Archive | Hail Amir RSS feed for this section

World Heritage Site: George Town Celebrates

26 Jul

The Penang Island Municipal Council building is all lit up as George Town celebrates its listing by Unesco as a World Heritage Site. - Picture by Fariz Iswadi Ismail
The Penang Island Municipal Council building is all lit up as George Town celebrates its listing by Unesco as a World Heritage Site. – Picture by Fariz Iswadi Ismail

GEORGE TOWN: A three-minute fireworks display illuminated the skies here last night as thousands of people gathered in Padang Kota Lama to celebrate George Town’s listing as a Unesco World Heritage Site.

Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas took to the stage to officially declare George Town's inclusion into the prestigious Unesco Heritage Sites list at  Padang Kota Lama  yesterday. With him is Chief Minister Lim Guan Eng.
Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas took to the stage to officially declare George Town’s inclusion into the prestigious Unesco Heritage Sites list at Padang Kota Lama yesterday. With him is Chief Minister Lim Guan Eng.

The fireworks display was accompanied by the simultaneous honking of ferry horns from the Raja Tun Uda ferry terminal in Pengkalan Weld.

Earlier, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas took to the stage to officially declare George Town’s inclusion into the prestigious list.

He was accompanied by Chief Minister Lim Guan Eng, state executive councillors and legislative assemblymen.

Several cultural performances showcasing Penang’s rich history also added to the air of festivity.

Among the local and evergreen artistes were Alleycats, Nancy Yeoh, L. Ramli and Hail Amir.

Throughout the day, various activities were held to commemorate the event, such as the clan jetties’ open house, stage performances by the various communities in the state as well as a cultural procession.

The three-day celebration ends today with a street celebration at Upper Penang Road.

In his speech, Lim said George Town’s and Malacca’s listing as Unesco World Heritage Sites would further endorse Malaysia’s name on the international stage as it adds to two local destinations already on the list, namely the Mulu National Park in Sarawak and the Kinabalu Park in Sabah.

“This will be a great challenge to all of us to ensure George Town continues to be in the prestigious list.”

He added that a Heritage Steering Committee would be set up to ensure the successful implementation of the heritage management plan.

Lim said the state government would work closely with the Federal Government and other relevant parties to continue to protect and conserve George Town’s rich cultural heritage through the implementation of various heritage policies which focused on conventional efforts.

Lim said he was also informed by Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Shafie Apdal that the Federal Government had approved an allocation to help Penang in its efforts.

He added that following the listing, the state’s hotel industry, public transportation system and food businesses would enjoy economic spin-offs, since an influx of tourists was expected next year.

All these will improve the state’s tourism sector and turn Penang into a leading tourist attraction.

 

New Straits Times

Rezeki Kahwin Hafidz, Ziha

31 Mar

Oleh Mohd Nasif Badruddin

Rap

Pasangan dari Pulau Pinang itu muncul juara program realiti terbitan TV9, Cari Menantu musim kedua yang melayakkan mereka menerima hadiah utama, kereta Suzuki Swift berserta hadiah iringan lain bernilai RM200,000.

Kata Hafidz, mereka tidak menyangka sama sekali muncul juara kerana tujuan memasuki program ini untuk menimba ilmu perkahwinan sebagai persediaan untuk berumah tangga.

“Hadiah kemenangan ini akan kami gunakan untuk kelengkapan rumah tangga yang baru dibina. Insya-Allah, kami juga akan mengadakan kenduri di kedua-dua belah pihak dua minggu lagi.

“Sebelum ini saya tahan daripada menangis, tetapi malam ini ia terlerai juga kerana terlalu gembira dan terharu dengan sokongan ramai,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Persandingan Cari Menantu 2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya Sabtu lalu.

Ziha pula berkata, kemenangan itu sebagai bonus buat mereka kerana dapat berkahwin awal dalam suasana yang cukup bermakna dan meriah. Lagipun, mereka memang merancang untuk berkahwin tahun ini juga selepas empat tahun berkenalan.

Sementara itu, pasangan Mohd Ridhuanizam Ramli (Rie), 28 dan Wan Norhidayu Wan Mohamad (Ayu), 22, dari Terengganu meraih tempat kedua yang melayakkan mereka menerima hadiah keseluruhan bernilai RM120,000.

Manakala pasangan Mohd Hazlami Mohd Jelani (Alam), 25, dan Norhafizah A Rahman (Fiza), 25, dari Kuala Lumpur yang mendapat tempat ketiga membawa pulang hadiah bernilai RM70,000.

Majlis Persandingan yang dihoskan Shahrizal Abdul Rahman dan Farah Adeeba itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian Dayang Nurfaizah, Uji Rashid, Hail Amir, Fazli Zainal, Datuk Yusni Hamid, kumpulan Hijjaz dan Misha Omar.

Terdahulu majlis pernikahan mereka Jumaat lalu diketuai Imam Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat disaksikan Mohd Nadzri Shuaibon dan Mohd Zulrushdi Salleh.

Kedua-dua majlis yang disiarkan secara langsung di TV9 dari PICC berjalan meriah dengan adat istiadat perkahwinan Melayu. Pada malam pertama, tema santai Timur Tengah dipilih untuk mewarnai dan menceriakan malam akad nikah yang dicetuskan perunding Shahidi Othman dari Favors By Eddy.

