Archive | Liza Hanim RSS feed for this section

Nostalgia Seniman

17 May

Cerita kehidupan Allahyarham P.Ramlee yang penuh ranjau dan kisah cinta dengan empat wanita dipapar

OlehHanim Mohd Saleh

APABILA rombongan artis dan kru seramai 160 orang yang menjayakan Muzikal P.Ramlee berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Singapura dengan menaiki bas awal minggu ini, mereka bukan setakat teruja untuk persembahan teater muzikal yang dinanti-nantikan itu, bahkan membawa sekali segenap ‘nostalgia’ yang begitu mengusik perasaan para peminat filem Melayu.

Ini termasuk pemandangan stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, rumah kampung pertama yang dihuni Allahyarham P.Ramlee ketika baru-baru tiba di Singapura dalam 1948 dan lokasi studio Malay Film Productions (MFP) di Jalan Ampas – yang kesemuanya ‘diangkut’ pulang ke Singapura dengan menggunakan lapan trak terbuka dan sebuah kontena tertutup melalui Lebuh Raya Utara-Selatan sepanjang 400km itu.

Menurut Penyelaras Pemasaran Enfiniti Productions, Cik Nora Lim, sebahagian besar daripada set bagi 12 adegan muzikal itu berlatarkan lokasi di Singapura.

Turut dibawa ke sini ialah kira-kira 600 helai pakaian retro yang potongannya merupakan inspirasi daripada fesyen yang pernah digayakan oleh watak-watak muzikal tersebut, termasuk Allahyarhamha Saloma, Norizan, Junaidah dan P.Ramlee sendiri.

Penyanyi Liza Hanim ketika ditemui berkata perjalanan menuju ke Singapura membawa memori yang cukup menyentuh perasaannya.

‘Kami datang ke Singapura dengan menaiki bas berhawa dingin yang cukup selesa dan kami tahu apa yang akan kami lakukan di sini. Tetapi bayangkan keadaannya ketika Allahyarham P.Ramlee datang ke Singapura dengan menaiki kereta api dan berbekalkan beg kecil saja.

‘Allahyarham tidak tahu apa yang boleh dijangkakan dan bagaimana keadaan hidupnya di sini.

‘Ternyata, Allahyarham melalui banyak cabaran untuk menghidupkan filem Melayu sehingga akhirnya mencatatkan satu sejarah yang cukup bermakna dalam industri seni kita, satu pencapaian yang belum tentu mana-mana artis sekarang dapat ulangi,’ kata Liza, penuh emosi dalam sesi pertemuan dengan media di Esplanade Teater Di Pesisiran pada Rabu lalu. Liza membawa watak Saloma dalam muzikal tersebut.

Wartawan dan jurugambar Berita Harian sendiri diberi peluang melihat dengan dengan dekat set pementasan rekaan Raja Malik, yang mengambil masa dua hari untuk didirikan dan diatur mengikut susunan adegan di Dewan Teater Esplanade.

Antara yang menarik perhatian ialah kepala kereta api, yang dijangka ‘bergerak’ memasuki pentas siap dengan kepulan-kepulan asap menerusi serombongnya.

Membelek koleksi pakaian bagi watak-watak utama wanita muzikal itu juga cukup menarik perhatian.

Menurut Cik Rosada, penata pakaian keseluruhan persembahan, setiap pemain menggunakan antara tiga hingga lima set pakaian berbeza untuk satu persembahan.

‘Konsep pakaian yang dihasilkan kebanyakannya adalah berdasarkan potongan yang pernah digunakan oleh watak-watak yang ditampilkan seperti Allahyarhamha Saloma yang banyak berpotongan ketat dan seksi dan Junaidah yang sering berkebaya.

‘Kami menggunakan gambar lama mereka sebagai panduan. Tetapi untuk watak Norizan, kami banyak menggunakan konsep hitam bagi menyerlahkan wataknya yang agak garang,’ kata Cik Rosada.

Lebih daripada sekadar membangkitkan nostalgia era kegemilangan filem Melayu, Muzikal P.Ramlee, sebenarnya cuba mengupaskan kehidupan dalaman yang pernah dilalui Allahyarham P.Ramlee (yang dilakonkan Musly Ramli), dalam membina kerjaya seni.

Penerbit, Tiara Jacquelina, dan pasukan kreatifnya termasuk Pengarah Bersekutu, Zahim Albakri, dan pengarah, Adlin Aman Ramli, memilih untuk menceritakan kehidupan Allahyarham yang penuh ranjau dengan mengaitkan kisah percintaanya dengan empat wanita, ia itu kekasih pertamanya, Azizah (dilakonkan Emelda Rosmila); Junaidah, isteri pertamanya (lakonan penyanyi Atilia); isteri kedua, Norizan (Melissa Saila), dan Saloma (Liza Hanim).

‘Kami juga berharap muzikal ini dapat membangkitkan kesedaran bahawa apa yang dicapai Allahyarham P.Ramlee, tidak datang dengan mudah.

‘Di sebalik banyak kejayaan dan pencapaian itu, Allahyarham melalui banyak pergelutan dan kekecewaan,’ kata Tiara.

ACARA PEMENTASAN

  • Pementasan Muzikal P.Ramlee yang awal minggu ini menerima enam trofi dalam Anugerah Seni BOH Cameronian 2007 (BCAA 2007) di Kuala Lumpur, akan menemui penonton Singapura mulai hari ini di Dewan Teater Esplanade.

