Archive | Faizal Hussein RSS feed for this section

4 Lagi Drama Menarik Penuhi Slot Cerekapilihan

5 Jun

Oleh Rozdan Mazalan

CEREKAPILIHAN menyaksikan pelbagai drama Melayu yang bakal disajikan sepanjang bulan Jun di TV3 setiap Jumaat jam 1.30 petang dengan empat drama mulai esok.

Drama yang berunsur kekeluargaan dan diselitkan juga kisah teladan seperti Abi, Ayah, Bunga Kasturi dan Malang Hari Kerana Hati.

Abi yang akan disiarkan esok mengisahkan Abi yang mempunyai tiga anak iaitu Johar, Dila dan Saiful. Johar adalah seorang usahawan tetapi syarikatnya sedang mengalami masalah kewangan.

Dilla juga mengalami masalah yang sama, manakala Saiful pula adalah seorang pelakon tambahan. Makan dan minum Abi dijaga oleh jiran sekampung iaitu Miah dan anaknya Wani. Abi menyimpan minat terhadap Milah dan dia tidak bertepuk sebelah tangan tetapi masing-masing memendamkan perasaan.

Suatu hari, Abi terjatuh dari tangga dan doktor mengesahkan dia lumpuh selamanya dan juga mempunyai penyakit barah otak. Drama ini dilakonkan oleh M Rajoli, Kartina Aziz, Arash Mohamad, Zul Yahya dan Ngasreen Ngasri

Sementara pada 13 Jun pula drama Ayah bakal menyusul mengisahkan Sofia yang ingin minta cerai dari suaminya Ariff kerana mahu mencari kemewahan hidup. Anak-anaknya Shafiq dan Ain ditinggalkan bersama Ariff bapa tiri mereka dan dia kemudiannya menjadi isteri kedua kepada Rahman.

Dengan Rahman dia tidak mempunyai zuriat kerana pernah terbabit dalam kemalangan. Walau diselubungi kemewahan tetapi hidup Sofia tidak bahagia. Drama ini juga turut dilakonkan oleh Shukery Hashim, Rozie Othman, Nasriah Ngasri, Iqram Dinzly, Ary Putra, Khatijah Tan dan Rahim Razali.

Bunga Kasturi mulai 20 Jun mengisahkan isteri Pak Usop, Maimunah terpaksa menjalani pembedahan jantung. Dia terpaksa mengeluarkan semua duit pencennya kerana mahu membiayai kos pembedahan. Kedua-dua anak Pak Usop, Farid dan Zaharah tinggal di Kuala Lumpur.

Isteri Farid, Diana memang suka bermegah-megah tetapi Farid yang menanggung segala hutangnya. Diana langsung tidak mahu membelanjakan duit gajinya. Inilah yang membuat Farid terpaksa berhutang dengan Zaharah. Zaharah amat benci dengan perangai kakak iparnya itu. Apabila anak Pak Usop, Zamani mendapat keputusan yang cemerlang, dia mendapat tawaran untuk belajar di universiti. Drama ini dijayakan oleh Sidik Hussein, Hani Mohsin dan Zahida Rafiq.

Sementara itu drama Malang Hari Kerana Hati yang bakal disiarkan pada 27 Jun mengisahkan Munir seorang eksekutif kewangan di Syarikat Nusa Holdings Sdn Bhd. Walaupun tekun bekerja dia sering kali ditegur Aidil kerana hampir setiap hari dia datang lewat ke pejabat.

Hanya Suzana isterinya yang faham perangainya yang susah bangun pagi. Menurut Suzana perangai yang paling dibencinya mengenai suaminya adalah kerana tidak menepati masa dan tidak mahu menunaikan sembahyang. Suzana sudah bosan kerana sepanjang 10 tahun perkahwinannya dia terpaksa menghabiskan masa semata-mata mengejutkan suaminya bangun tidur.

Pelakon yang menjayakan drama ini seperti Zul Yahya, Hani Kausar, M Rajoli, Zaidi Omar, Raja Azrey, Faizal Hussein dan Hersheeta Purey.

Powered by Berita Harian

Kisah Keluarga Nek Dara

29 May

SEBAGAI penutup kepada bulan yang dipenuhi hari-hari istimewa sepanjang Mei ini, RTM2 menerusi slot Citra akan menyiarkan drama Nek Dara pada 30 Mei ini (esok) bermula pukul 10 malam di RTM2.

Sajian istimewa untuk tontonan seisi keluarga ini mengetengahkan watak utamanya Nek Dara lakonan Norlia Ramli dibantu Faizal Hussein, Aida Aris, Aidi, Fifi dan Mei Lan.

Nek Dara mengisahkan Adi yang memilih untuk mengisi waktu cuti persekolahannya ke Pulau Langkawi.

