Archive | Norman KRU RSS feed for this section

Tiara Jacquelina Pengetua AF7

10 Mar

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penggiat teater, Datin Seri Tiara Jacquelina (gambar) mencipta sejarah baru dalam Akademi Fantasia (AF) apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai pengetua.

Teka-teki pengetua AF musim ketujuh yang menjadi tanda tanya sejak sebulan yang lalu terjawab menerusi episod pertama Diari Akademi Fantasia yang disiarkan di Astro Ria jam 9 malam tadi.

Pelantikan penerbit berusia 41 tahun itu melenyapkan pelbagai spekulasi yang timbul sebelum ini antaranya pemilihan Datuk Sheila Majid serta beberapa nama lain yang turut disebut-sebut, iaitu Anita Sarawak dan Norman KRU.

Tiara yang ditemui di restoran The Courtyard Garden, Bukit Damansara berkata, tidak ada perbezaan antara pengetua lelaki mahupun wanita.

Katanya, wanita juga boleh melakukan apa yang dilakukan golongan lelaki.

“Tiada ada yang mustahil dan aneh apabila saya dilantik sebagai pengetua wanita yang pertama. Saya cuma berharap dapat meninggalkan legasi selepas AF7 berlalu.

“Saya tidak akan melakukan perkara lain, selain daripada AF dan akan memberikan 100 peratus komitmen kepada program ini.

“Saya sedar tanggungjawab ini sangat berat, tetapi banyak yang ingin saya lakukan dalam AF supaya satu sejarah bakal dicipta untuk musim ketujuh,” katanya yang menerima tawaran daripada Astro sejak lima bulan lalu.

Sebelum ini, mereka yang pernah bergelar pengetua ialah Freddie Fernandez untuk musim pertama, Ramli MS (AF2 dan AF6), M Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4) dan Roslan Aziz (AF5).

Konsert mingguan yang akan bermula Sabtu ini di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bakal menyaksikan 14 peserta bersaing bagi merebut gelaran juara akademi itu yang menyediakan hadiah lumayan, termasuk wang tunai.

Berita Harian

Cerita Laut Dibikin Di Darat

4 Dec

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

Rap
HAMPIR 90 peratus cerita dalam filem Pisau Cukur berlaku di atas kapal, tetapi penggambarannya dilakukan hampir sepenuhnya di darat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana proses ini berlaku.

Namun dengan menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI), apa saja gambaran yang terlintas di fikiran boleh dibuat dengan mudah.

Filem Pisau Cukur terbitan RedFilms Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd ini menggunakan teknik CGI untuk beberapa babak terutama pelayaran bagi menggambarkan awan, lautan dan juga pemandangan.

Malah, replika kapal dibuat dan diletakkan di lokasi di Ampang bagi menggambarkan suasana atas kapal.

Untuk menghidupkan suasana sebenar, pihak produksi menggunakan skrin hijau untuk babak atas dek kapal, kemudian barulah dimasukkan teknik CGI.

Wartawan dan jurugambar Harian Metro berkesempatan meninjau babak terakhir filem arahan Bernard Chauly ini membabitkan adegan Nur Fazura dan Aaron Aziz dalam bilik di atas kapal yang dilakukan di Red Comm Studio, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dengan hiasan ringkas sebuah bilik dalam kapal yang dilengkapi tilam dan laci, suasana yang digambarkan persis bilik sebenar dalam kapal.

Pada satu tingkap kapal, sengaja diletakkan latar hijau untuk diubah suai menggunakan CGI bagi memasukkan visual laut dan awan.

Filem yang memakan masa 25 hari penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Ampang serta Port Dickson, Negeri Sembilan ini menelan belanja RM1.3 juta kos produksi tidak termasuk kos promosi.

Ia mengisahkan dua sahabat baik, Bella (Maya) dan Intan (Fazura) bercuti di atas kapal peranginan diberi nama Puteri Duyung.

Seorang daripada mereka sebenarnya mencari cinta, manakala seorang lagi melakukan penyiasatan.

Apa yang akan terjadi apabila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella.

Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi.

Pisau Cukur yang bakal menjengah pawagam tahun depan, menarik kerana menggandingkan nama besar. Ia bukanlah perkara baru dalam industri seni tanah air, tetapi sejauh mana ia berjaya menarik perhatian penonton menyaksikannya di pawagam, tiada siapa yang berani memberikan jawapan.

Namun bagi pengarah kreatif, Bernard Chauly sejak awal pembikinan skrip lagi, dia sudah membayangkan untuk menggandingkan Maya Karin dan Nur Fazura sebagai pelakon utama berdasarkan rupa paras jelita dan bakat besar mereka.

Kata Bernard, idea asal pemilihan pelakon dicetuskan penulis skrip filem ini, Rafidah Abdullah dan dirinya sendiri. Apa yang menggembirakan, cadangan nama yang diberikan kepada penerbit akhirnya dipersetujui dan membolehkan Bernard menumpukan kepada aspek pengarahan dengan penuh perhatian.

“Gandingan Maya dan Fazura belum pernah dilakukan orang sebelum ini dan ia sesuatu yang segar dan menarik perhatian ramai. Malah, skrip yang dihasilkan ini memang dicipta untuk mereka.