Pada malam persandingan pula, David Kor menyerikan pelamin dan suasana Malam Kemuncak Cinta dengan konsep tradisional dan moden kontemporari. Penaja utama, Jakel Trading, menyediakan barang kelengkapan serta persiapan pertunangan di samping persalinan pengantin yang direka khas untuk finalis.

Selain dihadiri lebih 850 tetamu, Malam Kemuncak Cinta turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Mohd Razak dan isteri, Datin Radziah Mohd Daud serta Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda dan isteri, Suriyati Daud.

Sementara itu, Rie yang menjadi naib johan berkata, sepanjang menyertai program Cari Menantu pelbagai ilmu diperolehinya sebagai persediaan menghadapi alam berumah tangga.

“Paling utama, saya dapat ilmu agama yang diperoleh secara langsung daripada ustaz dan ustazah yang berpengalaman selain ilmu psikologi yang amat berguna. Sebelum ini, kita tidak mengambil endah perkara sebegini, tetapi sekarang kita perlu aplikasikannya dalam kehidupan berumah tangga,” katanya.

Bagi Alam yang mendapat tempat ketiga pula berkata, walaupun tidak menang, layak ke peringkat akhir ini pun sudah dikira bagus dan sangat bersyukur.

Katanya, dia bangga dan terharu kerana dapat berkahwin dalam suasana yang penuh meriah.

“Terlalu banyak keistimewaan dan ilmu yang kami peroleh sepanjang menyertai program Cari Menantu ini. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu kami merealisasikan hasrat untuk berumah tangga dan dipermudahkan jalan ke arah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Bukhari berkata, program Cari Menantu disifatkan sebagai ‘the real reality show’ kerana realiti kehidupan mereka berumah tangga bermula selepas rancangan berakhir.

“Kami mensasarkan Malam Persandingan memperoleh 1.8 juta penonton berdasarkan sambutan lalu yang mendapat 1.5 juta penonton. Rancangan ini begitu unik dan mempunyai pengikutnya tersendiri, malah juri mengiktiraf kualiti peserta kian meningkat,” katanya.

Powered by Harian Metro

Saying 'I Do' On Reality Show

30 Mar

 Datuk Abdul Mutalib Hassan (second from left) handing  the prizes to  Muhammad Hafidz Hakimy  and Siti Khairatul Naziha. On the left is TV9 chief operating officer Bukhari Che Muda.
Datuk Abdul Mutalib Hassan (second from left) handing the prizes to Muhammad Hafidz Hakimy and Siti Khairatul Naziha. On the left is TV9 chief operating officer Bukhari Che Muda.

PUTRAJAYA: It was double joy for Penang couple Muhammad Hafidz Hakimy and Siti Khairatul Naziha. They were married on Friday and then won RM10,000 cash yesterday at their wedding reception on the finale of reality show Cari Menantu 2.

The couple received the most number of votes via SMS by the viewers of the show.

They also won a RM80,000 Suzuki Swift and RM60,000 worth of jewellery, furniture and home equipment.

In second place were Mohd Ridhuanizam Ramli and Wan Norhidayu Wan Mohd from Terengganu. They won RM7,000 cash, RM30,000 in jewellery and RM20,000 in home equipment.

In third place were Mohd Hazlami Mohd Jelani (Alam) and Norhafizah Abd Rahman (Fiza) from Kuala Lumpur who won RM5,000 cash, RM11,000 in jewellery and RM5,000 in home equipment.

Aired live on TV9 from Putrajaya International Convention Centre, (PICC), the finale was the culmination of the second season of Cari Menantu, which aired every Saturday from Jan 12.

Among the performers for the finale yesterday were Misha Omar, golden couple Hail Amir and Uji Rashid, and nasyid group Hijjaz.

Also present were Media Prima Bhd chairman Datuk Abdul Mutalib Hassan and TV9 chief operating officer Bukhari Che Muda.

The show, aimed at guiding couples to long-lasting wedded bliss, was a collaboration between TV9 and the Women, Family and Community Development and the National Population Ministry and Family Development Board (LPPKN).

Couples participating in Cari Menantu were guided through the episodes based on the modules from SmartStart, a book produced by LPPKN. Couples are then put in situations that test their emotional make-up, as well as financial and legal savvy.

Powered by New Straits Times

Tapa Pakar Kulit Album

24 Feb

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

Hasilkan lebih 200 kulit album sejak 1979 untuk artis popular tanah air

DIA bukan penyanyi atau pemuzik, jauh sekali penerbit album. Namun, tidak keterlaluan dikatakan sumbangannya dalam industri muzik tempatan sungguh besar.

Betapa tidak, sebagai pereka kulit album, idea dan kreativitinya menjadi antara faktor penentu sesebuah album mampu menarik perhatian pembeli.

Lebih membanggakan, dia anak Melayu pertama bergiat aktif dalam bidang itu, malah pencetus kepada perubahan rupa bentuk kulit album daripada sekadar menggunakan wajah kepada elemen lain daripada yang lain.

Itu keistimewaan Mustaffa Ahmad Hidzir, 53. Lebih sinonim dengan panggilan Tapa, bapa tiga anak itu mula terbabit dalam penghasilan kulit album sejak zaman piring hitam.

Bukan calang-calang penyanyi solo atau berkumpulan menggunakan khidmatnya.

Antara paling awal ialah kumpulan Carefree menerusi album piring hitam berjudul Kebebasan pada 1979, diikuti album Kebebasan II dan Kebebasan III.