Kedua ibu bapanya Saiful dan Intan yang pada mulanya kurang bersetuju terpaksa akur dengan permintaan anak tunggal mereka itu.

Segalanya berpunca kerana Intan berkecil hati terhadap ibu mertuanya yang suka memperkecilkannya kerana tidak pandai memasak.

Setelah berlaku kejadian itu, mereka suami isteri memutuskan untuk tidak pulang ke kampung mereka di Pulau Langkawi.

Permintaan

Saiful yang pada mulanya kurang bersetuju dengan permintaan isterinya itu kemudiannya hanya menurut hinggakan apabila mereka dikurniakan cahaya mata pun Nek Dara tidak diberitahu langsung.

Ketika di Pulau Langkawi, Adi bertemu teman baru bernama Mei Lan dan Fifi.

Mereka berdua sering membantu nenek Fatimah yang lebih dikenali dengan panggilan Nek Dara menyiang gamat kerana Nek Dara mengusahakan gamat.

Suatu hari, Adi digigit obor-obor ketika mandi-manda di laut. Nek Dara bertindak pantas menggunakan gamat mengubatinya.

Saiful dan Intan yang begitu bimbangkan keselematan anak mereka mula mencari Adi ke serata tempat. Sehinggalah mereka menemui Adi di rumah Nek Dara.

Di situlah berlaku pertemuan yang tidak disangka-sangka melibatkan anak beranak yang sekian lama telah terpisah.

Mahu tahu kisah sepenuhnya, pastikan anda tidak lupa menonton kisah penuh pengajaran Nek Dara menerusi slot Citra di RTM2 esok pukul 10 malam.

Powered by Utusan Malaysia

Soseh Soseh: Eizlan Dapat Anak Perempuan

5 May


Rap

TAHNIAH SS ucapkan buat pelakon Eizlan Yusof kerana isterinya, Vie Shanti selamat melahirkan anak perempuan, kelmarin.

Difahamkan, Eizlan bergegas pulang dari lokasi peng gambaran drama Dari KL Ke Queenstown di New Zealand pagi itu kerana tidak mahu melepaskan peluang berada di sisi isteri ketika kelahiran anak sulung mereka.

Malah SS juga difahamkan, Eizlan memilih nama Vie Zaraa untuk bayi comel yang dilahirkan di Pusat Perubatan Kota Kinabalu, jam 11 pagi, Sabtu lalu.

SS yakin Eizlan dan Vie begitu gembira saat ini. Se memangnya pengalaman pertama kali bergelar bapa dan ibu suatu yang cukup indah biarpun tanggungjawab baru ter hadap keluarga bertambah.

Ketika rakan SS menghubungi Eizlan semalam, pelakon Impak Maksima itu mengakui sempat melihat kepayahan isterinya ketika melahirkan Vie Zaraa. Kata Eizlan, ketika isterinya kesakitan, fikirannya terbayangkan wajah ibunya, Ramlah Latif.

Katanya, dia membayangkan pengalaman dan kepayahan ibunya ketika melahirkan dia dulu dan turut mengakui tanggungjawab serta pengorbanan ibu dalam melahirkan anak cukup besar. Jadi setiap bapa, suami dan anak perlu lebih menghargai jasa dan pengorbanan ibu melahirkan anak.

SS difahamkan, sebagai menghargai pengorbanan isteri yang berjuang melahirkan anak mereka, Eizlan memberi peng hormatan kepada isterinya untuk meletakkan nama anak pertama mereka itu. Memang sedap nama itu tapi SS tidak tahu pula mengapa nama sempena filem Hindi itu diabadikan pasangan ini.

Dalam pada itu, SS juga ingin mengucapkan tahniah buat pasangan Linda Rafar dan Syed Kamaruzaman Syed Mahmud atau Syed Aiman yang khabarnya menerima kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka, Jumaat lalu. Begitu juga pasangan Faizal Hussein dan Suhaila yang menyambut kelahiran anak kedua lebih seminggu lalu.

Harap-harap dengan kehadiran orang baru ini, setiap pa sangan lebih bersedia melaksanakan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai ibu bapa dan bijak dalam menangani masalah rumah tangga tanpa perlu merosakkan imej artis yang sering dilanda perceraian.

Semoga Eizlan, Linda dan Faizal kekal bahagia hingga anak cucu bersama pasangan mereka.

Powered by Harian Metro

Info TV: Lima Lagi Drama Hebat Di Slot Cerekapilihan Buat Penonton TV3

1 May

SLOT Cerekapilihan menyiarkan lima drama yang menjanjikan kepuasan kepada penonton setia TV3 iaitu Good Morning Cikgu, Good Afternoon Cikgu, Selimut Putih, Maafkan Aku Mama dan Kalam Cinta Rabiah. Slot itu disiarkan pada hari Jumaat jam 1 tengah hari.

