Archive | Latifah Omar RSS feed for this section

Weekend Watch: Alam Shares His Dream

31 Jul

Aishwarya Rai stars in Kuch Na Kaho on RTM2, tomorrow, 12.30pm.
Aishwarya Rai stars in Kuch Na Kaho on RTM2, tomorrow, 12.30pm.

Want to know how to become Malaysia’s favourite dancer? Watch Alam’s Story, writes SHARMILA BILLOT.

Julia Roberts stars in The Mona Lisa Smile on RTM2, Sunday, 3pm
Julia Roberts stars in The Mona Lisa Smile on RTM2, Sunday, 3pm

WHAT does it take to be Malaysia’s favourite dancer? Tune in to Alam’s Story on 8TV this Sunday at 10pm.

Winner of the first season of So You Think You Can Dance Malaysia, Muhammad Haslam a.k.a. Alam from Johor, will share his experiences in the reality dance show with viewers.

Corporate reality show The Firm 2 is premiering tomorrow on ntv7 at 8.30pm.

The show follows the struggles of 14 contestants in their exhilarating journey to the top of the corporate ladder.

Each episode depicts a discipline in business that is imperative to the success of a corporate high-flier.

These include branding, promotions, positioning and catering.

For movie buffs, 8TV is airing The Making Of… 21 tomorrow at 10.30am.

Directed by Robert Luketic, this action drama is about six MIT students who were trained to become experts in card counting. They subsequently took millions in winnings at Vegas casinos.

The movie stars Jim Sturgess, Kevin Spacey, Kate Bosworth, Aaron Yoo, Liza Lapira and Jacob Pitts.

On Sunday, 8TV is also airing The Making Of… Dark Knight (10.30am).

Directed by Christopher Nolan, this action/crime movie is a sequel to Batman Begins.

It follows the caped crusader’s mission as he joins forces with Gotham City’s police Commissioner James Gordon and district attorney Harvey Dent to take on a psychotic bank robber known as The Joker.

The movie stars Christian Bale, Heath Ledger and Aaron Eckhart.

TOMORROW

Panggung Sabtu (Hindi movie) (TV3, 2pm) – Hadh Kardi Aapne
Anjali suspects that her husband, Sanjay, is cheating on her. She asks her friend and namesake Anjali to go abroad and spy on her husband. Starring Govinda and Rani Mukherjee.

Eternal Sunshine of the Spotless Mind (English movie) (TV3, 12.30am)
Joel Barish is heartbroken after finding out that his girlfriend Clementine underwent a procedure to erase him from her memory and decides to do the same. However, as he watches his memories of her fade away, he realises that he still loves her, and that it may be too late to correct his mistake. Starring Jim Carrey, Kate Winslet, Gerry Robert Byme, Elijah Wood and Thomas Jay Ryan.

Bollygood Time On 2 – Kuch Na Kaho (Hindi movie) (RTM2, 12.30pm)
Raj is not interested in marriage. However, his uncle, Rakesh, has other plans for him. Rakesh enlists the help of his secretary, Namrata, to find a suitable bride for Raj. Starring Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai, Satish Shah and Suhasini Mulay.

I Do I Do (Chinese movie) (8TV, 8.30pm)
Driver Ah Peng falls in love with Wen, who works as a manager in the same company. However, Wen does not feel the same about him. She meets a handsome stranger and is attracted to him. Starring Adrian Pang, Sharon Au, Marcus Chin, Allen Wu and Margaret Lee.

Secret Window (English movie) (RTM2, 9pm)
Famed mystery writer Mort Rainey is confronted by a stranger outside his house. The man, who calls himself John Shooter, claims that Mort stole an idea for a story from him. Mort declares his innocence but Shooter starts to become violent. Starring Johnny Depp, John Turturro, Maria Bello and Timothy Hutton.

SUNDAY

Raden Mas (Malay movie) (TV3, 3pm)
Prince Pengiran falls in love with dancer Mas Ayu and marries her against his parents’ wishes. One day, the queen commands her son to go on a hunting trip. Upon his return, Pangiran finds his home ablaze and his wife killed. He escapes to another village with his baby daughter. Starring Nordin Ahmad, Latifah Omar, M.Amin and Siput Sarawak.