Selain kulit album Carefree, ketika zaman piring hitam, Mustaffa turut menghasilkan kulit album penyanyi popular seperti Datuk Sharifah Aini, Sudirman, Noorkumalasari, Raja Kobat, DJ Dave, Hail Amir, Gaya Zakri dan Aman Shah.

Apabila tiba zaman cakera padat (CD), kulit album Francisca Peters berjudul Now’s The Time menjadi kulit album CD pertama dihasilkannya.

Ini diikuti penyanyi solo dan berkumpulan yang masih aktif sehingga hari ini seperti M Nasir, Search, Wings, Lefthanded, Ramli Sarip, Slam, Iklim, Sheila Majid dan Man Bai, Ella, Rabbani, Noryn Aziz, Amuk, To’Ki dan Jamal Abdillah.

Bagi lulusan Diploma Senilukis dan Senireka (Grafik) Institut Teknologi Mara (kini UiTM) itu, hasil kerjanya menjadi bukti kemampuannya dan dia ternyata tidak silap memilih bidang walaupun pernah mengambil risiko gagal dalam projek akhir ketika menuntut dalam jurusan dari 1974 hingga 1978.

“Ketika melaksanakan projek tahun akhir, rakan lain memilih projek seperti membuat rekaan peket makanan dan yang seumpamanya, tetapi saya memilih membuat rekaan untuk syarikat rakaman, termasuk kulit album.

“Pensyarah kata saya akan gagal kerana menurutnya idea saya mengarut, tetapi saya tidak peduli dan teruskan juga,” katanya yang kini bertugas sebagai Pengarah Seni agensi periklanan Diversified Design Media Consult Sdn Bhd (DDMC) di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Menurut Mustaffa, dia tidak terkejut dengan ‘ugutan’ pensyarahnya kerana apa yang cuba dilakukannya memang dianggap janggal dan asing.

“Saya namakan syarikat rakaman saya Gong Record. Saya buat kulit album dan apa saja yang membabitkan rekaan grafik untuk syarikat itu.

“Kesudahannya apabila hasil kerja saya dipamerkan, ramai yang tertarik dan saya tidak gagal,” katanya.

Mustaffa berkata selepas tamat pengajian, dia bekerja sebagai pereka grafik dengan syarikat rakaman EMI Music Malaysia (EMI) dan ketika itu dia memperoleh lebih banyak pendedahan membuat rekaan kulit album.

“Tujuh bulan selepas itu saya keluar daripada EMI dan mencuba nasib sebagai pereka kulit album bebas.

“Dengan minat, pengalaman dan kreativiti dimiliki, saya berpeluang menghasilkan kulit album artis tempatan.

“Hanya saya anak Melayu dalam bidang itu dan hasilnya pula lumayan apabila untuk satu album boleh mendapat bayaran ribuan ringgit,” katanya.

Menurut Mustaffa, dia berterima kasih kepada syarikat rakaman EMI kerana memberinya kebebasan untuk menghasilkan kulit album mengikut acuannya sendiri.

“Ketika mula bergiat dalam pembikinan kulit album, syarikat rakaman biasanya mahu kulit album memaparkan wajah artis mereka. Saya pula cuba lari daripada kebiasaan itu.

“Menerusi album Malam daripada Sharifah Aini pada 1980 saya membuat pembaharuan dan ia dipersetujui EMI.

“Hasilnya album itu tampil dengan kelainan apabila menggunakan imej pelita minyak tanah berlatarbelakangkan kegelapan dan bukan wajah seperti kebiasaan,” katanya.

Mustaffa berkata, untuk menghasilkan kulit album, biasanya idea diperoleh daripada perbincangan dengan artis dan syarikat rakaman.

Katanya, dia juga menyumbang idea menerusi pembacaan buku berkaitan penghasilan kulit album, selain memanfaatkan minatnya terhadap muzik dan filem.

“Saya turut mendengar terlebih dulu lagu yang dihasilkan bagi mendapatkan gambaran terbaik konsep kulit album. Tajuk album juga perlu diteliti.

“Daripada segi tempoh masa, ia bergantung kepada permintaan syarikat rakaman,” katanya.

Ditanya apa inspirasinya dalam menghasilkan kulit album, Mustaffa tanpa berselindung mengakui sangat terpengaruh dengan kulit album kumpulan rock legenda, Pink Floyd dan pereka kulit album itu, Storm Thorgerson.

Storm adalah pereka grafik, pelukis dan jurugambar yang hasil karyanya sangat dekat dengan dunia muzik. Kredibiliti dan karya Storm dihormati di dalam dunia muzik, khususnya rock.

Dalam sejarah muzik rock & roll, Storm memahat namanya menerusi ilustrasi, gambar dan rekaan kulit album kumpulan rock legenda seperti Pink Floyd, Led Zeppelin, Black Sabbath, Yes, Paul McCartney dan John McLaughlin.

Menerusi gabungan faktor berkenaan, Mustaffa tampil dengan beberapa kulit album yang boleh disifatkan unik dan berbeza.

Antaranya album Wings berjudul Mr Barbarik — menggunakan ilustrasi sesuai dengan judulnya; Wings dan Search untuk album Double Trouble — menggunakan susunan patung dan ukiran; Search untuk album Terbaik (kompilasi) — menggunakan arca topeng ciptaan pelukis, Bayu Utomo Radjikin; Ramli Sarip untuk album Syair Timur — menggunakan elemen kerohanian dan eksploitasi warna dan Republic Of Brickfields — Aru menghayun rambut ‘dreadlock’nya.