“Walaupun saya pernah berkerja dengan Fazura dalam Gol & Gincu, saya mahukan dia mengukir watak baru yang berbeza dalam filem ini. Begitu juga dengan Maya, wataknya tidak sama dengan filemnya sebelum ini,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun filem ini bercorak komedi romantik, ia juga menyelitkan beberapa adegan luar membabitkan penyiasatan dan sebagainya. Namun, tegas Bernard, gaya komedi yang dipersembahkan dikawal rapi supaya tidak slapstik. Apa yang dipentingkan ialah kelucuan perwatakan dan jalan cerita.

“Dalam pembikinan filem ini, tidak banyak perubahan skrip dilakukan kerana skrip dan struktur yang ada memang ketat. Malah, elemen komedi dan kelucuan itu sudah terkandung dalam skrip.

“Cuma cabarannya, pelakon perlu mencari idea kreatif bagaimana mahu menyampaikan dialog dengan cara berbeza dan filem ini lebih dekat dengan realiti,” katanya.

Menurut Bernard, walaupun namanya sinonim dengan Red Comm, dia tidak terikat dengan bentuk cerita sama, sebaliknya diberi kebebasan untuk berkarya. Walaupun formulanya nampak sama, ia mempunyai strategi berbeza.

Borak Lokasi

JUDUL: Pisau Cukur

TERBITAN: RedFilms Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd

PENERBIT EKSEKUTIF: Lina Tan, Ahmad Puad Onah, Lee Mee Fung, Alan Tan

PENERBIT: Lina Tan

PENERBIT PENYELARAS: Oh Sok Peng

PENGARAH: Bernard Chauly

PENOLONG PENGARAH: Fabian Wilfred Joseph

PENULIS SKRIP: Rafidah Abdullah

PENGURUS PRODUKSI: Goh Soo Chen

PENYELARAS PRODUKSI: Farid Ramlee

KONTI: Lim Pik Lan

PENGARAH FOTOGRAFI: Haris Hue Abdullah

PENOLONG JURUKAMERA: Mohd Razali Ismail

PENATA BUNYI: Fauzan Aziman Lukman, Mohd Haniff Hashim, Yusof Han Mohd Hanafi Anam

PENATA GAYA: Daniel Henry Chin, Mohd Firdaus Mohd Anuar

PEREKA PRODUKSI: Kek Ting Lam

PENGARAH SENI: Law Gwo Yunn

KRU JABATAN SENI: Lim Keng Boon, Tee Yi Sin, James Shanmugam

SOLEKAN & DANDANAN: Pakanant Chaopradith, Kon Chee May, Jong Kim Hiang

PENYUNTING: Nur Ain Farah Aizurinda

PENOLONG PENYUNTING/DATA: Wranggler Wong Hui Lynn

PERUNDING TEKNIKAL: Toby Risk

PELAKON: Maya Karin (Bella), Nur Fazura (Intan), Aaron Aziz (Ari), Eizlan Yusof (Datuk Hisham), Datuk Rahim Razali (Datuk Zakaria), Khatijah Tan (Datin Wahidah), Umie Aida (Naini), Sharifah Sofia (Sal), Liyana Jasmay (Suri)

PENAMPILAN KHAS: Afdlin Shauki, Norman KRU, Nabil Raja Lawak, Radhi Khalid, Rafidah Abdullah, Nabila Huda, Yasmin Yusuff, Othman Hafsham, Bernice Chauly, Low Ngai Yuen, Elaine Pedley, Henry Golding

Harian Metro

Norman Dan Wanita Ranggi

19 Oct


NORMAN KRU

ENTAH kenapa tapi rezeki mata Diva akhir-akhir ini berada di tempat makan. Bukanlah nak menyibuk tapi memang Diva selalu terserempak dengan pasangan bercinta di restoran.

Baru-baru ini Diva bersenang lenang di sebuah restoran terkenal di tengah kota Kuala Lumpur, tiba-tiba Diva nampak sebuah kereta mewah sedang parkir di depan restoran tersebut. Disebabkan kereta mewah, semua mata tertumpu akan kereta berwarna hitam tersebut. Apa lagi, nak tengok tuan empunyalah kan.

Sebaik sahaja empunya badan keluar, ada yang tersenyum sebab kenal sangat dengan tuan kereta tersebut. Keluar dengan wajah diukur senyuman girang, Norman ditemani oleh seorang wanita ranggi berbaju serba hitam. Sedondon dengan Norman dan kereta. Wah gitu. Cantik dan muda juga wanita yang menemani Norman tersebut. Berambut pendek dan berseluar skinny, fashionable lah dilihat.

Mereka terus menuju ke dalam restoran. Mungkin tidak mahu dilihat ramai. Maklumlah Norman KRU, siapalah tak kenal. Cuma Diva tertanya juga, siapa agaknya rakan yang menemani. Adakah si pencuri hati?


Diva: Ranggi tapi sopan.

