Archive | Julia Roberts RSS feed for this section

Julia Roberts Hadapi Masalah Ketiak Berbau?

24 Apr


Julia Roberts

LONDON – Pelakon terkenal Hollywood, Julia Roberts mempunyai masalah ketiak berbau berikutan artis berkenaan mengakui bahawa dia tidak pernah menggunakan pewangi ketiak, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemenang anugerah Oscar tersebut mengakui bahawa dia bukan seorang yang menggemari pewangi badan sama ada berbentuk semburan atau bebola sapu.

Bintang filem Pretty Women itu berkata, dia lebih gemar menggunakan sabun serta air untuk sentiasa kelihatan bersih dan segar.

“Saya tidak suka berkongsi haruman dengan ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata dan isteri kepada jurukamera filem, Danny Moder itu terpaksa berusaha lebih supaya dia sentiasa berbau wangi setiap masa.

“Kadang kala pada waktu tengah hari ketika sedang bekerja, saya akan mandi,” katanya. – Agensi

Kosmo

Perkahwinan Hancur Secepat Kilat

17 Apr


SETIAP kali pasangan artis Hollywood melangsungkan perkahwinan, ramai yang sebenarnya akan meneka sejauh mana ikatan suci itu akan bertahan. Bukan bermaksud mahu mencurigai mahligai cinta mereka.

Namun, status perkahwinan kepada mereka bagaikan satu permainan. Bila suka bersama. Bila benci bercerai. Senario ini bukan sahaja popular di kalangan artis Hollywod tetapi juga semakin ‘hangat’ di kalangan masyarakat moden.

Seperti Julia Roberts dan Lyle Lovett, pasangan ini berkahwin pada 27 Jun 1993 walaupun hanya berkenalan selama tiga minggu. Notis perkahwinan diberikan 72 jam sebelumnya dan berlangsung di Marion, Indiana. Namun, tidak sampai dua tahun, pasangan ini bercerai.

Aktres Selma Blair dan pemuzik Ahmet Zappa pula melangsungkan perkahwinan pada 24 Januari 2004 di Los Angeles. Blair kemudian memfailkan penceraian atas alasan tidak serasi pada 21 Jun 2006.

Bagi Jennifer Lopez yang baru menimang anak kembar, dia sebenarnya sebelum ini pernah berkahwin dengan penari, Cris Judd. Bertemu Judd semasa merakamkan klip video, Love Don’t Cost A Thing, pasangan ini disatukan pada 29 September 2001.

Malangnya, perkahwinan itu hanya mampu bertahan sehingga Jun 2002 apabila Lopez mula bercinta dengan aktor Ben Affleck. Lopez dan Judd akhirnya bercerai secara rasmi pada Januari 2003.

Aktor komedi Jim Carrey pula pernah berkahwin dua kali. Isteri pertamanya, Melissa Womer melahirkan anak mereka, Jane Erin Carrey pada 6 September 1987. Mereka berkahwin pada 28 Mac 1987 dan bercerai secara rasmi pada tahun 1995.

Carrey kemudian mula bercinta dengan Lauren Holly dan berkahwin pada 23 September 1996 tetapi hubungan mereka tidak mampu bertahan sehingga satu tahun. Kini dia sedang bercinta dengan aktres Jenny Mccarthy.

Begitu juga dengan hubungan antara pemenang Oscar Helen Hunt dan Hank Azaria. Mereka berkahwin pada tahun 1999 tetapi telah bercerai setahun kemudian.

Sementara itu, Carmen Electra mula mendapat perhatian media apabila dia melangsungkan perkahwinan dengan pemain bola keranjang, Dennis Rodman dari tahun 1998 sehingga 1999. Perkahwinan itu bertempat di Las Vegas, Nevada.

Dia kemudian mempunyai hubungan sulit dengan bekas suami Pamela Anderson, Tommy Lee. Pada 22 November 2003, Electra berkahwin dengan Dave Navarro dan bercerai pada 20 Februari 2007. Dia kini bercinta dengan pemain gitar Korn, Rob Patterson.

Itu antara senarai artis yang ‘kahwin kilat’ di Hollywood. Dan bagi mengetahui lebih lanjut kisah kahwin kilat Drew Barrymore, Renee Zellweger, Jessica Simpson, Britney Spears dan Nicolas Cage, ikuti petikan di bawah ini.

Drew Barrymore dan Tom Green

Pada Julai 2000, Tom Green bertunang dengan aktres Drew Barrymore. Barrymore kemudian membawa Green ke dalam barisan pelakon filem Charlie’s Angels yang diterbit dan dilakonkan olehnya sendiri.


TAHUN 2005 menyaksikan Drew dan Tom berkahwin dan bercerai.

Green dan Barrymore kemudian berkahwin pada 7 Julai 2001, namun menjelang 17 Disember tahun yang sama, mereka memfailkan penceraian, atas alasan tidak mempunyai persefahaman. Pasangan ini bercerai secara rasmi pada 15 Oktober 2002.

“Drew Barrymore merupakan pengguna dadah yang sedang diubati. Namun, dia menawarkan marijuana kepada Tom Green sejurus selepas mereka berkahwin. Tidak lama kemudian, Tom mula berasa mual dengan tingkah laku kemurungan neurotik Barrymore,” kata satu sumber.

Renee Zellweger dan Kenny Chesney

Renee Zellweger pernah dikaitkan dengan Josh Pate, George Clooney, Jim Carrey dan Jack White. Namun, pada 9 Mei 2005, aktres ini akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi lagu-lagu country, Kenny Chesney di satu majlis di pulau St. John.


ISU penipuan memusnahkan perkahwinan Renee-Kenny.

Mereka bertemu pada Januari 2005 semasa menghadiri konsert amal tsunami. Bagaimaapun, pada 15 September, 2005 mereka mengumumkan mengenai perpisahan mereka hanya selepas berkahwin selama empat bulan.

Zellweger memberikan sebab ‘penipuan’ sebagai alasan perpisahan.

“Itu cuma bahasa mudah yang sah dari segi undang-undang dan tidak berkaitan dengan perwatakan Kenny. Saya secara peribadi akan berterima kasih jika anda (media) tidak melaporkan berita ini secara melampau atau berlebihan. Kami mahu melalui pengalaman pahit ini secara peribadi,” kata Zellweger kepada pihak media.

Penceraian mereka disahkan pada Disember 2005.

