Archive | Wardina RSS feed for this section

Wardina Up For Other Roles

30 Sep

Wardina enjoying a light moment with her daughters.

Wardina Safiyyah juggles many roles as an actress, host, model and mother. SHARIFAH ARFAH finds out what else she plans to add to her resume.

THERE’S a festive air as Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot busies herself with the family buka puasa dinner at her home in Bukit Antarabangsa in Kuala Lumpur.

Amidst the din of children playing, guests mill around that breezy evening of this interview.

It’ll be a toned-down Hari Raya for Wardina. “My mum is in Australia and my dad is working in Bangladesh. So it’s a bit sad that my parents can’t celebrate with us,” said the mother of two – Amna Nafeesa, 5, and Azra Sareera, 2.

Wardina is expecting her third baby.
“Insyaallah (God-willing), it will be a boy,” said Wardina, who is due middle of this month.

Career-wise, Wardina is one of the most recognisable faces, thanks to her multi-faceted roles as an actress, model and host.

She has been hosting Malaysia Hari Ini since early this year, and prior to that, Wanita Hari Ini. She also made her mark hosting parenting programmes.

She will next be seen in Menatang Si Manja, to be aired over RTM. Also in the pipeline is the fourth season of teen drama Impian Ilyana over TV3.

“I enjoy hosting parenting, women and current issues programmes. I want to be known as a good host,” said Wardina.

“If I wasn’t a host or actress, I’d have been a teacher or a journalist,” added the affable 29-year-old.

As Wardina is expecting, she is taking a break from work.

Occasionally, Wardina does freelance emceeing. She also participates in “interesting” projects. “I have been working so hard. I deserve a break,” she said.

She is also well-known for being a spokesperson for Sunsilk.

“Did you know that it’s the first shampoo advertisement featuring a woman wearing a hijab? It’s wonderful, and it was shown all over the world. It also opened many doors for me,” she said.

Wardina is also the spokesperson for Anmum Essential and Slimworld.

She has taken a breather in the acting department, most notably with feature film projects. Her last feature film outing was Cinta 200 Ela in 2002.

Although acting catapulted her into a household name, Wardina isn’t perturbed about slowing down as an actress. “I shot two telemovies this year.”

Her first hosting experience was entertainment chart programme Hits from RIM with ntv7 many years ago.

While she became famous after acting in series such as Maka Diciptanya Perempuan (ntv7) and Spanar Jaya (ntv7), she started out as a model when she was six years old.

“It was a good experience. I travelled a lot. In the process, I also found out who I really was,” she said.

After full-time modelling, she acted in her first telemovie with Pesona Pictures.

“People started noticing me after Spanar Jaya. It was hugely popular, and ran for many series,” she recalled, relating the early days of her career.

Always willing to try something new, Wardina intends to pursue a degree in fine art.

“My husband is an architect, and we both love to draw. Someday, I may put up an art show,” she said.

Wardina is also writing a children’s book.

“I have been postponing it quite a bit, and hopefully this break will give me ample time.”

New Straits Times

Belum Yakin Bergelar Pelakon

24 Sep

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

Nadiya Nisaa

Bakat dipuji, Nadiya Nisaa kerap jadi pilihan pengarah popular

BERULANG dia menyatakan rasa serik setiap kali menyelesaikan penggambaran sesebuah produksi. Malah ketika ditemui pada set penggambaran telemovie Aidilfitri, Hanya Kau terbitan JS Pictures di Rumah Pengasih, kenyataan yang sama diulanginya. Bukan tiada yang memuji persembahannya tetapi entah mengapa, setiap kali menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya, Nadiya Nisaa Kamaruddin seperti ingin membawa diri jauh dari bidang seni.

“Setiap kali selesai penggambaran saya berasa cukup serik, seperti tidak mahu kembali berlakon lagi. Saya tidak tahu kenapa, barangkali juga kerana saya belum memikirkan untuk serius berada depan kamera membuatkan hati saya berbelah bagi apabila diberikan tawaran baru,” katanya.

Sekadar mencuba, namun bakat besar Nisaa kerap dipuji malah dia sentiasa menjadi pilihan pengarah popular, Osman Ali untuk beraksi dalam produksinya.

Bermula dengan telemovie, Dengan Nama Cinta arahan Osman lima tahun lalu, Nisaa terus menjadi pilihan pengarah itu.

Antara drama lain arahan Osman yang pernah dibintanginya adalah Cinta Secangkir Kopi serta filem eksperimental, Akuarium Cinta.

Pernah juga dia diajukan peranan utama menggantikan Wardina Saffiyah untuk drama bersiri, Spanar Jaya tetapi Nisaa melepaskannya kerana terikat dengan pelajaran.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, mengakui dia tidak menyesal biarpun terpaksa melupakan banyak peluang berharga.

“Bukan tidak minat, kecenderungan untuk berlakon itu ada tetapi saya tidak yakin. Ramai memberi galakan, malah mahu saya terus meneroka bidang ini kerana saya ada bakat.

“Cuma saya menyekat semua itu kerana saya mahu terlebih dulu membina keyakinan,” kata gadis yang menamatkan pengajiannya di UiTM, Mei lalu.

Disebabkan terlalu kerap berlakon di bawah bimbingan Osman, Nisaa mengakui agak gusar ketika pertama kali beraksi di bawah arahan Jinggo.

Melalui episod baru dengan produksi yang cukup teliti dan profesional dalam hasil kerja mereka, gadis kelahiran Gombak, Kuala Lumpur ini memberitahu, dia banyak belajar mengenai lakonan sepanjang penggambaran Hanya Kau.

“Saya menjadi lebih fokus, malah penghayatan juga lebih mendalam kerana abang Jinggo dan kak Sheila (Rusly) mementingkan kualiti.

“Mereka akan mengawal lakonan supaya tidak keterlaluan. Pernah beberapa kali saya hampir berputus asa kerana gagal memberikan apa yang dituntut.

