Archive | Tiara Jacquelina RSS feed for this section

Depan Mata: Untungnya Orang Singapura

19 May

Oleh Hartati Hassan Basri

Rap

JIKA minggu lalu sebahagian daripada warga kerja Harian Metro berbelanja sakan di Jakarta dan Bandung, Indonesia, minggu ini giliran kumpulan kedua mengikuti percutian tajaan syarikat sebagai menghargai kerja keras dan kegigihan kakitangan hingga akhbar ini kekal di tangga teratas.

Sepanjang empat hari bermula Jumaat, tiada acara lain selain membeli-belah. Inilah masanya terasa diri bagai jutawan yang mampu berbelanja berjuta-juta rupiah di butik barangan berjenama terus dari kilang di sekitar Jalan Dago, Jalan Riau dan Setiabudi di Bandung.

Tidak ketinggalan Pasar Baru di Bandung, Pasar Tanah Abang dan Mangga Dua di Jakarta.

Kami di Meja Hiburan juga berganti baton membuat liputan ke Australia.

Pada 27 April lalu, Rudy Imran Shamsuddin berpeluang ke Gold Cost membuat liputan program Majalah 3, saya pula terbang ke Adelaide untuk program My Aussie Adventure, Jumaat lalu.

Selain Adelaide, saya juga berpeluang ke Sydney dan dijadualkan pulang Ahad ini.

Warga seni kita pula menyeberang Tambak Johor menjalin silaturahim dengan orang Singapura sempena Titian Budaya Malaysia-Singapura dari 8 hingga 11 Mei.

Pelbagai acara disusun sepanjang majlis yang dianjurkan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di kota Singa itu.

Paling menarik, tayangan filem sempena Minggu Filem Malaysia di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Sembilan filem yang mendapat perhatian menonton kita sebelum ini – Congkak, Cuci, Evolusi KL Drift, Kala Malam Bulan Mengambang, 1957: Hati Malaya, Duyung, Anak, Dunia Baru The Movie dan Akhirat – dipertaruhkan pula di sana.

Wartawan Harian Metro yang membuat liputan di sana, Mohd Nasif Badruddin mengatakan sambutan orang Si ngapura terhadap filem kita cukup hangat terutama Congkak hingga ramai terpaksa duduk di tangga.

Namun, katanya, agak menyedihkan ketika konsert Titian Budaya di Esplanade Theatre pada 10 Mei.

Tuan rumah tidak menurunkan barisan artis terkenalnya, sebaliknya hanya mewakilkan Maiya Rahman dan Andrew Lum berbanding Malaysia membawa Camelia, Jaclyn Victor, Haziq dan Suki. Sambutan penonton juga kurang meriah.

Minggu ini warga seni kita sekali lagi mempertaruhkan bakat dan kecintaan mereka pada dunia seni untuk pe mentasan P Ramlee The Musical di Esplanade Theatre, Singapura.

Empat pementasan akan diadakan dari 17 hingga 19 Mei.

Bagaimana sambutan warga Singapura apabila P Ramlee ‘pulang’ ke Singapura?

Sebelum ini Enfiniti Productions Sdn Bhd boleh berbangga dengan kejayaan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) di pentas sama pada 2006.

Apa yang pasti, orang Singapura lebih beruntung kerana berpeluang menyaksikan lakonan Musly Ramlee, 40, lebih awal berbanding penonton tempatan yang hanya berpeluang mendekati kehidupan P Ramlee dari sudut penghayatan Musly di Istana Budaya pada 29 Mei nanti.

Apakah pementasan kali ini mampu mengulangi kejayaan pada Oktober tahun lalu apabila P Ramlee The Musical dipentaskan di IB.

Kali ini dikatakan banyak perubahan dilakukan untuk memantapkan lagi pementasan dari pelbagai aspek.

Atas sebab itulah watak utama diserahkan kepada Musly yang punya wajah iras P Ramlee agar penonton lebih dekat dengan cerita dipaparkan.

Watak Azizah yang sebelum ini mendapat perhatian meluas kerana diserahkan kepada Datuk Siti Nurhaliza juga di gantikan orang lain.

Ramai bertanya mengapa Musly jadi pilihan? Kalau pe mentasan sebelumnya Enfiniti memilih orang dikenali, me ngapa kali ini sebaliknya.

Mahu atau tidak, kita harus akui bahawa penonton kita masih memandang siapa teraju utamanya. Apatah lagi pro duksi besar seperti ini.

Sudah tentu tidak adil untuk kita mempertikaikan pe milihan Musly. Tapi bukan juga satu dosa untuk me nimbulkan persoalan ini.

Mengapa Datin Seri Tiara Jacquelina berani menanggung risiko dengan membawa seseorang yang kurang dikenali?

Apakah nama besar yang dipertaruhkan sebelum ini gagal memikul tugas ini hingga perlu menukar strategi?

Tapi kalau kita lihat sejarah Enfiniti, produksi ini memang gemar bermain dengan risiko.

Lihat saja untuk PGLTM, Tiara membawa Stephan Rahman Hughes. Ketika itu siapa yang kenal Stephan di sini kerana hanya diuar-uarkan sebagai pemuda berdarah Malaysia (se belah ibu) yang mencipta nama berlakon di West End, London.

Ternyata gandingan Stephen dan Tiara mendapat perhatian hingga Hang Tuah kacak itu menjadi buah mulut. Kita nantikan saja penerimaan penonton terhadap lakonan Musly.

Apa yang pasti, Musly dikatakan begitu bersungguh-sung guh memberikan yang terbaik untuk menjayakan pementasan ini.

Menggalas tanggungjawab menjadi P Ramlee adalah satu amanah yang cukup besar. Tapi Musly bukan saja cuba memenuhi impian besar penerbit dan pengarahnya, malah impian dirinya sendiri.

Inilah peluang keemasan Musly untuk melakar sejarah. Jika Musly berjaya, namanya akan meniti dari bibir orang ramai. Sejak menjuarai Pertandingan Bintang P Ramlee pada 1996, ‘jiwa’ seniman agung itu sudah masuk ke dalam diri anak kelahiran Bagan Datoh, Perak ini.

Dia dikenali sebagai penyanyi lagu P Ramlee dan turut berlakon beberapa filem, tetapi hanya watak kecil.

Ternyata kini minatnya meniru gaya P Ramlee bukan kerja sia-sia, tetapi satu rezeki besar yang sudah ada di depan matanya. Musly jauh lebih beruntung daripada Kahar Hamid yang juga dikenali dengan imej P Ramlee.

Powered by Harian Metro

Atilia Menangis Keluar Sangkar

17 May

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

SAMPAI hari ini, Atilia mengakui tidak dapat mengelak apabila ramai menganggap dia masih dibayangi ibunya, Salamiah Hassan.

Namun kata Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron, 34, dia tidak kisah jika orang membandingkan bakatnya dengan ibu sendiri.

“Mama, idola saya sejak dulu dan dia tidak kisah jika orang membandingkan kami berdua. Saya menyanyi dengan gaya sendiri. Begitu juga mama,” katanya.

Apapun, kata Atilia, dia tidak faham kenapa orang fikir mereka yang menyanyi dengan nada tinggi itu penyanyi yang bagus?

“Bagi saya, mereka yang menyanyi dengan nada tinggi menyakitkan telinga. Sebenarnya, apabila menyanyi kita perlu santai kerana ia seperti menyampaikan cerita kepada orang lain.

