Archive | Yusni Hamid RSS feed for this section

NSTP Bags 5 Entertainment Awards

14 Jun

(From left) Amir Muhammad, Abie Abdullah, Suraya Al-Attas, Zainuri Misfar and Akmal Abdullah with their awards at Dewan Merdeka in Putra World Trade Centre yesterday.
(From left) Amir Muhammad, Abie Abdullah, Suraya Al-Attas, Zainuri Misfar and Akmal Abdullah with their awards at Dewan Merdeka in Putra World Trade Centre yesterday.

KUALA LUMPUR: The New Straits Times Press group’s entertainment writers bagged five awards at the Anugerah Tinta Gafim 2008 at Dewan Merdeka in Putra World Trade Centre here last night.

The winners were judged for their contributions to the development of the country’s arts and culture industry.

NST Life & Times editor Suraya Al-Attas was awarded the Anugerah Tinta Gafim 2008 trophy for her article titled No Looking Back Now, a commentary piece which discussed the trend of local film industry.

She received a trophy, RM1,000 and a certificate.

Columnist Amir Muhammad also won an award for his articles titled Sivaji the Boss and The Numbers.

Akmal Abdullah of Berita Harian received the Kritikan Industri Filem dan Musik award.

Zainuri Misfar of Berita Harian and Abie Abdullah of Harian Metro bagged the award for best feature in the Malay category.

Each received a trophy, RM1,000 and a certificate.

Veteran journalist Aimi Jarr was named Tokoh Wartawan Hiburan for his lifetime contribution in the entertainment industry.

He received RM6,000, a trophy and a certificate.

The Tokoh Gafim was awarded to veteran actor Tan Sri Jins Shamsudin while veteran actor Salleh Ghani was posthumously awarded the Hadiah Khas Gafim.

Guests of honour were Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim and his wife, Datin Masnah Rais.

Also present were Deputy Minister of Unity, Culture, Arts and Heritage Teng Bong Soon and Federation of Malaysian Film Associations (Gafim) president Datuk Mustapha Maarof.

Guests were entertained to performances featuring Datuk Ahmad Jais, Datuk Yusni Hamid, Amy Search, Ramli Sarip, Waheeda, Faizal Tahir and Dina.

The event was organised by Gafim and National Film Development Corporation with the support of Ministry of Unity, Culture, Arts and Heritage.

 

Powered by New Straits Times

Fatimah M. Amin Sertai Kawan

4 Jun

Kumpulan aktif anjur kegiatan keagamaan
dan riadah

OlehZawiyah Salleh

PENYANYI dan pelakon filem serta drama yang popular lebih 20 tahun lalu mungkin tidak dikenali peminat seni generasi baru, namun bagi ‘angkatan lama’, artis- artis lama ini biasanya masih kekal dalam ingatan.

Bukan itu saja, malah ada yang masih ingat lagu-lagu para penyanyi lama ini atau lakonan filem dan drama mereka.

Antara artis lama yang dimaksudkan ialah penyanyi dan juga pelakon Julie Sudiro, Datin Azizah Mohamad (isteri Datuk A. Rahman Hassan), penyanyi Datin Orchid Abdullah, Datuk Yusni Hamid, pelakon Hajah Aspalela Abdullah dan Hajah Hamidah Urif.

Meskipun jarang muncul di pentas, artis-artis ini sebenarnya masih aktif sebagai anggota Kumpulan Artis Wanita Negara atau ringkasnya Kumpulan Kawan.

Antara kegiatan mereka ialah mencari dana yang sebahagiannya didermakan kepada anak yatim.

Satu-satunya anggota kumpulan itu dari Singapura ialah penyanyi tahun 1965 hingga 1970-an, Fatimah M. Amin, 58 tahun, yang popular dengan lagu Teruna.

‘Saya tertarik menganggotai kumpulan ini kerana kegiatan mereka sesuai dengan usia kebanyakan anggotanya, seperti mengadakan majlis tahlil, membaca surah Yasin, mengadakan persembahan Maulud, marbahan dan berzanji di pasar raya atau rumah orang perseorangan.

‘Kumpulan ini juga menganjurkan kelas-kelas agama dan mengaji. Antara yang sering membetulkan tajwid kami ialah penyanyi Julie Sudiro, yang belajar mengaji di Madinah.