Selain kulit album, Mustaffa menghasilkan logo persatuan Karyawan, Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Akademi Industri Muzik.

Menurut Mustaffa, kulit album yang dihasilkannya juga ada sejarah dan keistimewaan tersendiri.

“Kulit album pertama Slam berjudul Slam misalnya memaparkan anggota kumpulan itu bergambar di tapak KL Sentral.

“Mungkin sukar untuk mencari latar suasana tapak KL Sentral ketika ini.

“Pembabitan saya dalam bidang itu juga membantu menghasilkan bakat baru. Saya gembira melihat anak didik saya seperti Nizam Rahmat, Razkus, Fakrul, Nizam Ahmad, Fahmi, Boon, Foad, Kamarol dan Ramli Ahad kini mengukir nama dalam bidang penghasilan kulit album,” katanya.

Apabila ditanya berapa jumlah kulit album yang dihasilkannya, Mustaffa hanya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala sebelum berkata:

“Itulah masalahnya, saya sendiri pun tak ingat kerana saya tak pernah kira. Sejak 1979 hingga sekarang, jumlahnya mungkin 100, 200 atau lebih.

“Kini, saya berusaha mengenal pasti jumlah sebenar kerana saya dalam proses menghasilkan sebuah buku mengenai diri saya dan semua karya yang saya hasilkan,” katanya.

Mustaffa berkata, tujuannya menghasilkan buku itu supaya ia dapat dijadikan sebagai bahan sejarah dan bahan rujukan, terutama kepada generasi muda yang mahu menceburi bidang penghasilan kulit album.

“Buku itu belum siap tetapi judulnya sudah ada, iaitu 12×12.

“Saya memilih judul itu kerana itulah saiz kulit album piring hitam dan CD.

“Saiz kulit album piring hitam 12 inci (30 sentimeter) manakala saiz CD 12 sm,” katanya.

Menurut Mustaffa, dia memohon kerjasama orang ramai supaya menghubunginya jika memiliki kulit album yang dihasilkannya.

Katanya, setiap kulit album dihasilkannya tercatat nama Tapa di ruangan pereka kulit album.

“Koleksi saya tidak mencukupi kerana banyak yang tidak saya simpan. Jika ada, sila hubungi menerusi e-mel saya, tapa_qis@yahoo.com,” katanya.

Antara hasil karya Mustaffa

–> Sharifah Aini

Album: Malam, Ini Lah Laguku 111

–> Sudirman

Album: Perasaan, Anak Muda, Lagu Anak Desa

–> Carefree

Album: Kebebasan 1, 2 & 3

–> Aman Shah

Album: Cinta Tak Seindah Yang Diucap

–> Dato S.M Salim & Yusni Hamid

Album: Jeling Menjeling

–> D.J Dave

Album: Perasaan, A Different Kind of Woman

–> Rosmaria Abdullah

Album: Kisah Kasih

–> Noorkumalasari

Album: Noor, Kemana Kubawa Diri, Aku dan Dunia Seni,

–> P. Ramlee

The Bolshoi Ballet Theatre Orchestra of Tashkent, Siri Kenangan Abadi Vol 1-3

–>
Gaya Zakry

Album: Derita Hati Kutanggung Sendiri

–> Ramli Sarip

Album: Syair Timur, Kalam Kasturi, Ruh Zaman, Tribute to Ramli Sarip, Box Set Ziarah Seni

–> Search

Album: Rock & Roll Pie Live & Loud, Rockestra, Terbaik, Double Trouble 2,

–> Wings

Album: Best of Wings, Mr Barbarik

–> Lefthanded

Album: Nafas, Fantasisma

–> Iklim

Album: Iklim, Bukan Niatku

–> CRK

Album: Airmata Cinta

–> Slam

Album: Slam, Dalam Harapan, Best of Slam,

–> Teacher’s Pet

Album: Di Suatu Hari Di Suatu Waktu

–> Krisya

Album: Krisya

–> Ella

Album: 3001, Rama-Rama

–> Shima

Album: Tak Ingat

–> Man Keedal

Album: Man Keedal

–> Samad

Album: Samad

–> Hillary

Album: ZZ

–> Sharul

Album: Transfigurasi

–> Baba

Album: Aku Bukan Badut

–> Amelina

Album: Amelina, Asyik

–> Eva

Album: 1001 Cinta

–> Jamal Abdillah

Album: Jamal, Koleksi Terbaik, Koleksi Abadi

–> Noryn Aziz

Album: Fantasi O Realiti

–> Farrah

Album: Farrah

–> Republic Of Brickfields

Album: Ganjaran

–> Amuk

Album: 2 Juta

–> Nash

Album: 1993

–> Pearl

Album: Sentuhan Mutiara

–> Sheila Majid

Album: Lagenda, Lagenda 15 Tahun

–> Francisca Peter

Album: Suara Rindu, Now’s the Time

–> Emma

Album: Emma

–> Rabbani

Album: Rabbani

–> Raihan

Album: Maafkan, Terbaik Raihan

–> M. Nasir

Album: Prahara Seni Abadi

–> To’ Ki

Album: Hujan Emas

–> Freshie

Album: Freshie

–> KRU

Album: Ooh La La

–> Ashira

Album: Di Ombak Resah

–> Man Bai

Album: Positif

–> Mel

Album: Dunia Baru

–> Iwan

Album: Dangdutnya Iwan

–> Poe

Album: Buat Balik

–> Korie

Album: Korie

–> Den

Album: Terima Kasih

Powered by Harian Metro

Hail Amir Popular Kerana Rantai Kuku Harimau

24 Oct

OLEH KHADIJAH IBRAHIM

Hail Amir bersama keluarganya. Dari kiri menantunya Zulkifli bersama isteri Chinta Fifi dan anak mereka, Safiah Ibrahim, Hail Amir, Chinta Hailfi, Chinta Shafiyana dan Lutfi Ameer (berdiri di depan).