Sinopsis

Good Morning Cikgu (2 Mei 2008)

Akibat kegawatan ekonomi yang berlaku sewaktu Alice pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian luar negara, sukar untuk Alice mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya. Akhirnya, Alice memohon untuk menjadi seorang guru dan permohonannya mendapat maklum balas positif. Alice mengalami kejutan budaya setelah dihantar bertugas ke kawasan pedalaman di kawasan utara. Namun Alice terpaksa juga menghadapi kerenah anak-anak muridnya yang tidak tahu menggunakan bahasa Inggeris. Sikap orang kampung juga kadang kala memeningkan kepala Alice. Dia mula menyukai pengembala lembu di kampung itu bernama Budin yang kerap berada di samping lembunya yang digelar Rahul.

Pelakon : Zizie Ezzette, Sheila Rusly, Radhi Khalid, Hamidah Wahab, Zaidi Omar

Good Afternoon Cikgu (9 Mei 2008)

Cikgu Alice selamat melahirkan anak perempuan. Semasa di dalam pantang, Cikgu Alice tinggal bersama keluarganya di bandar. Cikgu Tipah masih belum berkahwin dan apabila melihatkan keadaannya, Mami merasa kasihan. Dia mengajak Cikgu Tipah bertemu bomoh supaya cepat mendapatkan jodoh. Semasa sedang mandi bunga, bomoh memberikan satu syarat, dia harus menerima lamaran orang pertama yang masuk meminangnya dan Cikgu Tipah setuju dengan syaratnya itu. Suatu hari, Shah Rukh (lembu Muis) berkeliaran di sekitar rumah Cikgu Tipah. Muis terus jatuh cinta apabila melihat kelibat Cikgu Tipah.

Pelakon : Sheila Rusly, Kartina Aziz , Radhi Khalid, Jalil Hamid, Zaidi Omar, Hamidah Wahab

Selimut Putih (16 Mei 2008)

Drama ini mengisahkan penderitaan seorang ibu yang diabaikan anaknya kerana hasutan menantu. Mak Teh tinggal di belakang rumah anaknya, Najib dan hubungannya bersama menantunya, Mona tidak baik. Najib dan Mona berjanji hendak membawa Mak Teh tinggal sebumbung dengannya sebelum mendapat tanah arwah bapanya, tetapi mereka telah memungkiri janji itu. Manakala Mak Nona juga mengalami nasib yang sama dengan Mak Teh yang dihalau dari rumah anak perempuannya, Minah.

Pelakon : Norlia Ghani, Rusdi Ramli, Rita Rudaini, Noor Khiriah, Roslan Salleh, Zaidi Mohd Nor

Maafkan Aku Mama (23 Mei 2008)

Mengisahkan penyesalan seorang anak yang tidak dapat meminta maaf buat kali terakhir terhadap perbuatannya sebelum ibunya meninggal dunia. Aiman kehilangan bapanya semasa dia masih lagi kecil. Sue, ibu kepada Aiman berkahwin dengan Zarul setelah kematian suaminya, Malik. Perkahwinan itu bukanlah atas kehendak Sue tetapi di atas kehendak bapa mentuanya yang tidak mahu Aiman kehilangan rasa kasih sayang seorang ayah. Tetapi perkahwinan itu tidak direstui Aiman. Sejak kejadian itu, Aiman merajuk dengan perbuatan ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Pelakon : Hairie Othman, Azizah Mahzan, Jalil Hamid, Sabrina Ali

Kalam Cinta Rabiah (30 Mei 2008)

Datuk Johari masih mengharapkan supaya Rabiah berhenti sebagai jururawat dan menerima tawarannya bekerja di Nilam Holding sebagai Pengarah Projek. Namun, Rabiah tidak berganjak dari keputusannya. Rabiah berjaya memujuk Julia yang mempunyai anak luar nikah untuk terus belajar demi masa depannya. Datuk Johari yang kecewa dengan Rabiah sanggup menggugurkan nama Rabiah sebagai penerima harta warisannya. Di tempat kerjanya, Rabiah berkawan rapat dengan Zakuan. Zakuan mencadangkan Rabiah terima saja permintaan ayahnya.

Pelakon: Wardina Saffiyah, Zamarul Hisham, Benji, Faizal Hussein, Dian P Ramlee, Hafizzuddi , Fiza.