“Tetapi, saya bernasib kerana semua yang berada dalam produksi ini bermurah hati dan sentiasa memberi tunjuk ajar. Semua itu membuatkan saya tidak berasa asing di set ini,” katanya.

Diperkenalkan kepada Sheila oleh Que Haidar dan Bront Palarae yang turut sama beraksi dalam telemovie siaran Astro pada musim Aidilfitri itu, Nisaa pada mulanya agak ragu untuk membawakan watak Bella.

Apatah lagi, dia hanya memiliki masa selama dua hari untuk mengkaji keseluruhan skrip. Watak Bella pula, katanya, agak mencabar kerana terbabit dengan penagihan dadah moden

“Que yang banyak memberikan saya keyakinan. Dia juga mencadangkan supaya menonton beberapa filem seperti Gia, Pulp Fiction dan Factory Girl untuk mempelajari bagaimana mahu menghayati watak Bella itu.

“Jujurnya, saya sendiri berasa cukup tercabar kerana pastinya pengarah dan penerbit meletakkan harapan yang tinggi untuk saya membawakan watak itu dengan berkesan,” kata gadis berusia 23 tahun itu.

Hari pertama di lokasi kata Nisaa, cukup melelahkan apatah lagi dia perlu memberikan pelbagai ekspresi terhadap karektor Bella.

Mula diminta menangis, kemudian ceria menyebabkan Nisaa keliru malah pernah apabila diminta melakonkan semula adegan dia berasa penat dengan tekanan.

“Sampai saya tertanya sendiri apa lagi yang tidak kena dengan lakonan saya. Tetapi saya seronok kerana berpeluang melalui pengalaman berbeza.

“Hanya Kau menonjolkan sisi baru dalam lakonan saya. Saya belajar daripada kesilapan, memperbaiki apa yang kurang kerana akur perjalanan untuk mencipta nama itu masih terlalu jauh,” kata gadis tinggi lampai yang agak pendiam ini.

Apabila perbualan semakin rancak, Nisaa akhirnya berterus terang mengenai karakternya yang sebenar. Mengakui agak degil, Nisaa berkata, dia sebenarnya masih dalam pencarian.

“Saya masih tercari-cari lagi apa yang saya mahukan dalam hidup ini. Memang saya suka berlakon, malah ketika kecil dulu saya memang ada menyimpan impian untuk berlakon.

“Tetapi saya perlu akur akan kekurangan yang saya miliki. Kesabaran saya belum cukup untuk berada lama di set lakonan.

“Mungkin apabila sudah matang dan memahami selok belok dunia lakonan, baru saya akan mengerti keseronokan sebenar sebagai pelakon,” kata Nisaa yang cukup meminati watak berat ini.

Menyingkap lagi suara hatinya, anak kedua lima beradik itu berkata, kecenderungannya dalam bidang seni lebih menjurus kepada kerja balik tabir.

Bahkan, dia mendekati dunia lakonan kerana ingin memahami kerja balik tabir dan satu hari nanti, Nisaa menyimpan angan untuk mengarah filem.

“Saya mempunyai beberapa teman yang memiliki minat yang sama. Kami sering duduk berbincang dan mencari idea baru dalam pembikinan filem,” katanya.

INFO:

Nama Penuh: Nadiyatul Nisaa Kamaruddin Nama Komersial: Nadiya Nisaa Asal: Gombak, Kuala Lumpur Tarikh Lahir: 11 Julai 1985 Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Penyiaran, UiTM Adik beradik: Kedua daripada lima beradik

Berita Harian

Masjid India's The Place For Exquisite Raya Attire

12 Sep

Diana Ling showing off her beadwork on a readymade traditional 'baju kurung'.
Diana Ling showing off her beadwork on a readymade traditional ‘baju kurung’.

KUALA LUMPUR: Do not be mistaken by the Jalan Masjid India address. One may think it is the place to get affordable things but some shops there do sell stuff at boutique prices.

A customer at a shop in Jalan Masjid India trying out a RM6,500 'sampin'.
A customer at a shop in Jalan Masjid India trying out a RM6,500 ‘sampin’.

Who would have thought that a regular tailor shop such as MZ Tahir, for example, sells RM20,000 kain sampin songket made in Terengganu.

And not surprisingly, there are buyers of these expensive kain sampin. One cabinet minister is said to be a patron at the shop.

“We get mostly corporate captains buying the sampin,” said the shopowner, who did not want to be named.

MZ Tahir’s tailored baju Melayu is pegged at RM180 to RM250 a pair.
While it had been quiet in the first week of Ramadan, his wife expects the crowd to swell in the coming weeks.

“They may be rich and are VVIPs but they still enjoy shopping here, even when the place is crowded,” she added.

Diana Ling, a baju kurung tailor with a shop at Semua House, charges some RM500 per beaded baju kurung. She said those who could afford it might want good fortune on their tailor-made attire.

“They come to me to sew crystal and semi-precious stones such as amethyst and aquamarine on their baju kurung. I recommend them the stones, depending on whether they want good career prospects or to find a life partner.”

At prices that start at RM500, there are clients who send her 10 pairs of baju kurung to be beaded.

“I’ve stopped taking orders. I’ve already taken in more than 1,000 orders.”

This year, she said, clients favoured modern-style baju kurung in sheer material such as chiffon and organza.

“They prefer this to the traditional baju kurung because it shows off the figure better.”

She also said the jubah (robes) or abaya was making a comeback, especially among those aged 40 and above. The long jubah is the latest trend among the older generation.

“It’s popular as it is a two-in-one outfit. It looks like a baju kurung from the outside but it is a jubah from the inside.”

Most of the shops at Jalan Masjid India carry a sizeable collection of the jubah priced at RM120 upwards.

And every year, the trend for the headscarves changes.

If “Datuk K” scarves were the hit last year, popular TV personality Wardina’s style of donning the scarf is being copied by young women.