The Mona Lisa Smile (English movie) (RTM2, 3pm)
Katherine Watson is a free-spirited graduate of UCLA who accepts a teaching post at Wellesley College, a women’s-only school where the students are torn between their repressive culture and their longing for intellectual freedom. Starring Julia Roberts, Kirsten Dunst, Julia Stiles and Maggie Gyllenhaal.

 

New Straits Times

Rakan Puji Teater Muzikal P Ramlee

5 Jun

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap

KEGAGALAN jika dilihat dari sudut positif boleh ‘mem buahkan’ sesuatu yang lebih baik dan ia berlaku dalam pementasan Teater Muzikal P Ramlee Hidup, Cinta dan Inspirasi yang dipentaskan sekali lagi di Istana Budaya bermula 28 Mei hingga 14 Jun ini.

Tahun lalu apabila pertama kali dipentaskan, Teater Muzikal P.Ramlee menerima pelbagai kritikan walaupun memba riskan nama besar dalam industri seni seperti Datuk Siti Nurhaliza, Sean Ghazi dan komposer dari seberang, Erwin Gutawa sebagai pengarah muzik.

Menyaksikan pementasan di majlis prebiu yang diadakan baru-baru ini, selaku pengarah Adlin Aman Ramli dan Datuk Zahim Albakri dilihat benar-benar mengambil iktibar atas kesilapan lalu dan menilai kembali keseluruhan pementasan sebelum ia kembali dipentaskan.

Hampir 30 peratus perubahan dibuat, dan mengagumkan pendatang baru dalam bidang lakonan, Musly Ramlee me mainkan watak P Ramlee berjaya memukau penonton dengan lakonan bersahaja.

Pengganti Siti, Emelda Rosmila memainkan watak Azizah juga tidak kurang bagusnya. Walaupun suara tidak sesedap penyanyi popular itu tetapi sekurang-kurangnya lakonan dan nyanyian diberikan seimbang dan sampai kepada penonton.

Bagaikan ada satu semangat baru pada pelakon lain yang turut membintangi teater ini. Momentum dan penghayatan watak dipersembahkan Liza Hanim memegang watak Saloma, Melissa Saila sebagai Norizan, Atilia (Junainah) dan Zeqhty Nattrah Ramli (Junainah) jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Begitu juga dengan para pelakon tambahan yang diketuai Lily Zarina Khalil, Nadia Aqilah Bajuri dan Ruzana Ibrahim. Tidak keterlaluan jika dikatakan persembahan mereka setara dengan pelakon utama.

Penerbit Teater Muzikal P Ramlee, Datin Seri Tiara Ja cquelina sewaktu ditemui sebaik prebiu selesai bangga ter hadap mereka yang terbabit dalam produksi kali ini.

“Satu perkara mengenai pementasan teater yang saya suka ia mengajar kita menjadi seorang amat disiplin dan memen tingkan kesempurnaan. Dalam usaha memastikan matlamat dicapai mereka bekerja keras sepanjang tiga bulan,” ka tanya.

Tiara juga menyatakan pujian harus diberikan kepada Musly kerana berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik. Apatah lagi tanggungjawab dipikul harus direalisasikan hanya dalam masa enam minggu.

“Sewaktu uji bakat dijalankan, tidak dinafikan saya sangsi dengan kemampuan Musly, kerana kekuatan jalan cerita drama pentas ini 80 peratus bergantung kepada watak P Ramlee.

“Bagaimanapun malam ini Musly membuktikan dia mampu melakukannya. Pujian bukan datang dari saya tetapi semua penonton yang menyaksikan Teater Muzikal P Ramlee.

“Lakonan yang dipersembahkan boleh dikatakan tiga kali ganda bagusnya berbanding pementasan di Singapura. Mung kin kerana berlakon di tanah air sendiri membuatkan dia lebih bersemangat ,” katanya.

