Archive | Salman Khan RSS feed for this section

Gimik Buka Butang Seluar

7 Apr


KONTROVERSI. Twinkle sedang membuka butang seluar Akshay.

AKTOR Bollywood seperti Salman Khan cukup terkenal dengan gimik membuka butang baju di khalayak umum seperti di pentas persembahan, namun aktor nombor satu Bollywood saat ini, Akshay Kumar nampaknya cuba membuat kelainan dengan membuka butang seluar pula.

Bakal muncul menerusi filem terbaru lakonannya 8×10 Tasveer, Akshay membuat kejutan pada pertunjukan fesyen seluar jean jenama tersohor, Levi’s yang diadakan bersempena Minggu Fesyen Lakme di Mumbai baru-baru ini.

Akshay yang mengayakan jean tersebut di pentas, kemudian turun dan menuju kepada isterinya, aktres Twinkle Khanna yang berada di barisan penonton, sebelum Twinkle kemudian membuka butang seluar jean yang disarung Akshay ketika itu.


AKSHAY KUMAR bergaya dalam iklan Levi’s Unbuttoned bersama seorang model perempuan.

Akshay yang sebelum ini banyak membuka baju menerusi filem-filem lakonannya baru sahaja dilantik sebagai model jean Levi’s dan telah muncul dalam iklan jenama tersebut dengan membuka baju dan aksi yang agak mengghairahkan bersama seorang model perempuan.

Rentetan itu pihak polis Mumbai telah memfailkan kes tersebut terhadap Akshay, Twinkle dan penganjur majlis tersebut selepas aduan dibuat atas dasar ia adalah suatu perbuatan lucah yang dilakukan di tempat terbuka.

Sebelum isu yang telah menjadi kes polis mencecah ke tahap lebih serius mari kita lihat apa pandangan beberapa individu yang terbabit dengan pertunjukan fesyen yang membabitkan Akshay itu.

Kosmo

Salman Tampar Aktres Katrina Kaif

1 Apr

MUMBAI: Aktor sasa, Salman Khan, nyata tidak pernah meninggalkan sikap panas baran dan baru-baru ini giliran kekasihnya, Katrina Kaif, berdepan tindakan ganas pelakon itu apabila ditampar kuat pada mukanya.

Menurut laporan, Salman menampar Katrina ketika aktres itu menjalani penggambaran filem dengan pelakon Akshay Kumar.

Salman, yang dilaporkan melawat Katrina pada salah satu set penggambaran, hilang sabar apabila mendapati aktres berdarah campuran Inggeris itu tidak mengendahkan arahannya tidak bekerja dengan Akshay.

Sumber juga berkata, Salman pernah menampar Katrina sebelum ini ketika mereka menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran walaupun bintang Singh Is King itu menafikan perkara itu terjadi.

Salman, yang memang dikenali dalam industri perfileman Bollywood kerana tabiat buruknya, sebelum ini pernah dituduh mengasari teman wanitanya. Dia berdepan tuduhan menyerang aktres Aishwarya Rai ketika menjalin hubungan dan meninggalkan kesan lebam pada mata bekas ratu dunia itu.

“Salman bersikap pelik sejak akhir-akhir ini. Dia baru-baru ini singgah di set penggambaran filem Rajneeti semata-mata mengawasi Katrina kerana khabar angin mengenai keintiman pelakon itu dengan pasangannya, Ranbir Kapoor,” kata sumber.

Sebelum kejadian itu lagi, hubungan mereka sudah menunjukkan tanda-tanda retak sehingga ke tahap sudah tidak berhubungan ketika Salman berada di Jodhpur untuk menjalani penggambaran filem Veer.

“Masalahnya cuma satu. Salman langsung tidak berubah. Seperti hubungannya terdahulu dengan Somy Ali, Sangeeta Bijlani dan Aishwarya, baginya, cinta bermakna pemilikan.