“Saya bukan penyanyi teknikal sebaliknya menyanyi ikhlas dari hati. Saya berharap peminat akan menerima gaya saya menyanyi,” katanya.

Atilia berkata, selepas Sangkar mengungguli Video Muzik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15), baru-baru ini, agenda seninya semakin padat.

“Saya akui ramai yang perasan dan mengiktiraf kehadiran saya sebagai penyanyi ketika saya membuat persembahan sempena pada AIM15 dan Angerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 2007).

“Maklumlah, sudah enam tahun saya menunggu kelahiran album ini. Dulu saya keliru hendak memilih kerjaya kerana waktu sama saya bercita-cita menjadi produser iklan.

“Sebab itu saya namakan album ini Sangkar sebagai lambang saya sudah berjaya dari sangkar yang membelenggu diri selama ini,” katanya.

Buat masa ini, Atilia memberikan komitmen 100 peratus pada latihan pementasan teater muzikal, P Ramlee The Musical (PRTM) yang bakal di pentaskan di Esplanade Theatre, Singapura, 17 hingga 19 Mei ini.

Menyusul selepas itu, Atilia akan memberikan komitmen untuk pementasan PRTM di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada 29 Mei sehingga 15 Jun depan.

Atilia yang membawa watak Junaidah dalam PRTM berkata, dia tidak sabar menantikan pementasan kali kedua ini kerana menampilkan elemen baru untuk memberikan sesuatu yang segar kepada penonton.

“Demi kejayaan pementasan ini, saya terpaksa menolak banyak persembahan lain,” katanya.

Selepas beraksi dalam P Ramlee The Music…The Life, The Loves & The Inspiration di IB, November lalu, Atilia mengakui tidak gementar seperti musim pertama.

“Kali pertama dulu saya gementar kerana perlu mengingati lirik. Untuk pementasan ini, pelakon juga berbeza kerana peranan P Ramlee dipegang Musly Ramlee.

“Selaku Penerbit Eksekutif pementasan ini, Datin Seri Tiara Jacquelina hadir pada setiap latihan yang kami jayakan. Beliau mementingkan kesempurnaan dan pada masa sama sangat profesional.

“Saya lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik kerana kami membawa nama Malaysia ke Singapura,” katanya.

Tambah Atilia lagi, dia seronok dapat kembali bekerja dengan Roslan Aziz yang juga pengarah muzik PRTM.

“Terus terang saya katakan, jika anda pernah bekerja dengan Roslan, pasti anda boleh bekerja dengan sesiapapun termasuk Tiara.

“Sepanjang bekerja dengan Roslan untuk album Sangkar, saya menangis kerana dia garang, tetapi ketegasan dia demi kebaikan saya juga,” katanya.

Selain itu, Atilia berkata, dia akan ke Jakarta pada Jun atau Julai ini kerana menjayakan persembahan di sana.

“Selepas Java Jazz, saya menerima banyak undangan menyanyi dari Indonesia termasuk untuk majlis makan malam dan majlis perkahwinan.

“Saya juga akan melancarkan album Sangkar di sana sekali gus menembusi pasaran negara itu tanpa mengubah kandungan album itu. Saya tidak bersetuju jika orang kata untuk pasaran di negara lain kita terpaksa melakukan pengubahsuaian mengikut versi sana. Hakikatnya, muzik adalah muzik dan ia tiada sempadan,” katanya.

Atilia ditemui ketika menjayakan persembahan sempena pelancaran Minggu Fesyen bertema hitam dan emas di pusat beli-belah The Curve, Bandar Utama, baru-baru ini.

Pada petang itu, Atilia menyampaikan beberapa lagu seperti Sudah, Rehab (Amy Winehouse) dan Please Don’t Stop The Music (Rihanna).

Mengenai perancangan album baru, Atilia berkata, dia akan berduet dengan ibunya satu lagu untuk dimuatkan dalam album barunya nanti.

“Mungkin kami akan berduet lagu Menghitung Hari ataupun Gelombang. Album kedua ini dijangka siap awal tahun depan. Saya juga mencipta lagu dan menghasilkan lirik sendiri untuk album ini kerana bagi saya ia lebih ikhlas. Dalam album Sangkar, saya hasilkan enam lagu,” katanya.

Sementara itu, rumah tangga Atilia dan suami, Ariff Johan Abdul Jalil, yang dibina 10 tahun lalu nampaknya masih belum dikurniakan cahaya mata.

“Kami memang rindukan kehadiran cahaya mata. Namun, belum ada rezeki lagi. Maklumlah, saya dan suami sama sama sibuk dengan kerja masing-masing.

“Saya akui kami jarang habiskan masa bersama dan kadang-kadang sampai tidak jumpa langsung dalam seminggu. Tetapi itulah pengorbanan sebagai anak seni,” katanya.

PROFIL

Nama sebenar: Raja Putri Atilia Raja Haron

Tarikh lahir: 15 September 1974

Tempat lahir: Muar, Johor

Status: Berkahwin

Nama suami: Ariff Johan Abdul Jalil

Tarikh kahwin: 18 Disember 1998

Kerjaya: Penyanyi dan pelakon

Album: Sangkar

Powered by Harian Metro

Nostalgia Seniman

17 May

Cerita kehidupan Allahyarham P.Ramlee yang penuh ranjau dan kisah cinta dengan empat wanita dipapar

OlehHanim Mohd Saleh

APABILA rombongan artis dan kru seramai 160 orang yang menjayakan Muzikal P.Ramlee berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Singapura dengan menaiki bas awal minggu ini, mereka bukan setakat teruja untuk persembahan teater muzikal yang dinanti-nantikan itu, bahkan membawa sekali segenap ‘nostalgia’ yang begitu mengusik perasaan para peminat filem Melayu.

Ini termasuk pemandangan stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, rumah kampung pertama yang dihuni Allahyarham P.Ramlee ketika baru-baru tiba di Singapura dalam 1948 dan lokasi studio Malay Film Productions (MFP) di Jalan Ampas – yang kesemuanya ‘diangkut’ pulang ke Singapura dengan menggunakan lapan trak terbuka dan sebuah kontena tertutup melalui Lebuh Raya Utara-Selatan sepanjang 400km itu.

Menurut Penyelaras Pemasaran Enfiniti Productions, Cik Nora Lim, sebahagian besar daripada set bagi 12 adegan muzikal itu berlatarkan lokasi di Singapura.

Turut dibawa ke sini ialah kira-kira 600 helai pakaian retro yang potongannya merupakan inspirasi daripada fesyen yang pernah digayakan oleh watak-watak muzikal tersebut, termasuk Allahyarhamha Saloma, Norizan, Junaidah dan P.Ramlee sendiri.

Penyanyi Liza Hanim ketika ditemui berkata perjalanan menuju ke Singapura membawa memori yang cukup menyentuh perasaannya.

‘Kami datang ke Singapura dengan menaiki bas berhawa dingin yang cukup selesa dan kami tahu apa yang akan kami lakukan di sini. Tetapi bayangkan keadaannya ketika Allahyarham P.Ramlee datang ke Singapura dengan menaiki kereta api dan berbekalkan beg kecil saja.

‘Allahyarham tidak tahu apa yang boleh dijangkakan dan bagaimana keadaan hidupnya di sini.