Lebih istimewa persembahan malam pertama itu turut disaksikan teman rapat Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee antaranya Seniwati Zaiton, Mariani, Hashimah Yon, Neng Yatimah, Ruminah Sidek, Kassim Masdor, Datuk Aziz Sattar, S. Shamsudin, Wahid Satey, Kuswadinata, Zulkifli Zain dan Latifah Omar.

Teman rapat Allahyarham P Ramlee, Kassim Masdor, 70 yang hadir menyaksikan pementasan itu turut memuji la konan Musley. Katanya kemampuan Musly menzahirkan watak Seniman Agung itu dengan suara seakan sama mem buatkan dia dibuai kenangan lalu sepanjang persembahan berlangsung.

“Kebanyakan babak P Ramlee dengan wanita yang di kahwini memang benar namun ada beberapa perkara yang kami tahu tetapi tidak dimasukkan dalam cerita ini. Me ngambil contoh punca perceraian antara P Ramlee dan Norizan.

“Lagipun jalan cerita ini mengambil beberapa babak penting kerana kalau hendak diceritakan semua mana cukup waktu.

“Pelakon yang memainkan watak saya itu nampak seakan sama. Begitulah saya sewaktu muda. Maklumlah orang muda jadi sikap nakal itu memang terserlah,” katanya.

Sempat berkongsi sedikit pengalaman katanya, P Ramlee dan Allahyarham Saloma bernikah secara rahsia di rumah seorang teman bernama Musalmah di Jalan Tembeling, Singapura.

“Waktu itu hanya lapan orang saja teman rapat Allahyarham dipanggil untuk menjadi saksi. Dia juga meminta kami tidak menghebohkan cerita pernikahannya kepada pihak media,” katanya.

Menyentuh perasaan Kassim apabila menyaksikan paparan akhir pementasan mengenai kejatuhan P Ramlee apabila terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur. Katanya kerana tidak mempunyai pasukan yang baik untuk membantunya seperti di Singapura menyebabkan dia mengalami banyak masalah untuk berkarya.

Seorang lagi teman yang sering berlakon dengan P Ramlee, S.Shamsudin, 80 berkata pementasan mengenai kisah hidup Seniman Agung itu cukup baik membuatkan dia amat teruja. Sehinggakan apabila pementasan tamat, dia berdiri hadapan pentas untuk memberikan tepukan tanda pujian.

“Saya suka akan set pentas yang dihasilkan. Ia cukup memukau dan indah. Terasa seperti benar-benar berada di Jalan Ampas. Tahniah diucapkan kepada produksi Teater Muzikal P Ramlee,” katanya

Seniwati Zaiton Abdullah, 70 atau lebih popular dengan panggilan Zaiton yang dijemput khas dari Singapura berkata usaha dilakukan Enfiniti Production bagus kerana berjaya mengangkat kisah hidup seorang anak seni di pentas teater.

“Saya setuju jika lebih banyak pementasan yang diolah dari biografi artis-artis veteran. Begitupun pemilihan pelakon seharusnya dititik beratkan. Seperti apa yang kita lihat dalam drama ini di mana pelakon utamanya berjaya menghayati watak dan karektor sebenar P Ramlee,” katanya.

Beberapa lagu yang ditampilkan dalam pementasan ini turut diubah hampir 70 peratus dengan lebih banyak lagu kom posisi asal P Ramlee dimuatkan.

Walaupun hanya menampilkan 11 pemuzik pengiring dan lapan penyanyi latar selaku Pengarah Muzik, Roslan Aziz berjaya menghidupkan suasana pementasan mengikut latar tahun dan situasi.

Powered by Harian Metro

Karim Kini Boleh Cam Warna

23 May

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

JIKA sebelum ini hanya sinaran putih menghiasi pemandangannya, namun selepas menjalani pembedahan ulser mata tahun lalu keadaan pelakon veteran, Karim Latiff, 74, semakin pulih.

Ketika dikunjungi Harian Metro di kediamannya di Taman Al-Ridwan, Ukay Perdana, Hulu Klang, baru-baru ini, Karim kelihatan sihat. Bahkan dia meluahkan kesyukuran apabila mata sebelah kiri sudah boleh melihat dan mengecam warna.