Kosmo

Artis Muda Tidak Hirau Hari Seniman

3 Jun

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

LEBIH 2,000 penggiat seni tanah air menyaksikan detik bersejarah pelancaran Hari Seniman Kebangsaan 2008 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ah mad Badawi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, 29 Mei lalu.

Apa yang membanggakan, sambutan dari artis veteran termasuk dari Singapura cukup memberansangkan seperti Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado, Raja Hamidah Raja Saat, Aspalela Abdullah, Wahid Satay, Mariani, S Shamsudin, Hashimah Yon, Datuk Aziz Singah, Datuk Yusof Haslam, Datuk Ahmad Jais dan ramai lagi.

Namun, dari ribuan tetamu yang hadir hanya boleh dikira artis muda yang datang untuk sama-sama menyemarakkan hari yang cukup bermakna dan khusus meraikan insan bergelar anak seni itu?.Antaranya, Farid Kamil, Serina Red zuawan, Jaclyn Victor, Ahmad Idham, Zuhairi Ibrahim, Noraniza Idris, Norman KRU dan bintang Akademi Fantasia 4, Haziq.

Di manakah penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza, Raja SMS Mawi mahupun primadona Filem Melayu, Erra Fazira?

Ketika ditemui Zuhairi yang juga pelakon drama dan aktivis teater yang dikenali menerusi pementasan Lantai T Pinkie berkata, dia juga kecewa kerana sambutan Hari Seniman itu tidak mendapat sambutan dari artis muda tanah air.

“Saya menghadiri majlis ini kerana mendapat undangan daripada Persatuan Seniman.

“Saya tidak faham kenapa ramai artis muda tidak dapat meluangkan masa mereka untuk sama-sama meraikan Hari Seniman yang juga pengiktirafan untuk mereka sendiri? Sudah bertahun-tahun persatuan memperjuangkannya dan sepatutnya hari yang cukup bermakna ini, semua artis muda tampil memberikan sokongan.

“Hampir 90 peratus yang hadir adalah artis veteran. In gatlah, tanpa artis lama siapalah artis muda kerana merekalah yang beri ruang dan peluang untuk kita menjadi pelapis meneruskan perjuangan mereka?

“Pada masa sama, kita perlu menghargai jasa artis lama hingga industri seni berkembang seperti hari ini,”katanya.

Zuhairi berkata, dia juga berharap, lebih ramai artis muda yang sedar dengan kepentingan Hari Seniman ini sekali gus menyemarakkan sambutan Hari Seniman pada masa akan datang.

“Semua penerbit filem di luar sana juga perlu memberi kerjasama dengan memberi cuti sehari pada artis muda dan kru yang terbabit dalam industri hiburan supaya mereka dapat sama-sama meraikan hari cukup bermakna ini setiap tahun,” katanya.

Farid Kamil juga mengakui dia terkejut kerana pelancaran Hari Seniman itu tidak dihadiri artis muda sebaya de ngannya.

“Saya datang ke majlis ini atas undangan pihak Finas. Pada pandangan saya, saya akan bertemu dengan ramai artis muda di majlis ini tapi rupa-rupanya ia sebaliknya pula.

“Jika nak diikutkan, saya juga tidak ada masa untuk datang ke majlis ini kerana banyak terbabit dengan penggambaran drama dan filem.

“Tapi atas kesedaran diri sendiri, saya memang tidak ingin melepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan pe lancaran Hari Seniman ini.Justeru, saya pastikan tidak ter babit dengan mana-mana penggambaran drama atau filem pada tarikh 29 Mei itu.,” katanya.

Farid berharap, pada tarikh keramat itu tahun depan, publisiti mengenai Hari Seniman ditingkatkan lagi seperti mana festival filem dan majlis anugerah lain bagi memberi peluang kepada semua orang dalam industri seni hadir.

“Saya percaya ramai artis muda yang tidak dapat datang kerana mereka tidak tahu pelancaran Hari Seniman ini jatuh pada 29 Mei lalu,” katanya.

Manakala, Serina berkata, sebagai artis, dia memang tidak ingin melepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Hari Seniman itu sejak awal lagi.

“Saya datang ke majlis ini atas undangan Finas.Justeru, saya juga sudah pastikan pada tarikh 29 Mei saya tidak terbabit dengan sebarang penggambaran drama.

“Selepas majlis berakhir, saya terpaksa berkejar ke lokasi penggambaran drama Polis Trafik. Kalau artis sendiri tidak beri sokongan pada acara ini siapa lagi?.Takkanlah bila sudah sakit dan dalam kesusahan baru kita ingin mencari per satuan?,” katanya.

Serina berkata, Hari Seniman itu sungguh bermakna kerana ia menghargai insan yang bergelar anak seni.

“Berlakon juga bukanlah untuk mencari glamor sema ta-mata kerana ia tidak kekal lama.Maklumlah, hidup sebagai artis tidak ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai jaminan masa depan,” katanya.

Serina berkata, dia juga tidak menjangka, acara itu tidak mendapat sambutan di kalangan artis muda tanah air.

“Saya juga tidak mengajak rakan artis lain untuk datang ke majlis itu kerana pada pandangan saya masing-masing me nerima undangan daripada Finas.