‘Bukan itu saja. Kami juga sering mengadakan kenduri-kendara di rumah masing-masing dan membawa satu atau dua jenis makanan yang dimasak di rumah untuk majlis itu.

‘Dalam bulan puasa pula, kami sering berbuka puasa beramai-ramai dan bersolat tarawih.

‘Kami juga sering beriadah bersama seperti bersenam. Pendeknya, ada saja kegiatan yang dijalankan dan kami tidak berasa sunyi,’ terang Fatimah.

Mengenai dana yang dikumpulkan, katanya, ia disimpan dalam tabung Kumpulan Kawan dan dikeluarkan setahun sekali.

Sebahagiannya digunakan untuk membeli pakaian seragam untuk majlis marhaban, ada untuk anggota yang sakit dan sebahagian lagi didermakan kepada anak- anak yatim.

Pengerusi Kumpulan Kawan ialah Datin Azizah, manakala naib pengerusi satunya ialah Datin Orchid dan naib pengerusi dua ialah Hajah Aspalela. Datuk Yusni bertindak selaku penolong setiausaha.

Datin Umi Kalsom bertindak selaku penasihat, dan anggota-anggota lain termasuk Julie Sudiro, pelakon Maria Arshad dan Mimi Loma.

Fatimah, yang mempunyai empat orang anak yang telah mendirikan rumah tangga, kerap ke Malaysia sejak beberapa tahun lalu apabila mendapat tawaran menyanyi seperti di Istana Budaya.

Sekurang-kurangnya dalam sebulan, beliau mendapat dua atau tiga tawaran menyanyi.

Ini membantunya menampung hidupnya selain wang pemberian anak-anaknya, kata beliau.

‘Saya menyewa sebuah kondo. Hasil daripada wang menyanyi saya gunakan untuk membayar sewa kondo, manakala wang pemberian anak-anak saya gunakan untuk keperluan lain seperti makan minum.

‘Saya seronok ke Kuala Lumpur kerana ada saja kegiatan dalam Kumpulan Kawan,’ kata Fatimah.

Powered by Cyberita

Erti Sebenar Hari Seniman

3 Jun

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA liza.zakaria@utusan.com.my

Tarian Selamat Datang pelbagai kaum sebagai pembukaan majlis sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008.

SENIMAN merupakan orang yang mampunyai bakat seni, mencipta hasil seni dan memperagakan karya-karyanya. Lebih jauh, ia merupakan insan-insan yang berjaya membawa perubahan serta memberi sumbangan besar terhadap perkembangan seni dan budaya negara. Tidak kira seni budaya mahupun seni hiburan, hakikatnya merekalah pencetus kepada pelbagai ideologi dan perubahan baru terhadap perkembangan budaya dan kesenian sesebuah bangsa.

Nama-nama besar seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Musthapha Maarof, Datin Rosnani Jamil dan Datuk Aziz Sattar merupakan antara mereka yang berjaya dan layak digelar seniman dan seniwati industri perfileman Malaysia.

Ibarat lilin yang membakar diri, mereka umpama penyuluh kepada corak persembahan dan idea pembikinan filem serta rujukan kepada para pelapis serta penggiat seni perfileman tempatan dewasa ini.

Tidak kurang juga mereka yang memberi sumbangan terhadap seni teater negara, pastinya tidak kita lupa pada nama-nama seperti Allahyarham Mustapha Nor, Datuk Syed Alwi, Datuk Rahim Razali, Datuk Faridah Merican dan Ahmad Yatim yang berjaya meningkatkan taraf seni teater negara.

Bagi seni lukis, seni kraf dan arca pula, kita sering mengagumi buah tangan daripada Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wok, Zainab Mamat, Datuk Syed Ahmad Jamal, Datuk Hossein Enas dan juga Latiff Mohidin.

Sementara dalam bidang sastera serta penulisan pula, kita tidak ketinggalan membaca karya-karya hasil nukilan oleh Allahyarham Datuk Dr. Othman Awang, Datuk Nordin Hassan dan Datuk A. Samad Said.