Jessica Simpson dan Nick Lachey

Pada 26 Oktober 2002, Jessica Simpson, yang ketika itu berusia 22 tahun, berkahwin dengan Nick Lachey. Selepas sebulan berhadapan dengan spekulasi tabloid, Simpson dan Lachey mengumumkan perpisahan mereka pada November 2005.

Simpson memfailkan penceraian pada 16 Disember 2005 dengan alasan tidak bersefahaman. Penceraian secara rasmi disahkan pada 30 Jun.

“Oh, ia sangat menyakitkan hati,” ujar Simpson kepada majalah Elle pada 6 Februari 2007 mengenai pandangan bekas suaminya bercinta dengan Vanessa Minnillo.


SAMA cantik, sama padan, tetapi pernikahan Jessica dan Nick gagal bertahan.

Ramai yang menyatakan Simpson berasa cemburu tetapi dia menafikannya.

“Saya rasa saya terlalu sukar untuk dicintai. Mungkin saya selalu menakutkan mereka (lelaki) sehingga mereka larikan diri. Namun, saya tidak pernah kesal dengan perkahwinan bersama Lachey selama tiga tahun.

“Saya bangga dengan perkahwinan itu. Nick seorang lelaki yang baik. Tiada apa yang perlu dikesalkan kerana dia menjadikan saya insan lebih baik,” katanya dalam program bual bicara yang di hoskan Ellen DeGeneres.

Britney Spears dan Jason Allen Alexander

Britney Spears mungkin terkenal dengan pelbagai kontroversi. Sebelum berkahwin, dia pernah menjalin hubungan dengan penyanyi, Justin Timberlake selama empat tahun. Hubungan mereka tamat pada tahun 2002.


BRITNEY dan Jason Allen mencipta rekod perkahwinan terpantas di kalangan selebriti Hollywood.

Namun, pada 3 Januari 2004, Spears mengejutkan dunia apabila dilaporkan berkahwin dengan kawan baiknya semasa kecil, Jason Allen Alexander di The Little White Wedding Chapel, Las Vegas.

“Perkahwinan itu hanya bertahan selama 55 jam. Mereka berpisah kerana Britney sendiri merasakan dirinya tidak mengenali Jason dengan mendalam,” kata satu sumber.

Penyanyi bermasalah ini kemudian berkahwin dengan penari, Kevin Federline pada 18 September 2004 dan kemudian bercerai pada Julai 2007.

Nicolas Cage dan Lisa Marie Presley

Pada usia awal 20-an, Nicolas Cage pernah bercinta dengan Elizabeth Daily dan Uma Thurman. Dia kemudian terlibat dengan Christina Fulton, ibu kepada anaknya, Weston Coppola Cage yang dilahirkan pada 26 Disember 1990.


IKATAN perkahwinan Nicolas dan Lisa Marie hanya bertahan selama empat bulan.

Aktor ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertamanya, aktres Patricia Arquette dikahwininya pada 8 April 1995 dan bercerai pada 18 Mei, 2001. Lisa Marie Presley pula merupakan isteri kedua Cage.

Mereka berkahwin pada 10 Ogos 2002 berpisah empat bulan kemudian pada bulan Disember. Penceraian mereka disahkan pada 16 Mei 2004.

“Kami tidak sepatutnya berkahwin pada mulanya,” kata Cage yang kini merupakan suami kepada Alice Kim.

Kosmo

Nama Unik Anak Hollywood

10 Apr


GWYNETH dan anak kesayangannya, Apple.

Nama seseorang individu dikatakan akan mempengaruhi hidupnya dan membentuk perwatakan seseorang berdasarkan nama yang diberikan. Namun, nama kini lebih diangkat sebagai sesuatu yang glamor terutamanya dalam dunia hiburan Hollywood.

Mengeksperimen nama anak dengan meletak nama pelik daripada nama tempat, makanan, bunga, filem, majalah, dan terbalikkan nama lebih ketara akhir-akhir ini.

Fenomena meletakkan nama pelik ini mengundang perhatian ramai terutamanya pihak media yang memburu nama anak selepas seseorang artis itu melahirkan anak. Ramai pihak juga yang menyibuk mencari maksud di sebalik nama unik mereka ini.

Penyanyi lagu Dirty, Christina Aguilera dan suaminya Jordan Bratman menyambut kehadiran buah hati mereka pada 12 Januari 2008. Bayi lelaki itu diberi nama Max Liron Bratman. Manakala bintang Muriel’s Wedding, Toni Collete melahirkan anak perempuannya bersama Dave Galafassi. Bayi itu bernama Sage Florence Galafassi.

Pereka busana terkenal, Stella McCartney juga baru selamat ini melahirkan anak ketiganya dengan suaminya Alasdhair Willis pada 9 Januari lalu. Bayi lelaki ini bernama Beckett Robert Lee. Mereka sudah mempunyai seorang anak lelaki, Miller Alasdhair James dan anak perempuan, Bailey Linda Olwyn.

Milla Jovovich yang selamat melahirkan anak perempuannya, Ever Gabo Anderson pada 3 November lalu menggunakan nama ibu bapanya, Galina dan Bogie untuk mendapatkan nama Gabo. Aktres seksi, Salma Hayek pula memilih nama Valentina Paloma Pinault untuk puteri sulungnya yang dilahirkan pada 21 September lalu bersama pasangannya, Francois-Henri Pinault.


SHILOH comel sungguh dalam pangkuan Angelina.

Bekas anggota Spice Girls, Emma Bunton pula menamakan anak lelakinya, Beau. Dia dan pasangannya, Jade Jones menerima keluarga baru mereka pada 10 Ogos 2007. Manakala Geri Halliwell yang melahirkan anak pertamanya pada 14 Mei 2006, memberikan nama anaknya, Bluebell Madonna.

Aktres Julia Roberts menamakan anak ketiganya, Henry Daniel Moder yang dilahirkan pada 18 Jun 2007. Dia bersama pasangannya, Danny Moder sudah mempunyai anak kembar, Phinnaeus dan Hazel.

Pasangan Heidi Klum dan Seal juga memberikan nama unik kepada dua anak lelaki mereka, Henry Gunther Ademola Dashtu Samuel, dan Johan Riley Fyodor Taiwo Samuel. Heidi juga mempunyai seorang anak perempuan, Leni hasil hubungannya dengan Flavio Briatore.

Pada 12 Januari lalu, Nicole Richie selamat melahirkan anak perempuannya bersama teman lelakinya, Joel Madden. Bayi itu diberi nama Harlow Winter Kate Madden. Dan pasangan Gwyneth Paltrow dan Chris Martin memiliki dua anak, Apple dan Moses.