“Pada majlis ini, saya duduk berhampiran dengan Datuk Aziz Sattar.Sebagai artis muda, saya bangga kerana dapat sama-sama meraikan hari ini bersama artis veteran lain.

“InsyaAllah, saya akan tetap meluangkan masa untuk menghadiri majlis sambutan Hari Seniman pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Datuk Mustapha Maarof pula meng anggap ramai artis muda tidak dapat datang kerana mereka sibuk dengan komitmen masing-masing.

“Saya sentiasa prihatin dengan keadaan mereka (artis mu da). Saya tidak kecewa mereka tidak dapat datang pada majlis pelancaran Hari Seniman ini kerana masing-masing (artis) sepatutnya tahu tanggungjawab mereka pada seni.

“Mungkin tahun ini mereka tidak dapat dapat datang, tapi saya berharap mereka dapat menyemarakkan acara sambutan Hari Seniman pada masa akan datang,” katanya.

Powered by Harian Metro

Erti Sebenar Hari Seniman

3 Jun

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA liza.zakaria@utusan.com.my

Tarian Selamat Datang pelbagai kaum sebagai pembukaan majlis sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008.

SENIMAN merupakan orang yang mampunyai bakat seni, mencipta hasil seni dan memperagakan karya-karyanya. Lebih jauh, ia merupakan insan-insan yang berjaya membawa perubahan serta memberi sumbangan besar terhadap perkembangan seni dan budaya negara. Tidak kira seni budaya mahupun seni hiburan, hakikatnya merekalah pencetus kepada pelbagai ideologi dan perubahan baru terhadap perkembangan budaya dan kesenian sesebuah bangsa.

Nama-nama besar seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Musthapha Maarof, Datin Rosnani Jamil dan Datuk Aziz Sattar merupakan antara mereka yang berjaya dan layak digelar seniman dan seniwati industri perfileman Malaysia.

Ibarat lilin yang membakar diri, mereka umpama penyuluh kepada corak persembahan dan idea pembikinan filem serta rujukan kepada para pelapis serta penggiat seni perfileman tempatan dewasa ini.

Tidak kurang juga mereka yang memberi sumbangan terhadap seni teater negara, pastinya tidak kita lupa pada nama-nama seperti Allahyarham Mustapha Nor, Datuk Syed Alwi, Datuk Rahim Razali, Datuk Faridah Merican dan Ahmad Yatim yang berjaya meningkatkan taraf seni teater negara.

Bagi seni lukis, seni kraf dan arca pula, kita sering mengagumi buah tangan daripada Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wok, Zainab Mamat, Datuk Syed Ahmad Jamal, Datuk Hossein Enas dan juga Latiff Mohidin.

Sementara dalam bidang sastera serta penulisan pula, kita tidak ketinggalan membaca karya-karya hasil nukilan oleh Allahyarham Datuk Dr. Othman Awang, Datuk Nordin Hassan dan Datuk A. Samad Said.

Justeru, atas dasar menghargai segala pengorbanan dan sumbangan golongan seniman dan seniwati negara yang banyak berjasa, maka tanggal 29 Mei pada setiap tahun dipilih sebagai tarikh keramat bagi memperingati jasa golongan tersebut.

Buat pertama kalinya, Hari Seniman Kebangsaan disambut pada 29 Mei lalu.

Dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pastinya ia membawa makna tersendiri kepada golongan yang telah banyak menabur bakti bagi memperjuangkan hasil seni dan karya mereka.

Lantas, slogan Seniman Obor Budaya dilihat bertepatan dengan maksud yang mencerminkan bertapa kesungguhan para seniman dan seniwati terdahulu jelas dipantulkan kepada perkembangan seni budaya tanah air dewasa ini.

Pelbagai falsafah, nilai-nilai murni, cara hidup, semangat perpaduan bangsa yang diterap pada karya-karya agung terdahulu termasuk seni tari, seni tampak dan seni halus serta ukiran yang menjadi lambang budaya negara dari zaman kesultanan Melayu sehingga ke hari ini.

Tidak ketinggalan, penceritaan dalam sesebuah penulisan dan sastera, karya filem seperti Semerah Padi, Ibu Mertuaku dan Bukit Kepong ternyata mampu menyuntik semangat patriotik, perpaduan dan moral tersendiri di kalangan masyarakat tempatan.

Wayang Kulit adalah antara produk seni tempatan yang tidak kurang hebatnya. Sama seperti cabang kesenian tradisional lainnya seperti Mak Yong dan Menora.

Lalu, wayang kulit menjadi pilihan tahun ini sebagai logo rasmi sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Datuk Musthapha Maarof ketika ditemui pada majlis perasmian sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008, menyatakan bahawa hari tersebut merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap insan seni.

“Ini bermakna kerajaan sudah memberi pengiktirafan yang besar terhadap insan seni tidak kira seni budaya ataupun seni hiburan, sehingga ada satu hari yang dikhaskan untuk memperingati para seniman negara.

“Sekarang sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai orang-orang seni untuk sama-sama menyahut seruan kerajaan,” kata beliau sejurus selesai majlis tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang Jun ini bagi menjayakan bulan seniman negara itu.