Justeru, atas dasar menghargai segala pengorbanan dan sumbangan golongan seniman dan seniwati negara yang banyak berjasa, maka tanggal 29 Mei pada setiap tahun dipilih sebagai tarikh keramat bagi memperingati jasa golongan tersebut.

Buat pertama kalinya, Hari Seniman Kebangsaan disambut pada 29 Mei lalu.

Dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pastinya ia membawa makna tersendiri kepada golongan yang telah banyak menabur bakti bagi memperjuangkan hasil seni dan karya mereka.

Lantas, slogan Seniman Obor Budaya dilihat bertepatan dengan maksud yang mencerminkan bertapa kesungguhan para seniman dan seniwati terdahulu jelas dipantulkan kepada perkembangan seni budaya tanah air dewasa ini.

Pelbagai falsafah, nilai-nilai murni, cara hidup, semangat perpaduan bangsa yang diterap pada karya-karya agung terdahulu termasuk seni tari, seni tampak dan seni halus serta ukiran yang menjadi lambang budaya negara dari zaman kesultanan Melayu sehingga ke hari ini.

Tidak ketinggalan, penceritaan dalam sesebuah penulisan dan sastera, karya filem seperti Semerah Padi, Ibu Mertuaku dan Bukit Kepong ternyata mampu menyuntik semangat patriotik, perpaduan dan moral tersendiri di kalangan masyarakat tempatan.

Wayang Kulit adalah antara produk seni tempatan yang tidak kurang hebatnya. Sama seperti cabang kesenian tradisional lainnya seperti Mak Yong dan Menora.

Lalu, wayang kulit menjadi pilihan tahun ini sebagai logo rasmi sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Datuk Musthapha Maarof ketika ditemui pada majlis perasmian sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008, menyatakan bahawa hari tersebut merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap insan seni.

“Ini bermakna kerajaan sudah memberi pengiktirafan yang besar terhadap insan seni tidak kira seni budaya ataupun seni hiburan, sehingga ada satu hari yang dikhaskan untuk memperingati para seniman negara.

“Sekarang sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai orang-orang seni untuk sama-sama menyahut seruan kerajaan,” kata beliau sejurus selesai majlis tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang Jun ini bagi menjayakan bulan seniman negara itu.

Antara aktiviti yang menarik untuk dikongsi ialah Malam Anugerah Tinta yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pukul 8 malam pada 13 Jun ini.

Antara lain ialah Apresiasi Seni Penulisan dan Sastera pada 14 Jun ini pukul 10 pagi di Perpustakaan Negara dan Seminar Industri Filem dan Muzik – 5 Tahun Kehadapan pada 21 Jun ini pukul 9 pagi di Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Selain itu, Malam Penghargaan Industri Filem 2008 bakal berlangsung pada 27 Jun pukul 8 malam sementara Seniman Malaysia Di Persada Dunia pula bakal berlangsung di Muzium Negara pada 28 Jun pukul 9 pagi.

Artis muda dan popular kurang kesedaran?Pada majlis yang dihadiri oleh lebih 1,200 hadirin itu, menyaksikan para pelakon senior, para penggiat seni serta para karyawan hadir memeriahkan majlis tersebut.

Antara artis senior yang hadir termasuklah Mariani, Hasyimah Yon, Aspalela Abdullah, Wahid Satay, Datuk Aziz Satar, Tan Sri Jins Shamsuddin, S. Samsuddin, Datuk Yusni Hamid, Datuk Maria Menado, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Seri Tiara Jacquelina dan Fauziah Nawi.

Bagaimanapun, kelibat artis muda dan baru agak kurang kelihatan. Antara artis muda yang hadir termasuklah Noraniza Idris, Imuda, Farid Kamil, Noniswara, Ahmad Idham, Norman KRU dan Iqwal.

Persoalannya, mengapakah sambutan yang dilihat sebagai mengiktiraf golongan seni seperti itu agak suram dan seakan-akan dipinggirkan oleh barisan artis muda dan popular?

Mungkinkah perkataan ‘seniman’ itu sendiri bagi mereka lebih sinonim atau merujuk kepada barisan para artis senior semata-mata? Tepuk dada tanyalah selera.

