,Joe and Eddie of Black of Wings and former reality talent show Akademi Fantasia 6 principal, Ramli MS.

It was heartening to see some of Amy’s orang kampung too, from his hometown Bakar Batu in Johor Baru.

Fashion designer Albert King, who was accompanied by stylist Izatt Shariff, was seen chatting and joking with some of the members of the Press.

Despite her super-tight schedule, Amy’s wife-cum-personal assistant Norish Hassan, who had masterminded the party for three weeks, had discreetly called up his relatives and friends.

Details had been worked out carefully: from the attendees and the food, to decor and the evening’s programme.

The ballroom received the touch of wedding organiser Pak Abu.

The entrance was transformed into a little fairy tale garden and the setting done in earthy tones. Sheer chiffon curtains added a touch of romance.

The interior of the ballroom was an exquisite ivory hue with a gorgeously decorated head table. Tall arrangements of fresh red roses and small lanterns formed the centrepieces of each table.

The dining tables were labelled after some of Search’s greatest hits including Isabella, Seroja, Rozana, Meniti Titian Usang, Mentari Di Ufuk Timur and Isi Dan Kulit. How nostalgic!

Two gigantic screens were mounted at both sides of the room for guests to enjoy a video presentation of Amy’s illustrious career in the music industry.

“It was no walk in the park to organise the party. The days leading up to the evening were nerve-wracking, as Amy got suspicious about my late night outings,” said the tudung-clad Norish, laughing.

“Nabila even joked that I’d be grounded by Amy if I stayed out more. Oh, how I prayed that everything would turn out memorable,” she added.

Well, Norish, it was certainly worth the effort! It was touching to witness the well-wishers who came clad in their party best congregating to celebrate the legendary rocker’s landmark birthday in style!

Norish recalled a funny little “drama” which unfolded at their home a few hours before the party.

Amy was reported to have become upset at his family when he noticed that they were getting restless… Amy had only been told that he was to attend a corporate event later.

“Nabila, myself and the kids were ready to leave to make the final preparations and there he was nagging at us. So we stayed back and pretended nothing was happening,” said Norish, smiling.

The guests were warned beforehand that Amy had no inkling of the party for him. Everyone was to surprise him with the birthday song.

The evening’s entertainment kicked off at 9pm. Amy performed the melancholic Saat Ku Idamkan, from his solo album Magik which was released in 1994.

Just as he was about to break into the second song, the house lights came on and confetti dropped from the air. This was followed by the joyous birthday song and applause.

Amy was clearly shocked. He took a few seconds to compose himself.

“I’ve never celebrated my birthday before. This is so touching. I’m grateful to Allah for my long music career.

“I’ve a supportive family and friends who have supported Search through the years,” he added.

Amy said that his life has come full circle.

After 27 years in showbiz, he only hoped for good health and another child!

“I’ve achieved some of my dreams and my greatest moment was Search’s tour in Indonesia back in the 1980s. I still get goosebumps thinking about the historic moments.

“Of course, if Allah permits, I don’t mind having another child,” he said, laughing.

(Amy has three children – Nabila, 24, Alexander Zulkarnain, 4 and Sania Samara, two).

The evening also included a series of performances by his friends.

Hattan came on stage and rocked the house with his rendition of Dia, Man Bai rendered his signature Kau Ilhamku, and former Malaysian Idol contestant Fazli Zainal performed Suatu Masa.

The highlight came when Nabila, Norish and his sister-in-law, singer Kat, came on stage and performed Isabella.

Amy was all smiles, enjoying the small family performance on stage.

“He’s my hero. He knows best and I’ve learnt a lot from him”, said Nabila, as she playfully kissed her father on the cheeks. Amy looked dashing and spunky in a linen gold suit.

Asked about his plans, Amy stressed that he wasn’t planning to retire.

“I want to continue performing. It’s heartening when you still sizzle for your fans, especially the younger generation,” he said.

Oh yes, did we mention that amongst the more expensive gifts Amy received was a bungalow worth RM2.5 million in Shah Alam, courtesy of an undisclosed close friend?