Antara aktiviti yang menarik untuk dikongsi ialah Malam Anugerah Tinta yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pukul 8 malam pada 13 Jun ini.

Antara lain ialah Apresiasi Seni Penulisan dan Sastera pada 14 Jun ini pukul 10 pagi di Perpustakaan Negara dan Seminar Industri Filem dan Muzik – 5 Tahun Kehadapan pada 21 Jun ini pukul 9 pagi di Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Selain itu, Malam Penghargaan Industri Filem 2008 bakal berlangsung pada 27 Jun pukul 8 malam sementara Seniman Malaysia Di Persada Dunia pula bakal berlangsung di Muzium Negara pada 28 Jun pukul 9 pagi.

Artis muda dan popular kurang kesedaran?Pada majlis yang dihadiri oleh lebih 1,200 hadirin itu, menyaksikan para pelakon senior, para penggiat seni serta para karyawan hadir memeriahkan majlis tersebut.

Antara artis senior yang hadir termasuklah Mariani, Hasyimah Yon, Aspalela Abdullah, Wahid Satay, Datuk Aziz Satar, Tan Sri Jins Shamsuddin, S. Samsuddin, Datuk Yusni Hamid, Datuk Maria Menado, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Seri Tiara Jacquelina dan Fauziah Nawi.

Bagaimanapun, kelibat artis muda dan baru agak kurang kelihatan. Antara artis muda yang hadir termasuklah Noraniza Idris, Imuda, Farid Kamil, Noniswara, Ahmad Idham, Norman KRU dan Iqwal.

Persoalannya, mengapakah sambutan yang dilihat sebagai mengiktiraf golongan seni seperti itu agak suram dan seakan-akan dipinggirkan oleh barisan artis muda dan popular?

Mungkinkah perkataan ‘seniman’ itu sendiri bagi mereka lebih sinonim atau merujuk kepada barisan para artis senior semata-mata? Tepuk dada tanyalah selera.

Ketika diminta mengulas tentang ketidakhadiran para artis muda dan popular, kata Datuk Musthapha Maarof: “Pada saya mereka yang tidak dapat datang itu anggap sahaja mungkin sebab mereka sibuk dengan kerja. Kalau mereka ada rasa sedikit tanggungjawab, pasti mereka akan hadir sebab Perdana Menteri pun boleh datang.

“Kita tidak rasa kecewa, ini adalah sambutan untuk semua insan seni bukan tertumpu kepada mana-mana individu. Apa yang berlaku hari ini cukup memberi kesedaran kepada kita,” kata beliau mengakhiri perbualan.

Powered by Utusan Malaysia

Ragam Orang Seni

7 Mar


PILIHAN raya kali ini membawa Siti ke seluruh pelusuk kampung yang sebelum ini tidak pernah dijejakinya.

ESOK, detik bersejarah itu datang lagi. Kehadiran yang dinanti dengan rasa yang uja. Lebih 10 juta rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih dijangka membuang undi untuk memilih pemimpin yang akan terus mentadbir negara di hari muka.

Di tangan mereka pilihan itu terletak. Di jari merekalah, masa depan negara bakal tercorak. Musim pilihan raya kali ini, kita tidak boleh memandang sipi kepada sumbangan golongan artis dan karyawan seni.

Nampaknya kesedaran semakin memuncak di kalangan anak seni untuk bersama-sama berganding bahu, membantu dan mengimarahkan kempen pilihan raya kali ini.

Wartawan KOSMO!, TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN menyelongkar kisah-kisah menarik dan tersendiri artis-artis berkenaan pada musim pilihan raya kali ke-12 ini.

Enjin kereta Mek Siti pecah

SIAPA tak kenal Mek Siti, anak kelahiran Kelantan yang cukup terkenal melalui rancangan Salam Pantai Timur di RTM ini.

Si pemilik nama penuh Nik Sayyidah Fatiha Yazid ini antara individu penting sepanjang Barisan Nasional (BN) berkempen di Kelantan untuk musim pilihan raya ini.

Untuk kempen kali ini, Mek yang menetap di Kuala Lumpur sanggup kembali semula ke Kota Bharu bagi menjayakan aktiviti Eksposisi Budaya di 26 kawasan Dewan Undangan Negeri Kelantan bermula 13 Februari lalu.

Sesi ceramah Mek yang biasanya memakan masa satu jam di setiap kawasan turut diselitkan dengan nyanyian kebudayaan seperti mak yong dan wayang kulit. Ini menjadikan acara kempen Mek tersendiri dan dihadiri oleh kawan dan lawan.

Khalayak pula bukan orang BN saja. Ada juga yang datang orang parti pembangkang, termasuk yang berkopiah dan berserban.

NIK SAYYIDAH

Apa yang paling menyeronokkan Mek sepanjang sesi berkempen ini ialah apabila dapat dekat dengan masyarakat, membina ukhuwah dan merapatkan saf persaudaraan.

ΐSaya seronok bila lebih dekat dengan masyarakat. Bertemu secara empat mata, boleh menyalurkan maklumat dengan lebih jelas. Misi dan manifesto kerajaan diterangkan dengan sejelas-jelasnya dalam setiap kempen yang saya ikuti.