SELAIN suara merdunya, faktor lain yang membuat peminat tidak dapat melupakan penyanyi tahun 80-an, Hail Amir adalah kerana penampilannya. Jejaka rambut berombak, butang baju yang sentiasa terbuka di bahagian dada menampakkan rantai kuku harimaunya itu pernah menjadi pujaan ramai gadis.

Justeru ketika itu ramai jejaka yang terikut-ikut gaya Hail atau Abdul Hail Amir yang cukup popular dengan lagunya Wajah Kesayangan Hamba, ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan lirik oleh Chuari Selamat itu.

Menurut penyanyi yang berasal dari Jelutong, Pulau Pinang itu, pembabitan awalnya dalam bidang seni suara bermula sejak tahun 60-an ketika dia menyertai kumpulan Bee Jays.

“Bee Jays bermaksud Belia Jelutong. Saya menjadi pemain gitar utama kumpulan itu dan kami sering mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan,” cerita Hail tentang sejarah awal pembabitannya dalam dunia seni.

Bagaimanapun pada tahun 1971, Hail mengorak langkah ke ibu kota untuk memulakan penghidupan baru di mana dia aktif sebagai penari Badan Budaya.

“Selain menari, saya turut menjadi penyanyi untuk kumpulan Badan Budaya. Bersama kumpulan itu saya berpeluang mengadakan persembahan di luar negara.

“Saya mendapat tawaran berlakon daripada Show Brothers setelah seorang wakil syarikat tersebut menonton persembahan saya bersama Badan Budaya.

“Saya diberi kepercayaan memegang watak hero bergandingan dengan Uji Rashid di samping Zulkifli Zain dan Yusof Haslam dalam filem Jiwa Remaja yang diterbitkan pada tahun 1976,” kata Hail menceritakan pendedahan awalnya sebagai pelakon filem.

Hail bernasib baik. Filemnya mendapat sambutan yang begitu mengalakan, sekali gus menjadikan popularitinya melonjak secara mendadak.

Ekoran itu, dia ditawarkan menjadi penyanyi oleh syarikat rakaman EMI. Album pertamanya juga diterbitkan pada tahun 1976. Album itu pun mendapat sambutan yang begitu mengalakan apabila salah satu lagunya iaitu Wajah Kesayangan Hamba muncul sebagai lagu kesukaan ramai.

Bahagia

Selepas itu, Hail muncul dengan filem Cinta dan Lagu. Lain-lain filem lakonan Hail ialah Menanti Hari Esok, Dendang Perantau dan Jaket Biru.

Kini Hail bahagia menjalani kehidupannya sebagai suami kepada Safiah Ibrahim, 50, dan bapa kepada empat orang anak iaitu Chinta Fifi, 25, Chinta Hailfi, 19, Chinta Shafiyana, 17, Lutfi Ameer, 9 serta seorang cucu, Nurjihad Joharin Zulkifli, setahun.

Walau kemunculannya kini tidak sekerap dulu, namun lagu-lagu Hail masih malar segar. Peminat lagu-lagu tahun 80-an tentu masih ingat lagu Antara Matamu dan Mataku, Merpati Dua Sejoli, Kau Datang Lagi Menganggu Fikiran Ku dan Seloka Hari Raya, duet dengan Uji Rashid.

Kesemua lagu-lagu itu pernah muncul sebagai lagu paling popular tahun 80-an.

“Saya bersyukur sangat kerana kebanyakan lagu dendangan saya masih lagi diminati hingga kini. Contohnya, lagu Seloka Hari Raya macam lagu wajib setiap kali menyambut raya. Walaupun ramai yang telah mendendangkan lagu tersebut namun orang tetap nak penyanyi asal,” kata Hail yang ditemui baru-baru ini.

Dia yang serasi dengan Uji Rashid itu sehingga kini masih lagi mengadakan persembahan bersama.

Andai Uji tidak dapat hadir, Hail akan menyanyi bersama anaknya, Chinta Hailfi atau Lutfi Ameer.

“Dulu anak sulung saya ada kumpulan tapi sejak berumah tangga dia tidak aktif menyanyi lagi. Begitu juga dengan Chinta Hailfi, sejak belajar dia jarang ikut saya melainkan Lutfi Ameer saja.

“Saya tidak memberi galakan atau melarang anak-anak untuk mengikut jejak langkah saya. Terpulang kepada mereka,” katanya terus terang.

Meskipun Hail banyak mendapat tawaran berlakon drama ketika ini namun dia lebih selesa meneruskan karier sebagai penyanyi.

Terbaru, Hail telah merakamkan semula lagu-lagu hitsnya menerusi album The Best Of Hail Amir. Album terbitan Life Records itu turut dihasilkan dalam bentuk karaoke.