Here’s wishing you, Amy, a Happy 50th Birthday!

 

New Straits Times

Bercerai Dugaan Paling Hebat

20 Jul


FIGURA yang saya temui malam Isnin lalu ini tidak pernah berubah. Tiada prejudis dia melayan dengan ramah yang tidak direka. Begitu juga sifat merendah diri yang bukan dicipta hanya sebagai satu hipnosis kepada khalayak.

Tutur katanya masih lembut dan jiwanya masih sama. Masih cintakan bidang hiburan. Hanya kerana penampilannya yang tampak lebih ‘bersih’ lewat kebelakangan ini banyak pihak menebak Amy Search sebagai sudah berubah dan berhijrah ke dalam satu fasa kehidupan baru.

28 Julai ini, usianya mencecah 50 tahun. Saya mahu menggali perjalanan seorang Amy di atas muka bumi ini dan apa lagi hal yang ingin dicarinya.

Apakah populariti, penghargaan atau secebis doa yang akan selalu mengiringi hari-harinya yang semakin baik kini?

Saya ajukan sebenarnya apa yang telah berubah dalam hidup seorang Shuhaimi Abdul Rahman.

“Sebenarnya saya tidak pernah berubah,” tutur Amy lembut. Dia menyambung kemudian dengan mengakui bahawa apa yang dikatakan penghijrahan kini hanya penampilannya.

Tetapi jauh menoleh balik kepada pegangan hidupnya, dia tahu dia tidak pernah tersasar jauh. Itu yang dibanggakannya.

Jelas Amy: “Saya masih rock n roll. Masih memenuhi undangan pentas dan menyanyi. Inilah cara saya mendapatkan rezeki sejak lebih 25 tahun lalu. Yang berubah hanya penampilan.

“Jujur, saya bersyukur kerana Tuhan menganugerahkan bakat dan menjadikan saya sebagai seorang penyanyi.

“Tapi itu tidak bermakna selama ini saya tiada pegangan. Saya dididik oleh arwah ayah agar tidak melintasi batasan sebagai seorang Islam.

“Imej tidak mencerminkan apa yang ada di dalam hati seorang manusia. Sebab itu saya kata saya masih Amy yang sama.”

Saya tanya Amy, sepanjang merentas kemasyhuran, pernahkah dia lupa diri atau sekurang-kurangnya terkena kejutan budaya. Terutama ketika Search dijulang di Malaysia, Indonesia juga Singapura. Sewaktu zaman dia digilai banyak wanita dan disesakkan dengan nikmat tak terhitung dek jari.

Lama dia berfikir sebelum menggeleng dan menjawab: “Popular hanya nikmat dunia. Jika saya melupakan Dia, saya akan sesat tanpa arah.

“Maka dalam apa juga keadaan, termasuk saat saya melakukan kesalahan pun, saya tetap ingat Dia. Dia tidak akan pernah mati di hati saya.

“Saya juga selalu ingatkan diri, apa lagi yang saya inginkan kerana buruk pun saya sebagai hambaNya, Dia masih memberikan rezeki dan kemewahan kepada saya. Jadi saya rasa berdosa kalau sesaat pun tidak mengingati keagunganNya.”

Amy memberitahu perjalanan hidupnya serupa seperti manusia lain di dunia ini.

Dia juga pernah merasa sakitnya dihempas gelombang hidup.

“Tiada manusia yang kehidupannya selalu indah dan sempurna, dan saya lalui itu juga,” akuinya ringkas.

Namun apakah gelombang yang paling menyakitkan Amy sepanjang 50 tahun lalu?

Tanpa selindung dan dengan terbuka, buat pertama kali Amy mengakui dua kegagalan dalam rumah tangganya sebagai cabaran paling berat yang pernah singgah dalam hidupnya.

“Banyak orang sinis bila saya kahwin dan cerai. Sebab orang kata ah, biasalah, artis. Dan saya pula seorang rocker, jadi kahwin cerai itu macam makanan kami.

“Tapi tahukah mereka bahawa itu cabaran paling berat dalam hidup saya selama ini?,” soalnya yang akur dengan dugaan Tuhan.