‘Ternyata, Allahyarham melalui banyak cabaran untuk menghidupkan filem Melayu sehingga akhirnya mencatatkan satu sejarah yang cukup bermakna dalam industri seni kita, satu pencapaian yang belum tentu mana-mana artis sekarang dapat ulangi,’ kata Liza, penuh emosi dalam sesi pertemuan dengan media di Esplanade Teater Di Pesisiran pada Rabu lalu. Liza membawa watak Saloma dalam muzikal tersebut.

Wartawan dan jurugambar Berita Harian sendiri diberi peluang melihat dengan dengan dekat set pementasan rekaan Raja Malik, yang mengambil masa dua hari untuk didirikan dan diatur mengikut susunan adegan di Dewan Teater Esplanade.

Antara yang menarik perhatian ialah kepala kereta api, yang dijangka ‘bergerak’ memasuki pentas siap dengan kepulan-kepulan asap menerusi serombongnya.

Membelek koleksi pakaian bagi watak-watak utama wanita muzikal itu juga cukup menarik perhatian.

Menurut Cik Rosada, penata pakaian keseluruhan persembahan, setiap pemain menggunakan antara tiga hingga lima set pakaian berbeza untuk satu persembahan.

‘Konsep pakaian yang dihasilkan kebanyakannya adalah berdasarkan potongan yang pernah digunakan oleh watak-watak yang ditampilkan seperti Allahyarhamha Saloma yang banyak berpotongan ketat dan seksi dan Junaidah yang sering berkebaya.

‘Kami menggunakan gambar lama mereka sebagai panduan. Tetapi untuk watak Norizan, kami banyak menggunakan konsep hitam bagi menyerlahkan wataknya yang agak garang,’ kata Cik Rosada.

Lebih daripada sekadar membangkitkan nostalgia era kegemilangan filem Melayu, Muzikal P.Ramlee, sebenarnya cuba mengupaskan kehidupan dalaman yang pernah dilalui Allahyarham P.Ramlee (yang dilakonkan Musly Ramli), dalam membina kerjaya seni.

Penerbit, Tiara Jacquelina, dan pasukan kreatifnya termasuk Pengarah Bersekutu, Zahim Albakri, dan pengarah, Adlin Aman Ramli, memilih untuk menceritakan kehidupan Allahyarham yang penuh ranjau dengan mengaitkan kisah percintaanya dengan empat wanita, ia itu kekasih pertamanya, Azizah (dilakonkan Emelda Rosmila); Junaidah, isteri pertamanya (lakonan penyanyi Atilia); isteri kedua, Norizan (Melissa Saila), dan Saloma (Liza Hanim).

‘Kami juga berharap muzikal ini dapat membangkitkan kesedaran bahawa apa yang dicapai Allahyarham P.Ramlee, tidak datang dengan mudah.

‘Di sebalik banyak kejayaan dan pencapaian itu, Allahyarham melalui banyak pergelutan dan kekecewaan,’ kata Tiara.

ACARA PEMENTASAN

  • Pementasan Muzikal P.Ramlee yang awal minggu ini menerima enam trofi dalam Anugerah Seni BOH Cameronian 2007 (BCAA 2007) di Kuala Lumpur, akan menemui penonton Singapura mulai hari ini di Dewan Teater Esplanade.

  • Persembahan pertama berlangsung pada 2.30 petang ini, diikuti dengan 8 malam ini. Dua lagi persembahan esok dan lusa, juga bermula 8 malam.

  • Tiket-tiket berharga $40, $60, $80 dan $100 masih boleh didapatkan di Esplanade Box Office atau kuanter Sistic. Tiket diskaun terhad untuk pelajar ($20) dan $28 bagi anggota Perkhidmatan Negara dan warga tua, juga disediakan.

    Powered by Cyberita

  • Sukarnya Menghasilkan Teater P.Ramlee

    7 May


    Teks & foto oleh Thani Hasbullah

    KUALA LUMPUR, 7 MEI 2008: Produser Enfiniti Productions Sdn Bhd, Datin Seri Tiara Jacquelina, meluahkan rasa peritnya dalam menerbitkan teater legenda P. Ramlee The Musical (musim kedua) yang kini menghampiri sesi kemuncak latihan serta persiapan akhir sebelum persembahan bermula pada 17 Mei ini di Singapura diikuti Kuala Lumpur pada 28 Mei.

    Walaupun Tiara mempunyai pengalaman yang dikutip daripada musim pertama lalu, dia tetap akui berdepan dengan kesukaran kali ini apabila banyak perubahan yang perlu diterapkan supaya persembahan teater itu lebih segar serta benar-benar dinamik.

    Menurut peneraju teater gah itu, beliau sengaja melakukan perubahan besar dari aspek skrip, muzik, kostum, para pelakon malah tenaga kerja agar mampu menghasilkan karya yang berlainan dengan musim lepas.

    “Sentuhan berbeza ini penting kerana saya tidak mahu orang ramai berkata Enfiniti sudah ketandusan idea dan hanya sekadar mempersembahkan semula Muzikal P. Ramlee seperti musim lalu.

    “Bukan senang untuk menghasilkan teater besar seperti ini. Kami bukan hanya menggunakan ramai sekali krew termasuk pelakon, penyanyi, penari dan pemuzik, malah kami perlu menyediakan 9 kontena besar untuk memunggah segala peralatan teknikal ke Singapura nanti.

    “Terus terang saya katakan, pada saat ini saya mula berasa stress apabila memikirkan soal logistik. Tetapi the show must go on,” kata Tiara sambil menunjukkan model rekaan set teater itu.

    Pada sesi temubual eksklusif murai.com.my bersamanya, Tiara menjelaskan dirinya kini benar-benar meminati pembikinan dunia teater. Dia akui akui walaupun jumlah kutipan jualan tiket pada persembahan musim pertama mengecewakan tetapi dia tetap meneruskannya.

    “Sebenarnya kalau lihat dari segi kutipan tiket musim pertama, ia tidak mampu membawa balik modal. Kalau saya jenis orang yang tidak meminati semua ini, sudah lama saya tinggalkan bidang mencabar ini,” ujar Tiara.

    Apa yang pasti, Muzikal P. Ramlee musim kedua ini bakal muncul di pentas yang canggih dan bertaraf dunia, Esplanade Theatre, Singapura selain Panggung Sari, Istana Budaya (IB) dengan penuh kemeriahan.

    Muzikal P. Ramlee akan mula bertemu peminat Singapura selama 3 hari bermula 17 Mei ini melalui 4 persembahan. dan di Panggung Sari pula bermula 28 Mei menerusi 20 persembahan.

    Sudah tentu pihak Enfiniti terpaksa membelanjakan jutaan ringgit dalam menghasilkan persembahan teater legenda itu. Bagaimanapun, Tiara enggan menjelaskan berapa sebenarnya kos produksi teater arahan Adlin Aman Ramlie itu tetapi sekadar menyatakan kosnya boleh menghasilkan beberapa buah filem cereka!

    Bagi musim baru ini antara kelainan utama adalah pelakon watak P. Ramlee sudah ditukar kepada Musli Ramlee daripada Sean Ghazi serta Emelda Rosmila menggantikan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Azizah. Selain itu pengarah muzik teater itu kini adalah Roslan Aziz berbanding Erwin Gutawa sebelum ini.

    Tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180 dan RM200. Ia boleh ditempah melalui www.axcess.com.my atau menghubungi Istana Budaya (03-4025 5932).

    Tenaga Produksi

    Produsert: Datin Seri Tiara Jacquelina

    Pengarah : Adlin Aman Ramlie

    Penolong Pengarah: Zahim Al-Bakri

    Pengarah Muzik : Roslan Aziz

    Koreografer : Pat Taufik Ibrahim

    Pelakon Utama: Musly Ramlee (P Ramlee)

    Liza Hanim (Saloma)

    Melissa Saila (Norizan)

    Emelda Rosmila (Azizah)

    Atilia (Junaidah D Harris)


    Murai

    Weekend Watch: Konsert Jom Heboh Live From Malacca

    4 Apr

    Catch Jaclyn in Hot FM Big Jam Concert (TV9, tomorrow, 9pm) and Konsert Jom Heboh (TV3, Sunday, 9pm).
    Catch Jaclyn in Hot FM Big Jam Concert (TV9, tomorrow, 9pm) and Konsert Jom Heboh (TV3, Sunday, 9pm).

    KONSERT Jom Heboh is carried “live” from Ayer Keroh, Malacca over TV3 on Sunday at 9pm.

    Nielsen appears in Basic (RTM2, Sunday, 3pm)
    Nielsen appears in Basic (RTM2, Sunday, 3pm)

    The artistes featured include Elyana, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Hattan, Ziana Zain and Meet Uncle Hussain.

    Jaclyn, Adibah and Meet Uncle Hussain are also featured in tomorrow’s Hot FM Big Jam Concert over TV9 at 9pm. This event was held on Feb 23 at Dataran Petaling Jaya in conjunction with the radio station’s second anniversary. Other artistes include Sofaz, Misha Omar and Indonesian band Ungu.

    Music On 8 tomorrow (8TV, 11.30am) will feature rock group Switchfoot. English singer James Blunt is featured in An Evening With James Blunt on Sunday (RTM1, 11.30pm).

    Catch the delayed telecast of the F1 World Championship race from Bahrain in Saudi Arabia (Sunday, RTM1, 12.30am).

    New series Malaysia My Second Home takes off over ntv7 on Sunday at 4pm. It looks at the lives of foreign expatriates and their contributions towards Malaysia’s development.

    Catch the making of hot local race movie Evolusi: KL Drift in The Making of … Evolusi: KL Drift over 8TV (11.30am) and ntv7 (1.30pm), both on Sunday.

    TOMORROW

    Panggung Sabtu (TV3, 2.02pm) — Viruddh
    A wealthy couple is shocked to be told that their darling son who has been killed in a fight could have been involved with drugs. Starring Amitabh Bachchan, Sharmila Tagore and John Abraham.

    Hong Retro (ntv7, 3pm) — Secret Service of Imperial Court
    When a member of the Secret Service disobeys an order to kill during the training, it’s up to the member’s brother, who is the Secret Services’ chief, to mete out the punishment. Starring Liang Chia-jen and Liu Yung.

    Chinese Movie (8TV, 9.30pm) — The Spy Dad
    James Bon is a famous action superstar, but in real life he is such a coward. However, he is forced to change after his family is put in danger. Starring Tony Leung Ka Fai, Jordan Chan and Teresa Mo.

    SUNDAY

    Sunday Day Time Special (RTM2, 3pm) — Basic
    A DEA agent investigates the disappearance of a legendary Army ranger drill sergeant and several of his cadets during a training exercise gone awry in this action-packed film. Starring John Travolta, Connie Nielsen, Samuel L. Jacson and Tim Daly.

    Pesona 3 (TV3, 3pm) — Kuliah Cinta
    Best friends Jojo and Faramy’s relationship is threatened by Faramy’s interest in a freshie named Ayu. Starring Erra Fazira and Yusry KRU.

    Sinema (TV9, 10pm) — Aida Shada
    Aida and Shada are twins, but their personalities are like chalk and cheese. While Aida is hardworking, Shada socialises with her friends too much and constantly gets into trouble. Starring Tiara Jacquelina, Jit Murad and Khaty Azian.

    Powered by New Straits Times

    Tiara Janji Lebih Baik!

    2 Apr

    Oleh HARYATI KARIM

    OKTOBER tahun lalu, hampir 20,000 orang menonton teater P.Ramlee The Musical.. The Life.. The Loves & The Inspiration (PRTM).

    Keunikan yang dipersembahkan dalam teater tersebut telah meletakkan karya terbitan Enfiniti Production itu berdiri di satu kelas yang tersendiri.

    Bukan itu saja, malah teater yang diadaptasi dari cebisan kisah hidup seniman tersohor itu juga telah meraih kejayaan yang cukup membanggakan apabila ia melayakkan PRTM memperolehi sehingga lapan anugerah dalam BOH Cameronian Awards yang keenam baru-baru ini.

    Itu sedikit bingkisan mengenai kejayaan yang diterima PRTM selepas pementasannya di Istana Budaya tahun lalu.

    Apa yang menariknya, dikhabarkan teater yang dibawakan oleh Enfiniti Production ini bakal menggegarkan lagi dunia hiburan tanah air. Ini kerana teater yang berskala besar ini akan dipentaskan sekali.

    Pasti ia bakal menarik lebih ramai penonton kerana menurut teraju utama produksi Enfiniti Production, Datin Seri Tiara Jacquelina selaku Penerbit Eksekutif mengatakan pihaknya menjanjikan teater PRTM musim kedua ini lebih baik dan hebat berbanding yang pernah dipentaskan dulu.

    “Bukan mengatakan yang PRTM yang dahulu tidak bagus. Cuma melalui pengalaman lalu ia telah banyak mengajar kami untuk memperbaiki kekurangan dan menjadikannya lebih baik dan mantap lagi,” ujarnya.

    Khidmat Zahim Al Bakri dan Adlin Aman Ramlie tetap digunakan sebagai teraju utama dalam aspek pengarahan sama seperti musim pertama pementasannya

    Itu bukan bermakna tiada perubahan yang akan ditampilkan. Ini kerana Erwin Gutawa tidak akan bersama PRTM untuk musim ini dan tempatnya digantikan dengan pengarah muzik tempatan, Roslan Aziz.

    “Pemilihan Roslan satu kelainan, jika Erwin bunyi muziknya lebih besar kerana dia berkelebihan dalam bunyian orkestra, dan Roslan pula lebih menekankan aspek rentak lagu.

    “Inilah perbezaan yang besar kerana teater muzikal amat mementingkan bunyian dan lagu selain aspek pengarahan,” jelas Tiara lagi.

    Adlin yang berada di sebelahnya menambah: “Selain itu mungkin daripada segi skrip kita akan olah sedikit supaya ia lebih padat.

    “Semasa PRTM musim pertama, kita dapat lihat ada bahagian yang boleh di pendekkan dan ada bahagian yang boleh dijadikan lebih dramatik, tetapi semuanya masih dalam peringkat perbincangan lagi.” beritahu Adlin.

    Melihat pada barisan pelakon PRTM musim pertama, ia sudah cukup untuk menarik perhatian penonton. Mungkinkah mereka akan mengekalkan barisan pelakon yang sama?