Biarpun gembira diberi peluang merakamkan semula lagu-lagunya, namun jauh di sudut hatinya, kata Hail, “Saya berharap boleh muncul dengan album yang memuatkan lagu-lagu baru.”

Wajah Kesayangan Hamba

Ingin ku milik kasih

Ayu jelita

Wajah cantik berseri

Sinar cahaya

Sopan santun berbudi

Bergaya sederhana

Halus tutur bahasa

Sungguh mulia

Rambut panjang terurai

Bagai sutera

Hias bunga sekuntum

Tambah jelita

Bibir merah delima

Merdu alun suara

Penambat jiwa nan lara

Rasa bahagia

Pipi pauh dilayang

Alis matanya lentik

Sekali mataku memandang

Hati tertawan

Wajahnya mempersona

Tiada lagi tandingan

Bagai dewi menjelma

Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan

Datang padaku

Lukisan wajah kasih

Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang

Dengan cinta nan mesra

Wajah kesayangan hamba

Kini ku jumpa

Powered by Utusan Malaysia

Rosemaria Masih Menyanyi

18 Jul

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

ANDAI kata anda teringin makan nasi dagang dan tidak tahu cara untuk membuatnya, silalah rujuk lirik lagu Nasi Dagang dendangan Rosemaria Abdul Hamid.

Menerusi lirik lagu tersebut sedikit sebanyak anda akan tahu bahan yang diperlukan dan cara untuk memasak nasi yang sinonim dengan masyarakat Kelantan itu.

Lagu yang bercerita tentang nasi istimewa itu, sebenarnya telah mempopularkan nama penyanyinya, Rosemaria.

Jelas Rosemaria, 52, dia bukan sekadar tahu menyanyi lagu Nasi Dagang malah memasaknya pun boleh kerana ibunya adalah penjual nasi dagang.

Selain lagu Nasi Dagang, nama juara Bintang RTM 1977 itu sentiasa menjadi bualan hangat apabila tiba musim raya. Lagu dendangannya, Di Pagi Aidilfitri adalah antara lagu raya malar segar yang sentiasa menjadi permintaan ramai.

Meskipun lagu-lagu tersebut sering berkumandang di corong radio, namun peminat-peminat seni suara jarang mengetahui perkembangan terkini Rosemaria.

Rosemaria yang ditemui di RTM sewaktu pertandingan akhir Suara Emas Bintang RTM 2007 baru-baru ini berkata, dia tidak pernah melupakan bidang seni.

“Siapa kata saya tidak menyanyi lagi. Sebenarnya saya tidak pernah menolak kalau ada undangan menyanyi. Entahlah mungkin orang ingat bila saya balik ke Kota Bharu, saya sudah tidak menyanyi.

“Sebenarnya menyanyi tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana ia boleh membuatkan kita hilang skill,” kata anak kedua daripada enam beradik itu.

Kehebatan juara Bintang RTM itu tidak boleh dinafikan. Suaranya tetap merdu seperti dulu dan sebab itulah dia sering diundang menyanyi biarpun tanpa memiliki album baru.

Puas

Kali terakhir Rosemaria rakam album adalah pada tahun 1980-an sebelum kembali menetap di negeri Cik Siti Wan Kembang pada tahun 1988. Album terakhirnya popular dengan lagu Nasi Dagang. Sebelum itu Rosemaria telah menghasilkan album Dalam Mengenang Mu yang dirakam selepas menjadi juara dan album Cinta Mu Yang Menyayat Hati.

Sepanjang 10 dekad pembabitannya dalam bidang seni suara, Rosemaria menghasilkan tiga album solo dan empat album campuran bersama penyanyi-penyanyi daripada syarikat EMI seperti Allahyarham Sudirman, Uji Rashid, Hail Amir, Latiff Ibrahim, Gaya Zakry dan Noor Kumalasari.

Rosemaria yang sudah puas menikmati dunia glamor sebagai penyanyi itu berkata, sekarang ini tumpuan utamanya pada kerjaya sebagai ejen insurans.

“Saya percaya kalau kita menyanyi bersungguh-sungguh, pasti orang tidak akan lupa kita. Mereka tahu yang kita benar-benar berbakat,” katanya yang menyertai Bintang RTM tiga tahun berturut-turut.

Kali pertama Rosemaria mencuba nasib pada tahun 1975. Ketika itu dia hanya layak ke separuh akhir dan juara Bintang RTM pada waktu itu ialah Sudirman.

Kegagalan itu tidak mematahkan semangat Rosemaria untuk mencuba lagi pada tahun berikutnya, namun sekali lagi dia gagal kerana juara menjadi milik Norlela Ayob.

Setelah tiga kali mencuba, barulah Rosemaria muncul sebagai juara menerusi lagu Bunga Tanjung dan One The Other Side of Me.

“Orang sekarang beruntung kerana mereka mudah memiliki album nyanyian penyanyi yang mereka gemari. Saya dulu terpaksa salin lirik lagu daripada radio.

“Tiap kali lagu yang saya suka diputarkan di radio, kelam kabut saya menyalinnya. Malah berlatih menyanyi pun berdasarkan lagu di radio saja,” katanya yang menjahit sendiri baju untuk pertandingan tersebut.