Ketika diminta mengulas tentang ketidakhadiran para artis muda dan popular, kata Datuk Musthapha Maarof: “Pada saya mereka yang tidak dapat datang itu anggap sahaja mungkin sebab mereka sibuk dengan kerja. Kalau mereka ada rasa sedikit tanggungjawab, pasti mereka akan hadir sebab Perdana Menteri pun boleh datang.

“Kita tidak rasa kecewa, ini adalah sambutan untuk semua insan seni bukan tertumpu kepada mana-mana individu. Apa yang berlaku hari ini cukup memberi kesedaran kepada kita,” kata beliau mengakhiri perbualan.

Powered by Utusan Malaysia

Cabaran Besar Tamimi

9 May

Oleh HARYATI KARIM

PELUANG bersua muka dengan pelakon terkenal tanah air yang juga merupakan aktivis teater Ahmad Tamimi Siregar baru-baru ini memberi impak yang berbeza kepada penulis.

Ini kerana pertemuan yang diadakan ketika sesi latihan teater terbaru arahannya yang berjudul Randai Kasih Menanti di Istana Budaya, memberi pendedahan betapa sukarnya untuk menjadi seorang pelakon yang berdiri di pentas teater.

Sempat menyaksikan sedikit sedutan daripada keseluruhan teater muzikal yang berdurasi 1 jam 30 minit itu, dan dengan penerangan daripada pengarahnya sudah cukup untuk penulis membayangkan perjalanan cerita yang sarat dengan emosi.

Memilih untuk dipentaskan sempena Hari Ibu, teater ini berlatarkan cerita mengenai kisah ibu yang menagih kasih anak yang tidak pernah dibesarkan tangannya sendiri.

Mungkin kedengaran agak klise. Namun, apabila teater ini di gabungkan dengan tarian randai yang diselitkan sedikit elemen moden pastinya ia menampilkan satu pembaharuan yang boleh dikira unik.

Bercerita mengenai pembikinan teater ini, Ahmad Tamimi memberitahu, teater Randai Kasih Menanti ini pernah dipentaskan 14 tahun yang lalu.

Dan kini ia dipentaskan semula kepada khalayak oleh pengarah yang sama, malah segala kelemahan teater ini dibaik pulih untuk pementasan kali ini.

Memilih untuk dipentaskan di Istana Budaya yang dianggap pusat segala aktiviti seni yang dianggap terbaik, tanggungjawab besar terletak di bahu pengarah senior ini, dan ia sendiri mengakui berat untuk dirinya.

“Bagi saya tanggungjawab ini harus digalas dengan sepenuh hati, malah saya juga harus membawa perubahan yang lebih baik untuk pementasan kali kedua teater yang sama.

“Saya bertuah kerana untuk menjayakan teater ini saya dikelilingi keluarga yang tidak pernah putus asa memberi semangat, lagipun mereka juga antara orang penting dalam teater ini,” ujarnya.

Mana tidaknya, jika isterinya Zulhaila Siregar bertindak sebagai pengarah tari, Sabrina Hassan, anak perempuannya pula memegang watak utama sebagai Melur dalam teater ini.

“Seronok juga kerana selain bekerja, saya dapat habiskan masa bersama keluarga dan mujurlah mereka juga terjurus ke bidang yang sama seperti saya,” tuturnya.

Perit, jerih!

Biasanya untuk membikin sebuah teater muzikal bukan satu perkara yang mudah, termasuk bajet yang boleh memening kepala dan juga tekanan untuk memilih barisan pelakon yang tepat.

Ini juga diakui Ahmad Tamimi tanpa berselindung. Dia mengatakan untuk teater ini sahaja, kosnya membabitkan sehingga enam angka, dan pemilihan pelakon pula merupakan satu perkara yang rumit baginya.

“Bukan tidak ada pelakon yang bagus, cuma mahu dapatkan yang benar-benar cocok dengan watak, itu yang sukar. Dan saya bertuah kerana dapat pelakon semuanya memberikan komitmen yang cukup besar dalam menjayakan teater ini,” katanya lagi.

Antara barisan pelakon yang bernaung di bawah kemudinya termasuklah pelakon wanita terkenal, Safura, Zulkifli Zain dan juga penyanyi Datuk Yusni Hamid yang pertama kalinya membenarkan kakinya menjejaki pentas teater.