Kata lelaki yang kini bahagia melewati kehidupan bersama isteri tercinta, Norish dan zuriat-zuriat mereka, hanya kepercayaan dan doa yang membuatkan dia bertahan.

Tambahnya dalam getar nada sederhana: “Saya yakin Tuhan tidak akan menduga saya dengan dugaan tersebut kalau saya tidak mampu memikulnya.

“Lihatlah hikmah yang saya lalui di sebalik kegagalan masa lalu. Saya tempuh ia dengan sabar. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana jika tiada dugaan, hidup ini juga kosong.”


REVOLUSI seorang rocker menyaksikan Amy sentiasa bereksperimentasi dengan fesyen yang menjadi trademark sejak dulu.

Bersara dengan sendiri

Satu lagi keresahan yang tumbuh di hati banyak penggemarnya adalah kecenderungannya untuk mendalami Islam.

Benar, itu hal yang sewajarnya. Namun dari satu sisi, ada yang takut Amy bakal meninggalkan terus dunia seni dan memencilkan diri di dalam dunia barunya. Dunia rohaniah.

Amy terus tersenyum sambil berkata perkara itu tidak akan terjadi. Malah dia sendiri tidak pernah meletakkan jangka hayat untuknya berada dalam industri.

Juga, tidak pernah sekali dia memandang industri hiburan sebagai dunia yang hitam dan jijik untuk dilupakan terus.

Dia persoalkan juga, sepanjang menjadi anak seni, pernahkah dia mengheret barisan pencintanya ke jalan yang sesat dan melalaikan mereka?

“Jika saya berhenti pada ketika ini, ia sama seperti saya mengkhianati bakat yang Tuhan anugerahkan kepada saya. Jadi bila tiba masanya nanti, saya akan bersara dengan sendiri.

“Kalau Tuhan tak jadikan saya penyanyi, mungkin saya tidak jadi begini hari ini.

“Dan lagi kerana saya penyanyi dan kini menjadi manusia yang lebih baik, sekurang-kurangnya saya menjadi contoh positif kepada peminat saya,” ujar Amy yang merancang menunaikan haji selewat-lewatnya tahun hadapan selepas dua kali mengerjakan umrah.

Bina madrasah

Saya tamatkan bicara panjang kami dengan apa yang diinginkan oleh Amy kini. Pantas dia memaklumkan untuk memberi semula kepada komuniti.

Maka itulah alasan paling kukuh terbinanya Maahad Tahfiz Hajah Fatimah Haji Abdul Rahman (gabungan nama ibu dan arwah bapanya) di Pontian, Johor.

Sengaja memilih Pontian sebagai tapak madrasah ini sebagai lambang cinta terhadap negeri kelahirannya, Amy berharap agar sekolah yang boleh menampung lebih 100 anak-anak yatim ini mampu beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun hadapan.

Membina sebuah kediaman anak yatim telah lama disemat di dalam hatinya. Sejak dulu, sejak zaman rock lagi. Begitu kata Amy.

Dan Amy sambung dengan alasan ini sebagai penutup bicara kami yang sering diganggu puteranya, Alexender dengan mengajak bermain adiwira Spiderman, juga Sania yang sibuk mahu duduk sebangku dengan Amy.

“Saya kira ini impian sejak lama yang akhirnya Tuhan makbulkan. Sengaja saya membina sebuah rumah anak yatim kerana saya mahu anak-anak Melayu, biar dilanda arus modenisasi, mereka tidak pernah lupa agama.

“Dan harapan saya agar sekolah ini menjadi mercu tanda intelektual yang selalu menjadi harapan para ibu bapa agar anak mereka disekolahkan di sini. Insya-Allah,” akhiri Amy penuh harapan.

Kosmo

Ini Maruah Keluarga – Kebapaan Amy Tercabar

17 Jul

Oleh JESSABELL SOO

JUJUR saja kata yang terbit dari hatinya. Bukan untuk ‘mengenakan’ sesiapa, bukan juga untuk menegakkan benang yang basah. Tetapi dia merasa cukup tercalar apabila secara tiba-tiba anak perempuan sulungnya, Nabila Huda dikaitkan dengan isu kontroversi.