“Walaupun penglihatan tidak begitu jelas dan hanya dapat melihat dari jarak dekat tetapi saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya masih boleh membezakan warna dan mengecam wajah anak serta cucu.

“Sebelum pembedahan dilakukan, keadaannya lebih teruk apabila saya tidak nampak langsung melainkan hanya cahaya putih. Boleh diibaratkan keadaan saya seperti orang buta.

“Namun, Alhamdulillah sekarang ini berkat doa dan usaha menjalani rawatan serta disiplin mengambil ubat-ubatan hospital dan kampung setiap hari, keadaan mata saya semakin baik berbanding dulu.

“Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan Tuhan dan menganggap ini bahagian saya di dunia mungkin dugaan atas kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak,” katanya.

Derita penyakit ulser mata itu ditanggungnya sejak 80-an dan menjadi serius sejak beberapa tahun lalu berikutan kesan luka dan bernanah akibat dijangkiti kuman sehingga mendesaknya melakukan pembedahan.

Penyakit berpunca daripada kencing manis itu menyebabkan Karim terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalankan pemeriksaan serta rawatan susulan di Unit Oftamologi (Mata).

“Begitulah kehidupan saya setiap bulan, kerap berulang-alik ke hospital. Mujurlah, saya mempunyai anak yang bertanggungjawab dan muafakat dalam segala hal.

“Memandangkan saya sudah lama tidak boleh memandu, mereka akan bergilir-gilir menghantar saya sampaikan ada yang sanggup ambil cuti,” katanya.

Hasil perkongsian hidup bersama isteri tercinta, Asma Hussain, 62, sejak 39 tahun lalu, pasangan ini dikurniakan lima anak iaitu Izuddin Nizam, 36, Izmer, 35, Nor Iznita, 30, dan Izhar, 29.

Namun, tidak seorang pun daripada mereka menurut jejak langkah Karim sebagai pelakon melainkan anak bongsunya, Izhar yang terbabit dengan kerja di belakang tabir.

Sekian lama berehat dari dunia lakonan, April tahun lalu Karim membintangi drama Teratak Kasih Marhanis terbitan Pena Creative yang turut menampilkan pelakon veteran seperti Datuk Aziz Satar, S Shamsudin, Mariani, Yahya Sulong dan Allahyarham Yusni Jaafar.

Ditanya apakah selepas ini dia berhasrat untuk aktif semula berikutan keadaannya yang semakin pulih, Karim berkata, dia tidak begitu terdesak untuk melakukannya.

“Bukan sombong apabila menolak tawaran. Cuma saya terkilan kerana sikap pengarah dan penerbit yang suka mengambil kesempatan apabila meletakkan nilai artis veteran terlalu rendah.

“Saya tidak akan melakukan sesuatu yang tidak setimpal dengan keringat yang dikeluarkan.

Seperkara lagi, mungkin saya tidak popular ekoran sejak dulu lagi tidak mesra media lalu menyebabkan pengarah generasi sekarang tidak mengenali saya.

“Barangkali juga, karakter saya yang agak garang membuatkan ramai takut untuk bekerja dengan saya. Meskipun, terbit perasaan ingin tetapi saya tidak kecewa kerana puas dengan apa yang pernah dilakukan dulu,” katanya.

Mengimbas pembabitannya dalam bidang seni, bermula ketika berusia 18 tahun, selepas jelak melakukan pelbagai pekerjaan dia memutuskan untuk mencari pekerjaan tetap.

“Namun, khabar angin mengenai AR Tompel (arwah) sedang mencari pelakon paling menarik perhatian saya. Lalu, saya memberanikan diri mengikuti uji bakat itu tetapi memaklumkan kepada arwah saya mahu menjadi penyanyi bukan pelakon.

“Selepas diuji bakat, dia menawarkan saya menyertai Sandiwara Kencana sebagai penyanyi. Bertitik-tolak dari situ sedikit demi sedikit saya mula belajar berlakon.

“Dua tahun kemudian pada 1956, saya menganggotai pula kumpulan Suria Booty Negara.