The older women go for the ready-to-wear variety, made popular by Indonesian women. These scarves are priced at as little as RM15 a piece.

Another old-time favourite is the bawal design, which still fetches over RM80 per piece for the imported variety from Indonesia.

In the men’s department, the in-thing now is baju Melayu made from silk shantung material, as it does not crumple easily and also has a horizontal thread design, which adds character to the outfit.

The well-known Den Wahab Industries Sdn Bhd has tailored at least 7,000 baju Melayu for its three stores in the Klang Valley. Its managing director Zaharudin Abd Wahab said almost all the outfits had been sold.

Men’s baju Melayu at Den Wahab are priced at about RM280 per suit.

New Straits Times

Liza Hanim Mengandung?

10 Sep


LIZA HANIM

PAPA cukup gembira apabila mendengar beberapa artis wanita tempatan kita kini sedang mengandung dan ada yang menunggu hari sahaja untuk bersalin.

Antaranya adalah Erra Fazira, Datin Norjuma Habib, Abby Abadi, Wardina Safiyyah, Anne Ngasri dan Zila Bakarin.

Itulah yang dinamakan rezeki dan semuanya adalah kuasa Tuhan.

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun yang menentukannya adalah Allah. Hanya cepat atau lambat sahaja kerana semuanya sudah tertulis di azali.

Selain daripada nama-nama artis yang Papa sebutkan tadi, Papa dapat tahu daripada sumber Papa yang mengatakan ada lagi seorang artis yang juga tengah mengandung sekarang ini.

Siapa lagi kalau bukan penyanyi bersuara gemersik, Liza Hanim.

Sejauh mana usia kandungannya itu, tidak pula Papa dapat pastikan tetapi menurut sumber Papa, kandungannya itu masih baru lagi.

Sudah pasti, ia berita yang menggembirakan buat Liza dan suaminya, Shah. Patutlah namanya kini agak senyap. Rupa-rupanya berisi. Bak kata pepatah, diam-diam ubi berisi gitu.

Bukan itu sahaja, anak sulung Liza, Marsya Qistina pastinya akan gembira apabila dia akan mendapat seorang adik.

Tidaklah lagi dia berasa sunyi. Papa hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Liza dan Shah. Mana tahu rezeki dikurniakan dengan anak lelaki pula kali ini.

Utusan Malaysia

Liku-Liku Bahagia Arni Nazira

21 Aug

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


SAAT-SAAT manis bersama Awie.

BERTEMU dengannya baru-baru ini, jelas terpancar sinar kebahagiaan pada wajahnya. Kulit putih mulusnya itu kelihatan bercahaya tatkala berbicara dengan pihak media yang cuba untuk mengorek ceriteranya yang terbaru.

Apatah lagi, tampil manis dengan imej bertudung yang ternyata menyerlahkan lagi keayuan wajah lembutnya itu yang semakin berisi.

Tanpa selindung, dia berbicara dengan penuh hemah dan diplomasi. Malah, setiap pertanyaan wartawan dicubanya untuk menjawab sebaik mungkin.

Ditanya adakah dia sedang meniti liku-liku bahagia setelah memendam duka lara sebelum ini, Arni Nazira dengan pantas memberitahu: “Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi kerana saya perlu teruskan hidup dan mencari kebahagiaan untuk diri sendiri.

“Jujurnya, istilah menyesal mahupun serik tidak ada langsung dalam kamus hidup saya kerana bagi saya, apa yang telah berlaku, semuanya sudah ditentukan Allah. Jadi, tidak baik untuk menyalahkan takdir setelah apa yang terjadi.”

Demikian luahan jujur Arni setelah agak lama menyepi dari dunia seni.

Umum sudah mengetahui istana cinta Arni yang binanya bersama pelakon dan penyanyi terkenal, Awie pada tahun 1998 akhirnya runtuh.

Malah, selepas mendirikan rumah tangga, dia mengambil keputusan untuk menyepikan diri dari bidang seni.

Menerusi perkahwinannya dengan Awie, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan, Puteri Aleeya Antasha, 7, dan Puteri Aleefa Antasha, 4.

Berbicara lanjut mengenai perjalanan hidupnya kini, anak seni kelahiran Terengganu Darul Iman ini memberitahu, dia cukup selesa dengan kehidupannya kini.

Biar sesekali kesunyian hadir dalam kehidupannya, dia mengisi waktu lapang yang ada dengan memenuhi pelbagai tawaran menyanyi atau berlakon.

“Alhamdulillah, nampaknya, rezeki masih lagi memihak kepada diri saya dan dengan apa yang saya kecapi kini, saya begitu bersyukur kerana masih lagi diberi peluang menonjolkan bakat dan kemampuan saya menerusi bidang lakonan,” ujarnya lagi.

Drama bersiri Bonda yang kini ditayangkan di TV9 pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam merupakan drama keduanya selepas Tidak Pernah Ku Sesali yang pernah ditayangkan di RTM tidak berapa lama dulu.

“Tawaran untuk drama Bonda ini sukar untuk saya tolak kerana wataknya begitu menarik dan mencabar sekali. Saya percaya penerbit tidak akan memberikan sembarangan watak sesuka hati mereka seandainya mereka tidak percaya pada bakat saya,” kata wanita ini penuh optimis.

Sepanjang menceburkan diri dalam bidang seni kira-kira 10 tahun yang lalu, Arni sempat membintangi sebuah filem berjudul Nafas Cinta dengan membawakan watak Zurina.

Filem tersebut juga telah menggandingkan dirinya bersama bekas suaminya dan aktres Maizurah Hamzah.

Arni turut memberitahu, hubungannya bersama Awie masih lagi berjalan dengan baik demi anak-anak.

“Saya boleh melawat anak bila-bila masa sahaja dan disebabkan itu saya katakan, kehidupan saya kini lebih stabil dan lebih bererti. Semua ini rahmat daripada Tuhan yang terus memberikan peluang kedua kepada saya untuk mencari rezeki,” tuturnya lembut.