“”Seronok, macam-macam perangai ada. Di kawasan Manik Urai, ada penduduk yang bagi saya duit. Ada yang bagi RM5 dan RM2 semasa kami bersalam. Banyak juga duit yang saya dapat. Rupa-rupanya memang budaya mereka di situ macam itu,”” katanya yang sentiasa ditemani keluarga dalam sesi kempen.

Gara-gara kempen, Mek berhadapan dengan peristiwa getir apabila enjin keretanya pecah di satu kawasan hutan berdekatan kawasan Manik Urai di jajahan Kuala Krai beberapa hari lepas.

῔Punyalah seronok ke hulu ke hilir berkempen sampaikan enjin kereta pecah tiba-tiba. Bayangkan sendiri, dengan baju berkilat, sarat barat itu saya duduk melangut di tepi jalan. Kami menunggu kereta tunda datang. Nasib baik saya tidak keseorangan dan ditemani oleh mama. Kalau tidak tak tahulah apa yang akan jadi῔ ceritanya sambil tertawa geli hati mengenang insiden cemas itu.

Kempen pilihan raya kali ini bagaimanapun ada juga Mek tersadung susuh pengalaman yang memilukan. Kejadian yang mencalar hati itu berpunca tindakan kaum keluarga sendiri yang condong kepada parti politik berhaluan kiri.

ΐTiba-tiba masa dekat pilihan raya ini, ada waris yang jadi kurang mesra. Tiap kali bertemu dia pusing ke arah lain, tak mahu bertemu muka dengan saya.

“”Mungkin dia tak suka dengan kempen saya, tak apalah. Tetapi bukan semua waris saya macam itu. Ada juga waris yang datang setiap malam ke show saya, walaupun saya tahu dia ni memang orang kuat parti lawan mereka,῔ kata graduan lulusan Pentadbiran Undang-Undang di Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) ini.

Prinsip Mek Siti dalam menyampaikan ucapannya bukan berteraskan pendekatan mengutuk dan mencaci calon berbeza fahaman politik, tetapi menjurus kepada memberi pemahaman kepada konsep Kelantan Maju, Kelantan Baru.

Dr. Fazley jumpa imam

DR. FAZLEY antara artis muda yang dikatakan punya potensi untuk bergerak jauh dalam dunia politik. Ilmu dan kebijaksanaan, selain pengaruh yang dipunyai tuah badan menjadikan Fazley dilihat begitu berkaliber untuk mencuba bakatnya dalam dunia politik.

Detik-detik menjelang pilihan raya kali ini, Dr. Fazley juga menjadi tenaga penting untuk memacu aktiviti berkempen parti BN di kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan.

ΐSaya berasal dari Kampung Sega di Rantau dalam Parlimen Rembau. Jadi, kali ini masa saya lebih banyak dihabiskan di sana bagi membantu persiapan calon BN di sana. Boleh dikatakan hampir setiap hari sejak hari penamaan calon, saya berada di sana,”” beritahu Fazley.

Memang kepenatan, tetapi Fazley menganggap segalanya sebagai sumbangan dan amal jariahnya. Sebagai rakyat Malaysia, ini saja sumbangan yang boleh dihulurkan.

ΐSejak kita dalam perut ibu sudah rasa nikmat pemerintahan BN dan ini cara kita, generasi muda membalas semula kepada pemimpin kita῔ katanya.

Antara insiden yang tidak mungkin dilupakan sepanjang berkempen kali ini apabila dia berpeluang bertemu dengan seorang imam yang pernah membuat jasa kepada dirinya ketika zaman kecil.

“”Masa sibuk berkempen bergerak dari satu rumah ke rumah baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang tua. Dia seorang imam dan nampak sudah tua sangat. Setelah saya amati, rupanya dialah imam yang mengkhatamkan saya masa umur 8 tahun dulu,῔ cerita Fazley.

Setelah memperkenalkan diri, imam berkenaan terus memeluk Fazley dengan erat sambil mengalirkan airmata terharu. Mungkin tidak menyangka, murid yang pernah diajarnya masih mengenalinya di saat-saat usia sudah berangkat senja.

Bercakap soal aktiviti berkempen politik juga, sebenarnya ia bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan Fazley dan adik-adiknya memandangkan ayah mereka juga adalah seorang ahli politik. Bagaimanapun dia hanya benar-benar menghayati erti perjuangan dalam politik hanya setelah mencecah usia 20-an.

Norman pernah kena hamun

KETIKA diajak berbicara tentang pilihan raya kali ini, kedengaran suaranya agak serak. Teruk juga kedengarannya, ditambah dengan demam yang hinggap semenjak beberapa hari lalu. Barangkali natijah yang diterima apabila kurang ruang istirehat.

Memangnya semenjak tarikh pilihan raya diumumkan, hampir setiap malam abang sulung KRU ini tidur malamnya agak terganggu.

Tetapi itu bukan persoalan besar bagi dirinya. Kepada Norman, meninggalkan tilam tebal dan bantal empuk bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana segalanya dilakukan demi untuk melihat masa depan negara terus cemerlang di bawah pemerintahan kerajaan sedia ada.