Malah ketika berada di Singapura, saya juga terbabit dengan sebuah lagi kumpulan yang dinamakan Bangsawan Di Udara dan kami menjelajah di seluruh negeri membuat persembahan.

“Pada masa yang sama, saya berjinak-jinak dalam dunia perfileman sebagai pelakon tambahan antaranya filem Samseng, Sumpah Pontianak dan Selendang Delima,” katanya.

Dilahirkan di Klang pada 8 Februari 1936, Karim pernah membintangi sandiwara dan teater bangsawan bersama beberapa seniwati dan seniman terkenal antaranya Raja Hamidah, Latifah Omar dan Ahmad Nisfu.

Namun, pengalaman paling tidak dapat dilupakan tentunya terpilih membintangi karya seniman agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Sekalipun, kebanyakan watak diberikan adalah samseng namun peluang menjadi sebahagian daripada filem Keluarga 69, Ahmad Albab dan Anak Bapak sesuatu yang tidak mungkin dilupakan.

“Arwah (P Ramlee) adalah sebaik-baik manusia. Dia berkarya bukan kerana wang sebaliknya lebih mementingkan kerja seninya dan disebabkan itulah sampai sekarang karya beliau tiada galang gantinya.

“Dia insan yang paling pemurah pernah saya temui kerana suka membantu orang dalam kesusahan. Jika ada yang meminjam wang daripadanya, dia akan halalkan dunia akhirat sejurus mereka meninggalkan rumahnya.

“Sebagai rakan rapat saya kecewa apabila mendengar pelbagai tohmahan dilemparkan kepada arwah kerana setahu saya arwah tidak pernah dengki dengan sesiapapun. Sebaliknya orang lain sentiasa tidak menyenangi kejayaan beliau,” katanya.

Rancak menceritakan pengalaman lakonannya, Karim menceburi lakonan drama pada 1964 menerusi siri Keluarga Tompel yang pernah menjadi fenomena tidak lama dulu.

Malah, pada 1968 pelakon dikenali watak antagonis ini bersama Datin Rosnani Jamil, Kemat Hassan dan Ghazali Sumatri bergandingan dalam drama aksi pertama, Shintaro.

Pengalaman dan kebolehan beliau dalam pementasan juga menarik perhatian Kementerian Penerangan lalu ditawarkan bekerja sebagai Pengarah Lakon Pentarama.

Sepanjang bertugas dari 1978 hingga 1989, Karim dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1982 oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Ahmad Shah.

Powered by Harian Metro

Karya Imuda Serikan Galeri Perfileman Finas

16 Jan

Oleh ABD. AZIZ ITAR

JINS Shamsudin (bersongkok) bersama Imuda (kanan) dan para pelakon veteran ketika merasmikan Program Tiada Gambar Seindah Lukisan bersama Imuda di Galeri Perfileman Finas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SELAMA ini, Galeri Perfileman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur agak sunyi sepi tanpa pengunjung terutamanya para pencinta dunia filem Melayu.

Ini kerana, lokasi galeri yang menempatkan pelbagai khazanah perfileman tanah air itu bukan sahaja tersorok, malah tidak banyak aktiviti yang dianjurkan bagi menarik perhatian para pengunjung sejak ia dibuka pada tahun lalu.

Menurut Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim, mulai bulan ini perbadanan itu telah merancang pelbagai aktiviti di galeri perfileman tersebut supaya apresiasi di kalangan peminat filem Melayu dapat dipertingkatkan.

“Kami menyasarkan tiga kelompok pengunjung iaitu artis-artis baru, pelajar dan orang ramai agar kerap berkunjung ke galeri ini dengan terbabit sama dalam aktiviti-aktiviti yang akan kami adakan sepanjang tahun ini.

“Antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah peraduan melukis potret artis-artis veteran dan pertandingan menyanyi karaoke lagu-lagu lama,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Program Tiada Gambar Seindah Lukisan Bersama Imuda di Galeri Perfileman Finas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Finas, Tan Sri Dr. Jins Shamsudin itu menerima sumbangan potret wajah-wajah artis veteran yang dilukis oleh Imuda untuk dipamerkan di galeri itu yang dibuka secara percuma kepada orang ramai.