  • Persembahan pertama berlangsung pada 2.30 petang ini, diikuti dengan 8 malam ini. Dua lagi persembahan esok dan lusa, juga bermula 8 malam.

  • Tiket-tiket berharga $40, $60, $80 dan $100 masih boleh didapatkan di Esplanade Box Office atau kuanter Sistic. Tiket diskaun terhad untuk pelajar ($20) dan $28 bagi anggota Perkhidmatan Negara dan warga tua, juga disediakan.

    Powered by Cyberita

  • Bouts Of Oomph On Stage

    15 May

    P. Ramlee, The Musical directors (from left) Adlin Aman Ramlie and Zahim Albakri with choreographer Pat Ibrahim accepting their award.
    P. Ramlee, The Musical directors (from left) Adlin Aman Ramlie and Zahim Albakri with choreographer Pat Ibrahim accepting their award.

    There was no surprise as regards the performance which garnered the most number of trophies at the Boh Cameronian Arts Awards 2007 held recently. KHAIRUL ANWAR MOHAMED, however, feels grateful to the lively folk on stage that night for making the long ceremony seem less tedious.

    The Musical
    Maria Yasmin won Best Solo Performance (Voice) for her role in Tunku: The Musical

    LAST Sunday night was filled with glitz, glamour and excitement as local theatre superstars, wannabees and everybody in between descended upon the Mandarin Oriental for the 6th Annual Boh Cameronian Arts Awards in Kuala Lumpur.

    Almost everyone there was in exquisite suits, dresses or costumes. Catwoman paraded on the arm of a smartly dressed gentleman, one woman was in a flowing white gown suggesting a bridal gown were it not for the plastic katana (Japanese sword) on her back.

    The main thing is, I was underdressed. I was advised to maintain “journalistic integrity” by not conforming to the party theme.

    To break the ice, I chatted with theatre director Zalfian Fuzi, who introduced me to industry veterans such as Chacko Vadaketh and also to relatively new talents such as Soefira Jaafar, already a three-time winner of the awards.

    Susie Kukathas, executive producer of Instant Cafe Theatre, also a judge in the Theatre Category, explained the judging process “done by computer ballot”.

    “We watch the shows, then individually, we put in our personal scores. The data is collated by PriceWaterhouse Coopers and we’ll only find out who wins tonight.”

    Pang Khee Teik, director of The Annexe Arts Centre, who was dressed in a faded Aquaman T-shirt, I felt better about my simple garb was one of the original masterminds of the Arts Awards. In Susie’s words: “He is the source”.

    So what are the awards about? Seeing how small the local arts scene is, what’s the purpose of an awards show?

    “It’s very simple, I always believe that awards make it possible to acknowledge people whose works have not been acknowledged in Malaysia. But I’m also aware that awards are not the be-all and end-all of any art.

    Pang continued: “It’s only been five years, but I can tell you, in five years’ time, those people who started out reacting negatively towards the awards will end up winning some because they have successfully evolved within the industry.”

    At the start of the show, the audience was treated to a rendition of Gelora, taken from P. Ramlee the Musical, sung by Sean Ghazi and Liza Hanim.

    Hosts Shanon Shah and Angel Wong got the crowd laughing with an intelligent script in English, Malay, Tamil, Cantonese and Hokkien. They poked fun at Malaysian politics and pop cultural icons.

    If it were not for the combined effects of the witty prize-givers, technical complications (with humorous results) and the lovely trophy bearer (Jessica Ho) who catwalked on and off stage with the crystal award trophies, the event might have made even a guy like me want to leave early.

    Towards the end the show, momentum picked up – choreographer Pat Ibrahim danced across the stage to present an award. The show ended with the announcement of this year’s Lifetime Achievement Award winner, Professor Ghulam Sarwar Yousof for his contributions to Malaysian art and literature.

    Over the course of the night, many productions won awards in the categories of Dance, Music and Theatre.

    What was predictable was P. Ramlee the Musical’s big win. It bagged five awards, including Best Director, Best Set Design, Best Music & Sound Design, and, the Kakiseni Audience choice awards.

    The other big winners that night were Alih PungGONG, which won four awards in the Music category, and Hiding Love with three wins in the Dance category.

    Dance

    1. Best Featured Performer: Steve Goh for Hiding Love (presented by Kwang Tung Dance Troupe)

    2. Best Choreographer in a Mixed Bill: Steve Goh for Falling Angel in 30.40 (MMY Production)

    3. Best Choreographer in a Feature-length Work: Steve Goh for Hiding Love

    4. Best Group Performance: Hiding Love

    5. Best Lighting Design: Sivarajah Natarajan for Storming Destiny (Sutra Dance Theatre)

    6. Best Design: Loi Chin Yu for In The Mist of Love (Charlie Tan Dance Theatre)

    7. Best Music & Sound Design: Syarizan Sahamat for Asyik (ASWARA)

    8. Best Costume Design: Tanjai Kamala Indira Dance School for Kalki’s Spectacular Sivagamiyin Sabatham (Tanjai Kamala Indira Dance School)