    “Pelakon kita belum tahu lagi, tetapi sebaik-baiknya kami mahu semua pelakon yang sama, kerana mereka pernah menjiwai watak dalam PRTM dahulu dan pastinya mereka akan lakukan lebih baik untuk musim kedua ini.

    “Namun, sebetulnya tidak tahu lagi siapa yang akan kekal dan siapa yang akan digantikan dengan pelakon lain, akan ada sedikit perubahan. Perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi,” ujar Tiara cuba berselindung.

    Jika dulu kehadiran penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza dikatakan sebagai penyeri dan juga magnet yang menarik penonton ke panggung, kali ini mungkinkah perkara yang sama akan berulang selain barisan pelakon utama seperti Liza Hanim, Sean Ghazi dan Melissa Saila?

    “Itu masih rahsia, ada juga waktu pementasan yang Siti tidak ada tetapi orang masih ramai datang menonton. Jadi ini bermakna orang sekarang sudah tahu menilai seni teater bukan sahaja kerana pelakon tetapi kerana jalan cerita dan juga keunikan teater itu sendiri,” kata Tiara lagi.

    Jelas Tiara lagi, idea untuk mementaskan teater ini sekali lagi timbul sebelum musim pilihan raya umum yang lalu dan dia bernasib baik sungguhpun terdapat banyak halangan akhirnya teater PRTM musim kedua akan dipentaskan sekali lagi di Istana Budaya.

    Apabila dilihat pada jadual waktu pementasan teater tersebut, jarak antara waktu setiap persembahan begitu rapat malahan di rasakan juga seperti sudah terlambat untuk membuat segala persediaan.

    Ini kerana teater ini bukan sahaja dipentaskan di Malaysia tetapi ia terlebih dahulu menemui penonton di The Esplanade Singapura bermula 17 Mei depan. Empat pementasan akan berlangsung di Singapura dan pada 23 Mei terus pulang ke Kuala Lumpur untuk melakukan persediaan di Istana Budaya pula.

    Pementasan di Istana Budaya akan bermula pada 28 Mei kira-kira lima hari selepas persembahan mereka di Singapura dan mereka akan melakukan sebanyak 22 pementasan di Kuala Lumpur.

    “Saya dapat membayangkan kepenatan yang tenaga kerja PRTM musim kedua ini akan harungi tetapi ini satu pekerjaan yang berdasarkan minat, segala halangan di tolak ke tepi,” terang Adlin lagi.

    Jelas sekali terdapat perubahan yang sedang diaturkan untuk pementasan kali ini, apa yang diceritakan Adlin dan Tiara, selain barisan pelakon, jalan cerita dan pengarah muzik, susun atur pentas juga akan diberi sentuhan baru.

    Kepada anda yang ingin menyaksikan pementasan kali kedua PRTM ini, jangan lupa dapatkan tiket lebih awal kerana ia telah pun mula dijual pada 1 April lalu.

    Anda boleh dapatkan tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180, dan RM200 melalui talian 03-77115000, atau layari laman web http://www.axcess.com.my.

    Selain itu anda boleh dapat tiket menerusi kaunter di Istana Budaya, Tower Records KLCC dan Lot 10, Mid Valley Rock Corner, The Actors Studio, Stadium Putra Bukit Jalil, Midland Park (Pulau Pinang), Greentown Shopping Mall (Ipoh) dan Holiday Plaza (Johor Bharu).

    Powered by Kosmo

    Normaziah Dinobat Wanita Ikon 2007

    31 Dec

    Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

    Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menerima piala Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2007 daripada Sultanah Nora Ismail sambil disaksikan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di pertandingan Ikon Wanita 2007 di PWTC, malam tadi. – Gambar SAIFUDDIN MOHD NOR.

    KUALA LUMPUR 30 Dis. – Seorang usahawan produk kecantikan, Datin Normaziah Sheikh Mohamed malam ini dinobatkan sebagai Wanita Ikon 2007 kerana usaha beliau dalam dunia kecantikan dan giat membantu kerja-kerja amal terhadap masyarakat.

    Normaziah, 37, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Megah Padu yang sinonim dengan produk Kayla Beverly Hills membawa pulang hadiah sebuah kereta Proton Persona sumbangan EON, barang kemas bernilai RM30,000 daripada Habib Jewels, wang tunai RM5,000 sumbangan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (Usahanita) dan trofi kristal tajaan Majalah Wanita, terbitan Kumpulan Utusan.

    Beliau juga memenangi tiket penerbangan tajaan Pearl of The Orient dan barangan kosmetik dari Loreal Paris.

    Normaziah menewaskan tujuh lagi finalis yang berjaya ke peringkat akhir anugerah tersebut iaitu personaliti, Maznah Zulkifli; usahawan dan bekas pengacara, Sharifah Shawati Syed Mohd; pengasas produk kecantikan Aura Seri, Nor Zaina Ghani; peguam, Raja Riza Shazmin; Chef Azrin Zuliani Zainol; pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim dan doktor pembedahan plastik dan bekas gimnas negara, Dr. Farah Hani Imran.

    Majlis tersebut dianjurkan oleh Usahanita dengan kerjasama majalah Wanita, Radio Wanita (WFM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

    Turut hadir ialah Sultanah Nora Ismail; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; Presiden Usahanita, Datuk Rokiah Omar; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd.

    Pada majlis tersebut juga, empat lagi anugerah turut disampaikan kepada wanita-wanita yang memberi sumbangan kepada masyarakat.

    Penerima tersebut ialah Dr. Zeti Akhtar yang menerima Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2007 di atas sumbangan dan jasanya kepada negara dan usahawan, Faridah Jabbar yang menerima Anugerah Usahawanita Cemerlang 2007.

    Penerima-penerima lain ialah ibu tunggal, Haizah Hanizah Abd. Wahab yang menerima anugerah Ibu Tunggal Cemerlang 2007 dan warga orang kurang upaya, Zainab Omar yang menerima Anugerah Wanita Istimewa Cemerlang 2007.

    Sementara itu, Mohd. Nasir Ali dalam ucapannya berkata, pembabitan golongan wanita begitu meluas dalam semua aspek kehidupan dan kerjaya serta berjaya mencipta satu demi satu kejayaan.

    ‘‘Menyedari hakikat tersebut, Anugerah Wanita Ikon 2007 direalisasikan dengan objektif utama untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang telah berjaya,’’ katanya.

    Anugerah ini, menurut beliau, adalah bagi mencari pelapis kepada usahawan wanita sedia ada agar boleh dijadikan contoh kepada wanita lain dan membentuk keyakinan diri mereka dan juga sebagai pemangkin ke arah kejayaan wanita yang lain.

    Anugerah Wanita Ikon 2007 ini adalah anugerah eksklusif kepada seseorang wanita yang layak digelar ikon yang menepati ciri-ciri wanita berjaya dan berpersonaliti menarik, peribadi murni dan aktif membantu masyarakat.

    ‘‘Beliau juga mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang tinggi dan merupakan wanita serba boleh yang dilihat mampu menjadi contoh inspirasi kepada wanita lain seluruh Malaysia,’’ tambahnya.

    Seramai 20 orang terpilih ke pusingan separuh akhir dan hanya lapan peserta berjaya melangkah ke peringkat akhir yang diadakan pada malam ini.