Selain pelakon yang turut terlibat ialah Shafirul Azmi, Megat Sharizal dan Ray Redzuan.

Menegaskan latihan tanpa mengenal siang dan malam merupakan kunci kejayaan bagi sesebuah teater, dan apa yang memeningkan kepalanya ialah untuk mengumpulkan kesemua pelakon yang berjumlah seramai 50 orang.

“Nak mengumpul kesemua mereka perkara yang paling susah, sebab ada di antara mereka merupakan pekerja Istana Budaya dan punyai komitmen lain juga.

“Bila buat latihan, ada bahagian yang rongak. Kalau ikutkan saya, mahu saja di kurangkan lagi jumlah pelakon kepada 30 orang kerana lagi mudah untuk diuruskan tetapi nanti kurang pula suasananya cerita ini,” jawabnya lagi.

Cemas Tamimi

Teater yang akan dipentaskan selama 10 hari bermula malam ini sehingga 18 Mei, punya cerita yang menarik di sebalik proses pembikinannya.

Pasca produksi teater ini hanya bermula pada Mac lalu, dan mereka mula menjalani latihan pada 1 April lepas.

Bayangkan mereka hanya punya masa selama sebulan untuk mempersiapkan diri dengan watak masing-masing. Sesuatu yang jarang dilakukan oleh karyawan teater yang biasanya mengambil masa antara tiga hingga lima bulan untuk sesi latihan.

“Ini namanya kerja gila, kalau ikutkan latihan sahaja kena dilakukan selama beberapa bulan, tetapi untuk teater ini, kami tidak punya masa.

“Mula-mula takut juga sebab risau tidak mampu untuk mempersiapkan pelakon dengan latihan yang cukup, tetapi sekarang ini saya rasa saya mampu tanganinya,” katanya lagi.

Projek baru

PERSIAPAN dan latihan hanya dalam masa sebulan mencabar karyawan teater ini.

Sedang dia sibuk mengarahkan teater ini, dalam fikirannya sudah pula terbayang untuk mengarahkan teater yang lain pula.

Apa yang uniknya, teater yang ingin dipentaskan itu ialah cerita aksi yang pernah ditayangkan di layar perak dan siri televisyen iaitu Impak Maksima.

Kedengaran agak pelik dan berpusing juga kepala memikirkan bagaimana agaknya cerita aksi dipentaskan secara muzikal.

“Ini baru dalam perancangan sahaja, saya pun ada berbincang dengan Ahmad Idham, dan teater moden muzikal sebegini banyak dipentaskan di negara luar dan di Malaysia belum ada lagi.

“Mungkin ia akan terlaksana dengan sokongan pihak-pihak tertentu tetapi kalau jadi ia memang menarik kerana pelbagai perkara sudah terbayang di minda saya untuk menjadikannya realiti,” jelasnya.

Itu rancangannya di masa hadapan tetapi sebelum itu anda harus saksikan dulu teater Randai Kasih Menanti arahan Ahmad Tamimi Siregar ini, kerana jalan ceritanya amat sesuai untuk seisi keluarga.

Kepada anak-anak yang ingin meraikan ibu anda sempena Hari Ibu, teater ini merupakan hadiah yang sesuai untuk para ibu.

Tiket-tiket berharga serendah RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150, ia boleh di dapati di kaunter tiket Istana Budaya, atau hubungi talian 03-40265558.

Anda juga boleh menempah terus secara on-line dengan lawati laman web http://www.istanabudaya.gov.my atau http://www.ticket2u.biz.

Kosmo

Hamil Tak Halang Safura Berteater

29 Apr

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

JIKA nak diikutkan, doktor menasihatkan penyanyi dan pelakon Safura Ya’cob berehat di rumah bagi menjaga kandungannya yang kini mencecah usia lima bulan.

Apatah lagi, ketika membuat pemeriksaan kandungan bulan lalu, doktor mengesahkan dia menghidap tekanan darah rendah dan perlu menjaga pemakanan serta mengambil ubat seperti disarankan doktor.

“Berat badan saya mencecah 60 kilogram bulan lalu. Dalam hal ini, saya perlu menjaga pemakanan kerana keluarga saya memang ada sejarah tekanan darah rendah ini.