    Music

    1. Best Group Performance (Instrumental): Alih PungGONG by Rhythm in Bronze

    2. Best Group Performance (Voice): Frogway by Surprise Voice

    3. Best Musical Direction: Jillian Ooi and Susan Sarah John for Alih PungGONG

    4. Best Original Composition: Jillian Ooi for Runtuh in Alih PungGONG

    5. Best Production Values: Alih PungGONG by Rhythm in Bronze

    6. Best Solo Performance (Instrumental): Prakash Kandasamy for Jumpstart (musical direction by Jyotsna Nithyanandan, presented by Inner Space Performing Arts Company)

    7. Best Solo Performance (Voice): Maria Yasmin for Tunku The Musical (The Kuala Lumpur Performing Arts Centre)

    Theatre

    1. Best Group Performance: Dua, Tiga Dalang Berlari (Five Arts Centre)

    2. Best Director: Adlin Aman Ramlie and Zahim Albakri for P. Ramlee, The Musical (Enfiniti Productions)

    3. Best Lighting Design: Loh Kok Man for The Lost & The Ecliptic (Pentas Project & The Kuala Lumpur Performing Arts Centre)

    4. Best Set Design: Raja Maliq for P. Ramlee, The Musical

    5. Best Music and Sound Design: Dick Lee, Erwin Gutawa and Larry Mignogna for P. Ramlee, The Musical

    6. Best Costume Design: Berg Lee for Little Mission Impossible (Integrated Expressions)

    7. Best Actor in a Leading Role: Joe Hasham for Eh Joe in Electric Beckett (presented by The Kuala Lumpur Performing Arts Centre)

    8. Best Actor in a Supporting Role: Melissa Saila for P. Ramlee, The Musical

    9. Best Original Script (Bahasa Malaysia): Adlin Aman Ramlie and Al-Jafree Md. Yusop for P. Ramlee, The Musical

    10. Best Original Script (English): Ann Lee for Tarap Man (Kuali Works & Dramalab)

    11. Best Original Script (Chinese): no nominees for this award this year

    Special awards:

    *Most Promising Artiste: Brian Tan (musician)

    *Champion of the Arts Award: Joseph Gonzales (educationist, dancer, choreographer)

    *Audience Choice Award (Dance): Asyik (Aswara)

    *Audience Choice Award (Music): Move It! YKLS Celebrates 5 Years of Music (The Young KL Singers)

    *Audience Choice Award (Theatre): P. Ramlee, The Musical

    *Lifetime Achievement Award: Prof Dr Ghulam Sarwar Yousof (scholar)

     

    Powered by New Straits Times

    Artis Bergaya Glamor

    10 May

    OlehHanni Tiara

    ACARA penuh glamor Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-15 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada minggu lalu, diraikan dengan gaya yang cukup gah oleh artis-artis yang datang, termasuk dari Singapura.

    Ada yang jelas begitu tinggi cita rasa berfesyen, tetapi ada juga yang serba tak kena gaya!Warna emas menjadi pilihan beberapa artis popular Malaysia, antaranya juara Akademi Fantasia, Mila (kanan), dengan gaun berkolar Mandarin, penyanyi Liza Hanim (kiri), dengan gaun tanpa lengan dan penyanyi Nora dengan gaun rekaan Michael Ong, tetapi membuat beliau kelihatan bulat.

    Penyanyi dan pelakon Betty Banafe pula, tiba berpasangan dengan penyanyi Sean Ghazi (bawah, kiri). Apakah ada apa-apa di antara mereka berdua?

    Tidak ramai artis Singapura yang datang, tetapi kehadiran mereka tetap menarik perhatian.

    Aliff Aziz yang kerumuni peminat, tampak terlalu dewasa dengan sut coklat dan berkaca mata gelap. Hai, mana hilangnya imej remaja dan comel Aliff!

    Maiya Rahman yang ditemani Roslan Mohd, tampak simple dengan gaun manik sequeen berwarna warna gangsa.

    Powered by Cyberita

    Siti Nurhaliza Tidak Mengharap

    1 May

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my

    KEUNGGULAN Siti Nurhaliza sebagai penyanyi nombor satu negara masih menyerlah apabila menerima lapan pencalonan dalam AIM15 yang akan berlangsung Sabtu ini (3 Mei).

    SEJAK penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memasuki gelanggang Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1997, namanya tidak pernah tercicir daripada dicalonkan untuk mana-mana kategori yang dipertandingkan.

    Cuma, pada tahun 1998 sahaja, buat pertama kalinya memperlihatkan Siti gagal membawa pulang sebarang anugerah AIM dalam tiga kategori yang dicalonkan.

    Jika dihitung dari tahun 1997 sehinggalah tahun 2007, penyanyi jelita ini sudah pun memiliki 22 buah trofi AIM termasuklah Vokal Wanita Terbaik yang berjaya berada di dalam genggamannya selama lapan tahun berturut-turut, Anugerah Kembara (tiga), Album Terbaik (empat), Album Pop Terbaik (tiga) dan Album Pop Etnik Terbaik (dua).

    Itu belum dikira lagi tiga lagu nyanyiannya yang diiktiraf menerusi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu iaitu Merisik Khabar, Bukan Cinta Biasa dan Seindah Biasa.

    Tahun ini, Siti merupakan satu-satunya artis yang berjaya mendapat pencalonan terbanyak iaitu lapan pencalonan dalam lima kategori menerusi albumnya, Hadiah Daripada Hati (HDH).