    Juri profesional yang terlibat mengadili peserta adalah Pengarah Urusan Securiforce Sdn. Bhd., Datuk Maznah Hamid; penggiat seni, Datin Seri Tiara Jacquelina; Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Dr. Sharifah Zarah Syed Ahamad.

    Powered by Utusan Malaysia

    Tiara Jacquelina Mahu Martabat Teater Muzikal

    5 Jul

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

    TIARA (tiga dari kiri) bersama barisan tenaga pengajar Starmaker: Musical Theater Bootcamp. Dari kiri: Reza Zainal Abidin, Sean Ghazi, Ida Mariana, Pat Ibrahim dan Llewellyn Marsh.

    DATIN Seri Tiara Jacquelina tidak pernah menyangka produk yang pernah dihasilkannya, teater Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM) mendapat sambutan hangat daripada rakyat tempatan.

    Lantaran sambutan yang begitu mengalakan, teater itu dipentaskan di Istana Budaya sebanyak dua musim dalam tempoh kurang daripada setahun sahaja.

    Malah PGLtM menjadi teater muzikal tempatan pertama yang berjaya menembusi pintu pentas bertaraf antarabangsa di Singapura, Esplanade Theater dan sambutan yang diberikan oleh rakyat republik itu juga di luar dugaan.

    Kejayaan-kejayaan itu telah memberi satu semangat baru buat Tiara untuk terus memartabatkan teater muzikal di negara ini sekali gus mahu membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

    Untuk itu, dia telah mengambil inisiatif mengadakan sebuah bengkel teater yang diberi nama Starmaker: Musical Theater Bootcamp. Niatnya hanya satu, menerusi bengkel intensif itu, dia mahu melahirkan artis serba boleh yang mampu mencipta nama di luar negara.

    ΐBengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam untuk menjadi seorang artis muzikal yang hebat dan terkenal suatu hari nanti. Malah, tenaga pengajarnya juga bukan calang-calang orang dan semuanya mempunyai kelebihan masing-masing.῔ jelas Tiara ketika ditemui di Studio 10 On 10, Ampang, baru-baru ini.

    Tenaga pengajar bagi Starmaker: Musical Theater Bootcamp adalah Zahim Albakri (pengarahan), Pat Ibrahim (tarian), Sean Ghazi (vokal dan nyanyian), Reza Zainal Abidin (lakonan), Llewellyn Marsh (muzik) dan Ida Mariana (aktivis teater).

    ΐUntuk bengkel pertama ini, kami hanya mengambil 29 peserta sahaja. Kami bimbang jika mempunyai ramai peserta, tenaga pengajar tidak dapat memberi bimbingan yang sebaiknya dan peserta juga akan menjadi leka kerana kurang penumpuan,῔ jelas Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-50 ini lagi.

    Idea untuk mengadakan bengkel ini jelasnya, timbul sewaktu dia bersama Pat Ibrahim, Zahim Albakri dan Adlin Aman Ramli mahu mencari pelakon yang benar-benar berkaliber untuk membintangi PGLtM.

    ΐApa yang saya dapat lihat ialah ada daripada mereka yang tahu menari tetapi tidak boleh menyanyi. Dalam teater muzikal, aspek yang paling penting adalah nyanyian. Bukan tarian itu tidak penting, tetapi gerak tari boleh diajar dan dibentuk,῔ ujarnya lagi.

    Tambahnya, dia melihat kini masa yang sesuai untuk melahirkan artis muzikal yang berkaliber di Malaysia agar mereka dapat bersaing dengan artis muzikal lain di seluruh dunia.

    ΐBukan untuk mendabik dada atau menunjuk bagus, tapi saya rasa sudah masanya kita sendiri yang menggerakkan usaha untuk memartabatkan teater muzikal di mata dunia.

    ΐMenerusi bengkel ini juga, para peserta akan dibimbing bagaimana hendak berhadapan dengan situasi uji bakat. Bukan itu sahaja, mereka juga akan diajar bagaimana hendak membuat resume yang betul apabila menghadiri sebarang uji bakat untuk teater muzikal.

    Malah, bengkel ini juga mampu menaikkan semangat mereka untuk mencuba nasib di luar negara,῔ kata Tiara sambil membuka rahsia bahawa dia pernah menghadiri uji bakat untuk teater muzikal, Miss Saigon di London sewaktu berusia 18 tahun.

    Masih menunggu Remy

    Khalayak mengetahui teater muzikal kedua terbitan Enfiniti Productions Sd. Bhd., My Name Is Remy bakal dipentaskan di Istana Budaya pada Oktober depan.

    Setakat ini, tidak kedengaran sebarang pemilihan pelakonnya sedangkan pementasan akan dilakukan dalam tempoh yang tidak sampai empat bulan sahaja lagi. Tidakkah ini menimbulkan kegusaran kepada wanita berhati waja ini?

    ΐSaya, Adlin Aman Ramlie dan Zahim Albakri masih lagi mencari mereka yang sesuai melakonkan watak-watak yang terdapat dalam teater itu. Insya-Allah, jika tiada sebarang aral, dalam bulan ini juga kami akan umumkan barisan pelakonnya,῔ ujar Tiara.

    Ketika ditanya, mengapa tidak diambil Artis Baru Terbaik AIM 14, Sean Ghazi sebagai Remy, Tiara hanya tersenyum dan berkata: ΐApa yang boleh saya katakan, ramai juga nama-nama besar yang datang uji bakat untuk My Name Is Remy. Itu satu petanda yang baik buat kami.῔

    Powered by Utusan Malaysia

    Redup Suram Dan Tawa Ria 2006

    31 Dec

    Oleh: NIEZAM ABDULLAH

    Tahun 2006 menoktahkan lebarannya hari ini dan esok kita semua akan menyambut tahun baru 2007 dengan keazaman baru. 2006 yang berlalu meninggalkan seribu satu macam kenangan indah, pahit dan manis. Dunia hiburan tentunya tidak pernah sunyi dengan segala macam kisah sensasi yang terjadi.

    Tahun ini dunia artis dibuka dan ditutup dengan penuh meriah dan warna-warni. Daripada soal perkahwinan sehinggalah kisah-kisah sedih melibatkan perceraian dan kematian.

    Kita imbas kembali peristiwa-peristiwa utama yang menarik sepanjang tahun 2006.

    Perkahwinan

    * 29 Mac

    * Syura

    Penyanyi Syura atau Zuraidah Badron, 20, mendirikan rumah tangga dengan sepupunya, Mohd. Fadhly Md. Yassin pada 29 Mac di Johor Bahru, Johor. Syura bagaimanapun mengalami keguguran selepas beberapa bulan perkahwinan itu.

    * 28 April

    * Siti Nordiana dan Mohd. Faizal Yusop

    Penyanyi Siti Nordiana Alias, 22, dan pelakon Mohd. Faizal Yusop, 28, berkahwin pada 28 April di Felda Sendayan, Negeri Sembilan. Mereka kemudian mendirikan persandingan untuk penduduk kampung dan peminat di Dewan Felda Sendayan pada 29 April berkonsepkan persandingan dalam taman.

    * 29 April

    * Nurfarahin Jamsari

    Personaliti TV3 – Nurfarahin Jamsari selamat mendirikan rumah tangga keduanya dengan Noor Eddie Putera Noordin, 36, di Keramat, Kuala Lumpur.