Itu adalah antara senarai nama pelik yang diberikan oleh selebriti Hollywood. Mahu ketahui beberapa lagi kisah menarik di sebalik pemberian nama anak artis, ikuti petikan di bawah ini.


WAJAH Katie dan Suri yang seiras. Eh! Mana Tom?

Angelina Jolie berang Itulah padahnya meletakkan nama pelik kepada anak sehingga orang ramai tersalah sebut. Bila tersalah sebut, ibunya pula berang.

Dan insiden ini berlaku kepada aktres seksi, Angelina Jolie apabila tukang masak popular, Jamie Oliver tersalah sebut nama anak perempuannya, Shiloh Pitt.

Menurut sebuah tabloid, chef selebriti ini melakukan kesilapan ketika berbual menerusi telefon dengan Angelina mengenai filem terbarunya, Beowulf.

Jamie yang mengendalikan program memasak The Naked Chef dikatakan tersalah menyebut Shiloh dengan panggilan, Piloh S***.

“Jamie memang mempunyai masalah sebutan dan itu semua hanya kerana masalah sebutan Jamie yang tidak jelas. Namun, sebutan itu kedengaran seperti menghina anak Angelina,” kata satu sumber.

Jamie kemudian mengirimkan puding sebagai tanda meminta maaf. Ibu bapa Brad Pitt juga pernah memberi pandangan kepada pasangan ini kerana khuatir mereka akan memberikan nama terlalu pelik kepada anak angkat ketiga mereka dari Vietnam, Pax Thien Jolie-Pitt.


MILLA saat mengandungkan Ever Gabo.

Charlotte bertukar DaisyDi kalangan masyarakat Cina, menukar nama adalah satu perkara yang biasa terutamanya apabila anak kecil itu sentiasa sakit dan ditimpa pelbagai insiden malang. Maka dipercayai dengan menukar nama, ia akan mengubah nasib seseorang.

Aktres Meg Ryan juga dilaporkan telah menukar nama anak angkatnya pada tahun 2006. Meg, 44, mengambil anak angkat dari keturunan Cina pada Januari 2006 dan menamakan dia Charlotte.

Namun, Meg kemudian mengubah fikirannya kerana merasakan nama itu kurang bersesuaian.

“Saya ingat dia sesuai dengan nama Charlotte tetapi rupa-rupanya tidak sesuai. Nama yang lebih sesuai untuknya ialah Daisy,” katanya kepada hos program bual bicara Oprah Winfrey.

Meg sudah mempunyai seorang anak lelaki, Jack Henry, 16, hasil perkahwinannya dengan bekas suaminya, aktor Dennis Quaid. Dia mengambil anak angkatnya itu selepas melawat China selama lapan hari.


PASANGAN bahagia Seal dan Heidi bersama anak-anak mereka.

Inspirasi karakter Walt Disney Kita semua mungkin pernah terfikir untuk menukar nama berdasarkan karakter kartun kegemaran semasa kecil. Apabila hasrat ini tidak tercapai, ramai yang memilih untuk menamakan anak mereka berdasarkan nama-nama tersebut.

Halle Berry juga menggunakan inspirasi yang sama apabila menamakan anak perempuannya, Nahla Ariela Aubry. Nahla jika diterjemah dalam bahasa Arab bermaksud madu lebah. Manakala Ariela pula bermaksud singa.

Bagaimanapun, nama itu boleh dikaitkan dengan dua filem Walt Disney, The Lion King dan The Little Mermaid.

Dalam The Lion King, salah seekor singa bernama Nala dan Ariel pula adalah watak utama dalam The Little Mermaid.

“Halle merupakan peminat setia animasi Walt Disney. Dia mengambil nama watak kegemarannya dan menambahkan huruf yang disukai,” kata satu sumber.

Aktres berusia 41 ini yang melahirkan anak pertamanya dengan Gabriel Aubry di Los Angeles 16 Mac lalu memberitahu dia dan Gabriel sebenarnya menghadapi kesukaran untuk bersetuju atas pilihan nama anak mereka itu.

“Pemilihan nama adalah sukar sebelum kami bertemu dengan dia (Nahla). Jadi kami hanya membuat keputusan mengenai nama sebelum meninggalkan hospital,” ujar Halle.


MEG RYAN bersama Daisy.

Nama Suri dipertikaikanApabila memikirkan nama-nama pelik, ramai yang akan tertanya-tanya dengan maksud kepada nama yang diberikan. Dan semasa Tom Cruise dan Katie Holmes menyambut kedatangan anak pertama mereka, Suri, pelbagai spekulasi timbul.

Suri, dalam bahasa Yahudi kuno bermaksud ‘puteri’ sementara dalam bahasa Parsi ialah ‘mawar merah’. Namun, menurut pengamal bahasa Yahudi, nama Suri adalah satu perkataan asing.

Sejak nama itu diberikan, pengacara radio dan televisten Israel berdebat mengenai kewujudan perkataan itu.

“Tiada orang di sini yang pernah mendengar perkataan itu,” kata seorang pengacara Radio Tentera Israel mengenai perbincangan nama itu.

Suri yang dilahirkan di Los Angeles merupakan anak pertama bagi Holmes. Cruise mempunyai dua anak angkat, Isabella dan Connor hasil daripada perkahwinannya dengan aktres Nicole Kidman.

Kosmo

Sufiah Akhirnya Buat Pengakuan

7 Apr

GADIS yang pernah menggemparkan dunia kerana memasuki Universiti Oxford ketika berumur 13 tahun pada 1997, Sufiah Yusof membuat pengakuan mengejutkan berhubung kerjayanya sebagai teman sosial dan jual tubuh.

Dalam temu ramah dengan akhbar News of the World yang disiarkan semalam, Sufiah membuat pengakuan itu selepas akhbar yang sama mendedahkan dia bekerja menjual tubuh dengan bayaran £130 (RM828) sejam pada 29 Mac lalu.

Dia yang memiliki wajah menarik itu mendakwa kehidupan menjual tubuh adalah lebih glamor berbanding ketika dia pergi ke Universiti Oxford.

“Pelanggan saya melayan saya seperti seorang puteri. Seorang lelaki yang saya temui di London membawa saya membeli-belah di Bond Street.

“Dia membeli saya sehelai pakaian hitam Gucci yang berharga £700(RM4,461) dan kemudian membawa saya ke Selfridges dan memberitahu saya supaya memilih mana-mana beg tangan yang saya suka,” kata Sufiah.