ΐMacam inilah keadaan saya. Baru saja balik dari berkempen di Perlis dan Perak. Esok saya akan ke bahagian Selatan pula untuk membantu kempen di sana῔ kata Norman yang akan mengundi di pusat mengundi Taman Melawati.

ANTARA aktiviti malam Norman KRU.

Aktif dalam politik semenjak menyertai Pemuda UMNO pada tahun 1998, Norman menjadi manusia yang lebih faham tentang perjuangan.

Sepanjang aktif dalam politik, banyak tempat sudah diterjah. Bagaimanapun yang paling menyeronokkan adalah semasa dia terlibat dengan satu kempen pilihan raya kecil di Sabah beberapa tahun lalu.

ΐOrang Sabah kurang sensitif sangat pasal perbezaan fahaman politik. Tidak ada pergaduhan, tak ada maki hamun dan jauh sekali bertengkar sesama mereka. Mereka cukup memahami dan boleh bergambar bersama dengan memegang bendera yang pelbagai. Ada bendera kerajaan dan ada bendera pembangkang. Nampak macam kawan walaupun berbeza fahaman politik, itulah yang kita hendak῔ cerita Norman.

Pengalaman pahit Norman bila bercakap tentang kempen pilihan raya tentunya apabila dia pernah dimaki oleh penyokong parti pembangkang di Senggarang sewaktu pilihan raya yang lalu.

ΐMereka kenal saya. Mungkin mereka marah sebab saya bawa bendera BN. Tak sukalah agaknya, kita fahamlah.῔ katanya.

Antara kenangan menyeronokkan juga apabila dia menyertai rombongan Pemuda UMNO masuk ke perkampungan kecil di beberapa negeri sekitar tahun 2003 dan 2004.

Tinggal di rumah petani dan nelayan bersama keluarga angkat, detik yang cukup menginsafkan.

Kepuasan yang paling maksimum kepada Norman sebagai anak seni pula apabila dia diminta untuk menghasilkan lagu tema untuk Puteri UMNO.

ΐWalaupun tanpa peruntukan besar, kami melakukannya atas dasar perjuangan dan sayangkan parti. Sampai ke hari ini setiap kali lagu itu dimainkan, saya rasa macam hendak menangis. Rasa bangga sangat,῔katanya.

Pesan Norman, jadikanlah musim pilihan raya ini untuk semua pihak muhasabah diri. Baik calon kerajaan mahupun pembangkang, usah menebarkan jala permusuhan kerana kelak ia akan membawa binasa kepada generasi hari muka.

Siti Nurhaliza persis calon

KALAU ditanya siapakah artis yang paling sibuk menjelang pilihan raya kali ini, jawapannya tentulah Siti Nurhaliza. Ke mana saja pergi, ada saja wajah Siti mengekori di belakang kempen kalangan pemimpin atasan negara.

Siti sendiri persis ahli politik! Demikian kata banyak pendapat pembaca KOSMO!

Pun ada kewajarannya Siti sudi melapangkan masanya untuk menyumbangkan sedikit bakti kepada mereka yang memerlukan tenaganya.

ΐDulu dunia Siti hanya kepada muzik. Kali ini Siti mencari pengalaman baru menyertai BN dalam sesi kempen mereka dan ia satu pengalaman yang sangat mahal harganya buat diri Siti,῔ katanya.

Minat menyertai kempen politik kali ini didorong oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa yang juga mempunyai kecenderungan kepada arena politik.

Antara yang menjadi pengalaman berharga Siti apabila dia dapat bersua dengan seluruh peminat dari pelusuk kampung di pedalaman.

Daerah yang belum pernah dijejaki Siti hadirkan diri dan menumpahkan sedikit kasih sayang seikhlas hati.

ΐSiti terharu, sebakpun ada bila jumpa orang-orang tua. Ada yang datang cium Siti, peluk, menangis pun ada sebab kami dapat berjumpa.

ΐDan sesi kempen politik ini sebenarnya memberikan Siti ruang untuk lebih “sentuh” hati kalangan anggota masyarakat yang belum pernah Siti temui sebelum ini.

ΐPenat tu memang tak payah cakaplah. Siti akui kadang-kadang rasa penat. Tetapi semua itu hilang sebab ada kegembiraan bila orang sambut kita dengan baik di mana saja kita pergi῔ katanya yang pernah berkempen di Selayang, Gemas, Tampin, Rembau, Pekan, Bagan Datoh, Seberang Perai, Taiping, Felda Tasik Cini, Sungai Petani selain beberapa destinasi lagi.

Dan untuk mereka yang bakal mengundi esok, ada pesanan yang sempat Siti layangkan.

ΐKalau sayangkan keamanan, kita perlu membuat pilihan yang terbaik,῔ katanya.

Dafi belum cukup umur

DAFI

NAMPAKNYA dua kekecewaan terpaksa didepani penyanyi popular Dafi di musim pilihan raya ini.

Pertamanya Dafi kecewa kerana tidak dapat menjadi pemilih untuk pilihan raya kali ini.