Isteri kepada Mohd. Shuhaimi Hussin, 49, dan ibu kepada Khairul Khairi, 24, Ahmad Fais, 22, Sarah Yasmin, 14, Kasturi, 12, Shariman, 7, dan Emily Rose, tiga tahun itu memang pakar dalam bidang jahitan.

Sebab itulah selepas kembali ke Kota Bharu, Rosemaria pernah membuka kedai jahitan sekitar tahun 1990-an.

Selepas itu dia juga pernah menguruskan pusat kecantikan, Rosemaria Beauty Line untuk seketika. Namun kini kedua-dua perniagaan itu telah tiada kerana Rosemaria lebih senang menumpukan perhatian pada perniagaan insurans.

Dia yang pernah menjadi penyanyi latar kepada Anita Sarawak dan mengikut penyanyi tersebut mengadakan persembahan di luar negara berkata sekarang ini kalau ada yang berminat untuk mengambilnya sebagai artis rakaman, dia tidak menolak.

“Memang ada keinginan untuk buat album tapi saya sedarlah dalam keadaan sekarang, orang lebih suka yang muda.

“Pada saya kalau ada yang sudi, saya tidak kisah kerana selama ini pun saya masih menyanyi. Cuma peluang nak rakam album sahaja tidak ada,” katanya terus terang.

Powered by Utusan Malaysia

Deejay Klasik Nasional Beraya Di Hulu Langat

2 Oct

Dalam keheningan malam yang disulami bunyi cengkerik, tiba-tiba penduduk kampung di Hulu Langat, Selangor dikejutkan dengan irama merdu lagu-lagu hari raya seperti Lambaian Aidil Fitri, Beraya Di Desa dan Suasana Di Hari Raya.

Nun di celah-celah kawasan hutan Nur Lembah Pangsun, warga kerja stesen radio Klasik Nasional sibuk beraya. Yang lelaki siap berpakaian baju melayu lengkap dengan songkok dan samping, manakala wanita berbaju kebaya atau kurung yang lengkap dengan selendang.

Adegan itu merupakan rakaman program Rentak Syawal iaitu antara program yang bakal muncul dalam siaran Klasik Nasional pada hari raya pertama, kedua dan ketiga pukul 12.05 tengah hari. Program itu diterbitkan bersama oleh deejay Ewan dan Rosli Derani.

Ia melibatkan persembahan artis-artis undangan termasuk Hail Amir, Asiah Tuah, Saleem, Siti Nordiana, Sharifah Zarina bersama deejay-deejay Klasik Nasional iaitu Nurul, Sofiah, Risham, Hani, Liza Yeo, Anis, Yusmawati, Zohdi, Zetti, Yom dan Yati. Selain lagu-lagu raya, program tersebut turut disulami dengan lagu-lagu lama seperti Joget Jauh Pandangan, Jangan Main Mata, Percayalah dan Kekasih Pujaan.

Sesuai dengan format siaran Klasik Nasional, Sharifah Zarina membuat pendekatan baru menyanyikan lagu Langit Ketujuh dalam irama keroncong manakala Saleem mendendangkan lagu popularnya Suci Dalam Debu versi keroncong. Rancangan itu diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Selamat Hari Raya dendangan asal Puan Sri Saloma dan Datuk Ahmad Jais.

Powered by Utusan Malaysia

Pelancaran Stesen Klasik Nasional

14 Aug

MAJLIS pelancaran Radio Klasik Nasional berlangsung dalam suasana gilang-gemilang pada malam Sabtu lalu di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Tepat pukul 8.45 malam, Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin melancarkan stesen yang menggabungkan Klasik fm dan Nasional fm itu di Wisma Radio.

Program itu turut mengadakan sidang video dengan stesen radio Kedah fm, Sarawak fm, Pahang fm, Johor fm dan Sabah fm bagi memperkatakan tentang pelancaran Klasik Nasional yang disiarkan secara langsung di stesen radio itu dan saluran TV RTM1.

Zainuddin berinteraksi dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang turut memperkatakan tentang lagu-lagu irama Melayu klasik.

Seterusnya, dipersembahkan satu tayangan klip video frekuensi Klasik Nasional negeri-negeri bersama lagu ID baru stesen itu yang diyanyikan oleh penyanyi terkenal Liza Hanim.

Majlis pelancaran tersebut juga diserikan dengan persembahan lebih 30 artis lama dan baru Malaysia selama sejam setengah di Auditorium Perdana Angkasapuri.

Diiringi persembahan mantap Orkestra RTM, setiap artis memberikan persembahan menarik menerusi tujuh segmen yang berbeza.

Menariknya, setiap segmen itu mengembalikan nostalgia lama kepada penonton.

Tirai persembahan malam itu dimulakan dengan segmen Irama Melayu Pelbagai Rentak menerusi lagu-lagu seperti Sri Langkat oleh Zarina AF2 dan Kenny Lee, Bob AF2 (Joget Lama Tak Jumpa), kumpulan Shades (Suriram), Syura (Keroncong Suci Dalam Debu) dan Datuk Ahmad Jais (Sri Kedah).

Segmen Lagu-Lagu Nostalgia pula menampilkan penyanyi seperti Rina Azhar yang mendendangkan lagu Rentak Tandak, Ija (Jangan Pandang Bong), Norhasmidar Ahmad (Sekuntum Bunga DI Tepi Danau) dan Elaine (Empat Dara).