“Ya, sepanjang 25 tahun saya terlibat dalam industri hiburan, tidak pernah saya marah sebegini. Ini melibatkan maruah keluarga saya dan laporan yang dikeluarkan adalah salah sama sekali,” itu luahan pertama Amy Search.

Rockers terunggul itu berkata demikian kala diminta pendapatnya mengenai isu dan kontroversi terbaru membabitkan gambar Nabila melompat riang sehingga menampakkan sedikit bahagian betisnya ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya diterbitkan.

Bukan kali pertama gambar tersebut diterbitkan kerana sebelum ini sebuah majalah terlebih dahulu berkongsi pengalaman Nabila bersama pembacanya tetapi dengan persetujuan pemiliknya.

Namun, apabila gambar itu mula disebarkan di internet dan diterbitkan semula oleh akhbar lain dengan laporan yang dikatakan tidak sahih, ia mula menimbulkan pelbagai andaian serta menimbulkan salah faham.

Kontroversi itu bukan sembarangan dan Amy menyifatkan ‘imej’ artikel yang dikeluarkan itu mencemar maruah keluarga, khususnya dirinya sendiri sebagai bapa.

Amy sebagai bapa yang sememangnya ikon popular dalam industri hiburan. Lebih jauh lagi, Amylah yang membuka jalan Nabila sehingga kaki wanita muda itu sempat menginjak kaki ke Tanah Suci Mekah diusia cukup muda.

Maka, tidak hairanlah Amy beremosi, naik marah dengan laporan yang menjadi sasaran kritikan orang ramai gara-gara informasinya yang tidak betul.

Persisnya, artikel itu sengaja memberi gambaran tidak manis lagi berunsur fitnah dan boleh membuatkan orang membuat pelbagai andaian terhadap keluarganya.

“Memang sebagai seorang ayah, saya sangat marah. Apa yang mereka cuba ingin lakukan? Saya tahu mereka ingin melaporkan berita sensasi tetapi benda-benda begini tidak boleh dibuat main-main,” kata Amy kepada Kosmo!.

Gambar aksi ‘gembira’ di Madinah itu yang diambil ketika mengerjakan umrah buat kali pertama bersama bapa, ibu tiri (Norish), dua adik (Sania dan Alexander) serta tiga orang neneknya telah disalah anggap.


AMY turut membawa dua anak kecilnya Sania dan Alexander ke Tanah Suci Mekah bersama Nabila.

Ini yang menambahkan salah faham kerana Nabila dikatakan tidak menunjukkan rasa hormat dan tertib ketika berada di Tanah Suci Mekah dengan aksi melonjak sebegitu.

“Gambar itu sebenarnya diambil di Bukit Magnet, Madinah dan bukan Mekah seperti dihebohkan. Kami berada di Mekah selama lima hari dan kemudian bercuti di Madinah selama lapan hari.

“Di Madinah, banyak aktiviti reaksi dilakukan di sana. Dan Nabila melakukan aksi melompat itu pada hari terakhir di Madinah. Takkan dia nak buat benda-benda tidak senonoh di Mekah,” cerita Amy membetulkan keadaan.

Kenapa menghasut?

Apa yang menambahkan perasaan marah Amy adalah informasi yang ditulis baik di internet mahupun di media adalah salah sama sekali.

Bukan itu sahaja, tajuk berita yang ditulis juga dilihat melampau seolah-olah sedang menghasut pembaca mengenai kelakuan Nabila itu.

“Kalau mereka tidak pernah pergi ke Mekah, mereka boleh tanya. Apabila mereka ingin menulis, kenalah tahu apa yang ditulis. Tajuk mereka juga sangat teruk.

“Jadi, saya rasa cara penulisan itu seperti sedang menghasut orang ramai. Mengapa lakukan begini? Mereka telah membuat orang ramai salah faham tentang kami,” jelas Amy yang bakal mencecah usia 50 tahun hujung bulan ini.