Dalam pada itu, Arni atau nama sebenarnya, Arni Nazira Anuar turut ditanya tentang imej terbarunya yang sememangnya mengejutkan hadirin yang hadir pada majlis pelancaran drama tersebut.

“Hati saya sudah terbuka untuk bertudung dan tiada siapa yang memaksa saya. Malah, inspirasi untuk memakai tudung ini hadir apabila kerap naik turun mahkamah,” kata Arni sambil ketawa manja.

Apa yang membuatkannya begitu bersemangat adalah apabila orang di sekelilingnya memberikan sokongan padu dan gembira dengan perubahan dirinya itu.

Malah, Arni dengan penuh optimis tidak merasakan imej bertudung akan menyekat peluangnya untuk meneroka watak yang lebih mencabar.

“Rakan-rakan artis lain seperti Wardina Saffiyah, Ogy Ahmad Daud dan Kartina Aziz sudah membuktikannya. Jadi, saya rasa tiada masalah untuk saya dalam bidang lakonan ini,” kata ibu tunggal muda ini penuh makna.

Dalam perkembangan lain, bekas peserta rancangan Asia Bagus ini juga masih menanam impian untuk merakamkan album sementelah dia hanya sempat merakamkan sebuah album pada tahun 1997 berjudul Cinta Antara Benua.

Malah, Arni yang berkesempatan memahat nama sebagai penyanyi wanita popular ketika itu saat namanya meledak menerusi lagu Cinta Antara Benua.

Sempat diusik dengan pertanyaan sama ada hatinya sudah diisi, dengan sekuntum senyum, Arni memberitahu dia belum memikirkan soal cinta dan perkahwinan buat masa ini.

“Kalau boleh, saya mahu lelaki yang beriman dan boleh membimbing saya ke arah yang benar,” ucapnya ringkas.

Utusan Malaysia

Norman, Abby Tidak Lekang Diuji

9 Jul

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my

BAHAGIA… Norman dan Abby bersama anak-anak mereka, Mohd. Danish Hakim, 5, dan Marisa Dania Hakim, 3.

SETIAP pasangan suami isteri yang melayari bahtera rumah tangga pastinya tidak akan henti diuji oleh Yang Maha Kuasa.

Malah, tiada perkahwinan yang tenang sepanjang masa kerana geloranya pasti hadir tanpa diundang.

Ujian yang dihadapi sebenarnya mahu membuktikan sejauh mana kesetiaan dan kematangan si suami dan isteri dalam menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Seandainya keduanya tidak mengambil keputusan yang bijak untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka, maka, perkahwinan yang dibina itu pastinya akan hancur dan anak-anak akan menjadi mangsa sedangkan mereka sendiri tidak mengenal erti perceraian.

Begitu juga dengan perkahwinan pasangan romantis Norman Hakim dan Abby Abadi yang kini sudah pun berusia enam tahun.

Umum pastinya mengetahui rumah tangga mereka pernah dilanda badai serta diuji dengan dugaan yang cukup hebat.

Tetapi, itu semua kisah lama yang sudah tersimpan rapi dalam lipatan sejarah mereka dan kini, mereka sudah begitu matang mengharungi hidup sebagai suami isteri.

Segala kenangan pahit itu dilempar jauh dari hidup mereka dan seterusnya, mereka bangkit melawan dengan

Apatah lagi kini, mereka menunggu kelahiran anak ketiga mereka yang dijangka lahir pada bulan September ini.

Saat ditemui pada sambutan majlis hari jadi anak kedua mereka, Marisa Dania Hakim atau Dania di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor Ahad lalu, Norman mengakui, apa yang telah berlaku dalam perkahwinan mereka telah membuatkan mereka lebih menghargai serta meningkatkan kualiti hidup.

“Prinsip hidup saya begitu mudah. Apa sahaja yang berlaku saya menganggap ia sebagai satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah dan saya menganggap semuanya sebagai ketentuan Qada dan Qadar.

“Seandainya jika selepas ini ada perkara yang tidak diingini berlaku dalam hidup saya serta spekulasi, saya terpaksa menerimanya kerana ini jalan yang saya pilih tetapi, saya akan menepisnya dengan cara yang matang.

“Begitu juga dengan isteri saya dan kami sudah faham dengan keadaan masing-masing. Apa sahaja masalah yang kami hadapi, kami selesaikan cara yang baik dan elok demi memelihara keharmonian rumah tangga.

“Dalam usia 32 tahun, sememangnya ia cukup mematangkan saya dalam segala perkara yang saya lakukan,” katanya yang sempat mencuri masa untuk ditemu bual.

Jelasnya lagi, dengan hadirnya anak-anak dalam hidup mereka, ia telah melengkapkan lagi kehidupannya. Malah, dia juga sudah mempunyai perancangan untuk anak-anaknya juga.

“Saya memang sukakan anak dan sebolehnya, saya mahu memiliki enam orang anak. Bagi saya, mereka adalah penyambung generasi dan saya mahu lihat perniagaan saya dipelihara dan diwarisi oleh anak-anak saya,” katanya yang menjalankan perniagaan di bawah syarikatnya, Kumpulan MDH.

Seperti mana suaminya, begitu juga dengan Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan juga mahu perjalanan hidup mereka diberkati dan dapat menikmati kehidupan mereka dengan penuh bahagia di samping anak-anak.

“Banyak yang telah saya pelajari dari apa yang telah dilalui dan saya mahu meneruskan hidup bersama suami dan anak-anak dengan tenang. Apa sahaja yang berlaku, semuanya telah tertulis dan ia menjadi satu pengajaran untuk saya untuk menjadi seorang yang lebih baik.