Sebagai permulaan lima potret pelakon veteran iaitu Datuk Maria Menado, Datuk Sarimah Ahmad, Datin Rosnani Jamil, Datin Umi Kalthum dan Latifah Omar akan mengisi ruang pameran galeri itu mulai 12 Januari lalu.

Jelas Mohd. Mahyidin, bagi menarik orang ramai berkunjung ke Galeri Perfileman Finas, pihaknya akan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah bas percuma.

“Kami akan menyediakan sekurang-kurangnya tiga buah bas bagi membawa para peminat filem Melayu dari sesebuah kawasan terutamanya dari luar bandar bagi berkunjung ke sini.

“Kami juga akan mengenal pasti sekolah-sekolah tertentu dan membawa para pelajar mereka ke galeri ini bagi mendapatkan pendedahan tentang dunia perfileman Melayu.

“Pelbagai aktiviti akan diadakan di Galeri Perfileman Finas yang mana setiap aktiviti berbeza pada setiap minggu,” ujarnya.

Tambah Mohd. Mahyidin lagi, selain Finas, aktiviti-aktiviti di galeri itu juga akan dibantu oleh Portal Cinema Malaysia yang kini mempunyai lebih 2,000 ahli dan sembilan Kelab Pencinta Filem yang terletak di bawah kendalian perbadanan tersebut.

Sementara itu, pelukis dan pelakon Imuda berasa bangga kerana diberi kepercayaan oleh Finas untuk melukis potret pelakon-pelakon veteran dan dipamerkan di galeri itu.

“Saya memang gembira apabila idea saya untuk mengabadikan potret artis-artis veteran di galeri ini yang saya usulkan dua tahun lalu diterima oleh Finas.

“Selain itu, saya mahu artis-artis veteran bukan sahaja dihargai tetapi potret-potret mereka juga dapat ditatapi oleh para peminat filem Melayu pada hari ini hinggalah generasi akan datang.

“Selepas ini, saya akan melukis beberapa potret artis-artis veteran lagi di mana senarai nama artis-artis veteran itu akan diberikan oleh pihak Finas,” katanya.

Tambah Imuda atau nama sebenarnya A. Rahim Muda, 47, beliau mengambil masa lima hari untuk menyiapkan sebuah potret yang menggunakan cat minyak.

Selain pelancaran program itu, turut dianjurkan ialah pertandingan melukis potret yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu profesional dan amatur serta acara berkaraoke lagu-lagu yang dipetik daripada filem-filem Melayu lama.

Hadir sama pada majlis itu ialah pelakon veteran Sarimah Ahmad, Maria Menado, Umi Kalthum, Rosnani Jamil dan Timbalan Ketua Pengarah Finas, Mohd. Zulkifli Ab. Wahab.

Powered by Utusan Malaysia

Malam Jasamu Dikenang Meriah Dengan 58 Artis

31 May

Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

PERSEMBAHAN Mawi mendapat perhatian penonton pada majlis Jasamu Dikenang.

MALAM amal Jasamu Dikenang membawa pengertian yang besar dan bermakna sebagai tanda mengingati seniman dan seniwati tanah air yang telah meninggal dunia.

Nama-nama seperti P. Ramlee, Saloma, Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad Daud, Saadiah, Rosiah Chik, Rafeah Buang dan Sudirman terus dikenang atas jasa tak ternilai yang mereka tinggalkan dalam dunia seni.

Baru-baru ini, Dewan Perdana Felda Jalan Semarak, Kuala Lumpur menjadi tempat berhimpun artis lama dan baru menjayakan satu persembahan amal.

Malam Jasamu Dikenang anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) adalah manifestasi penghargaan mereka dengan menyumbangkan suara dan tenaga bagi mengingati insan seni yang telah tiada.

Konsert atas tujuan amal itu berjaya mengumpul dana RM100,000 pada malam bersejarah itu.

Dana itu diperlukan untuk menampung skim pencen artis veteran yang diperkenalkan sejak tahun 2002.

Sehingga kini 13 artis telah menerima skim pencen itu sepanjang hayat mereka.