Menurut Amy, Nabila pada asalnya hanya mahu berkongsi pengalamannya mengerjakan umrah dengan peminatnya. Namun, disebabkan terlalu sibuk, dia telah memberikan satu album penuh dengan gambar-gambar kunjungannya ke sana kepada sebuah majalah.

Dalam album itu, banyak gambar yang dirakamkan di tempat berlainan dan mereka tidak tahu lokasi yang sebenarnya gambar itu diambil.

“Nabila memberikan gambar dalam bentuk album dan mereka telah memilih gambar melompat itu. Tetapi tiada apa yang berlaku ketika itu kerana informasinya betul.

“Ia jadi lain bila sudah disebarkan. Saya juga berasa terperanjat apabila membaca laporan berkenaan. Mereka telah memberikan informasi yang salah kepada pembaca. Entah apa yang difikirkan oleh ibu saya apabila dia membaca berita ini?,” ujarnya kesal.

Tak akan saman

Diminta kepastian Amy mengenai status saman yang bakal difailkan untuk menebus malu, penyanyi rock legenda ini tidak mahu isu ini dilanjutkan ke mahkamah seperti yang dijangkakan. Malah, sebagai manusia biasa, katanya dia memberi maaf dan bersedia memaafkan.

Apa yang diharapkan hanya sekadar satu penjelasan yang setimpal daripada pihak terlibat untuk membersihkan nama keluarganya. Ini perlu dilakukan supaya pihak luar terutamanya anggota masyarakat terus tersalah anggap.

Katanya, dia boleh marah kepada pihak yang menulis secara peribadi tetapi orang ramai tidak akan mengetahui kebenarannya.

“Ini bukan soal saman atau tidak. Mereka (penulis) patut menelefon saya dan meminta maaf serta membuat kenyataan menjelaskan keseluruhan perkara sebenar. Orang ramai perlu tahu kebenarannya dalam hal ini,” tegas Amy.

Tiada paksaan terhadap Nabila

Semasa gambar yang sama dijadikan bahan cerita, timbul juga persoalan bahawa Nabila masih belum bersedia untuk mengerjakan umrah dan dikatakan ‘dipaksa’ oleh ayahnya. Itu satu lagi andaian yang dihalakan kepada Amy dan anak daranya itu.


AMY kurang senang bila orang memperkatakan anaknya Nabila dari sudut yang salah.

Kononnya dikatakan Nabila kurang bersedia untuk menyahut seruan umrah, tetapi atas permintaan bapanya dia akur untuk mengerjakan ibadah berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, kata Amy pada awalnya dia hanya bertanya sama ada Nabila berminat untuk menyertai keluarganya yang lain ke Tanah Suci.

Dan sejujurnya dia sendiri juga terkejut kerana Nabila bersetuju.

“Kalau dengan alasan tidak bersedia, rasanya sampai mati pun orang itu tidak akan bersedia. Ini bukan soal bersedia tetapi keinginan hati.

“Nabila berminat untuk pergi terutamanya kerana kami pergi sekeluarga. Kalau nak cakap Nabila belum bersedia, ramai orang yang pergi ke Mekah tapi apabila balik masih juga belum berubah. Ini soal keinginan hati, anda boleh pergi bila-bila masa jika berkemampuan. Takkan ini pun nak dijadikan bahan cacian. Ini sangat tidak adil,” keluhnya menutup bicara.

Kosmo

Jelitawan Hitam Manis

30 Jun

Oleh SUBASHINI RAJANDRA subashini.rajandra@kosmo.com.my

Less is more mungkin bersesuaian dengan pendirian jurusolek profesional, Vanita yang berasa kagum dengan kejelitaan warna kulit gelap.

PERNAH dengar ungkapan Benjamin Banneker yang berbunyi The colour of the skin is in no way connected with strength of the mind or intellectual powers. Ia sebenarnya membawa maksud bahawa warna kulit tidak mempunyai perkaitan langsung dengan kekuatan minda atau kebijaksanaan seseorang.