    Pencalonan yang diterimanya adalah Persembahan Vokal Wanita Terbaik, Album Pop Terbaik, Kulit Album Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) dan Lagu Terbaik.

    “Pencalonan ini menunjukkan bahawa HDH merupakan karya yang berkualiti sekali gus menafikan kata-kata sesetengah orang yang mendakwa HDH tidak berkualiti dan dibuat sambil lewa. Dalam erti kata lain, mereka mengatakan HDH adalah sebuah album cincai.

    “Konsep HDH juga berbeza dengan apa yang telah saya lakukan sebelum ini. Sebenarnya, HDH pada pandangan saya, juga merupakan salah sebuah album terbaik yang pernah saya lahirkan. Saya telah memberikan sepenuh hati dalam memastikan HDH menjadi sebuah album yang berkualiti,” jelasnya sewaktu ditemui di PNB Darby Park, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Bagi kategori Album Pop Terbaik, HDH perlu berdepan dengan empat buah album hebat lain iaitu Dayang 2007 (Dayang Nurfaizah), Imagin (Liza Hanim), Menjelma (Kaer Azami) dan Semuanya Ada Di Sini (Farawahida).

    Untuk kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia), sebanyak tiga buah lagu dari album HDH dicalonkan iaitu Sekian Lama, Cintamu dan Hati.

    Dua buah lagu dendangan Siti iaitu Sekian Lama dan Menanti Pasti pula menerima pencalonan bagi kategori Lagu Terbaik.

    Diajak berbicara tentang pencalonan Lagu Terbaik, Siti memberitahu kedua-dua lagu Menanti Pasti dan Sekian Lama mempunyai kekuatan yang tersendiri serta berdiri dalam jalur muzik yang cukup berbeza.

    Mungkin ramai yang tidak tahu, lagu Menanti Pasti merupakan salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album runut bunyi, Kayangan yang diterbitkan oleh Raden Pictures Sdn. Bhd. pada tahun lalu.

    Malah, Menanti Pasti juga dicalonkan dalam kategori Lagu Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik 2008 baru-baru ini namun tewas ditangan lagu Nakal dendangan kumpulan Gigi.

    “Menanti Pasti memberikan satu pengalaman baru dan cukup berbeza buat saya kerana itulah pertama kalinya saya menyanyikan lagu yang berentak waltz. Malah, ia juga cukup berbeza dengan lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan sebelum ini serta memberikan dimensi baru pada teknik nyanyian saya.

    “Menyampaikan lagu Menanti Pasti ini sebenarnya mencabar saya sebagai seorang penyanyi kerana rentaknya yang perlahan itu tidak memerlukan saya melontarkan vokal saya pada tahap maksimum.

    Beliau mengakui Menanti Pasti memerlukannya menggunakan teknik vokal rendah dan kebetulan sewaktu merakamkan lagu tersebut, keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan.

    “Namun, segalanya berjalan lancar dan saya merakamkan lagu tersebut dalam tempoh 20 minit sahaja,” cerita Siti tentang lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Abie Abdullah itu lagi.

    Mengenai lagu Sekian Lama pula, Siti memberitahu kali pertama mendengarkannya, dia jatuh cinta dengan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Azlan Abu Hassan dan liriknya oleh Azalea itu.

    “Azlan memberikan saya tiga buah lagu untuk dimuatkan dalam album HDH. Antara tiga buah lagu itu, Sekian Lama yang berjaya mencuri hati saya kerana melodi lagu itu sungguh indah dan romantik (ketawa kecil). Tambahan pula dengan liriknya yang cukup puitis, sudah cukup menjadikan Sekian Lama sebuah lagu yang membuai jiwa.

    “Azlan memang cukup terkenal dengan kreativitinya dan lagu-lagunya juga pernah diiktiraf oleh AIM. Jadi, saya berasa bertuah kerana berpeluang menyanyikan lagu ciptaan Azlan,” jelasnya panjang lebar tentang lagu tersebut.

    Selain dua buah lagu dendangan Siti itu, tiga lagu lain yang tercalon dalam kategori Lagu Terbaik adalah Itu Kamu (Estranged), Izinku Pergi (Kaer Azami) dan Mahakarya Cinta (Faizal Tahir).

    Dalam pada itu, Siti menghadapi saingan sengit dari Atilia yang mempertaruhkan album Sangkar, Dayang Nurfaizah (Dayang 2007), Elyana (Jadi Diriku) dan Karen Kong (Mulakan) bagi merebut gelaran Persembahan Vokal Wanita Terbaik.

    Menceritakan tentang peluangnya untuk merangkul kembali anugerah tersebut setelah tewas di tangan Jaclyn Victor tahun lalu, dengan sekuntum senyum, wanita berusia 29 tahun ini memberitahu, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak juri untuk menilai calon yang dirasakan terbaik untuk menerima gelaran itu.

    “Malah, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang pada malam itu nanti. Kalah atau menang semuanya bergantung kepada juri. Apa yang penting adalah AIM merupakan anugerah yang cukup berprestij dalam mengiktiraf hasil kerja karyawan seni tempatan.

    “Apa yang pasti, saya akan meneruskan perjuangan saya dalam bidang seni dan sentiasa akan melahirkan produk yang terbaik buat peminat saya yang tidak pernah henti menyokong,” ujarnya penuh optimis.