“Kini dengan menanti kelahiran anak ketiga saya, tiada apa yang lebih bahagia melainkan bersama keluarga tercinta. Malah, saya kini lebih menghabiskan masa bersama mereka seandainya saya tidak ada penggambaran,” ceritanya yang pernah terkenal dengan watak Inspektor Aliza menerusi Gerak Khas.

Bakal memilik anak perempuannya yang kedua pada 21 September ini, Abby dengan penuh harapan mahu anak-anaknya menjadi seorang yang amat berguna kepada agama, bangsa dan negara. Malah, dia juga tidak pernah putus mendoakan harapan itu setiap kali selepas solat.

“Pada saya, anak seharusnya dilihat sebagai seorang sahabat kerana jika perhubungan itu terjalin, anak akan berasa selesa dengan kita dan secara tidak langsung, ia akan mengeratkan lagi perhubungan antara seorang ibu dan anak.

“Tetapi, dalam masa yang sama didikan untuk anak-anak juga amat saya titik beratkan dan saya memberikan yang terbaik buat mereka agar mereka tidak akan lupa akan jasa kedua orang tua mereka,” kata Abby penuh makna.

Bercerita tentang pengalaman mengandung kali ketiga, Abby memberitahu situasinya adalah sama seperti mana sebelum ini dan tidak banyak bezanya.

Sementara itu, pada majlis hari jadi yang diadakan itu, turut dihadiri hampir 60 orang termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan anak-anak yatim dari Rumah Belaian Kasih.

Rakan-rakan artis seperti Wardina Safiyyah turut hadir bersama suami dan anak-anak. Malah, Emelda Rosmila dan kekasihnya, Adlin Aman Ramlie juga hadir memeriahkan majlis.

Norman jadi penerbit drama

BERCERITA tentang perkembangan seni pula, Norman memberitahu, dia masih lagi meneruskan wataknya sebagai Inspektor Haris dan sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Gerak Khas yang sudah pun memasuki musim ke-37.

Malah, dia juga akan turun ke lokasi musim kedua, drama bersiri, Kisah Kaisara.

Bukan itu sahaja, dengan penuh teruja, Norman berkongsi kegembiraan apabila dia kini mengorak setapak lagi langkah dalam karier seninya apabila akan menjadi penerbit filem bersama Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) dan portal hiburan, gua.com.my.

“Buat masa ini, filem yang bercorak misteri itu semuanya masih lagi dalam perancangan. Skripnya juga sedang dirombak dan pengarahnya juga belum ditetapkan lagi.

“Sama ada saya akan menjadi pelakon utamanya, tidak dapat lagi dipastikan. Insya-Allah, apabila semuanya sudah menjadi, saya akan umumkan kelak,” kata Norman yang pernah dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia Ke-15 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Pasrah pada tahun 2001.

Bagi Abby pula, dia akan sibuk di lokasi untuk drama bersiri, Apa Itu Cinta? terbitan Mariana Hashim Productions sebanyak 13 episod yang akan disiarkan di Astro Prima (saluran 105, Astro) kelak.

Bukan itu sahaja, dia juga akan kembali ke lokasi drama bersiri, Hikayat Putera Shazlan yang akan menjalani penggambaran sepanjang cuti sekolah pada bulan Ogos depan.

“Saya anggap ini semua rezeki anak saya yang bakal lahir dan saya bersyukur, tawaran masih lagi datang kepada saya meskipun kini saya menghitung hari untuk bersalin,” jelasnya sambil memangku Dania penuh mesra.

Utusan Malaysia

Wardina Fokus Kerjaya, Keluarga

23 Jun

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


wardina bersama permata hatinya Amna Nafeesa (kiri) dan Azra Sareera (kanan).

MUNGKIN inilah yang dinamakan rezeki. Kalau tidak di bidang lakonan, mungkin terhampar luas di cabang pengacaraan.

Apa yang pasti, bagi wanita cantik berdarah kacukan Acheh dan Australia ini, cabang rezekinya pasti ada asalkan dia berusaha untuk mencarinya.

Ditemui baru-baru ini, ternyata Warnida Saffiyah Fadlullah atau lebih mesra disapa Wardina ini masih jelita seperti awal kemunculannya.

Apatah lagi kegembiraan terpancar pada wajahnya lantaran dia kini sedang lima bulan hamil anak ketiga.

Menceritakan tentang kehamilannya, kata isteri kepada Ikhwan Johari itu, dia dan suaminya tidak merancang untuk mempunyai cahaya mata ketiga secepat itu.

Menganggap ia merupakan rezeki yang telah ditentukan Tuhan, dia dan suami menyambut baik berita gembira itu dan menerimanya dengan hati terbuka.

Ternyata rezekinya tidak hanya tertumpu kepada keluarga semata-mata tetapi juga bidang kerjaya sebagai pengacara dan pelakon.

“Alhamdulillah, rezeki saya sekarang semakin murah tetapi lebih banyak tertumpu kepada bidang pengacaraan berbanding lakonan.

“Saya masih minat berlakon, tetapi setakat ini saya belum menerima apa-apa tawaran, cuma tawaran berlakon dalam drama bersiri Impian sahaja,” kata ibu kepada dua anak, Amna Nafeesa, 5, dan Azra Sareera, 2 tahun itu.

Antara program yang dikendalikan oleh Wardina ketika ini termasuklah Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Carta Nasyid di TV9 dan rancangan Ibu Mithali di Astro Oasis.

Rasa Bersalah

Sesekali, terdetik rasa bersalah di hatinya terhadap anak-anak lantaran kesibukannya melunaskan tuntutan sebagai pengacara dan pelakon.

“Tapi apa boleh buat, kebanyakan tawaran mengacara saya dapat sebelum saya hamil lagi. Ini pun rezeki buat saya dan saya harus menerimanya dan pada masa yang sama disahkan mengandung nak tolak pun tak boleh, terpaksalah teruskan juga.