Pemilik ungkapan emas itu adalah seorang warga Afrika Amerika yang tersohor dengan kepintarannya dalam bidang matematik, astronomi dan penerbitan. Namun, bukan dia yang didedahkan kali ini. Sebaliknya, kata-kata yang dipetik tadi menjelaskan kebenaran bahawa kadangkala manusia tercicir dari dunia realiti.

Sedar atau tidak, ramai yang menggangap dirinya tidak cantik hanya kerana warna kulit yang gelap. Ia bagaikan keistimewaan yang terlindung dek kerana stereotaip itu.

Kita semua tahu pada zaman sekarang, pentas peragaan antarabangsa dikuasai oleh model dan peragawati berkulit hitam seperti supermodel Naomi Campbell, Alek Wek, Iman dan ramai lagi. Tidak kurang hebat juga kewibawaan yang ditampilkan oleh calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Demokrat, Barack Obama yang bijak dan mempunyai kacukan orang kulit hitam di sebelah bapa.

“Ramai wanita, tidak kira agama dan bangsa, sering merungut kerana berkulit hitam. Mereka tidak menyedari bahawa jenis kulit itu sukar untuk diperolehi walaupun berjemur berhari-hari di bawah matahari seperti orang putih.”

“Dalam kebanyakan sesi penggambaran dan peragaan fesyen saya, saya teruja menggunakan model yang berkulit gelap dalam dan luar negara kerana peralihan diri ke atas mereka dari segi mekap dan seleksi busana nampak lebih kuat dan penuh glamor,” jelas Vanita Krishnamurthy dengan ghairah sewaktu melakukan transformasi ke atas tiga orang gadis biasa.

Setiap seorang model ini dikenali secara tidak sengaja dan melalui pengalaman ‘hitam’ disebabkan oleh warna kulit kecuali Diana Priya Sankar, 27, seorang pensyarah dan guru tuisyen serta hamil dua bulan. Dua yang lain ialah Helen Doreena Varunamegam, 23, seorang penghibur, penyanyi dan pelakon teater serta Kamini Rajendran, 21, pelajar kolej.

Hanya kerana berkulit gelap, Helen yang mempunyai senyuman yang menawan dilayan secara tidak adil semasa menyertai sebuah pertandingan ratu cantik pada tahun 2005. “Saya berasa kecil hati disingkir bukan kerana dinilai berdasarkan kepada kepintaran minda atau bakat tetapi diskriminasi terhadap warna kulit gelap,” ujarnya jengkel.

Seleksi berus dan warna yang sesuai mampu menyerlahkan kecantikan wajah semula jadi.

Kamini pula masih muda dan mentah tetapi tidak ketinggalan merasai dirinya menjadi bahan jenaka di kalangan rakan sekolah dahulu. “Tapi apabila saya diperkenalkan kepada Malaysia Institute of Arts oleh seorang kawan, mereka menghargai warna kulit saya. Tidak berapa lama kemudian, saya terpilih untuk menjadi model Piala Seri Endon 2005,” kata gadis ini.

Vanita yang merupakan seorang jurusolek profesional dan Pengarah Artist Space Professional sejak tahun 2003, percaya bahawa setiap gadis adalah cantik dalam warna kulit asli. Cuma mereka perlu menambahkan ‘seri’ di bahagian tertentu dalam amaun mekap secukupnya. Tidak perlu melakukan rawatan pencerahan atau mengaplikasikan banyak krim asas muka seperti ‘hantu putih’.

“Semua orang mahu jadi cerah! Mereka gagal menghargai kecantikan kurniaan Tuhan. Dengan seleksi berus dan warna yang sesuai, saya mampu menyerlahkan kecantikan wajah semula jadi,” ungkap Vanita yang menyangkal tanggapan mitos bahawa mereka yang berkulit gelap tidak boleh memakai warna terang seperti hijau, biru, merah dan kuning.

VANITA (tengah) bersama gadis-gadis biasa yang diubah menjadi model profesional dengan keajaiban teknik mekap.