    Powered by Utusan Malaysia

    Rafflesia, Artis Saling Menyokong

    23 Apr

    Oleh Nor Akmar Samudin
    akmar@hmetro.com.my

    Rap

    KEINDAHAN dan kecantikan menjadi dambaan setiap wanita. Ia bagaikan irama dan lagu, jika dipisahkan antara kedua-duanya, pincanglah lagu dan rosaklah seni.

    Untuk itu, Rafflesia Pearl Centre, antara butik barang perhiasan wanita, amat memahami kehendak mereka terutama yang bergelar selebriti dan orang ternama yang mementingkan penampilan.

    Bagaimanapun menyedari kecantikan itu hak setiap insan bernama wanita, Rafflesia melebarkan lagi tabir penghargaannya kepada setiausaha yang menjadi imej kepada majikan dan organisasi masing-masing. Rabu lalu, bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur (HIKL), Rafflesia menganjurkan Minggu Setiausaha.

    Walaupun bayaran dikenakan antara termahal namun penganjuran sulung itu mendapat sambutan hangat. Penampilan artis dan selebriti terkenal tanah air menyemarakkan lagi atur cara sepanjang petang itu.

    Mereka yang menang cabutan bertuah pasti tersenyum riang menerima rantai mutiara bernilai RM5,000, coklat jenama Rafflesia berharga RM1,500 dan baucar penginapan di HIKL.

    Ning Baizura, Fauziah Latiff, Noryn Aziz, Ziana Zain, Jaclyn Victor, Erra Fazira, Harith Iskandar, Azharina Azhar dan Liza Hanim antara artis yang membuat persembahan pada majlis itu. Walaupun seorang hanya menyanyikan sebuah lagu tetapi kehadiran mereka amat bermakna buat peminat yang hadir.

    Turut serta, Miss Malaysia 2007, Debra Henry, yang kelihatan hebat dengan persalinan rekaan Erwan Arsdo. Sementara Pengarah Rafflesia, Winnie Sim, tampil dengan gaun rona hitam putih ciptaan Rizman Ruzaini.

    Wajah glamor seperti Nasha Aziz, Fazlun Abas, Diana Danielle, Siti Elizad, Winnie Kok, Aleeza Kassim, Ikin, Aein, Lisdawati, Juliana Evans, Irma Hasmie, Rosma AF dan Almy Nadia turut menyerikan majlis.

    Sungguh bertuah kalangan artis yang dijemput ke majlis itu kerana tubuh mereka bukan saja disalut mutiara Rafflesia yang berharga menjangkau jutaan ringgit malah turut bergaya dengan fesyen rekaan pereka yang sedang meningkat naik. Hati mana tidak gembira jika dilayan begitu rupa.

    Antara pereka yang mempamerkan ilham masing-masing, Zerry Zambri, Azura, Bill Keith, Hatta Dolmat, Michael Shu, Rizman Ruzaini, Anizam Yusof, Erwan Arsbo, Alvin Tay, Faizel Azraf, Nazreen Idris, Khairy Sufi, Rizman Ruzaini dan Razman.

    Bertemu Ning Baizura selepas majlis berakhir, katanya, tiada timbul isu siapa mempergunakan siapa kerana industri hiburan, bidang kecantikan, fesyen dan barang perhiasan elemen penting menyerlahkan penampilan artis.

    “Rafflesia pula terbabit dalam bidang perniagaan yang memerlukan publisiti. Justeru antara Rafflesia dan artis saling memerlukan. Saya antara artis yang selalu dijemput Rafflesia setiap kali mereka menganjurkan majlis terutama membabitkan dunia hiburan.

    “Lebih lima tahun saya bekerjasama dengan mereka ternyata Rafflesia melakukannya bersungguh-sungguh dengan menyuntik unsur glamor dalam setiap atur caranya. Kepada yang sudah biasa bekerjasama dengan Rafflesia pasti tahu yang mereka akan memperoleh pulangan dari sudut publisiti. “Rafflesia juga membuka ruang kepada pereka fesyen yang baru bertapak dengan memberi peluang menghasilkan rekaan untuk dipakai artis yang hadir pada majlis mereka. Saya sendiri menggayakan gaun petang rekaan Daniel Chong.

    “Saya berkenalan dengan pemuda Tionghua itu ketika membeli-belah di Fashion Avenue, Gardens, mencari rekaan terkini untuk digayakan pada satu acara anjuran Starhill. Dalam tercari-cari itu saya ternampak butik Daniel di situ lalu tertarik dengan rekaan dan hasil kerjanya yang halus.

    “Pertemuan itu terjadi sebelum saya berkahwin dan apabila tiba hari perkahwinan saya, Daniel tidak berpeluang menyediakan baju pengantin saya.

    “Oleh itu apabila saya perlu menghadiri majlis Minggu Setiausaha ini, saya cadangkan dia mereka sesuatu untuk saya dan inilah hasilnya. Kebetulan Daniel adalah senior Jovian Mandagie ketika bersama-sama menuntut di Universiti Limkokwing dulu.

    “Senang bekerjasama dengan Daniel dan saya sendiri tidak cerewet. Tanpa mengira bangsa, saya sedia bekerjasama dengan sesiapa saja,” katanya.