“Saya memilih sebuah beg tangan Gucci berharga £600 (RM3,824). Saya berasa seperti Julia Roberts (aktres) dalam filem Pretty Woman,” tambahnya.

Menurutnya, selepas itu, mereka pergi makan malam di mana dia memakai pakaian Gucci.

Sufiah sebelum itu bekerja sebagai seorang pembantu pentadbiran dengan memperoleh gaji £16,000 (RM101,976) setahun di Manchester apabila seorang bos agensi teman sosial mendekatinya di sebuah bar empat bulan lalu.

Ketika itu, Sufiah mempunyai hutang tertunggak kad kredit dan sewa sebanyak £3,500 (RM22,307).


SUFIAH (tengah) bergambar bersama bapanya, Farooq dan kakaknya, Aisha pada tahun 1997 di Universiti Oxford.

Ganjaran besar yang dijanjikan oleh bos agensi itu cukup menggoda dirinya.

“Saya sudah belajar bersungguh-sungguh selama bertahun-tahun saya mahukan kegembiraan,” katanya.

Sufiah mengaitkan dirinya dengan watak pelacur dalam sebuah drama televisyen, Belle De Jour yang dilakonkan oleh aktres Billie Piper.

“Saya pernah membaca diari De Jour iaitu seorang gadis teman sosial di London dan kisahnya mempesonakan.

“Ketika seorang wanita yang memakai sut bertanya jika saya menimbangkan untuk menjadi teman sosial, saya mendapati ia menarik.

“Saya kemudiannya pulang, melakukan penyelidikan agensi (teman sosial) di internet dan mendapati sebuah agensi yang saya anggap kelihatan seperti profesional.

“Saya menghantar gambar-gambar dan mereka (pekerja agensi teman sosial itu) meletakkan gambar saya di laman mereka,” akui Sufiah.

WAJAH terbaru Sufiah.

Beberapa hari selepas gambar itu disiarkan di laman web, dia memperoleh pelanggan pertama.

“Saya berasa gementar tetapi teruja,” katanya yang kini berumur 23 tahun.

Menurut Sufiah, pelanggan pertamanya berumur lewat 20-an, tinggi dan tampan.

“Saya berpendapat, saya tidak mempercayai saya memperoleh bayaran kerana tidur dengan lelaki tersebut,” katanya.

Sejak itu, dia mula membina tapak untuk pelanggan-pelanggan kaya dan bertemu antara lima atau sepuluh lelaki pada setiap minggu.

Sugar dady Sufiah memberi layanan kepada dirinya dengan memberikan pakaian, beg, undangan menaiki kapal layar dan helikopter.

Menurutnya, dia boleh memperoleh lebih £1,000 (RM6,373) satu malam termasuk makan dengan seorang pelanggan dan bersamanya.

“Ia kelihatan seperti mereka mahu menyelamatkan saya. Seorang lelaki bertanya kepada saya berapa banyak saya peroleh setahun.

“Saya menyatakan £60,000 (RM382,412).” katanya.

Menurut Sufiah, lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia akan membayar wang dalam jumlah itu dan masukkan ke dalam bank serta membeli sebuah flat di mana dirinya bakal menjadi perempuan simpanan.

“Namun, saya tidak mahukan semua itu kerana saya gembira apa yang lakukan sekarang,” katanya.

“Kerja sebagai teman sosial memberikan saya satu kehidupan menakjubkan.

“Saya masih seronok belajar dan ia meletakkan saya dalam rangka pemikiran betul untuk perbualan bijaksana dengan pelanggan saya,” jelasnya.

AKTRES Billie Piper yang melakonkan watak pelacur dalam sebuah drama televisyen turut disebut oleh Sufiah dalam pengakuannya.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak semua tugasnya itu berjaya.

“Pada akhir pertemuan, anda tidak perlu tidur dengan seorang pelanggan jika anda tidak mahu melakukannya.

“Saya sudah melakukannya dua kali. Dua lelaki yang saya tidak tidur bersama mereka adalah lelaki yang terlalu muda dan gementar. Saya meninggalkan mereka kemudiannya,” kata Sufiah.

“Pelanggan paling membosankan yang saya pernah temui adalah seorang lelaki kaya yang bercakap mengenai kereta sepanjang malam,” katanya.

Bercakap mengenai perpisahannya dengan ibu bapanya, Sufiah berkata: “Saya boleh menggambarkan hubungan kami sebagai renggang.

“Kadang-kadang, saya menghubungi mereka tetapi saya tidak dapat membuat spekulasi mengenai apa reaksi mereka mengenai hidup baru saya.

“Saya tidak berasa sebarang perasaan kesal. Saya berasa lebih berkeyakinan berhubung tubuh saya,” jelasnya.

Ibunya, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Farooq Yusof ketika ini dipenjarakan 18 bulan kerana mencabul dua gadis ketika mereka mengikuti tuisyen matematik.

“Dan saya tidak percaya pendidikan saya membazir secara faktanya, pada kebiasaannya saya menyelesaikan masalah pembelajaran saya sebelum melakukan temu janji,” katanya.

“Pelanggan saya menyukai fakta bahawa saya boleh merangsang pemikiran dan tubuh mereka,” jelas Sufiah.

Ketika akhbar News of the World mendedahkan Sufiah bekerja menjual tubuh, gadis itu mendakwa dia sedang belajar sarjana ekonomi. Sufiah juga mendedahkan bahawa semakin membesar, dia bergaduh dengan bapanya kerana dia mendesaknya supaya berjaya dalam akademik.

“Dari umur 11 tahun, saya belajar matematik pada setiap masa. saya tidak mempunyai kawan-kawan,” katanya. – Agensi

Kosmo

Rahsia Di Sebalik Peperangan

4 Mar


Adegan romantik dalam filem Charlie’s Wilson War antara Tom Hanks (kiri) dan Julia Roberts.

Bersama A. WAHAB HAMZAH (linto73@yahoo.co.uk)
TIGA dekad kebelakangan ini menyaksikan Afghanistan muncul sebagai sebuah negara yang sentiasa bergolak. Kemusnahan demi kemusnahan dan tragedi kemanusiaan yang luar biasa telah terjadi.

Namun begitu, fasa-fasa perang Afghanistan telah memberikan kesan yang bukan sedikit kepada dua kuasa besar dunia.

Keruntuhan Rusia sebagai sebuah kuasa besar dunia turut menyaksikan berakhirnya perang dingin Rusia-Amerika Syarikat (AS).

Dunia cuba diyakinkan yang ia peranan pentadbiran Ronald Reagan dan kerana kegagalan pendekatan polisi “Glasnost” Mikhail Gorbachev.