    Sebelum itu pada 16 Januari, Nurfarahin berpisah dengan suaminya Sheikh Omar Sheikh Anuar dengan talak satu. Hasil perkahwinan pertamanya, Nurfarahin dikurniakan empat orang anak.

    * 26 Mei

    * Anne Ngasri

    Anak kepada pelakon Ngasri Sain – Anne Ngasri, 22, berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan di Taman Permai Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

    * 24 Jun

    * Fendi (X-Factor)

    Bekas penyanyi kumpulan X-Factor, Fendi mendirikan rumah tangga dengan Wan Intan Nadia Noraman di Keramat, Kuala Lumpur. Sebelum itu Fendi pernah bertunang dengan seorang peguam tetapi hubungan mereka tidak kekal lama.

    * 20 Jun

    * Nora Danish

    Pelakon siri Puteri, Nora Danish, 24, berkahwin dengan Rizal Ashram iaitu anak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis pernikahan mereka diadakan secara eksklusif.

    * 15 Julai

    * Aleeza Kasim

    Pelakon dan model Aleeza Kassim, 35, mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan terkenal Mohd. Fauzi Che Ros, 42. Pernikahan mereka dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

    * 1 Julai

    * Ezany

    Mohd. Ezany Nizariff, 33, yang popular menerusi drama bersiri Natasha berkahwin dengan gadis dari tawau Sabah – Lidza Nuryanti Abidin, 23. Majlis persandingan mereka diadakan serba sederhana.

    * 21 Ogos

    * Siti Nurhaliza

    Akhirnya desas-desus perkahwinan Siti Nurhaliza Taruddin, 27, terjawab apabila gadis itu berkahwin dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Perkahwinan itu merupakan satu sejarah di dalam dunia hiburan tanah air kerana ia disiarkan secara langsung oleh TV3.

    Wang Hantaran yang diterima Siti ialah RM30,000 dan mas kahwin pula RM22,222.22. Persandingan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos dan seminggu selepas itu di Dataran Lipis, Pahang. Pada bulan Oktober lalu Siti dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran Datuk.

    * 8 September

    * Fiza

    Bekas anggota kumpulan Elite yang juga seorang pelakon – Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza, 25, berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 26, di Masjid Al-Syarif, Gombak, Selangor. Mereka berkawan selama lima tahun sebelum memilih untuk menjadi suami isteri.

    * 4 November

    * Ieda (Moin)

    Penyanyi Ieda Moin, atau Siti Haidah Abdul Moin, 27, memilih Pengurus Produksi, Mohd. Naquib Idris, 27, sebagai suaminya. Mereka berkahwin di Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan pada 4 November dengan hantaran RM10,000.

    * 12 November

    * Noorkhairiah

    Pelakon Noorkhairiah Ahmad Shapie, 30, mendirikan mahligai bahagia dengan seorang jurutera Azfaizul Ahtan, 29. Mereka selamat bernikah di taman Muhibah, Raub Pahang. Selepas berumahtangga, Noorkhairiah tetap mahu aktif berlakon.

    * 18 November

    *Bob Azrai

    Pelakon Bob Azrai, 38, bernikah dengan Siti Khalifah Alihan, 18, di Masjid Bukit Indah, Ampang. Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan kedua Bob selepas keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Aida Aris.

    * 2 Disember

    * Linda Rafar dan Syed Aiman

    Pasangan duda dan janda Linda Rafar, 28, dan Syed Aiman, 31, selamat diijabkabulkan di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Kedua-dua pelakon itu turut mengadakan majlis resepsi di rumah keluarga Linda di Shah Alam dan di hotel Concorde seminggu kemudian.

    * 16 Disember

    * Aziz Sattar

    Pelakon veteran, Aziz Sattar mendirikan rumah tangga ketika berusia 81 tahun dengan peminatnya, Hashimah Delan, 48. Pernikahan mereka dilakukan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

    * 19 Disember

    * Erema dan Seri Bayu

    Tahun 2006 ditutup dengan perkahwinan penulis lirik Seri Bayu dengan penyanyi Erema Awang Mohdad, 23, di Masjid danau Desa, Taman Desa Kuala Lumpur. Biarpun Seri bayu menghidap penyakit saraf namun Erema sanggup menerimanya sebagai suami.

    Pertunangan

    * 11 Mac

    * Haiza

    Penyanyi dangdut – Haiza melangsungkan pertunangan dengan pemain hoki sebuah bank – Hanafi Omar di rumah kakak penyanyi itu di Kuala Lumpur.

    Kedua mereka berusia 26 tahun dan masih memikirkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis pernikahan. Mereka cuba menyembunyikan pertunangan itu atas atasan ia tidak perlu diheboh-hebohkan. “Takut apa-apa jadi nanti malu…’’ kata Haiza.

    * 4 Jun

    * Nasha Aziz

    Pelakon popular Nasha Aziz atau Noraishah Abdul Aziz, mengikat tali pertunangan dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof di Keramat, Kuala Lumpur. Nasha juga mahu merahsiakan pertunangannya tetapi dapat dihidu juga oleh wartawan.

    Pada majlis itu Nasha menerima sebentuk cincin Chopard yang disarungkan oleh bakal ibu mentuanya, Hasnah Hassan.

    * 28 Oktober

    * Lisdawati dan Fauzi Nawawi

    Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2005, Lisdawati mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fauzi Nawawi di rumah keluarga Lisdawati di Kualam Lumpur. Mereka merancang mengadakan majlis perkahwinan pada tahun hadapan. Hantaran perkahwinan ditetapkan sebanyak RM21,111.11 dan mas kahwin RM999. Fauzi merupakan seorang duda

    Perpisahan

    * 7 April

    * Noraniza Idris dan Fareez

    Pasangan penyanyi dan pelakon ini berpisah selepas 20 tahun berkahwin. Lafaz cerai dilakukan oleh Fareez atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Tajuddin terhadap Noraniza di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 7 April.

    * 26 April

    * Erra Fazira dan Yusri

    Erra Fazira dan Yusry Abd. Halim yang cuba mengelak memperkatakan mengenai rumah tangga mereka akhirnya mengambil keputusan berpisah selepas tiga tahun berkahwin.

    Lafaz cerai dilakukan pada 26 April di kediaman Erra di Damansara dan pengesahan cerai tersebut dilakukan pada 16 Jun di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya, Selangor.

    * 5 Mei

    * Norman Hakim dan Abby

    Sesuatu yang mengejutkan apabila pasangan pelakon Norman hakim, 30, dan Abby Abadi, 28, berpisah. Norman melafazkan cerai terhadap Abby pada 5 Mei dan mereka rujuk semula beberapa hari selepas itu. Penyanyi Farahdiaya dikatakan menjadi punca penceraian itu. Abby dan Norman mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan mereka.

    * 16 Oktober

    * Awie dan Arni Nazira

    Penyanyi kumpulan Wings, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 38, melafazkan cerai talak satu terhadap penyanyi Arni Nazira, 28, di Mahkamah Rendah Syariah, Kuantan, Pahang. Penceraian itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar perkahwinan Awie dengan Rozana Misbun di Internet.

    Akibat penceraian itu, Awie mendapat hak penjagaan terhadap dua anaknya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 6, dan Puteri Aleefa Antasha, 4.