“Kadang-kadang kasihan juga dengan anak-anak sebab saya terlalu sibuk, sekarang terpaksa bagi pengasuh yang jaga. Itu yang membuatkan saya rasa bersalah sangat,” akui Wardina tanpa berselindung.

Bagaimanapun, menurut Wardina, kesabaran suaminya yang seringkali memahami situasi serta status dirinya sebagai seorang selebriti, membuatkan dirinya berasa begitu bertuah.

Minat berlakon cerita keagamaan

Kalau sudah namanya pelakon, apa sahaja jurang yang hadir pasti akan berbalik kepada lakonan juga.

Begitulah yang dirasai oleh Wardina ketika ini.

Minatnya yang mendalam terhadap dunia lakonan masih menebal biarpun perlahan-lahan beralih ke bidang pengacaraan.

Bagaimanapun menurut Wardina, peluang untuknya terus berlakon agak sukar diperolehi lantaran imejnya yang bertudung sejak tahun 2002.

Tidak mahu cepat membuat telahan negatif, kata Wardina, walaupun dia mampu melakonkan pelbagai watak, namun situasi dirinya yang bertudung ketika berlakon di set pengambaran bukanlah semudah yang disangka.

“Berlakon memerlukan banyak babak, mungkin ada babak antara suami dan isteri, jadi bila kita sudah bertudung semuanya jadi terhad.

“Apatah lagi, melakonkan situasi biasa seperti di dalam rumah. Logiknya dalam rumah tidak perlu pakai tudung tetapi saya perlu bertudung walaupun melakonkan babak ke bilik air,” luah Wardina tentang kesulitan yang dialaminya.

Menurut aktres ini, dia akan mempertimbangkan jika ada pihak yang mahu menawarkannya berlakon cerita-cerita agama kerana hasrat hatinya ingin memperluaskan bakat lakonannya ke genre lakonan berunsurkan keagamaan pula.

Terbaru, Wardina bakal muncul sebagai Kak Ju dalam siri Impian yang bakal ditayangkan di TV3 mulai 23 Jun ini pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 3.30 petang sementara siaran ulangan, setiap Sabtu pukul 12.30 tengah hari.

Turut membintangi Impian ialah Esma Daniel, Ashraf Muslim, Zoey, Tiz Zaqyah, Kamal dan Al-Hafiz.

Utusan Malaysia

Cabaran Diana Dalam Impian

23 Jun

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


Diana (berdiri, tiga dari kiri) bersama barisan pelakon yang membintangi siri Impian.

MENJEJAKKAN kaki ke persada seni hiburan tempatan umpama mimpi jadi nyata kepada pendatang baru berbakat besar ini.

Menginjak ke usia 22 tahun pada 22 Jun lalu, Diana Amir yang lebih mesra dengan panggilan Diana sememangnya mempunyai pakej lengkap untuk bergelar anak seni.

Manis dan berkeyakinan tatkala beraksi di hadapan lensa kamera, menjadi sumber kekuatannya untuk meraih perhatian ramai.

Justeru, keputusan menyertai sesi uji bakat lakonan di Pulau Pinang sekitar dua bulan lalu dianggap tepat apatah lagi ia seakan membuka ruang buatnya kerana terpilih sebagai pelakon utama drama bersiri Impian yang bakal ditayangkan di TV3 mulai hari ini.

Ditemui ketika majlis sidang media drama tersebut baru-baru ini, kata penuntut tahun akhir jurusan Ijazah Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM) itu, dia hanya ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Tidak pernah terlibat dalam mana-mana bidang lakonan sebelum ini, akuinya, dia begitu meminati cabang kerjaya yang baru berputik itu.

Walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman, baginya itulah bekalan untuk melakukan yang terbaik kerana yakin terhadap bakat yang dimilikinya.

Ditanya tentang pengalaman pertamanya beraksi di set Impian, kata Diana: “Sebenarnya berat juga nak bawakan watak utama sebagai Aleeya sebab sebelum ini saya memang tak pernah berlakon.

“Mula-mula memang rasa susah, bagaimanapun, saya tidak mahu jadikan faktor tersebut sebagai penghalang. Saya akan cuba perbaiki diri dan mutu lakonan sebab saya tidak mahu kecewakan para peminat siri Impian Illyana yang telah ada pengikutnya yang tersendiri,” kata Diana penuh keyakinan.

Tidak takut dibayangi Lydia

Impian merupakan kesinambungan daripada drama bersiri popular, Impian Illyana yang pernah ditayangkan di TV3 selama tiga musim sejak tahun 2004.

Watak yang dilakonkan Diana adalah sebagai Aleeya, adik tiri kepada Illyana (lakonan Lydia Ibtisam) yang seringkali disebut oleh Illyana dalam siri Impian Illyana sebelum ini.

Menurut Diana, Impian menceritakan bagaimana Aleeya yang menetap bersama keluarganya di Australia pulang ke Malaysia untuk mencari pengalaman dan memulakan kerjayanya dalam bidang kewartawanan.

Sementara watak Illyana direhat seketika kerana melanjutkan pelajaran keluar negara.

Apa yang pasti, bukanlah satu tugas mudah bagi Diana kerana dia perlu memastikan bahawa rating yang dicapai oleh Impian Illyana tidak menurun kerana watak Aleeya dalam siri tersebut.

Impian Illyana yang bersiaran sejak tiga musim itu telah mempunyai para pengikutnya yang tersendiri dan pastinya para peminat mahukan sesuatu yang ‘lebih’ bagi menan- dingi kehebatan siri Impian Illyana.

Ditanya tidakkah dia berasa gusar jika ada pihak yang cuba membandingkan cara lakonannya dengan Lydia Ibtisam, kata Diana dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu sebaliknya mahu terus mencuba yang terbaik dalam lakonan.

“Sebenarnya, watak kami memang berbeza dalam cerita ini. Illyana merupakan seorang yang manja tetapi watak Aleeya tidaklah manja sangat. Dia (Aleeya) sukakan cabaran dan suka melakukan sesuatu yang baru dalam kehidupannya.