“Selain mengambil ubat, saya juga memastikan mengambil vitamin tambahan untuk memastikan kesihatan anak dalam kandungan, maklumlah waktu penggambaran selalunya sehingga lewat malam,” katanya.

Safura berkata, kehadiran anak dalam kandungannya itu cukup dinantikan mereka sekeluarga.

“Sebelum ini, saya menjalani pembedahan membuang fibroid dan hanya lapan bulan selepas itu, baru saya disahkan mengandung.

“Sampai hari ini, saya tidak buat imbasan jantina bayi kerana kami sekeluarga ingin menantikan kejutan nanti.

“Sebenarnya, saya tidak kisah sama ada bayi lelaki atau perempuan kerana apa yang penting dia sihat dan dilahirkan cukup sifatnya.

“Kedua-dua anak saya, Mohd Daniel, 8, menyediakan nama untuk adiknya itu. Jika anak lelaki dia beri nama Mohd Yusof Daniel. Manakala, kakaknya, Natasha pula beri nama Nur Aishah Maria jika adiknya itu perempuan,” katanya.

Bercerita mengenai persiapan, Safura lebih suka berjimat cermat.

“Saya belum beli baju mengandung kerana tiada salahnya saya pakai baju mengandung kepunyaan adik yang mengandung tahun lalu.

“Cuma baju bayi, saya sudah beli beberapa helai. Secara kebetulan, saya tengok pusat barangan bayi, Mother Care buat jualan murah dan terus membelinya. Sekurang-kurangnya, baju itu boleh mengubat rindu pada bayi yang sekian lama dinantikan dalam keluarga kami,” katanya.

Safura berkata, dia sudahpun mendaftarkan tempat untuk melahirkan anaknya iaitu di Hospital Ampang.

“Sebelum ini, saya menjalani pembedahan membuang fibroid dan selama dua minggu dirawat di Hospital Ampang. Justeru, saya sudah ada rekod perubatan dengan pihak hospital itu,” katanya.

Sekalipun sudah mempunyai dua cahaya mata, Safura tetap tidak dapat menyembunyikan perasaan takut untuk melalui proses kelahiran anaknya itu.

“Memang saya ada pengalaman melahirkan anak tapi selepas lapan tahun tidak melahirkan anak, sudah pasti perasaan takut sukar dikikis.

“Apatah lagi, saya melahirkan anak dalam usia mencecah 35 tahun,” katanya.

Namun, kalau sudah namanya anak seni, Safura tidak menjadikan alasan mengandung untuk tidak bekerja seperti biasa. Maklumlah, dia cari makan dengan menyanyi dan berlakon.

“Banyak tawaran berlakon yang datang adalah watak ibu dan sesuai dengan keadaan saya mengandung. Sebagai anak seni yang sudah biasa bekerja, saya tidak senang hati jika sekadar duduk di rumah saja,” katanya.

Ketika dihubungi Rap, Safura sedang bersiap-siap untuk menjalani latihan projek terbarunya, teater Randai berjudul Kasih Menanti yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 9 hingga 18 Mei nanti.

“Watak saya sebagai ibu kandung kepada teraju utama teater ini, Bujang (lakonan Haris Kadir). Haris adalah pelakon teater dan penari berbakat besar yang boleh diketengahkan pada masa depan.

“Sekalipun watak ibu, ia turut memainkan peranan penting menghidupkan teater ini,” katanya.

Apa yang menarik, kata Safura, dia juga menyanyi secara langsung dalam teater muzikal yang ada drama tari dan lagu.

“Randai belum pernah dipentaskan saya sendiri tidak pernah buat Randai sebelum ini.

“Selain itu, saya tidak tahu latar belakang Randai itu sendiri. Apa yang saya tahu Randai ada kaitan dengan budaya Minang.

“Dalam keadaan mengandung, saya tidak menari tapi ada sedikit pergerakan dalam teater ini,” katanya.

Teater itu turut dibintangi Datuk Yusni Hamid yang juga ibu angkat kepada Bujang dan pelakon veteran Zulkifli Zain.

“Saya juga ada cadangkan nama penyanyi Ezlynn jika pihak produksi teater ini mencari bakat baru sebagai heroin kerana watak itu memerlukan artis yang boleh menyanyi dan berlakon. Tapi pihak produksi belum putuskan lagi,” katanya.