    Menurut Ning lagi, artis lain yang biasa bekerjasama dengan Rafflesia termasuk Datin Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan Ziana Zain. Selain artis yang sudah ada nama dalam industri, Rafflesia turut memberi perhatian kepada artis baru seperti Diana Danielle dan ramai lagi yang berpotensi menyemarakkan industri hiburan dengan bakat yang dianugerahkan kepada mereka.

    Bagaimanapun, kata Ning, sebelum memulakan kerjasama dengan syarikat pengeluar produk dia perlu meneliti faedah yang bakal diperolehnya dalam jangka masa panjang.

    “Misalnya Rafflesia, mereka dapat membantu meningkatkan imej saya sebagai artis. Dengan bekerja dengan Rafflesia, saya mendapat pengiktirafan tinggi apabila bergaya dengan barangan perhiasan mewah yang begitu menyerlah.

    “Secara tidak langsung ia berjaya meletakkan saya pada kedudukan yang lebih glamor dan barangan Rafflesia sendiri sentiasa terkini selaras cita rasa penggemarnya.

    “Insya-Allah saya akan terus bekerjasama dengan Rafflesia kerana ia membuatkan saya dihargai. Penghargaan itu bukan saja diberi pada masa tertentu tetapi Winnie Sin dan suaminya, Sin Cheang Long yang juga Pengarah Urusan Rafflesia sangat mengutamakan persahabatan.

    “Paling menggembirakan, kebanyakan perhiasan mutiara yang pernah saya gayakan menjadi pilihan pelanggan butik mutiara itu,” katanya.

    Menyentuh perkembangan album Inggeris terbarunya, Easttowest, yang sudah menjengah pasaran, jelas Ning, edaran album itu memberi keutamaan kepada peminatnya di sini sebelum dipasarkan di peringkat antarabangsa.

    Sebelum ini Ning pernah menghasilkan dua album Inggeris, Always dan Natural Woman. Berdasarkan pengalaman lalu apabila Natural Woman terus dijual di Jepun, peminat tempatan tidak dapat memiliki album itu.

    “Jadi untuk album baru ini, saya jual dalam negara dulu sebelum menembusi pasaran Eropah yang diuruskan oleh EQ Music,” katanya.

    Powered by Harian Metro

    Seksi Selagi Suami Izinkan

    12 Apr

    Oleh Zul Husni Abdul Hamid


    LIZA tidak mahu terlalu ghairah sehingga mengenepikan adat Timur.

    Transisi gaya Liza Hanim cetuskan perdebatan peminat

    HANYA senyuman bersama riak wajah tenang diberikan tatkala pertanyaan mengenai penampilannya yang kebelakangan ini agak berani diajukan.

    Liza Hanim tidak melatah, jauh sekali berasa tersinggung walaupun persoalan itu bukan pertama kali menerpa pendengarannya.

    Anak kelahiran Klang, Selangor itu meniti fasa perkahwinan pada usia muda iaitu 23 tahun dan mencecah usia 29 tahun, Liza mengakui dia semakin selesa dengan apa yang dilaluinya.

    Seiring kematangan usia, ibu muda kepada Masrya Qistina itu juga memperoleh keyakinan lantas memutikkan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya.

    Namun kata Liza, dalam keinginan untuk mencuba dia tidak mahu terlalu ghairah dan berani hingga mengenepikan adat serta budaya Timur yang menjadi pegangannya selama ini.


    LIZA HANIM ketika membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular 2007 di Arena Of Stars.

    “Apa yang saya gayakan ini tidak keterlaluan hingga melangkau batas sebagai seorang isteri. Perkara itu sentiasa tersemat di fikiran dan tidak mungkin saya ketepikan semua itu hanya kerana ghairah mengikut arus fesyen semasa.

    “Proses peralihan adalah lumrah dalam kehidupan. Asalkan selesa dan saya senang dengan apa yang digayakan, saya tidak keberatan mencuba selagi suami memberikan kebenaran,” kata Liza mengenai penampilan barunya yang jauh menampakkan perbezaan berbanding ketika dia mula menyanyi lebih 10 tahun lalu.

    Mengalih perbualan mengenai album terbarunya, Imagin yang kurang mendapat perhatian stesen radio, Liza mengakui ada ketika dia keliru dengan peranan pihak yang sepatutnya memberi galakan kepada artis bebas sepertinya untuk terus bernafas dalam bidang nyanyian.

    Beberapa kali percubaan untuk mempromosikan lagu baru nyanyiannya tidak diendahkan hanya kerana dia melahirkan single tanpa album penuh.

    Namun, selepas album penuh dilahirkan dan dia menyusun strategi untuk mempromosikan produk itu secara berperingkat, perancangan itu digagalkan apabila stesen radio menetapkan pilihan mereka sendiri.

    Bukan mahu menuding jari, juga tidak menyalahkan pihak berkenaan namun kata Liza, dia memerlukan kekuatan untuk terus berdiri dan berlari gagah sebagai anak seni.

    “Mujur permulaan 2008 memberikan sedikit cahaya apabila lagu seperti Imagin dan Lara mula mendapat tempat di radio. Keadaan itu memberikan sedikit ruang untuk saya bernafas kerana tahun lalu, keadaan membuatkan saya tersepit dalam menjalankan promosi.