Powered by Berita Harian

Akademi Polis Bermula Malam Ini Di TV9

23 Apr

Oleh Zaidi Mohamad

BERMULA hari ini, TV9 menyiarkan drama bercorak kepolisian berjudul Akademi Polis setiap jam 9 malam. Drama itu meneruskan kesinambungan drama sebelum ini seperti Gerak Khas dan CID 3278. Akademi Polis membawa gambaran perihal berkaitan pelatih atau rekrut yang bakal menjadi pegawai polis di Malaysia.

Drama terbitan ME Communications ini cuba menyelongkar serba ringkas suka duka dan kepayahan rekrut dalam menghadapi latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol). Watak utama di dalam drama ini dilakonkan oleh Fezrul Khan sebagai Faizal dan Serina sebagai Nurfatimah. Drama ini turut membabitkan pelakon Anding AF, Lando, Raja Azrey, Yasmin Haron, Kaza Saisi, Zack Kool, Hasnah Ibrahim, Sherry, Alias Yusof serta dibantu tiga pelakon undangan, Datuk Aziz Singah, Raja Nor Baizura dan Faizal Hussein.

Drama bersiri ini dijangka mampu membina cap dagang sendiri dan bersaing dengan siri Gerak Khas yang sudah lebih lapan tahun bersiaran di kaca TV.

Akademi Polis juga dilihat sebagai satu usaha mempengaruhi lebih ramai remaja dari pelbagai kaum mendekati kerjaya polis kerana ia juga menjanjikan masa depan terjamin dari konteks ekonomi dan mampu membentuk jati diri yang cemerlang

Setiap pelakon yang terbabit sama-sama menghadapi latihan insentif sebelum bergelar Inspektor Polis kerana mereka juga dilayan seperti rekrut lain, terpaksa berkawad siang dan malam, membotakkan kepala, dimarahi atau didenda kerana membuat kesilapan dan melanggar disiplin serta menyertai kegiatan lasak yang cukup memenatkan atau ada kalanya berbahaya.

Itulah pengalaman manis buat pelakon drama ini yang menempuh masa dua bulan berada di kem latihan.

Drama ini menjalani penggambaran di dua lokasi utama penggambaran Akademi Polis dibuat di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan Pulapol PGA Hulu Kinta, Perak, selain di tempat awam. Ia mengetengahkan cerita yang boleh memberi pengetahuan kepada penonton mengenai selok-belok polis menjalani latihan di Pulapol.

Polis juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada masalah peribadi, perihal hati dan perasaan serta hubungan mereka dengan keluarga dan rakan. Ia akan disulami dengan pelbagai insiden menarik ketika pelatih menjalani kursus, sama ada dalam kelas, padang kawad mahupun ketika bersantai.

Ceritanya banyak difokuskan di Pulapol sebagai plot utama di samping ada juga elemen kemanusiaan, kekeluargaan, kasih sayang, aksi dan perkara melucukan.

Ada lagu khas yang menjadi lagu latar drama ini, juga berjudul Akademi Polis ciptaan S Kalam dan liriknya, Yusof Kelana serta dinyanyikan sendiri oleh Serina.

Powered by Berita Harian

Weekend Watch: Of Fairies And A Mermaid

13 Mar

THINGS are heating up on reality series Survivor China on ntv7 tomorrow (10.45pm).

In this week’s episode, Todd teams up with Amanda to find the Hidden Immunity Idol (which may save someone from elimination at the Tribal Council gathering). Another reality show, The Bachelor is premiering over 8TV (12.15am) on Sunday. Jesse Palmer, a pro football quarterback is introduced to 15 beautiful women in this dating game. One of the bachelorettes is actually his spy. For movie buffs, ntv7 is showing The Making Of… The Spiderwick Chronicles at 1.30pm on Sunday. Directed by Mark Waters, this fantasy thriller movie is about run-down Spiderwick Estate where twin brothers Jared and Simon Grace, along with their sister Mallory, find themselves pulled into an alternate world full of fairies and other creatures. The movie stars Freddie Highmore, Sarah Bolger, Nick Nolte, Mary-Louise Parker, Joan Plowright, David Strathairn, Seth Rogen and Martin Short. Also on Sunday, 8TV is airing The Making Of… Duyung at 11.30am. Directed by A. Razak Mohaideen, this local comedy/drama film revolves around Jimmy, a nature-loving man who believes in the myth that if the environment is looked after, a mermaid would appear. The movie stars Maya Karin, Saiful Apek, Yassin Yahya, Yasmin Hani, Awie, Raja Noor Baizura, Abu Bakar Omar and Hafidzuddin Fazil.

TOMORROW

Harry Potter & The Prisoner Of Azkaban (English movie) (RTM2, 9pm):  It’s a dark time again at Hogwarts for Harry Potter and his friends. Sirius Black, who is believed to have helped in the kidnapping of Harry’s parents, has escaped from Azkaban prison. Starring Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint, Richard Griffiths and Pam Ferris.