“Kali ini tidak terkecuali. Salman mahu menguasai sepenuhnya hubungan dengan Katrina,” kata sumber. – Agensi

Berita Harian

John, Malaika No. 1

17 Mar


MALAIKA ARORA-KHAN

BOLLYWOOD dipenuhi aktor dan aktres kacak yang sekali gus memiliki bentuk tubuh yang seksi. Namun, dalam ramai pelakon yang seksi itu, siapakah agaknya yang memiliki punggung paling seksi?

Menerusi satu undian membabitkan 1,000 responden wanita baru-baru ini, bintang Bollywood yang mengepalai gelaran tersebut ialah John Abraham dan Malaika Arora-Khan. John yang muncul memakai seluar mandi berwarna kuning menerusi filem Dostana meraih undian sebanyak 55 peratus mengalahkan saingan terdekatnya, Ranbir Kapoor yang hanya meraih undian 17 peratus untuk berada di tempat kedua. Tempat ketiga disandang Hrithik Roshan dengan 13 peratus undian, sementara tempat kelima hingga keenam masing-masing diraih Saif Ali Khan (7 peratus), Akshay Kumar (6 peratus) dan Salman Khan (2 peratus). Undian paling rendah yang diraih Salman mungkin sebagai isyarat kepada aktor yang sering menanggalkan baju itu supaya dia mengubah strategi dengan lebih kerap muncul dengan menanggalkan seluar pula.

Persaingan di kalangan aktres Bollywood pula lebih sengit, namun menduduki takhta pertama ialah Malaika Arora-Khan yang berjaya mengumpul 25 peratus undian, mengalahkan Shilpa yang meraih 23 peratus undian. Lara Dutta dan Bipasha Basu pula berkongsi kedudukan tempat ketiga dengan masing-masing meraih 19 peratus undian. Katrina Kaif pula di tempat keempat dengan 12.5 peratus, sementara Deepika Padukone di tempat keenam dengan hanya 1.5 peratus undian.

Mengulas ‘kemenangan’nya itu, Malaika yang penuh teruja berkata: “Wow! Apa yang boleh saya cakap. Terima kasih kerana mengundi saya.” Dalam pada itu, ketika ditanya siapakah selebriti yang pada pandangannya memiliki punggung tercantik di dunia, Malaika menegaskan: “Sudah tentulah Jennifer Lopez dan Kylie Minogue!”

John Abraham turut berterima kasih dengan pengundi yang memilihnya. “Terima kasih kepada semua wanita yang mengundi saya. Saya mencintai kamu semua,” ujarnya.

Kosmo

Salman Tanggal Baju Lagi

25 Feb


SALMAN KHAN

DIA sememangnya terkenal dengan kegemarannya menanggalkan baju di khalayak peminatnya bagi menunjukkan bentuk tubuhnya yang gagah.

Meneruskan legasinya itu, Salman baru-baru ini dilaporkan telah menanggalkan bajunya ketika muncul dalam program realiti TV di saluran Zee TV, Lux Dance India Dance.

Kejadian itu berlaku apabila salah seorang peserta program tersebut memintanya menanggalkan baju, sebelum Salman berkata: “Saya dah biasa tanggalkan baju. Saya dah letih melakukannya. Jadi kali ini saya mahu menanggalkan seluar pula!”

Walau bagaimanapun bagi tidak menghampakan permintaan peminatnya itu, Salman lalu menanggalkan bajunya dan mendedahkan sosok tubuhnya yang gagah.

Dia dikatakan telah melakukan kerja keras bagi mencantikkan struktur badannya khusus untuk filem epik terbaru lakonannya, Veer.

Kosmo

Lara Enggan Sahkan Dino Kekasihnya

4 Feb

MUMBAI: Bekas Ratu Universe, Lara Dutta (gambar), terus berdiam diri mengenai hubungan sebenarnya dengan pelakon Dino Morea, sebaliknya menegaskan mereka berkongsi persahabatan menggembirakan kerana saling mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah.