“Setiap kali menghadapi masalah, ada sahaja idea yang dia dapat sebagai jalan penyelesaian,” jelas Diana tentang perbezaan watak Aleeya berbanding Illyana dalam drama 65 episod itu.

Mengharapkan sokongan daripada para peminat siri Impian Illyana sebelum ini, tambah Diana, dia kini bersedia menghadapi segala cabaran dan dugaan yang bakal menyapa sepanjang penglibatannya dalam kerjaya seni.

Minta persetujuan bapa

Mungkin ramai yang tidak tahu, di sebalik kegigihan Diana meningkatkan produktiviti lakonan, rupa-rupanya dia begitu sukar memperoleh persetujuan daripada bapanya untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.

“Sebenarnya keluarga saya tahu yang saya memang minat dalam bidang seni sebab sebelum ini saya pernah terlibat dengan teater dan tarian di sekolah dan universiti, tetapi untuk serius berlakon, memang mereka nampak terkejut.

“Mungkin sebab saya belum habis belajar lagi, jadi mereka risau jika saya terkandas dalam pelajaran. Jujur, kalau mereka tidak bagi saya memang tak akan berlakon, tetapi akhirnya mereka merestui kehendak saya,” kata gadis kelahiran Birmingham, England itu lagi.

Impian bakal disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 3.30 petang manakala siaran ulangan bakal disiarkan setiap Sabtu pukul 12.30 tengahari.

Para peminat siri Impian Illyana, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan Impian yang memaparkan pergolakan kehidupan Aleeya bersama Kak Ju lakonan Wardina Saffiyah dan suaminya Azri (Esma Daniel) serta rakan-rakannya Nik (Junad Mohd. Nor) , Kim (Zoey), Kay (Al-Hafiz) dan Ika (Tiz Zaqyah).

Sinopsis

Berkisarkan Aleeya, adik tiri kepada Illyana yang mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia setelah lama menetap di Australia bersama keluarganya.

Di Malaysia, Aleeya mencari pengalaman dan memulakan kerjayanya dalam bidang kewartawanan di Utusan.

Sepanjang bekerja, Aleeya bertem- bung dengan beberapa rakan baru termasuklah Johan Dhani seorang wartawan di Berita Kuala Lumpur (lakonan Kamal Adli), Rita (Azliana Azizi), Laila (Farah Nadia) dan Puan Hani.

Bosan dengan kongkongan bapa, Aleeya lebih suka bersendirian dan menghilangkan kebosanannya dengan melayari internet. Dalam masa yang sama, dia cuba mendekati keluarga kakak tirinya, Illyana termasuklah Kak Ju dan Kak Faz.

Utusan Malaysia

Wardina Hamil Lagi

19 Jun

Oleh AQMAR ALLADAD


WARDINA bakal dikurniakan anak ketiga.

TERKEJUT juga melihat kelibat Wardina Saffiyah Fadlullah pada majlis memperkenalkan pelakon-pelakon drama pendek bersiri popular, Impian.

Ini kerana sekilas pandang, Wardina kelihatan sedikit berisi seperti sedang hamil.

Namun, setelah diperhatikan dengan teliti, memang benar pelakon jelita ini sedang hamil.

Rupa-rupanya Wardina sudah lima bulan hamil dan bakal menimang anaknya yang ketiga. Itulah dikatakan rezeki baginya yang tidak langsung merancang untuk mendapat cahaya mata.

“Memang saya tak rancang tetapi seronok juga dan ini dikatakan rezeki jadi terima saja lah,” ungkapnya dengan penuh senyuman manis.

Wardina, 29, yang sudah memiliki dua orang anak iaitu Amna Nafeesa, 5, Azra Sareera, 2, hasil perkongsiannya bersama suami, Ikhwan Johari, 33, menegaskan bakal berhenti berehat seketika daripada kerjayanya itu apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan.

Petah menuturkan bicara Wardina memberitahu, pada awal kandungan dirinya begitu penat sekali kerana sibuk dengan tugas harian seperti bidang pengacaraan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI) dan juga penggambaran Impian yang sebenarnya merupakan Impian Illyana musim ketiga yang diberi nafas baru.

Beritahu Wardina, dia terpaksa mengambil pemandu khas untuk membawanya ke lokasi penggambaran MHI kerana dia tidak berdaya dan sering kemurungan setelah penat seharian mencari rezeki.

Namun, Wardina bersyukur kerana mempunyai suami yang cukup memahami keadaan dirinya ketika itu.

“Awal kandungan dulu memang tak larat. Bayangkan pagi di MHI lepas itu ke lokasi penggambaran. Balik pun dah lewat pagi kemudian esoknya kena buat MHI lagi,” ujarnya.

Menyentuh mengenai Impian, hanya Wardina pelakon asal Impian Illyana yang kekal.


WARDINA (kiri) bersama pelakon baru siri drama Impian, Diana Amir.

Walaupun berdampingan dengan barisan pelakon baru seperti Diana Amir, Al-Hafiz, Tiz Zaqyah dan Kamal, Wardina tetap gembira membintanginya.

“Watak yang diberikan memang sesuai dengan diri saya. Lagipun dalam siri ini saya seorang wanita hamil jadi memang sekarang ini pun saya hamil. Maka tak susah untuk bawakan watak sebegitu,” jelasnya lagi.

Tambahnya, “Saya berbangga kerana walaupun mereka muda dan masih baru, tetapi mereka mudah memberikan kerjasama dan tahu apa yang perlu dilakukan.”

Merupakan sebuah drama interaktif, Impian memberi peluang kepada penonton untuk meneka kesudahan jalan cerita yang dipaparkan setiap hari.

“Bagi saya, drama ini bukan sekadar hiburan, tetapi banyak mesej yang cuba ditonjolkan, selain daripada persoalan kekeluargaan.