Kalau sebut hijau sahaja, ada berpuluh-puluh jenis ton hijau yang digunakan dalam dunia solekan, jelas Vanita lagi. “Pertama, kenali dulu kumpulan warna sama ada yang suam atau sejuk. Kalau pakai baju warna sejuk seperti biru, kita kena selaraskan dengan gincu almost pink, pemerah pipi almost pink. Sudah tentu nampak seperti badut jika dioles gincu merah.”

Dengan pengalaman menyolek diri sejak berusia tujuh tahun memandangkan Vanita adalah seorang penari Bharatha Natyam, Odissi dan kontemporari selain tarian asli Melayu serta Mak Yong, dia menyarankan wanita supaya menyimpan kit mekap asas.

Kit mekap ini harus seimbang dengan warna-warna semula jadi, rona suam dan sejuk. Kecuali untuk sesi penggambaran fashion statement, warna asas ini banyak membantu dalam solekan seharian. Seperkara lagi ialah mereka harus melabur sekali dalam seumur hidup dengan pembelian berus muka yang sesuai.

Berus yang betul akan memberi ‘hasil’ yang dikehendaki. “Ia tidak merugikan kerana anda dapat menjimat amaun mekap yang digunakan pada setiap pengaplikasian. Umpamanya, untuk krim, saya syor gunakan berus sintetik manakala berus bulu untuk sapuan jenis serbuk,” ujarnya yang mempunyai kira-kira 100 jenis berus khas di bawah labelnya.

Vanita belajar di Cosmoprof International Singapore, sebelum memperoleh gelaran Master-Make Up Artist dari Studio Make Up Academy Hollywood dan Fashion Stylists Fred Segal Beauty Los Angeles di Amerika Syarikat pada tahun 2005.

Selama enam bulan, dia melanjutkan jurusan kosmetik dan mekap di Make Up Academy in Sunset Gower Studios, Hollywood serta menimba latihan dan pengalaman yang tidak ternilai dalam bidang mekap prostetik, kesan khas, mekap berkala, karakter serta rekaan fesyen.

Pendirian tegas Vanita terhadap keunikan warna kulit turut disokong oleh pemenang Oscar Gwyneth Paltrow yang pernah menyatakan: “Kecantikan, bagi saya ialah keselesaan yang dirasai pada kulit sendiri῅”

Diana amat bertuah, ujar Vanita yang memuji warna kulitnya yang bersamaan dengan lebah madu. Malah, Diana yang belajar di Australia, kerap menerima pujian sebegitu dan tidak pernah disindir seperti dua model yang lain.

Helen yang merupakan jurucakap rasmi bagi Artist Space Professional dan juga produk jenama mekap La Femme yang pertama kali berada di Malaysia menerusi Vanita, memiliki wajah eksotik dengan warna rambut keperang-perangan. Jika anda melayari laman web rasmi Vanita, pasti muka Helen menghiasi laman dari pelbagai sudut kamera.

RUPA sebelum wajah-wajah ini dihiasi solekan Artist Space Professional. Dari kiri: Helen, Kamini dan Diana.

“Kamini pula masih muda lagi dan sebab itu dia ada jerawat. Tapi lepas sembur krim asas muka dengan air brush, ia tidak kelihatan dengan jelas. Saya juga gunakan rona krim asas yang hampir sama warna dengan kulitnya,” ujar Vanita yang tidak bersetuju dengan peraturan jurusolek lain iaitu menggunakan krim asas muka yang cerah satu rona daripada warna kulit.

Vanita yang dilatih oleh pakar kecantikan seperti Eve Pearl, Joanne Gair, Billy B dan Nally dari Los Angeles and New York, kerap dijemput untuk membuat mekap bagi filem, komersial atau iklan TV dan majalah, pertandingan ratu cantik dan majlis perkahwinan. Sebelum ini, khidmatnya pernah digunakan oleh penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search dan Fasha Sandha untuk drama Kehangatan Lantana.

Jika anda teringin menghadiri kelas anjuran Artist Space Professional atau menempah khidmat solekannya, sila layari laman web http://www.artistspace.com.my untuk maklumat lanjut atau hubungi Vanita di 019-250 7856.

Kosmo

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.