“Saya tahu persahabatan dengan Dino banyak mengundang spekulasi tetapi apa yang ingin saya tegaskan ialah saya seronok berkawan dengannya. Kami mengenali satu sama lain sejak saya berusia lima tahun.

“Saya tidak akan mengumumkan kami sebenarnya sedang bercinta semata-mata kerana ada orang ingin melihat saya berbuat demikian,” katanya.

Lara menegaskan perkahwinan tidak akan berlangsung dalam masa terdekat kerana masih belum menemui calon sesuai selain jadual ketatnya tahun ini yang menyaksikan beliau membintangi empat filem besar termasuk projek yang ditunggu-tunggu terbitan syarikat pelakon Shah Rukh Khan, Billu Barber.

Menyentuh tidak banyak wajahnya ditayangkan ketika promosi filem itu walaupun memegang peranan penting, Lara berkata beliau tidak masuk campur dalam strategi pemasaran sesebuah filem.

“Dalam dunia yang dikuasai lelaki, yang menyaksikan aktres cuma menambah populariti hero dalam filem, anda sepatutnya berbangga dapat menyertai produk menarik seperti Billu Bar-ber,” katanya. – Agensi

Selain sibuk berlakon, Lara juga semakin menyintai bidang penulisan skrip malah sudah menyiapkan tiga skrip untuk filem dan menegaskan ia bukan “berorientasikan wanita”.

“Jika saya menulis skrip berorientasikan wanita, tiada seorang pun pelakon popular dalam industri yang mahu bekerja untuk saya,” katanya.

Biarpun pernah bergelar ratu cantik, pelakon itu nyata tidak berminat digelar seksi.

“Selepas seketika, pasti bosan cuma sekadar menjadi objek tarikan di kalangan lelaki. Saya sukakan imej tomboy dan itu sebabnya saya suka habiskan masa dengan pasangan pelakon seperti Akshay Kumar, Salman Khan dan lain-lain. Mereka membuatkan saya melakukan banyak perkara nakal,” katanya. – Agensi

Berita Harian

India's Film Industry Comes Up With Creative Ways To Promote Movies

4 Jan

INDIA: The world’s largest film industry is getting creative when it comes to promoting its movies. Not content with the usual publicity techniques, actors are finding new ways to pull in the crowds.

To generate attention for his upcoming film “Ghajini”, actor Aamir Khan personally cut the hair of scores of fans, giving them the now-famous buzz cut that he sports in the movie.

“This is part of our promotional plan, which was decided by our marketing team. I think it’s great to see the enthusiasm that all the personnel in theatre have shown towards the film,” said Aamir Khan.

Movie stars of the recently released “Yuvraj” – or “Prince” – made an appearance at a singing reality show on television.

Actor Salman Khan said: “As you know, the music of the film ‘Yuvraj’ is also very good… so I thought that this was the right thing to do.”

“Yuvraj” didn’t fare well at the box-office, but the promotional buzz did ensure good openings.

Gone are the days when filmmakers would think twice about setting aside more than 5 per cent of the film’s budget on promotion. Analysts said nowadays, the marketing costs of a film can come up to as much as the production costs.

Theme parties, blogs, walking the ramp and entertaining winners of film contests in mid-air are just some of the things stars have to do before the release of their films.

Bollywood is seeing more and more promotional campaigns that do not just spread the word about films, but also create a brand recall.

- CNA/so

Channel News Asia

Serangan Bollywood 2009

3 Jan


SEKUEL yang dinanti sejak 2002, Raaz – The Mystery.

SEBAIK sahaja tahun 2008 menghilang, sesuatu yang segar menjelang 2009 ini berlaku dalam industri perfileman kedua terbesar dunia, Bollywood.

Dicetuskan kejayaan box-office dua buah filem, Rab Ne Bana Di Jodi dan Ghajini, Bollywood kini melihat ke depan untuk menghasilkan produk-produk berkualiti yang bakal menarik penonton menyerbu ke pawagam.