Mangal Panday — The Rising (Hindi Movie) (RTM2, 12.30pm):  Mangal is a sepoy serving Britain’s East India Company. But when he finds out that the cartridges of the rifle contains beef and pig fat, Mangal revolts and leads a rebellion.

Paycheck (English movie) (TV3, 12.30am):  Jennings is the best reverse-engineer in the business. He is hired by clients to take apart other companies technologies and find out how they work. Starring Ben Affleck, Aaron Eckhart, Uma Thurman and Paul Giamatti.

SUNDAY

The Adventure Of Elmo In Grouchland (English movie) (RTM2, 3pm):  Elmo loves his fuzzy, blue blanket, and would never let anything happen to it. However, a tug-of-war with his friend Zoe sends his blanket to a faraway land, and Elmo in hot pursuit. Starring Kevin Clash, Mandy Patinkin, Vanessa Williams and Sonia Manzano.

Pesona 3: Siapa Dia (Malay movie) (TV3, 3pm):  Jasmin, a college teacher, has many admirers. Saiful, Fenkie and Sulaiman compete for her heart. Starring Faizal Hussein, Haznina Juren Haniff and Sidi Oraza.

Powered by New Straits Times

Anugerah Skrin Ke-9 — Cinta Ulangi Kejayaan

16 Dec

Berkisar tentang cinta lima pasangan di sebuah kota dengan pelbagai rencah kehidupan, filem Cinta mengulangi kejayaannya pada Festival Filem Malaysia ke 20 (FFM-20) lepas apabila dijulang sebagai Filem Terbaik Anugerah Skrin Ke-9 (ASK9) malam Jumaat lalu.

Cinta arahan Khabir Bhatiar terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) menepati ramalan antara filem yang layak menjulang trofi kemenangan itu atas faktor kekuatan jalan cerita dan pembikinannya.

Filem tersebut yang memaparkan percintaan di antara suami isteri, kasih sayang antara adik beradik dan juga terhadap warga emas turut mengenepikan lima pencabar terakhirnya iaitu Red Kebaya, Waris Jari Hantu, Mukhsin dan Syaitan.

Ia turut mengulangi kejayaan serupa dalam FFM-20 lalu menerusi katogeri Lakon Layar Terbaik apabila Mira Mustaffa sekali lagi diumum sebagai pemenang. Malah Datuk Rahim Razali pemegang watak Cikgu Elyas, seorang guru nyanyuk diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik ASK-9. Dalam FFM-20 lalu Rahim memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem ini.

Kemenangan pelakon veteran itu kali ini sekali gus mengenepikan ramalan banyak pihak bahawa Rusdi Ramli (Waris Jari Hantu) akan mengulangi kejayaannya dalam FFM-20 lalu.

Tiga anugerah yang digondol oleh filem Cinta adalah cukup baik biarpun menerusi FFM-20, ia berjaya membolot empat anugerah iaitu Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Penyunting Terbaik.

Malah ramalan mengatakan pengarah Yasmin Ahmad menerusi filem Mukhsin dan Shuhaimi Baba (Waris Jari Hantu) bersaing untuk merebut Pengarah Terbaik tersasar apabila Badaruddin Haji Azmi menerusi filem Syaitan dipilih sebagai Pengarah Terbaik.

Selain Shuhaimi, Badaruddin turut bersaing dengan lima calon akhir katogeri itu melibatkan Ahmad Idham (Jangan Pandang Belakang), Zarina Abdullah (Chermin) dan Osman Ali (Puaka Tebing Biru). Walaupun sebelum ini ramalan kuat menyebelahi Yasmin berdasarkan kepada kehebatan filem Muhsin yang memenangi pelbagai anugerah peringkat antarabangsa namun hakikatnya pengarah yang “tidak dijangka” merampas anugerah itu.

Begitu juga Shuhaimi apabila dalam FFM-20 lalu filem beliau itu merangkul lima anugerah iaitu Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Skor Muzik Terbaik.

Bagaimanapun agak mengejutkan apabila Osman Ali terpilih antara lima calon akhir katogeri tersebut sedangkan Puaka Tebing Biru mendapat kritikan hebat.

Meraih

Kehebatan Vanidah Imran dalam Red Kebaya yang membolehkan beliau meraih Pelakon Wanita Terbaik FFM-20 turut membuahkan hasil apabila mengekalkan kedudukannya untuk katogeri itu dalam ASK-9 kali ini.

Vanidah mengenepikan lima calon terakhir iaitu Ruminah Sidek (Jangan Pandang Belakang), Azean Irdawaty (Waris Jari Hantu), Nasha Aziz (Puaka Tebing Biru) dan Natasha Hudson (Chermin).