“”Bukan sengaja tak mengundi, tetapi saya belum cukup umurlah,”” katanya kepada KOSMO! minta difahami.

Dan kekecewaan kedua Dafi ialah kerana dia tidak berpeluang memberikan bantuan kepada ayahandanya, calon Parlimen Bera, Pahang kerana halangan kerjaya.

Terikat dengan penggambaran filem Sayang U Can Dance di Sarawak, Dafi hanya sekali sekala saja berkesempatan mengekori ayahnya, Datuk Ismail Sabri bertemu dengan orang ramai di kawasan berkenaan.

ΐSaya memang kecewa sangat. Tetapi memandangkan saya sudah terikat dengan jadual filem sedari awal lagi, tak boleh cakap apa lagi. Dalam hati memang hendak turun padang dengan ayah untuk berkempen, tetapi malangnya saya tidak dapat berbuat demikian,῔ beritahu Dafi yang berada di Sarawak dari 28 Februari hingga 25 Mac depan.

Pun kenangan mengekori di belakang ayahnya semasa kempen pilihan raya pada tahun 2004 di Bera masih segar diingatan.

ΐKemeriahannya kalah musim hari raya. Kebetulan pula saya memang suka bekerja secara langsung dengan anggota masyarakat. Nasib baik masa itu orang belum kenal saya lagi. Orang cuma tahu saya anak Ahli Parlimen di Bera sahaja, jadi tak adalah kena serbu,῔ beritahu Dafi.

Powered by Kosmo

Suara Penyair "Utusan Melayu – Lidah Orang Melayu"

11 Jan

Oleh AZMAN ISMAIL


RAIS Yatim mendeklamasi puisi Utusan Tinta pada majlis baca puisi Penulis dan Perjuangan di Rumah Pena, baru-baru ini.

Di bawah Utusan Melayu, tokoh-tokoh nasionalis bangsa telah memperjuangkan kemerdekaan menentang penjajahan Inggeris menggunakan ketajaman pena dan kepetahan kata untuk menyatukan segenap lapisan orang Melayu.

Majlis baca puisi Penulis dan Perjuangan yang berlangsung di Rumah Persatuan Penulis Nasional (Pena) baru-baru ini cuba mengimbas kembali bagaimana peranan akhbar berkenaan menjadi wadah terulung milik pejuang bangsa untuk memerdekakan negara ini.

Puisi-puisi yang dibaca antara lain mengangkat tema perjuangan Utusan Melayu dan cabaran-cabaran masa kini.

Tetamu kehormat pada majlis baca puisi berkenaan, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang turut membaca sajak bertajuk Utusan Tinta, memperlihatkan perjuangan gigih bangsa Melayu melalui akhbar itu.

Isteri beliau, Datin Seri Masnah Rais dalam puisinya pula melihat kekuatan orang Melayu sejak era sebelum merdeka hingga ke hari ini banyak digerakkan oleh Utusan Melayu.

Pasangan pendeklamator terkenal, Leftenan Kolonel Radzi dan Asisten Supritendan Rosbaini dalam puisi mereka, Kahwin Campur Mas Kahwin 50 Bidalan mahukan semua pihak memberi peluang kepada Utusan Melayu untuk terus kekal sebagai lidah orang Melayu ketika negara sedang pesat membangun.

Penyair wanita terkenal tanah air, Zurinah Hassan dan anaknya, Raihani Mohd. Said pula menggabungkan puisi dan syair bertajuk Seorang Tua Bernama Bahasa yang melihat Utusan Melayu bukan hanya sebagai lidah perjuangan bangsa tetapi juga bahasa Melayu.

Dalam beberapa bait puisi tersebut, Zurinah dan Raihani menegaskan, ketika bahasa Melayu terumbang-ambing selepas kemerdekaan, Utusan Melayu muncul sebagai penyelamat dengan menggesa ia digunakan dalam semua kegiatan rasmi negara.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pula membaca puisinya Sonata Wira Haloba yang menganggap kedudukan Utusan Melayu sebagai sebuah akhbar milik orang Melayu yang tidak boleh diganggu-gugat dengan apa cara sekali pun.

Pada majlis tersebut turut menyuarakan supaya Utusan Melayu perlu diperkasakan sebagai identiti orang Melayu ialah penyair Dr. Lim Swee Tin menerusi puisinya Sejenak di Almamater, manakala Raja Rajeswari Seetha Raman pula mendeklamasi sajak Duri dan Api karya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang.

Majlis tersebut turut menampilkan pembacaan lagu puisi dan deklamasi oleh beberapa penyair muda serta veteran tanah air. Antara lain Datuk Johan Jaaffar, Amirudin Ali, Ibrahim Ghaffar, Sutung Umar RS, Khalid Salleh, Rahimidin Zahari, Zainal Rashid Ahmad, Pyanhabib, Ahmad Syukri Abdullah dan Marsli NO.

Sementara itu, beberapa penyanyi terkenal tanah air iaitu Mawi, Khir Rahman dan Norman KRU turut menyampaikan lagu yang menyuarakan pentingnya Utusan Melayu dipertahankan sebagai hak orang Melayu.

Utusan Malaysia

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.