    * 20 Oktober

    * Ajai dan Nurul

    Pasangan yang popular dengan lagu Serasi Bersama rupa-rupanya tidak serasi apabila Nurul atau namanya Noorul Huda Abdul Wahab, 29, memfailkan permohonan pengesahan cerai dengan Mohd. Faizal Maas, 31, atau Ajai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

    Nurul mendakwa Ajai melafazkan cerai terhadapnya sebanyak tiga kali pada 2001 dan dua kali pada 2006.

    Kembali ke rahmatullah

    * 20 Jan

    * Rosiah Chik

    Penyanyi veteran, Rosiah Chik meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada usia 74 tahun akibat serangan penyakit jantung.

    Allahyarham menjadi penyanyi ketika berusia 16 tahun dan merakamkan lebih 200 buah lagu ketika hayatnya. Hasrat beliau untuk mendengar lagu duetnya iaitu Hantaran Hati bersama Bob (Akademi Fantasia 2) tidak kesampaian.

    * 7 Februari

    * S. Jibeng

    Penyanyi popular tahun 60-an S. Jibeng meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kerana sakit jantung dan kencing manis.

    Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas zuhur di Tanah Perkuburan Islam, Kebun Teh.

    * 25 Julai

    * Hani Mohsin

    Pelakon filem dan drama terkenal Hani Mohsin Hanafi, 41, meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham pengsan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, ketika sedang menunggu penerbangan ke Alor Star bersama anaknya Hani Karmila, 9.

    Beliau juga adalah bekas suami Datin Seri Tiara Jacquelina. Pelakon itu merancang untuk bercuti ke Langkawi semasa kejadian.

    Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Al-Ridzuan, Hulu Klang selepas solat isya sebelum dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Hasni Bakar di Tanah Perkuburan Islam Al-Ridzuan, Hulu Klang.

    * 10 Oktober

    * Seha

    Bekas penyanyi kumpulan Freedom, Norsehah Abu Bakar atau Seha (44 tahun) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit barah paru-paru.

    Beliau meninggal dunia kira-kria pukul 8 pagi di sisi suaminya Azmi Thambi Chik. Hajatnya untuk menemui anak sulungnya Misha Kyrie Lind, 15, yang tinggal bersama bekas suaminya di London tidak kesampaian. Sebaliknya mereka sempat berhubung menerusi e-mel selepas penderitaan Seha disiarkan di akhbar. Seha juga mempunyai seorang anak perempuan berusia 11 tahun iaitu Karissa Iris Lund.

    Kejayaan

    * 5 Ogos

    * Mohd. Faizal Ramly

    Jejaka dari Marang, Terengganu – Mohd. Faizal Ramly, 22, menjadi Juara Akademi Fantasia Keempat (AF4) dan sekali gus membolehkan beliau membawa pulang hadiah bernilai RM370,000 termasuk sebuah kereta Toyota Vios serta wang tunai RM20,000.

    * 22 September

    * Suki

    Low Sook Yee atau lebih dikenali dengan nama Suki menjadi juara pertandingan One In A Million anjuran 8TV dan sekali gus melayakkan gadis berusia 17 tahun itu menerima wang tunai RM1 juta.

    * 19 November

    * Datuk Ahmad Nawab

    Komposer terkenal Datuk Ahmad Nawab menerima Anugerah Seniman Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail. Beliau turut mendapat hadiah wang tunai RM60,000.

    * 3 Disember

    * Fiq

    Pertandingan Mentor anjuran TV3 memperlihatkan jejaka dari Sabah, Fiq atau nama sebenarnya Mohd. Firdauz Abdul Halim, 24, menjadi juara pertandingan itu dan menggondol hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, tawaran menjadi artis rakaman EMI Music Sdn. Bhd., dan trofi. Fiq juga berjaya mengalahkan Ima dari Indonesia dalam pertandingan Juara Antara Juara pada 24 Disember lalu. Dalam pertandingan itu Fiq berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM18,500.

    Sensasi

    * 1 Julai

    * Mawi

    Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi memutuskan pertunangannya dengan Nordiana Md. Naim. Mawi mendakwa hubungan itu terputus akibat masalah peribadi yang berlaku. Akibat kejadian itu, Nordiana mengambil kesempatan meluahkan rasa hatinya dengan menghasilkan sebuah buku Catatan Duka Diana Naim yang menceritakan kisahnya bersama Mawi sebelum penyanyi itu menyertai Akademi Fantasia.

    Mawi turut mencipta kontroversi apabila membuat kenyataan tidak mahu berpegangan tangan sekiranya ditawarkan berlakon sehingga mencetuskan kemarahan beberapa orang pelakon termasuk Rosyam Nor.

    * 13 Ogos

    * Sharifah Amani

    Pelakon Sharifah Amani yang dinobatkan sebagai

    Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19), mencetus kontroversi apabila berucap di dalam bahasa Inggeris dengan berkata, ‘‘I sound like stupid if I speak in Malay.’’ (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu).

    Ucapannya itu menimbulkan rasa tidak senang sebilangan besar penonton termasuk tetamu kehormat majlis itu iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

    Pelakon itu bagaimanapun tidak bermaksud untuk menghina bahasa Melayu sebaliknya menganggap ucapannya telah disalah tafsir.

    * 15 Ogos

    * Rita Rudaini dan Lisdawati

    Pelakon Rita Rudaini dan Lisdawati dikatakan bercakaran di dalam sebuah kolam renang ketika penggambaran drama Kau Yang Ku Sayang di Pulau Pinang.

    Lisdawati mendakwa Rita cuba mencederakannya di dalam penggambaran itu sehingga memaksa Lisda membuat laporan polis. Bagaimanapun pihak polis telah menutup kes tersebut dan menganggap ia selesai.

    Powered by Utusan Malaysia

    Esplanade Celebrates Malay Arts By Staging Malaysian Musical

    25 Nov

    SINGAPORE: Puteri Gunung Ledang, a critically acclaimed Malaysian musical, fusing Asian and western influences, will be staged in Singapore at the Esplanade from November 24 to 26.

    Puteri Gunung Ledang, or the Legend of the Princess of Mount Ledang, is one of the grandest Asian musicals ever to be staged.

    Produced at a cost of close to $1m, its first two seasons were sold out in Kuala Lumpur to rave reviews.

    Puteri Gunung Ledang has been seen by more than 46,000 people to date.

    What’s interesting is the innovative use of broadway story-telling techniques to illustrate an Asian legend – a mystical tale about a romance between Puteri, a spirited princess, and Hang Tuah, a legendary warrior.

    “Why the musical is because musicals appeal to almost everybody. It’s the best way to express love and express hurt and express anything through songs,” said Tiara Jacquelina, Lead, Puteri Gunang Ledang The Musical.

    The story is set in the kingdom of Majapahit in ancient Java and 15th century Malacca, and one of the chief challenges of production was being historically accurate.

    “With Asian culture, the history is very oral history. There’s not that much information available as to how life was at that time. So we had to create that. We had to create the world. We did a lot of research into the production design and what should the costumes be like,” said Zahim Albakri, Director, Puteri Gunung Ledang The Musical.

    Another impressive part of the musical is the set. The stupas took six months to create and they were made using styrofoam. The set was transported from Malaysia to Singapore using seven containers.

    The production has been hailed as “multi-ethnicity at its musical best” and half the production crew are Singaporeans.

    The Malay musical was composed by famous Singapore songwriter Dick Lee. – CNA /dt

    Powered by Channel News Asia

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.