Bagi katogeri drama, seperti yang dijangka Sebuah Ijtihad terbitan JS Pictures Sdn. Bhd. yang disiarkan di TV3 memenangi empat anugerah termasuk Drama Terbaik mengalahkan Ilham Suci, Sirah, Tanah Kubur dan Takbir Suci.

Selain Drama Terbaik, Sebuah Ijtihad turut memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Sofea Jane), Pengarah Terbaik (Azman Yahya atau Jinggo) dan Lakon TV Terbaik (Nazli Jaafar).

Sebuah Ijtihad lakonan Sofea Jane, Sheila Rusly, Faizal Hussein dan Mas Idayu mengisahkan kehidupan tiga banduan wanita yang melalui pengalaman berbeza di dalam penjara.

Manakala bagi katogeri Pelakon Lelaki Terbaik, Shafie Naswip yang melonjak menerusi lakonannya dalam filem Muhsin membawa pulang kemenangan tersebut menerusi drama Ilham Suci.

Sementara Norkhiriah menerusi drama Nek Kiah dan M.Rajoli (Tanah Kubur) masing-masing menggondol hadiah Pelakon Pembantu Wanita dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Drama Komedi Terbaik pula dimenangi oleh drama Bong manakala Drama Rantaian Terbaik disandang oleh Susuk. Satu lagi anugerah yang dipertandingkan iaitu Anugerah Shine Pantene kategori Pelakon Wanita Harapan dimenangi oleh Faouziah Gaos mengalahkan Dynaz, Talya, Chelsea dan Baizura Kahar.

ASK-9 yang membawakan konsep Hollywood glamor kali ini menyaksikan sebanyak 21 katogeri anugerah dipertandingkan. Ia melibatkan sembilan anugerah masing-masing bagi drama, komedi dan bersiri, lima katogeri bagi filem dan enam untuk penerbitan televisyen termasuk Rangkaian Televisyen Media Prima, RTM dan Astro.

Sebanyak 15 buah filem yang ditayangkan sepanjang tahun 2006 sehingga Jun 2007 terpilih menyertainya. ASK-9 disiarkan secara langsung melalui TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang dihadiri kira-kira 3,000 penggiat industri hiburan.

Komen Pemenang

Ahmad Fuad Onah: (Filem Terbaik – Cinta)

“Ia merupakan berita yang gembira untuk keseluruhan tenaga filem ini. Kemenangan ini berdasarkan skrip dan kerjasama pasukan yang baik. Lima kisah cinta yang digabung dalam satu cerita dan dapat disampaikan kepada umum dengan mudah merupakan kekuatan utama filem ini.”

Datuk Rahim Razali: Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Cinta)

“Anugerah ini memulihkan dan menaikkan semangat saya untuk berjuang dalam bidang lakonan hingga akhir hayat saya. Saya menerimanya dengan jujur, ikhlas dan rasa kesyukuran yang teramat sangat. Walaupun saya banyak menerima anugerah sebelum ini tetapi saya tidak pernah berasa puas hati dengan anugerah yang diterima.”

Vanida Imran: (Pelakon wanita Terbaik Filem – Red Kebaya)

“Saya tidak menyangka memenangi kategori ini kerana lazimnya, mereka yang menang anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) tidak semestinya memenangi Anugerah Skrin. Tahun ini memang cukup bertuah dan saya percaya kemenangan sesuatu anugerah bukan bergantung kepada jumlah pungutan tiket tetapi kepada bakat seseorang.”

Badaruddin Azmi: (Pengarah Filem Terbaik – Syaitan)

“Bagi saya, Syaitan merupakan sebuah filem yang sukar untuk diterima umum. Sebenarnya saya sendiri tidak mengharap apa-apa daripada pencalonan ini. Apabila dicalonkan bagi kategori lima pengarah terbaik, saya datang sekadar untuk memenuhi undangan. Namun, kemenangan ini mendorong saya untuk meningkatkan kreativiti saya pada masa akan datang. Saya berbangga kerana hasil kerja saya untuk filem ini mendapat pengiktirafan.”

Shafie Naswip: (Pelakon Lelaki Drama Terbaik – Ilham Suci)

“Saya terkejut sangat apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang. Saya memang tidak menyimpan harapan untuk menang kerana calon-calon yang lain adalah nama-nama besar. Mungkin ini rezeki saya dan saya terimanya dengan baik. Malah, ia menjadi pendorong utama untuk saya meningkatkan mutu lakonan saya untuk masa kana datang.”