Selain drama bersiri Intan Asmara, Safura turut memegang watak ibu dalam drama untuk RTM, Hero Komik arahan Asri Ali.

Pada masa sama, Safura berkata, rezeki suaminya yang juga pelakon, Sahronizam Noor juga murah dan tidak pernah putus.

“Alhamdulillah, suami banyak dapat tawaran berlakon di Kuala Lumpur.

“Antaranya, drama bersiri 26 episod, Cempaka Bunga. Dia juga terpaksa menolak tawaran berlakon filem Jangan Tegur kerana sudah ada komitmen drama lain ketika itu,” katanya.

“Selain itu, dia juga dapat tawaran berlakon teater pendekar, Hang Tuah,” katanya.

Powered by Harian Metro

Batik Bold And Beautiful

27 Mar

Fauziah Ahmad Daud (left) and Raja Azura.
Fauziah Ahmad Daud (left) and Raja Azura.

The red carpet is all set to be rolled out this Sunday for the Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007. DENNIS CHUA has details of the event regarded as among the most prestigious by local entertainers.

THE Arena of Stars in Genting Highlands is set to host the Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 2007), an annual award show at which leading Bahasa Malaysia daily Berita Harian honours the nation’s most popular entertainers.

The 21st ABPBH will be carried “live” on Sunday at 9pm over TV3 and on official radio station Hot FM. Zany television personalities actors Fauziah “Ogy” Ahmad Daud and Raja Azura, will be emcees once again. Coincidentally, Ogy and Azura are in the running for Most Popular Female Television Host.

Batik Glam is the dress code this year, and viewers can expect the celebrities to walk down the red carpet dressed in innovative batik creations.

The suits and dresses will be the handiwork of both veterans and newbies in fashion design including Bill Keith, Jovian Mandagie, Khairy Sufi, Michael Shu, Rizman Ruzaimi and Kenny Loh.

Awards presenters will include Akademi Fantasia host AC Mizal, Afdlin Shauki, Awie, Datuk Yusni Hamid, Erra Fazira, Hans Isaac, Diana Danielle, Iqram Dinzly, Sharifah Aleya, Fauziah Latiff, Ning Baizura, Sharifah Shahira, Nora Danish, Nurul, Estranged, Rashidi Ishak, Noryn Aziz, Anne Ngasri and Rozita Che Wan.

The reigning Most Popular Male Artiste Asmawi “Mawi” Ani and his female counterpart Datuk Siti Nurhaliza will be among the performers on Sunday evening.

Joining them are rock king Amy Search, Anuar Zain, Raja Atilia, Awie, Datuk Jalaluddin Hassan, Ella, Fasha Sandha, Liza Hanim, Meet Uncle Hussain, Ramli Sarip, Julia Ziegler, Dynas Mokhtar, Hattan, Heliza Helmi, Fouziah Gous and Bob Usop. Popular actor Jalaluddin will present his first vocal performance before a live audience.

Akademi Fantasia 6 principal Ramli MS is the event’s music director, and will lead a 40-member team of musicians.

Artistes will also pay a musical tribute to the late songwriter and actor Rosli Khamis or Loloq, who died early this year after a long illness.

Mawi has won the Most Popular Artiste title for two consecutive years. Siti won the title six times, and has been the Most Popular Female Artiste since 1996.

At last year’s event, pop king Jamal Abdillah and Mawi shared the Popular Group/Duo award. Halim Othman and Linda Onn were the Popular Male and Female Radio Presenters respectively. Linda of Era. FM has never lost in her category (which was introduced in 2001).

Rabbani defended its five-year monopoly of the Popular Nasyid Group category, effectively shutting out long-time competitor Raihan, which clinched the title during its first two years — 1999 and 2000.

Top-notch actor Rosyam Nor won the Popular TV Actor award, which he first received in 2002, and king of comedy Saiful Azam Yusoff (or Saiful Apek) took home the Popular Film Actor category.

Former Akademi Fantasia host Aznil Nawawi and Melodi host Fara Fauzana bagged the Popular Male and Female TV Presenter awards, while Apek and Apa Apa Aje host Sheila Rusly took home the Popular Male and Female Comedian awards.