“Setidak-tidaknya, ia memberi manfaat dan mengajak penonton berfikir daripada ketawa kosong,” ujarnya lagi.

Tawaran terhad kerana bertudung

Memandangkan Wardina kini lebih menonjol dalam bidang pengacaraan adakah dia tidak lagi ingin serius dalam lakonan?

Ini kerana Wardina lebih menyerlah dan selesa dalam bidang pengacaraan seperti rancangan Carta Nasyid siaran TV9 dan Ibu Mithali di Astro.

“Buat masa kini rezeki dan tawaran dalam bidang lakonan untuk saya memang tiada, ia lebih banyak kepada hos rancangan sahaja,” jawabnya dengan tenang.

Wardina menjelaskan mungkin disebabkan imejnya yang bertudung sepanjang masa, maka watak lakonan juga haruslah bersesuaian dan terhad.

“Bukan mudah untuk cari watak yang langsung tidak membuka tudung. Ia perlu mempunyai kreativiti supaya jalan cerita yang ada itu sesuai dengan saya,” katanya yang mula memakai tudung sejak 2002 lagi.

Kosmo

Info TV: Lima Lagi Drama Hebat Di Slot Cerekapilihan Buat Penonton TV3

1 May

SLOT Cerekapilihan menyiarkan lima drama yang menjanjikan kepuasan kepada penonton setia TV3 iaitu Good Morning Cikgu, Good Afternoon Cikgu, Selimut Putih, Maafkan Aku Mama dan Kalam Cinta Rabiah. Slot itu disiarkan pada hari Jumaat jam 1 tengah hari.

Sinopsis

Good Morning Cikgu (2 Mei 2008)

Akibat kegawatan ekonomi yang berlaku sewaktu Alice pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian luar negara, sukar untuk Alice mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya. Akhirnya, Alice memohon untuk menjadi seorang guru dan permohonannya mendapat maklum balas positif. Alice mengalami kejutan budaya setelah dihantar bertugas ke kawasan pedalaman di kawasan utara. Namun Alice terpaksa juga menghadapi kerenah anak-anak muridnya yang tidak tahu menggunakan bahasa Inggeris. Sikap orang kampung juga kadang kala memeningkan kepala Alice. Dia mula menyukai pengembala lembu di kampung itu bernama Budin yang kerap berada di samping lembunya yang digelar Rahul.

Pelakon : Zizie Ezzette, Sheila Rusly, Radhi Khalid, Hamidah Wahab, Zaidi Omar

Good Afternoon Cikgu (9 Mei 2008)

Cikgu Alice selamat melahirkan anak perempuan. Semasa di dalam pantang, Cikgu Alice tinggal bersama keluarganya di bandar. Cikgu Tipah masih belum berkahwin dan apabila melihatkan keadaannya, Mami merasa kasihan. Dia mengajak Cikgu Tipah bertemu bomoh supaya cepat mendapatkan jodoh. Semasa sedang mandi bunga, bomoh memberikan satu syarat, dia harus menerima lamaran orang pertama yang masuk meminangnya dan Cikgu Tipah setuju dengan syaratnya itu. Suatu hari, Shah Rukh (lembu Muis) berkeliaran di sekitar rumah Cikgu Tipah. Muis terus jatuh cinta apabila melihat kelibat Cikgu Tipah.

Pelakon : Sheila Rusly, Kartina Aziz , Radhi Khalid, Jalil Hamid, Zaidi Omar, Hamidah Wahab

Selimut Putih (16 Mei 2008)

Drama ini mengisahkan penderitaan seorang ibu yang diabaikan anaknya kerana hasutan menantu. Mak Teh tinggal di belakang rumah anaknya, Najib dan hubungannya bersama menantunya, Mona tidak baik. Najib dan Mona berjanji hendak membawa Mak Teh tinggal sebumbung dengannya sebelum mendapat tanah arwah bapanya, tetapi mereka telah memungkiri janji itu. Manakala Mak Nona juga mengalami nasib yang sama dengan Mak Teh yang dihalau dari rumah anak perempuannya, Minah.

Pelakon : Norlia Ghani, Rusdi Ramli, Rita Rudaini, Noor Khiriah, Roslan Salleh, Zaidi Mohd Nor

Maafkan Aku Mama (23 Mei 2008)

Mengisahkan penyesalan seorang anak yang tidak dapat meminta maaf buat kali terakhir terhadap perbuatannya sebelum ibunya meninggal dunia. Aiman kehilangan bapanya semasa dia masih lagi kecil. Sue, ibu kepada Aiman berkahwin dengan Zarul setelah kematian suaminya, Malik. Perkahwinan itu bukanlah atas kehendak Sue tetapi di atas kehendak bapa mentuanya yang tidak mahu Aiman kehilangan rasa kasih sayang seorang ayah. Tetapi perkahwinan itu tidak direstui Aiman. Sejak kejadian itu, Aiman merajuk dengan perbuatan ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Pelakon : Hairie Othman, Azizah Mahzan, Jalil Hamid, Sabrina Ali

Kalam Cinta Rabiah (30 Mei 2008)

Datuk Johari masih mengharapkan supaya Rabiah berhenti sebagai jururawat dan menerima tawarannya bekerja di Nilam Holding sebagai Pengarah Projek. Namun, Rabiah tidak berganjak dari keputusannya. Rabiah berjaya memujuk Julia yang mempunyai anak luar nikah untuk terus belajar demi masa depannya. Datuk Johari yang kecewa dengan Rabiah sanggup menggugurkan nama Rabiah sebagai penerima harta warisannya. Di tempat kerjanya, Rabiah berkawan rapat dengan Zakuan. Zakuan mencadangkan Rabiah terima saja permintaan ayahnya.

Pelakon: Wardina Saffiyah, Zamarul Hisham, Benji, Faizal Hussein, Dian P Ramlee, Hafizzuddi , Fiza.

Powered by Berita Harian

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.