Sofea Jane: (Pelakon Wanita Drama Terbaik – Sebuah Ijtihad)

“Saya memang tidak terkata apabila diumumkan sebagai pemenang. Sejak melibatkan diri dalam bidang lakonan sejak tahun 1990 dan ketika itu saya baru berusia 18 tahun, ini merupakan kemenangan pertama saya. Selepas saya membaca skrip drama ini, saya mula jatuh cinta dengan watak tersebut. Saya memang sudah lama mencari watak yang istimewa dan watak ini memang lain dari yang lain. Bagi saya, seorang pelakon bertanggungjawab untuk membawa sesuatu yang berfaedah kepada penonton dan saya.”

Powered by Utusan Malaysia

Saingan Hebat Dalam Drama Terbaik

11 Dec

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

JUMAAT ini, peminat hiburan tanah air sekali lagi berpeluang menyaksikan sebuah lagi acara anugerah yang akan menutup tirai tahun ini dengan berlangsungnya Anugerah Skrin 2007 (ASK9) yang bakal di adakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pukul 9 malam.

Dengan mengambil tema Hollywood Glamour, sudah pastinya ASK9 menjanjikan suatu yang hebat dalam memastikan hadirin dan penonton di rumah terhibur dengan perjalanan ASK9 kelak.

Jika semalam, kita menyaksikan ramalan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Aktor dan Aktres Terbaik bagi kategori filem, hari ini, Mega cuba melihat drama yang manakah mampu memberikan saingan hebat bagi kategori Drama Terbaik.

Setelah menyaksikan drama yang telah diulang tayang di TV3, apa yang boleh dikatakan, drama-drama seperti Sebuah Ijtihad, Sirah, Tanah Kubur, Takbir Suci dan Fitrah Di Ufuk Ramadan mampu memberikan saingan yang hebat apatah lagi drama-drama tersebut membariskan barisan pelakon dan jalan cerita yang mantap.

Mungkin ada yang mempertikaikan drama-drama yang tercalon kesemuanya berdasarkan kepada jumlah rating, tetapi jika drama itu tidak mempunyai jalan cerita yang berkesan dan lakonan pelakon yang mampu menghidupkan drama tersebut, agak sukar juga untuk menyakinkan penonton menonton drama tersebut.

Sebuah Ijtihad lakonan Sofea Jane, Sheila Rusly, Faizal Hussein dan Mas Idayu itu dijangka mampu memikat juri dengan jalan cerita yang berbeza apabila menampilkan kisah tiga banduan wanita yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Menariknya kali ini, terdapat dua buah drama yang mengambil kisah sempena bulan Ramadan dan Syawal iaitu Takbir Suci dan Fitrah Di Ufuk Ramadan. Dua buah drama ini juga memperlihatkan lakonan berkesan para pelakonnya dan jalan cerita yang digarap dengan cukup baik sekali.

Apatah lagi membariskan pelakon berkarakter seperti Rosyam Nor dan Fauziah Nawi (Fitrah Di Ufuk Ramadan) serta Ellie Suriaty, Nasir Bilal Khan, Raja Azura dan Datuk Sarimah Ahmad dalam Takbir Suci yang pasti memberikan kelebihan kepada drama berkenaan untuk dinobatkan sebagai Drama Terbaik.

Begitu juga dengan drama Sirah yang menyelitkan unsur keagamaan dan membawa mesej yang cukup berguna di dalamnya yang dilihat juga mampu memberikan saingan kepada drama-drama lain.

Ditambah dengan lakonan Nasir Bilal Khan yang membawa kebencian kepada penonton dan keberkesanan lakonan isteri penyabar yang dibawa oleh Eja, mampu memberi kelebihan kepada drama Sirah.

Cuma, jika Tanah Kubur dipilih sebagai Drama Terbaik, mungkin agak mengejutkan kerana ada beberapa babak dalam drama tersebut yang dilihat sebagai longgar dan tidak logik yang boleh membawa seribu persoalan.

Apa pun, semuanya ini hanyalah ramalan dan tidak sesekali mempengaruhi keputusan juri. Sama-samalah kita menyaksikan ASK9 untuk mengetahui siapakah yang bakal dicalonkan dan seterusnya dinobatkan sebagai pemenang nanti.

Powered by Utusan Malaysia

Faizal Jadi Pembekal Peralatan Pengambaran

3 Oct

MESKIPUN Faizal Hussein, 40, jarang diberi watak utama, namun penampilannya dalam setiap drama atau filem, mampu memberi kesan kepada produksi tersebut.

Itulah kelebihan anak kepada pasangan pelakon Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail ini.

Lantaran itulah hingga kini Faizal masih lagi kekal dan sentiasa menjadi rebutan pengarah. Antara drama lakonan Faizal yang boleh ditonton ketika ini ialah Sembilu Kasih.