Tetapi buku Charlie Wilson’s War: The Extraordinary Story of the Largest Covert Operation in History tulisan George Crile memberikan pandangan berbeza.

Buku ini melihat peranan peperangan gerila Mujahidin Afghanistan yang bertanggungjawab menjatuhkan dan kemudian meruntuhkan empayar Rusia.

Pengarah veteran, Mike Nichols menggunakan buku non-fiksyen ini yang ditulis lakon layarnya oleh Aaron Sorkin sebagai dasar adaptasi beliau untuk melihat sejarah tersembunyi berhubung peranan seorang ahli kongres yang tidak begitu dikenali Charlie Wilson (Tom Hanks), kekasihnya Joanne Herring (Julia Roberts) dan pegawai CIA, Gust Avrakotos (Philip Seymour Hoffman) di belakang kejayaan pemberontakan Mujahidin menentang penguasaan Rusia di Afghanistan.

Sebagai latar, sejarah penentangan Mujahidin di Afghanistan bermula apabila Russia meletakkan Babrak Karmal sebagai pemerintah puppetnya selepas Partai Demokratik Rakyat Afghanistan yang berideologi komunisme merampas dan menguasai kerajaan Afghanistan pada tahun 1978 dan mengusir raja terakhirnya.

Selama 10 tahun, serangan gerila Mujahidin terhadap tentera Russia menjadikan Afghanistan “Perang Vietnam” dan pada 1989 tentera Russia berundur dari Afghanistan.

Tetapi perang ini telah menyaksikan hampir lima juta rakyat Afghanistan menjadi pelarian di Pakistan dan Iran.

Bagaimanapun, pengunduran Rusia dan pemerintahan keras Najibullah bekas ketua polis perisik Afghanistan yang menggantikan Karmal, membawa Afghanistan dalam fasa perang saudara yang baru dan menyaksikan pertelingkahan antara etnik dan juga antara panglima perang seperti Burhanuddin Rabanni dan Ahmad Shah Massoud serta kumpulan Hizb-i-Islami yang dipimpin oleh Gulbuddi Hekmatyar.

Di tengah kekacauan inilah munculnya bekas Mujahidin, Mullah Mohammed Omar yang mengetuai kumpulan yang digelar Taliban untuk menguasai Afghanistan.

Semasa peperangan Mujahidin menentang Russia, pasukan Mujahidin sebenarnya turut dibantu dari belakang oleh AS, Britain, Pakistan, Arab Saudi dan China.

AS telah membekalkan tentera Mujahidin dengan senjata pelancar roket FIM-92 Stinger yang mampu menjatuhkan helikopter Rusia yang terkenal hebat.

Bibit penglibatan Charlie dalam peperangan Afghanistan menentang Russia disebabkan hubungannya dengan Joaane Herring yang mahukan AS membantu menyediakan senjata berat kepada gerila ini.

Kesedaran ini memuncak apabila Charlie seorang kaki perempuan dan gemar mabuk di majlis sosial berasa insaf selepas menyaksikan penderitaan manusia dan kanak-kanak yang kudung di kem pelarian Afghanistan.

Dengan kedudukannya dalam Jawatankuasa Pertahanan Charlie berusaha mengumpul dana berjuta dollar tanpa memaklumkan kepada Kongres dan rakyat AS.

Bagaimanapun, usaha Charlie sebenarnya sejajar dengan doktrin Reagan ketika itu yang mendokong sebarang gerakan anti-komunis di seluruh dunia.

Untuk memastikan rancangan tertutup ini berjaya Charlie bergabung dengan Avrakotos yang berada bersama kumpulan gerila mujahidin menembak jatuh helikopter Rusia dan seterusnya membantu Mujahidin mengusir tentera Rusia.

Charlie Wilson’s War merupakan sebuah komedi satira. Imej peperangan dan tentera Mujahidin tidak ubah seperti sketsa komik yang melucukan dan penuh ironi.

Bagaimana sentimen, skandal dan humor serta rangkaian Charlie, Joanne dan Avrakotos dalam peranannya mampu mengubah situasi sebuah peperangan.

Filem ini seolah memberitahu bahawa di sebalik kejayaan tentera Islam Mujahidin berjuang menentang tentera Rusia, pemikir dan strategis di belakangnya ialah orang Amerika.

Lalu yang menjadi ironi dan persoalan kepada Barat, tentulah mengapa Barat kemudiannya dimusuhi oleh kumpulan Islam Taliban ini hingga memberi implikasi kepada serangan 11 September 2001, sedangkan barat yang membantu mereka dalam perang menentang Rusia.

Mike Nichols sendiri sebagai pengarah bermula dengan dua filem terhebatnya, Who’s Afraid of Virginia Woolf? (1966) dan The Graduate (1967) yang telah meletakkan namanya sebaris dengan Stanley Kubrick, Norman Jewison dan Richard Lester sebagai pengarah yang mampu menggabungkan elemen tragedi dan komedi secara cukup berkesan dalam filem-filemnya.

Dalam Charlie Wilson’s War kita melihat bagaimana permainan kuasa besar dan hipokrasi menjadikan sejarah perang itu satu tragedi dan kelucuan yang penuh ironi.

Skrin

Charlie Wilson’s War

Arahan: Mike Nichols

Lakonlayar: Aaron Sorkin

Pelakon: Tom Hanks, Julia Roberts, Philip Seymour Hoffman, Amy Adams, Ned Beatty, Om Puri dan lain-lain.

Utusan Malaysia

Bintang-Bintang Hollywood Hamil

16 Feb

Susunan JESSABELL SOO


JULIA ROBERT bersama anak-anak dan pasangannya.

AKSESORI adalah teman rapat kepada kaum wanita. Tidak kira rantai, subang, gelang, tas tangan mahupun kasut, semuanya menjadi pelengkap hidup wanita.

Mungkin sudah bosan dengan aksesori yang boleh dibeli sesuka hati, golongan selebriti Hollywood kini berlumba melahirkan anak untuk dijadikan sebagai ‘aksesori’ terbaru mereka.

Tidak pasti sengaja atau aliran terkini, dua tahun kebelakangan ini, ramai bayi-bayi Hollywood dilahirkan. Bermula dengan Julia Roberts yang melahirkan anak kembarnya, Hazel dan Phinneaus, 3, serta Henry, 7 bulan dengan suaminya, Danny Moder, aliran kemudian diikuti oleh Angelina Jolie dan Katie Holmes.

Angelina berbaju kebaya?