    “Disebabkan masalah promosi dengan syarikat yang diberi tanggungjawab untuk mengedarkan album, pelan yang dirangka menjadi huru hara. Memang ia mengecewakan tetapi saya tidak punya daya untuk menghalang semua itu.

    “Bagaimanapun semua dugaan itu tidak mematahkan semangat saya untuk memperkenalkan kepada umum misi serta visi yang cuba disampaikan menerusi Imagin,” katanya.

    Untuk tidak membiarkan Imagin terkubur begitu saja, penyanyi yang mula mendaki populariti dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa ini merancang untuk menerbitkannya dalam pakej berbeza memuatkan beberapa lagu baru.

    Kata Liza, dia perlu positif dengan usahanya malah sedapat mungkin mahu memanjangkan hayat album itu yang baginya, memuatkan banyak pilihan lagu berkualiti.

    “Tidak mudah apatah lagi bagi artis bebas seperti saya menghasilkan album penuh setiap tahun. Ia memerlukan peruntukan yang besar dan saya perlu menjana pendapatan dengan penjualan album serta pelbagai sumber lain.

    “Mungkin hanya selepas dua tahun Imagin di pasaran saya akan merangka perancangan untuk album baru. Lagipun promosi menyeluruh belum sempat dibuat menyebabkan saya masih belum mahu mengaku kalah selagi tidak mencuba,” katanya.

    Menghasilkan sendiri produk itu kata Liza, memberikannya kepuasan penuh kerana tidak perlu tunduk kepada kehendak syarikat rakaman.

    Meskipun sukar namun itu semua menghadiahkan pengalaman yang cukup manis kepadanya, apatah lagi kesemua lagu memenuhi selera serta kehendak jiwanya.

    Keadaan yang cukup memberikan Liza kebahagiaan kerana dulu, jiwanya seakan memberontak kerana kepuasan yang dicari tidak ditemui.

    “Tiada lagi kebimbangan, malah saya menemui kekuatan dengan Imagin kerana ia melambangkan sepenuhnya apa yang saya mahukan dalam sesuatu produksi.

    “Ini cukup berbeza kerana dulu mungkin bibir saya tersenyum tetapi jiwa saya meronta kerana tidak menemui apa yang dicari sepenuhnya.

    “Cukup 10 tahun saya menurut segala kata orang, mengenepikan kehendak sendiri kerana terikat dengan kemahuan mereka. Apabila mendapat kebebasan, saya mahu luahkan sepuas-puasnya tetapi itu tidak bermakna saya mengenepikan kehendak pendengar.

    “Saya cuba realisasikan keinginan sendiri dan pada masa sama mengambil kira selera peminat kerana album ini bukan untuk saya sendiri, sebaliknya penghargaan kepada mereka yang sentiasa menyokong perjuangan Liza Hanim,” katanya, turut berbangga apabila namanya tersenarai dalam Top 5, Aktor Terbaik Dalam Peranan Utama, Anugerah Boh Cameronian.

    INFO:

  • Liza ialah antara beberapa artis yang diberi penghormatan menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha Rafflesia di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 16 April depan.
  • Bakal menggayakan rekaan Khairi Sufi, Liza yang memilih lagu Lara diberi kesempatan beraksi di samping nama terkenal seperti Jaclyn Victor, Fauziah Latiff, Noryn Aziz, Ning Baizura, Erra Fazira, Ziana Zain dan Liza Hanim untuk acara yang menyatukan 13 pereka muda pada majlis bertemakan hitam putih itu.
  • Bayaran masuk RM650 dan tempahan serta pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi 03-21419988 sambungan 3667.

    Liza terpilih untuk menghiburkan peminat pada acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, 30 Mac lalu di Arena Of Stars, Genting Highlands.

  • Diberi penghormatan membawakan lagu popularnya, Merawat Luka Terpendam yang menjadi lagu latar drama bersiri Natasha, Liza berkata, dia teruja kembali menjayakan acara berprestij itu selepas kali terakhir terbabit pada ABPBH 2001.

    INFO: Liza Hanim

    Nama Penuh: Haliza Hanim Abdul Halim

    Tarikh Lahir: 19 November 1979

    Asal: Klang, Selangor

    Suami: Mohd Shahrin Mohd Samsudin

    Anak: Marsya Qistina

    Filem: Laila Isabella dan KL Menjerit

    Lagu Popular: Getaran Cinta Di Jiwa, Gelisah Mimpi dan Merawat Luka Terpendam.

    Powered by Berita Harian

  • 6ixth Sense Hilang 'Sengat'

    12 Apr

    oleh METRA SYAHRIL MOHAMED metra.mohamed@utusan.com.my Foto RASHID MAHFOF

    KUMPULAN 6ixth Sense menunjukkan buku berjudul Tak Bisa Memilihmu di majlis pelancaran MBook di PWTC, baru-baru ini.

    TAHUN lalu, kumpulan ini diberi penghormatan mengadakan persembahan pembuka tirai sempena showcase Samsons.Peluang tersebut cukup berharga bagi memperkenalkan kumpulan yang menggabungkan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

    Mengecapi populariti menerusi lagu Hari Ini Dan Semalam, persembahan mereka semasa showcase itu dilaporkan menghampakan berbanding Samsons yang tampil lebih bertenaga.