Daripada filem bajet rendah dan sekuel filem seram sehinggalah filem drama period serta beberapa filem mega bajet, industri filem Hindustan pada tahun ini bakal menawarkan kepelbagaian.

‘Serangan’ bermula dari Disember lalu dengan penayangan dua filem Khan – Shah Rukh Khan dalam filem Rab Be Baba De Jodi dan Amir Khan menerusi Ghajini. Kedua-dua karya ini telah membantu membangkitkan industri perfileman Bollywood.

Para pembikin filem berharap untuk mengatasi trauma global terutamanya selepas reputasi India terjejas akibat serangan pengganas Mumbai dengan pakej 30 filem pada suku pertama 2009.

Walaupun tiada filem dijadual ditayangkan pada minggu pertama, minggu kedua 2009 akan digemparkan dengan enam filem bajet rendah iaitu Bad Luck Govind, Horn Ok Pleassss, Kaashh… Mere Hote, Khallballi – Fun Unlimited, 42 Kms… dan The President Is Coming.

Pakar dalam industri telah meramalkan bahawa pasaran filem Hindustan akan mampu mengejar momentum dengan penayangan filem komedi aksi arahan Nikhil Advani, Chandni Chowk to China, pada 16 Januari ini.

“Memang diakui industri filem Bollywood sedang melalui masa yang sukar tetapi Rab Ne Bana Di Jodi dan Ghajini telah berjaya menjana nafas baru. Filem-filem ini telah meningkatkan harapan untuk menghasilkan karya berkualiti berlainan setiap minggu sepanjang tahun 2009,” kata salah seorang pengedar filem di Delhi, Joginder Mahajan.

Ini juga merupakan kali pertama beberapa pengarah dan pelakon India-Amerika membikin filem di India seperti Varun Khanna (Bad Luck…), Kunal Roy
CHANDI CHOWK TO CHINA antara filem bulan Januari Bollywood yang dijangka bakal pecah panggung.

Kapur (The President Is Coming), Nandita Das (Firaaq) dan Zoya Akhtar (Luck By Chance).

Tahun ini, penonton juga berpeluang menyaksikan sekuel yang dinanti-nantikan sejak tahun 2002, Raaz – The Mystery Continues. Filem yang memenangi pelbagai anugerah Slumdog Millionaire yang diadaptasi daripada buku tulisan diplomat India, Vikas Swarup juga akan menemui penonton tahun ini.

Filem karya Anurag Kashyap, Dev.D pula bakal ditayangkan pada 6 Februari dengan kandungan cerita Devdas versi moden. Sementara itu, pada 13 Februari, audiens akan menyaksikan Shah Rukh Khan berganding dengan Irfan Khan dalam filem arahan Priyadarshan, Billu Barber.

Senarai filem tahun 2009 akan diikuti dengan naskhah yang dinanti-nantikan mengenai autobiografi Rakeysh Omprakash Mehra, Delhi-6, yang dibintangi oleh Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan dan Sonam Kapoor. Turut menyinari pasaran perfileman India adalah filem lakonan Salman Khan dan Kareena Kapoor, Main Aur Mrs Khanna.

Filem period arahan Ketan Mehta, Rang Rasiya (Colours of Passion) yang mengisahkan kehidupan tukang cat, Raja Ravi Varma akan menemui penonton pada 27 Februari depan.

Bulan Mac pula akan menyaksikan seleksi filem daripada Shortcut – The Con Is On, Dhoondte Reh Jaaoge, Kaminey, Karma Aur Holi, Gullal, Kissan dan New York.

Tahun lalu hanya enam buah filem Bollywood meraih kejayaan box-office daripada 127 filem yang diterbitkan. Angka ini telah menyebabkan industri perfileman Bollywood kerugian besar. Namun, menurut ramalan, berdasarkan senarai filem untuk tahun ini, kutipan domestik dan antarabangsa dijangka meningkat.

Kosmo

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.