FOTO Angelina Jolie ini dirakam di Santa Barbara, California baru-baru ini.

Walaupun masih belum berkahwin, Angelina Jolie, 32, melahirkan anak bersama Brad Pitt, Shiloh Nouvel, 19 bulan. Terbaru, dia juga dilaporkan sedang mengandung anak kembar bersama teman lelakinya itu. Namun, pasangan Brangelina itu enggan membuat sebarang komen mengenai perkara tersebut. Ketika mengunjungi Santa Barbara Film Festival di Arlington Theatre di Santa Barbara, California pada 3 Februari lepas, Angelina yang hadir bersama Pitt dilihat menyarung kostum yang seakan-akan kebaya longgar dan ia segera menimbulkan spekulasi mengenai dirinya yang hamil lagi.

Namun pada majlis tersebut, ejen publisiti Angelina telah mengeluarkan arahan kepada para wakil media yang hadir supaya tidak melontarkan sebarang soalan mengenai kehamilan kepada Angelina dan Pitt.

Pelakon filem A Mighty Heart ini sudah mempunyai tiga anak angkat, Maddox, 6, Pax, 4 dan Zahara, 3.

Selain Angelina, Katie Holmes, 29 yang kini merupakan isteri kepada Tom Cruise, 45 turut melahirkan anak sulungnya, Suri sebelum berkahwin. Kini dia dikatakan sedang mengandung apabila dia membeli baju dengan tulisan ‘big sister’ kepada Suri.

Aktres siri hit di TV Alias, Jennifer Garner turut melahirkan anak pertamanya, Violet Anne Affleck pada tahun 2005 dengan suaminya, Ben Affleck.

Penyanyi bermasalah, Britney Spears, 26 juga melahirkan anak pada usia muda dengan bekas suaminya, Kevin Federline. Namun, dia kini telah hilang hak penjagaan kedua-dua anaknya, Sean Preston, 2, dan Jayden James, 16 bulan.

Namun Britney kalah kepada adiknya, Jamie Lynn, 16, yang menjadi selebriti Hollywood termuda hamil anak sulung pada tahun ini.

Pasangan suami isteri Gwen Stefani dan Gavin Rossdale juga sedang menanti kehadiran anak kedua selepas Gwen mendapat pengesahan kehamilannya di hospital Cedars Sinai. Anak sulung Gwen, Kingston kini berusia 20 bulan.

HALLE BERRY

Nicole Richie dan Christina Aguilera masing-masing telah melahirkan bayi bulan lalu di hospital sama. Anak Nicole bersama teman lelakinya, Joel Madden, Harlow Winter Kate Madden dilahirkan pada 11 Januari lalu.

Manakala anak Christina Aguilera, 27 dengan suaminya, Jordan Bratman menyambut kehadiran Max Liron Bratman pada 12 Januari lalu.

Aktres, Tori Spelling yang melahirkan anak pertama, Liam bersama suaminya, Dean McDermott tahun lalu juga sedang mengandung.

Bekas isteri Tom Cruise, Nicole Kidman, 40 turut menyertai senarai bakal ibu selepas dilapor mengandungkan anak pertamanya dengan suami, Keith Urban.

Tahun sibuk buat paparazzi

Seorang lagi aktres yang mengandung pada usia lanjut adalah Halle Berry, 41 bersama teman lelakinya yang merupakan seorang model, Gabriel Aubry, 32.

JESSICA ALBA juga tersenarai dalam barisan wanita terkenal yang sedang hamil ketika ini.

Aktres seksi, Jessica Alba, 26 juga sedang mengandungkan anak sulungnya bersama, Cash Warren, 28.

Sementara itu, Jennifer Lopez, 38 yang sedang mengandungkan anak pertama dengan suaminya, Marc Anthony dilaporkan giat mencari ibu bapa angkat untuk anaknya.

Berlandaskan senarai ibu-ibu selebriti Hollywood yang hamil pastinya tahun ini meriah dengan berita kelahiran bayi-bayi. Nampaknya tahun ini merupakan tahun yang paling sibuk buat paparazzi dalam berusaha mendapatkan foto anak-anak selebriti popular Hollywood ini.

Gambar bayi comel manakah agaknya yang bakal menjadi penghias muka depan tabloid dan majalah dengan harga yang paling mahal? Ini semua menjadi sasaran dan matlamat paparazzi.

Kosmo

Julia Roberts Bingung

29 Jan

JULIA ROBERTS berharap ketiga-tiga anaknya akan mewarisi rupa parasnya.

Bagaimanapun sayangnya anak-anak kecil itu tidak kelihatan seperti dia.

KELUARGA bahagia Julia Robert.

Pemenang anugerah Oscar ini bingung kerana anak kembarnya, Hazel dan Phinneaus, 3, serta Henry, 7 bulan tidak berkongsi sebarang persamaan fizikal dengannya.

Malah aktres ini menyatakan mereka bertiga menyerupai suaminya, Danny Moder, ibunya dan kakaknya.

“Saya mempunyai suami yang kacak. Jadi kami tidak kisah,” kata Julia.

Selain daripada itu, Julia yang menyatakan menjadi ibu adalah perkara paling hebat dalam hidupnya turut menambah, “Masih terdapat harapan bagi saya kerana mereka boleh mewarisi personaliti saya. Tiada mata berwarna perang tetapi penuh dengan personaliti seperti saya.”

Kosmo

Pelopor Fesyen Itali Bersara

25 Jan


MODEL mengadakan persembahan selepas selesai pertunjukan terakhir koleksi fesyen Valentino (gambar kecil) di Paris, kelmarin.

SELEPAS 45 tahun terlibat dalam industri fesyen, pereka tersohor, Valentino akhirnya mengambil keputusan bersara dalam bidang yang sangat diminatinya.

Valentino yang terkenal di kalangan artis dan selebriti popular, mengadakan pertunjukkan koleksi pakaian terakhirnya di Muzium Rodin di Paris, Perancis kelmarin.

Antara barisan bintang dan selebriti terkenal yang hadir dalam pertunjukkan itu yang dianggap sebagai parti selamat tinggal adalah aktres popular, Uma Thurman dan Mick Jagger.

Valentino Clemente Ludovico Garavani atau lebih mesra dipanggil Valentino, 76, mengakui bakat yang dimilikinya telah menjadikan dia sebagai salah seorang pereka fesyen paling berpengaruh pada lewat kurun ke-20.