    Mana tidaknya, vokal penyanyi 6ixth Sense, Adie atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo, 24, tenggelam timbul dan yang jelas pada pendengaran penonton hanyalah jeritannya sahaja.

    Memberi alasan tidak sihat ketika mengadakan persembahan berkenaan, ia mungkin sesuatu yang boleh diterima.

    Namun begitu, selepas beberapa bulan, peluang menyaksikan persembahan 6ixth Sense semasa pelancaran Mobile Book di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini, bagaikan tiada perubahan.

    Ketika menyanyikan lagu Tak Bisa Memilihmu, vokal Adie masih sama, kurang menyengat di samping gagal melontarkan nada tinggi dengan baik.

    Kadang kala, penampilan vokal Adie seperti berbisik sehingga menyebabkan keseluruhan persembahan itu hambar.

    Walaupun hanya beraksi di pentas kecil, namun ia sedikit sebanyak memberi ruang persoalan bagaimana kumpulan tersebut mahu bersaing dalam pasaran industri muzik yang kian mencabar ketika ini.

    Lebih-lebih lagi, 6ixth Sense bakal menghadapi cabaran berentap di IKON Malaysia musim kedua, Jun nanti.

    Mengulas mengenai hal tersebut, Adie secara jujur mengakui, vokalnya kurang bertenaga dan akan memperbaikinya hari demi hari.

    “Saya boleh menyanyi secara live. Tetapi, tidaklah berapa bagus sangat. Sungguhpun begitu, saya masih boleh menyanyi.

    “Memang sewaktu persembahan dengan Samsons, saya tidak sihat dan persembahan di MBook, terdapat kesilapan teknik yang membuatkan saya tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya,” katanya mengakui kesilapan.

    Jelas Adie, melalui peluang mengadakan persembahan demi persembahan yang diterima hampir setiap minggu, dia dan ahli lain akan sentiasa meningkatkan kualiti nyanyian serta muzik.

    Selain Adie, 6ixth Sense turut dianggotai oleh Gjie atau Mohd. Faiz Azizi, 23, Mohd. Safwan Hasnan, 20, (Wan), Mohd. Fairos Ramli, 23, (Ayoy) serta Shahrul Effendy Shaari, 25, (Atan).

    Bagi IKON Malaysia musim ini, artis-artis kategori solo yang bakal menyahut cabaran tersebut ialah Noryn Aziz, Bob AF2, Farah Asyikin, Juwita Suwito, Liza Hanim, Farawahida, Faizal AF4, Khai AF1, Zehra Zambri dan Mila AF5.

    Barisan artis lain yang bakal berentap untuk kategori berkumpulan pula terdiri daripada The Fabulous Cats, New Boyz, SilentScream, Khalifah, Dragon Red, AlamBand, Aboi, Kluk Kluk Advanture dan Deja VooDoo Spells.

    Tidak tergugat dengan kelahiran indie band

    Baru-baru ini, kelahiran pelbagai indie band dan juga kumpulan underground mencetuskan fenomena baru kepada industri muzik tempatan.

    Secara tidak langsung, ia mampu menggugat kedudukan beberapa kumpulan yang memperjuangkan irama rock serta pop rock termasuk 6ixth Sense sendiri.

    Menyedari hakikat itu, Adie memberitahu 6ixth Sense mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak akan tergugat dengan kebanjiran kumpulan indie.

    “Masing-masing ada kekuatan dan peminat tersendiri. 6ixth Sense tidak berasa tergugat,” jelasnya.

    Sehubungan itu, 6ixth Sense kata Adie, mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan populariti mereka.

    Antaranya, 6ixth Sense melibatkan diri dalam projek Mobile Book (MBook) yang dianggap paling berkesan dalam mengangkat nama kumpulan itu.

    MBook merupakan satu aplikasi yang membolehkan bahan bacaan seperti novel, cerpen, rencana dan segala bentuk penulisan dibaca menerusi telefon mudah alih.

    Ia dilengkapi dengan pelbagai elemen multimedia dan interaktif seperti grafik serta bunyi dalam mencetuskan kesan pembacaan lebih berkesan.

    Melalui kerjasama antara PTS Sdn. Bhd., penerbit buku berbahasa Melayu terbesar di Malaysia dan Metadome Sdn. Bhd., membolehkan pengguna mendapatkan bahan bacaan berkualiti dalam bentuk maya.

    Sebagai permulaan, sebuah buku yang diangkat dari lagu popular 6ixth Sense, Tak Bisa Memilihmu sudah mula dijual menerusi teknologi MBook.

    Pemilihan 6ixth Sense berdasarkan populariti lagu tersebut yang diadaptasi dari kisah benar mengenai kehidupan dilalui Adie serta ahli kumpulan lain.

    Hasil tulisan Ain Maisarah, Tak Bisa Memilihmu turut mengisahkan bagaimana Adie terperangkap dalam cinta tiga segi antara Sally dan Dewi.

    Sementara itu, Pengarah Eksekutif Metadome, Syaizul Amal Zalkafli berkata, melalui MBook, 6ixth Sense akan turut diberikan royalti.

    Katanya, kerjasama dengan 6ixth Sense dilakukan berdasarkan kepada aktiviti muat turun lagu Tak Bisa Memilihmu yang mencatatkan jumlah memberangsangkan.

    Powered by Utusan Malaysia

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.