Terbaru, Faizal baru selesai berlakon telefilem Fajar Kinaboi terbitan Suar Channel dan Lahad terbitan Suhan Movie.

“Bulan ini saya sengaja kurangkan aktiviti seni. Nanti lepas raya barulah mula balik. Saya cuti raya seminggu sebab selepas raya di Gombak, saya perlu balik ke rumah mertua di Johor Bahru,” katanya.

Dia yang mula diperkenalkan menerusi filem Gila-Gila Remaja itu, tidak seperti rakan artis lain yang bercita-cita untuk membuka produksi penerbitan.

Faizal yang bakal menimang cahaya mata kedua pada April tahun depan berkata, dia lebih senang berlakon daripada menjadi penerbit atau pengarah.

“Malaslah nak pening-peningkan kepala. Kalau jadi produser atau pengarah, kerja teruk. Baik jadi pelakon, tidak perlu nak fikir apa-apa selepas penggambaran tamat.

“Kalau produser, mesti fikir soal kewangan. Pengarah pula perlu berhadapan dengan kerenah pelakon,” kata suami kepada Suhaila Sulaiman, 31.

Bagaimanapun ayah kepada Fazryn, dua tahun, ini tetap menceburi bidang perniagaan yang berkaitan seni menerusi syarikat Riverse Angle Studio.

Faizal lebih senang menjadi pembekal peralatan penggambaran dan pengangkutan kepada produksi lain.

“Buat bisnes begitu, kurang sikit pening kepala. Orang sewa perkakas kita. Kalau jadi produser, pening fikirkan bajet sehinggalah drama atau filem disiarkan,” ujar Faizal yang pernah membuka studio lokasi untuk penggambaran.

Powered by Utusan Malaysia

Sembilu Kasih Dihentikan Siaran

23 Apr

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

DUDUK dari kiri: Bilal Khan, Zed Zaidi, Faizal Hussein dan Esma Danial turut hadir di majlis kesyukuran dan doa selamat Sembilu Kasih di kediaman Yusof Haslam baru-baru ini.

Penerbit drama Sembilu Kasih, Datuk Yusof Haslam akhirnya membuat keputusan penghentikan penerbitan drama yang kini disiarkan setiap Jumaat pukul 9 malam di TV9 itu.

Menurut Yusof, syarikatnya Skop Production Sdn. Bhd., sudah pun menyiapkan musim terakhir drama itu yang akan mula menemui penonton pertengahan Mei ini.

“Siaran episod terakhirnya, dijangka pada Ogos nanti. Selepas itu Sembilu Kasih akan dihentikan bukan kerana rating rendah atau kekeringan idea tapi sudah lama sangat siarannya. Sebagai pembikin filem, saya perlu fikir dari aspek kepuasan dan relevan drama tersebut.

“Sebenarnya sudah lama saya hendak tamatkan Sembilu Kasih tapi stesen TV minta teruskan. Sekarang ini kalau mendapat permintaan ramai sekalipun saya tidak akan teruskan. Cukuplah dua tahun saya menerbitkan Sembilu Kasih. Dulupun dua tahun juga saya menghasilkan Sembilu,” kata Yusof pada majlis kesyukuran dan doa selamat Sembilu Kasih musim terakhir di kediamannya baru-baru ini.

Sebelum bersiaran di TV9, Sembilu Kasih pernah disiarkan di TV3 sebanyak 26 episod. Membariskan pelakon utama seperti Hetty Sarlene, Zed Zaidi, Faizal Hussin, Julia Hana, Datuk Aziz Singah, Aznah Hamid, Esma Daniel dan Azza, Sembilu Kasih diarah bersama oleh Syamsul Yusof, Yusof Kelana dan Faizal Yusof.

Cabaran

Pada musim terakhirnya, Sembilu Kasih diberikan nafas baru.

“Penonton akan didedahkan dengan satu tragedi yang melanda hubungan rumah tangga Zetty dan Fendi,” kata Yusof memberi gambaran tentang Sembilu Kasih musim akhir.

Menceritakan pengalamannya menerbitkan drama bersiri terpanjang tempatan itu, kata Yusof, banyak halangan dan cabaran yang diharungi.

Jelasnya, jika tidak ada sifat kesabaran dan sokongan daripada isteri, Datin Fatimah Ismail sudah lama drama tersebut dihentikan.

“Isteri saya pernah ikut saya terbang ke Singapura untuk memujuk Hetty Sarlene. Bukan mudah berhadapan dengan kerenah artis, memikirkan jalan cerita yang menarik, semua itu memang memeningkan kepala. Tapi ia mematangkan saya dan menjadikan hubungan saya dan isteri dengan para pelakon serta krew ibarat saudara,” kata Yusof terus terang.

Powered by Utusan Malaysia

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.