“Saya tidak mempunyai kemahiran serta bakat dalam bidang yang lain tetapi saya boleh mereka pakaian,” katanya,

Bakatnya mula bersinar selepas bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Jacqueline Kennedy meminta Valentino mereka pakaian sempena perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan terkenal, Aristotle Onassis pada 1968.

Pereka fesyen kelahiran Itali itu juga dianggap sebagai antara pereka fesyen tersohor sebaris dengan nama-nama besar dalam industri berkenaan seperti Karl Lagerfeld dan Giorgio Armani.

Valentino dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana pada 1932 di Voghera, utara Itali dan dia memberitahu bahawa ibunya telah memberikannya perangsang untuk menceburi bidang fesyen.

Dia kemudiannya berhijrah ke Paris ketika berumur 17 tahun bagi mempelajari selok-belok bidang rekaan fesyen di bandar yang terkenal dengan jolokan kota fesyen dunia itu.

Sejak itu dia diterus mengorak langkah dalam bidang tersebut dan Valentino berkata, tujuan dia mereka pakaian adalah untuk membuatkan wanita kelihatan cantik.

“Saya menyukai wanita. Saya juga sentiasa mahu membuatkan kaum Hawa kelihatan sangat cantik dan seksi,” katanya.

Pada awal tahun 1960-an gaun serta skirt rekaan Valentino menjadi pilihan beberapa aktres terkenal pada waktu itu dan dia juga dianggap sebagai pelopor fesyen di Itali.

Sebelum ini fesyen rekaan Valentino kadang-kala menerima kritikan daripada pemerhati fesyen namun koleksi pakaiannya tetap menjadi pilihan di Hollywood.

Beberapa aktres Hollywood popular seperti Audrey Hepburn dan Julia Roberts pernah menggayakan pakaian rekaan Valentino di acara karpet merah.

Walaupun pakaian rekaannya mendapat sambutan tetapi Valentino dan rakan kongsi perniagaannya, Giancarlo Giammetti pernah menghadapi saat sukar.

Mereka sebelum ini pernah beberapa kali hampir diisytiharkan muflis dan syarikat mereka juga pernah bertukar pemilik sebanyak tiga kali.

Sepanjang penglibatannya dalam industri fesyen, Valentino juga pernah menerima pelbagai anugerah termasuk anugerah fesyen yang sama taraf dengan anugerah Oscar serta pingat yang dianugerahkan kerajaan Perancis.

Selepas bersara, Valentino memberitahu bahawa dia merancang mereka pakaian opera dan membangunkan sebuah muzium di Rome bagi mempamerkan koleksi pakaiannya.

Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar Itali pada minggu lalu, Valentino berkata, dia mungkin menghabiskan masa dengan berkebun.

“Mungkin selepas ini saya mahu menumpukan hidup saya dengan berkebun.

“Sebelum ini saya tidak pernah mengotori tangan saya dengan tanah tetapi saya sangat menyukai bunga,” jelasnya. – Reuters

Kosmo

Quintessential Cowboy

27 May


Quintessential cowboy

If John Wayne had been alive, he’d have been 100 on May 26. In his absence, a grateful movie-world is celebrating his birth centenary in a host of ways. JANARDHAN ROYE

Photo: The Hindu Photo Library


Symbol of the Wild West: John Wayne’s appeal has not waned.

“As far as I’m concerned, Americans don’t have any original art except Western movies…”

Clint Eastwood

WELCOMING visitors at the airport in Orange County , California, is a statue of a strikingly tall tough hombre in a Stetson, folded long sleeves, buckskin vest, and a right hand ready on the draw. This is the man who lived in the area for many years
and made it his home.

When in late 2006, the reputed on-line Harris Poll asked American adults, between 18 and 26 years, to name their all time favourite 10 stars, many overwhelmingly pitched for this cowboy figure.

Riding tall

John Wayne, who hadn’t made a movie since 1976 and is now embodied in the statue, was again in the eclectic but far younger company of such stars as Denzel Washington, Tom Hanks, Johnny Depp, Will Smith, Clint Eastwood, Julia Roberts and Mel Gibson. Riding tall there in the listing at No. 3. Not bad for a star who died in 1978.

Says Time film critic, Richard Corliss, “Forget the youthquake. What America really loves is… old. Whatever Wayne represents — the Old Testament God, a Mount Rushmore face with a permanent scowl, the craggy soul of Fro
ntier or Sunbelt America — he has made the list in each of the Harris poll’s 13 years, and he’s figured in the top three slots eight times.”

That’s quite an achievement considering that the last movie he made was Don Siegel’s “The Shootist” (1976). Already diagnosed with cancer Wayne played a cancer-ridden gunslinger who spends his last days looking for a way to die with “minimum of pain and a maximum of dignity”. Two years later he died.

In a career that spanned more than 200 films over 50 years, John Wayne was noted for his rugged roles in classics such as “Stagecoach” (1939), “Rio Bravo” (1959), “McLintock” (1963), “The Man Who Shot Liberty Valance” (1962), “The Sons Of Katie Elder” (1965), “El Dorado” (1966), “Hatari” (1962), and the Oscar-winning “True Grit” (1969).

Man of action

“He had a handsome and hearty face”, writes author Richard Shephard, “to express much emotion but gave the impression of a man of action, an outdoor man who chafed at a settled life. He was laconic on screen. And when he shambled into view, one could sense the arrival of coiled vigour awaiting only provocation to be sprung. His demeanour and his roles were those of a man who did not look for trouble but was relentless in tackling it when it affronted him.”

How long will the John Wayne legend hold movie buffs? Son Patrick Wayne says, “What I find interesting is there’s a whole new generation of John Wayne fans. They do the Harris Poll in the U.S. every year about who they think are the top actors. My Dad has been in the top seven, usually the top three. None of those kids was even born when my Dad passed away.”

So what makes John Wayne such a tall figure in the movies? Physically, he was imposing: a rangy 194cm who could throw a mean punch when the script demanded it. If Wayne was around on May 26, 2007, he’d have been 100. In his absence a grateful movie-world is celebrating the anniversary in a host of ways.

In Newport, Orange County, there has been a screening of his most famous movies. At the 2007 Cannes Film Festival, Ford’s “The Searchers” (1956) and “Rio Bravo” are being screened.

In his ‘real’ home town, where he was born, Winterset, Iowa, there is a massive celebration in the genre that made him a household name in the movie-world. The 100th birth anniversary events in Iowa include parades, release and screening movie classics DVDs, The John Wayne Century Collection along with a film symposium, recreation of the Old Wild West, country music, rodeo, cowboy clothing and collectibles shop, Western movie stunts — trick riding, steer roping and gun spinning, trick shooting and lariat artists, cowboy grub, and salons with swinging doors where customers can roll up to the bar counter and order shots of bourbon.