Lagu 60-an seperti Dara Pujaan oleh L. Ramlee, Datin Fatimah Huri (Dara Pujaan) dan Datuk A. Rahman Hassan (Tak Mengapa) menghangatkan lagi segmen seterusnya.

Sementara itu, segmen Lagu 70-an juga mengimbau kenangan lama melalui lagu-lagu Maafkanlah oleh Datuk DJ Dave, Wajah Kesayangan Hamba (Hail Amir) dan Seiring Sejalan (Azharina dan Bob).

Segmen Lagu Popular 80-an dan 90-an pula mengandungi lagu-lagu Seri Kandi Cintaku oleh Almi, Sekadar Di Pinggiran (Francisca Peter), Bila Rindu Datang Lagi (Nassier Wahab), Kau Kunci Cintaku (Ramlah Ram) dan Cinta Tak Kenal Siapa (Aris Ariwatan).

Menerusi egmen terakhir iaitu Lagu Popular Semasa, penonton dihiburkan oleh lagu-lagu seperti Hujan dendangan Chong, Elegi Sepi (Azharina) dan Lagu Cinta Lagu Jiwa (Nassier Wahab dan Almi).

Seterusnya lagu-lagu seperti Penggodaan oleh Safura, Istana Cinta (Liza Hanim) dan Gurindam Jiwa (Datuk Yusni Hamid) menghiasi segmen Lagu Filem Klasik.

Kemuncaknya, lagu Hore-Hore menjadi persembahan penutup yang dinyanyikan oleh semua artis.

Bermulanya malam Sabtu lalu, Klasik Nasional bakal menjadi pilihan pendengar kerana segalanya ada di stesen itu yang menggamit memori lalu.

Turut hadir menyaksikan konsert itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina Kassim dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Powered by Utusan Malaysia

Warner Music Rancang Konsert Legenda

16 Feb

SYARIKAT rakaman Warner Music merancang mengadakan Konsert Legenda dengan mengumpulkan artis- artis yang terbabit di dalam album Pujaan Legenda 70-an dan 80-an terbitan mereka.

Eksekutif Promosi Warner Music, Aida Hussin berkata, dengan mengadakan konsert tersebut, ia sekurang-kurangnya dapat menghimpunkan semula para penyanyi terkenal yang ketika ini ada di antaranya masih aktif atau menyepi daripada dunia hiburan.

Ujar Aida, walaupun rancangan itu mungkin mengambil masa yang agak panjang untuk dilaksanakan, Warner Music akan berusaha untuk menjadikan ia realiti.

”Kami juga mendapat maklum balas positif daripada para peminat yang mencadangkan agar diadakan sebuah konsert istimewa yang menggabungkan penyanyi-penyanyi dalam album Pujaan Legenda ini.

”Maklum balas ini menyakinkan pihak kami terhadap sambutan yang bakal diterima sekiranya konsert itu diadakan,” ujar Aida lagi.

Dalam pada itu, perkembangan terbaru dunia muzik kini menyaksikan syarikat-syarikat rakaman tempatan kembali berlumba-lumba menarik minat penggemar-penggemar muzik lagu-lagu ‘evergreen’ tahun 70-an dan 80-an.

Selepas menerbitkan lagu-lagu metal 60’an, kini mereka beralih pula kepada koleksi lagu-lagu yang popular pada tahun 70-an dan 80-an.

Ini termasuk Warner Music yang baru sahaja menerbitkan album koleksi lagu-lagu lama iaitu Pujaan Legenda 70-an dan 80-an dengan memuatkan lagu-lagu popular ketika itu.

Lagu-lagu tersebut yang popular sekitar tahun 70-an yang menjadi pilihan ialah Taqwa Iman, Sumber Ilhamku, Manis Kata Dibibir Saja, Tom Tom Bak, Rindumu Ku Bawa Bersama, Usah Kau Rayu Padaku, Tangisan Hati yang Derita dan Teratai.

Selain itu, ia memuatkan lagu Tak Seindah Wajah, Penawar Di Hati, Perpisahan Tanpa Relamu, Duniaku Duniamu, Bawalah Daku Bersamamu, Tudung Periuk, Nora dan Kasih.

Bagi Pujaan Legenda 80-an pula, album tersebut memuatkan lagu-lagu Pengemis Cinta, Ku Kejar Bayangmu, Cukuplah Sekali, Ku Pendam Sebuah Duka, Hadirmu Membawa Sinaran, Wajahmu Di Mana Mana, Bukan Kerana Nama, Selamat Tinggal Bungaku, Sekadar Di Pinggiran, Mati Hidup Semula, Kau Bungaku, Kau Yang Ku Nanti, Musliha, Setulus Cinta, Berpaut Di Dahan Cinta dan Doa Buat Kekasih.

Lagu-lagu itu dibawa oleh penyanyi-penyanyi terkenal seperti Ella, Jay Jay, Azlina Aziz, Jamal Abdillah, Datuk Shake, Ramli Sarip, Datuk S.M Salim, Francesca Peters, Dayangku Intan, Khatijah Ibrahim, Hail Amir, Yasmin Yusuf dan Latif Ibrahim.

Bagaimanapun, sesuai dengan suasana muzik ketika ini, lagu-lagu itu diubah suai dengan penambahan muzik semasa tanpa mengubah melodi dan cara penyampaian para penyanyinya.

Setelah diedarkan di pasaran kira-kira dua bulan lalu, album itu mencatat jualan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 10,000 unit.

Powered by Utusan Malaysia

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.