Pujian wajar diberikan kepada Karyawan kerana tidak pernah gagal menyalurkan pencen bernilai RM500 sebulan kepada penerima terpilih.

Keupayaan Karyawan ini berbeza dengan persatuan artis lain yang ingin mengikut jejak Karyawan tetapi akhirnya hanya dapat bertahan memberi sumbangan mereka untuk tempoh sebulan dua sahaja.

Pada malam itu, Karyawan menambah lagi bilangan penerima kepada tiga orang artis veteran iaitu Latifah Omar, Param dan Raja Hamidah.

Namun apa yang dikagumi ialah Karyawan mendapat sokongan daripada begitu ramai artis pada malam itu iaitu seramai 58 orang.

Memasuki tahun keempat penganjuran, Karyawan terus menjadi rebutan para artis membuat persembahan. Ini mungkin menjadi satu sejarah bagi persatuan artis di Malaysia.

Apabila diminta pendapatnya, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berkata:

“Sebagai persatuan, Karyawan tidak boleh mengecewakan artis-artis yang ingin mengambil bahagian.

“Artis-artis sendiri secara sukarela menjayakan persembahan malam ini dan tidak mendapat sebarang bayaran.”

Freddie turut ditanya tentang rahsia Karyawan yang sentiasa menjadi pilihan artis untuk memberi sokongan.

“Mana ada rahsia. Karyawan melakukan tanggungjawab yang diberikan. Tujuan kita adalah menjaga kepentingan ahli-ahlinya,” katanya.

Freddie dalam ucapannya pula meluahkan kebimbangan tentang industri muzik hari ini yang tenat. Katanya, tidak mustahil industri muzik Malaysia termasuk filem Melayu akan pupus satu hari nanti.

“Kemunculan kuasa asing dalam industri akan berlaku jika masalah dalam industri kita tidak dibendung segera,” ujarnya.

Gejala CD cetak rompak merupakan keluh resah Freddie yang patut diberi perhatian. Katanya, gejala itu menyebabkan artis terus menjadi miskin dan berdepan dengan tekanan hidup.

Orang lama tetap menyengat

Kemunculan Siti Nurhaliza menyanyikan dua lagu popular era 70-an, Joget Pahang dan Bunga Melur, merubah suasana persembahan malam yang kurang hangat pada awalnya.

“Siti menyanyi lagu Joget Pahang bukan kerana Siti orang Pahang. Tetapi kerana lagu ini merupakan penghargaan Siti kepada Tan Sri P. Ramlee,” kata Siti sambil tersenyum manis.

Acara persembahan yang diselang seli dengan nyanyian dan sketsa semakin rancak walaupun jam menunjukkan pukul 11 malam.

Kemudian muncul Nash, Aishah, Rahimah Rahim, Liza Aziz dan Nora. Senang cerita, persembahan orang lama ini lebih menyengat dan memberi impak kepada penonton melalui alunan vokal yang masih hebat dan sempurna.

Khalayak dibawa mengimbau nostalgia bersama lagu-lagu seperti Bisikan Hati, Nilai Cinta, Inai Di Jari dan beberapa lagi lagu yang membuatkan seluruh dewan bergema dengan jeritan nakal suara penonton.

Itulah keistimewaan penyanyi berpengalaman yang perlu dijadikan contoh artis angkatan baru.

Seperti dijangka kehadiran juara Akademi Fantasia 3, Mawi, paling mendapat sambutan. Walaupun sudah melewati pukul 12 malam, penonton masih teruja menyaksikan persembahan Mawi.

Malam itu juga istimewa kerana persembahan artis-artis yang mempunyai hubungan persaudaraan. Rahimah Rahim merupakan anak saudara kepada seniwati Saadiah dan Liza Aziz adalah anak kepada seniwati Normadiah.

Seperti yang diumumkan oleh pengacara majlis iaitu Raja Azura, Radhi Khalid ialah anak saudara kepada Allahyarham Datuk Ahmad Daud manakala Raja Azura pula cucu saudara kepada pelakon Raja Hamidah.

Powered by Utusan Malaysia

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.