Magnetic presence

When Wayne burst through the swinging doors of a salon, all conversation froze, even the salon piano stopped. Card players, cowboys shooting the breeze, and everybody would survey the tall hombre. In the silence, invariably a heavily made-up blonde sizzler woud sidle up to him with a “Buy me a drink, cowboy?”

Well, life off the screen wasn’t too different. Patrick Wayne said, “We’d walk into a room of 100 people and everybody would stop talking and turn around and look at him. He had an incredible presence in real life. But, he also had a very disarming way about him and could make everyone feel comfortable in the room. He was an incredible guy.”

Today 29 years after his death, that magnetic public presence marks John Wayne and his movies.

For more information see: www.johnwayne.com, www.jwayne.com or www.johnwaynebirthplace.org


Hindu On Net

Reese-Ryan Hanya Berlakon Kononnya Bahagia

29 Mar

MEREKA dilihat sebagai pasangan emas Hollywood dengan dua cahaya mata comel yang menceriakan suasana rumah tangga yang dibina. Namun di sebalik glamor dan kemasyhuran, aktres yang baru dianugerahkan Oscar, Reese Witherspoon kini bertarung menyelamatkan perkahwinannya dengan aktor Ryan Phillipe.

Malah sumber memberitahu, kemesraan yang ditunjukkan pasangan itu semasa Anugerah Academy awal bulan lalu sekadar satu lakonan untuk menutup satu hubungan yang kian renggang.

Semuanya gara-gara kemuncak kerjaya Witherspoon yang bukan sahaja berjaya membawa pulang Oscar, satu anugerah paling berprestij dunia lakonan, tetapi juga sebagai aktres yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood.

Masalah rumah tangga juga berlaku pada pemenang Oscar, aktres Hillary Swank dengan suaminya, aktor Chad Lowe.

Bukan sahaja jurang perbezaan pendapatan yang dramatik menjadi perbandingan malah rasa cemburu terhadap kerjaya isteri sebagai aktres senarai A menyebabkan rumah tangga mereka berantakan.

Pasangan Swank-Lowe yang mengumumkan perpisahan mereka pada Januari lalu, bagaimanapun, sedang berusaha memulihkan semula hubungan mereka.

Apa yang berlaku ke atas pasangan Witherspoon-Phillipe tidak jauh bezanya daripada nasib Hillary Swank.

Khabarnya ketegangan rumah tangga bintang Sweet Home Alabama dengan suami kacaknya itu bermula apabila aktres itu berusaha keras merebut Oscar menerusi wataknya sebagai isteri John Cash, June Carter, untuk filem Walk The Line.

Kesungguhan Witherspoon itu mengakibatkan Phillipe merasakan dirinya dipinggirkan.

Kasihan

“Saya kasihan dengan Ryan,” kata satu sumber. “Dia berusaha keras untuk bertahan dengan semangat Reese yang beria-ia mahu memenangi Oscar supaya apabila tiba malam itu isterinya mendapat apa yang dicita-citakan.”

Sememangnya bintang Witherspoon terus bersinar dengan filem-filem lakonannya terus menjadi box-office sedangkan apa yang berlaku kepada aktor berusia 31 tahun itu pula adalah sebaliknya.

Malah Witherspoon, 30, kini mendapat bayaran sebanyak $39 juta (kira-kira RM148.2 juta) untuk sebuah filem sedangkan Phillipe dikatakan hanya memperoleh bayaran sebanyak $4 juta (kira-kira RM15.2 juta).

Justeru, ramai orang melihat kegemilangan kerjaya Witherspoon itu mampu menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun itu roboh.

Witherspoon yang mula menggilap nama sebagai bintang setelah berlakon sebagai Elle Wood dalam filem Legally Blonde (2001) sentiasa dilihat mempunyai reputasi yang baik sebagai seorang pelakon yang sempurna dan sangat berdisiplin.

Namun reputasi itu telah menyebabkan rumahtangganya tunggang-langgang.

“Resse menganggap Ryan mencemburuinya sedangkan dia bekerja dua kali ganda untuk berjaya sebagai pelakon selain menjadi ibu, sedangkan Ryan hanya duduk dan mengeluh.

“Malah Reese menganggap Ryan tidak pernah menyokongnya seperti yang sepatutnya dia lakukan,” menurut satu sumber.

Witherspoon jatuh cinta dengan bintang filem Crash itu setelah diperkenalkan pada majlis sambutan ulang tahun ke-21nya pada 1997 sebelum mereka berkolaborasi dalam filem Cruel Intention pada 1999.

Pasangan muda itu kemudian berkahwin pada tahun yang sama dan dikurniakan dua cahaya mata, Ava, 7, dan Deacon, 3.

“Saya bertuah bertemu dengan seorang yang ingin berkongsi hidup dengan saya,” kata Witherspoon mengenai suaminya.

Sebenarnya, pasangan itu telah lama menghadapi kemelut rumah tangga. Phillipe sendiri secara terbuka pernah memberitahu bahawa mereka turut mendapatkan nasihat pakar perkahwinan dalam usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

Witherspoon sendiri tidak pernah menyembunyikan kehidupan rumah tangganya malah pernah mengakui bahawa perkahwinan merupakan satu cabaran kepadanya.

“Saya tidak tahu apa rahsia untuk sebuah hubungan yang bahagia,” kata Witherspoon.

Tidak terkenal sebagai pasangan yang mesra di khalayak umum, Witherspoon dan Phillipe kebelakangan ini dilihat begitu intim semasa menghadiri beberapa majlis.

Beberapa pemerhati memberitahu, kelakuan seumpama itu menunjukkan bahawa mereka sedang berusaha untuk menutup duka lara pada hubungan masing-masing.

Perkara yang sama juga berlaku pada beberapa pasangan terkenal Hollywood yang menggunakan kamera sebagai helah menyembunyikan keretakan hubungan yang sebenar.

Julia Roberts dan Benjamin Brat, misalnya, menggunakan lensa kamera pada majlis penganugerahan Oscar 2001 untuk menunjukkan keintiman mereka sebelum masing-masing mengumumkan perpisahan beberapa hari selepas itu.

Jennifer Aniston dan Brad Pitt juga dirakamkan begitu mabuk asmara sedangkan tidak berapa lama kemudian mereka mengumumkan tidak sanggup lagi meneruskan perkahwinan tersebut.

Utusan Malaysia

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.