The Popular New Male Artiste was Faizal Ramly, and the Popular New Female Artiste was Farawahida. Fasha Sandha won the Popular TV Actress and Popular Film Actress awards.

The legends of screen and song honoured were director Datuk Jamil Sulong, “pop yeh yeh” master Jefrydin and veteran actress Datin Umi Kalthom. They received the Special Lifetime Achievement Award (Jamil) and Special Veteran Artiste Awards (Jefrydin and Umi Kalthom).

The most coveted award, Most Popular Artiste, will win the recipient this year a Peugeot 407 worth RM185,000, jewellery worth RM150,000, and electric goods from JVC.

The event’s main sponsors are Habib Jewels Sdn Bhd and Nasim Sdn Bhd. The other sponsors are JVC Sales and Services, the Palace of the Golden Horses and Mara Liner.

Nominees for 2007

Popular TV Host (Male)
1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Nawawi
4. Azwan Ali
5. Wahid Mohamad

Popular TV Host (Female)
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Fauziah Ahmad Daud
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahira

Popular Radio Presenter (Male)
1. Aznil Nawawi (Era FM)
2. AC Mizal (Era FM)
3. Faizal Ismail (Hot FM)
4. Khairil Rashid (Sinar FM)
5. Kieran (Era FM)

Popular Radio Presenter (Female)
1. Abby Fana (Sinar FM)
2. Fara Fauzana (Hot FM)
3. Linda Onn (Era FM)
4. Nana Mahazan (Era FM)
5. Nila Kurnia (Sinar FM)

Popular Comedian (Male)
1. Afdlin Shauki
2. AC Mizal
3. Saiful Apek
4. Piee
5. Zul Yahya

Popular Comedian (Female)
1. Adibah Noor
2. Kenchana Devi
3. Raja Azura
4. Sharifah Shahira
5. Sheila Rusly

Popular New Artiste (Male)
1. Bard R1
2. Dafi Ismail
3. Diddy Muhid
4. Fiq Halim
5. Kaer Azami

Popular New Artiste (Female)
1. Farah Asyikin
2. Fouziah Ghous
3. Heliza Helmi
4. Julia Ziegler
5. Mila Jirin

Popular Nasyid Singer
1. Hijjaz
2. Inteam
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan

Popular Singer (Male)
1. Adam Mat Saman
2. Anuar Zain
3. Faizal Tahir
4. Mawi
5. Hazami

Popular Singer (Female)
1. Adibah Noor
2. Mila Jirin
3. Jaclyn Victor
4. Misha Omar
5. Datuk Siti Nurhaliza

Popular Group/Duo
1. Kristal
2. Jinbara
3. Misha Omar and Andy
4. Spider
5. Sofaz

Popular Film Actor
1. Afdlin Shauki
2. Pierre Andre
3. Rusdi Ramli
4. Rosyam Nor
5. Saiful Apek

Popular Film Actress
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha
3. Maya Karin
4. Sharifah Amani
5. Vanidah Imran

Popular TV Actor
1. Aaron Aziz
2. Arash Mohamad
3. Fahrin Ahmad
4. Rosyam Nor
5. Datuk Jalaluddin Hassan

Popular TV Actress
1. Dynaz Mokhtar
2. Eja
3. Fasha Sandha
4. Rita Rudaini
5. Rozita Che Wan

Powered by New Straits Times

Tapa Pakar Kulit Album

24 Feb

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

Hasilkan lebih 200 kulit album sejak 1979 untuk artis popular tanah air

DIA bukan penyanyi atau pemuzik, jauh sekali penerbit album. Namun, tidak keterlaluan dikatakan sumbangannya dalam industri muzik tempatan sungguh besar.

Betapa tidak, sebagai pereka kulit album, idea dan kreativitinya menjadi antara faktor penentu sesebuah album mampu menarik perhatian pembeli.

Lebih membanggakan, dia anak Melayu pertama bergiat aktif dalam bidang itu, malah pencetus kepada perubahan rupa bentuk kulit album daripada sekadar menggunakan wajah kepada elemen lain daripada yang lain.

Itu keistimewaan Mustaffa Ahmad Hidzir, 53. Lebih sinonim dengan panggilan Tapa, bapa tiga anak itu mula terbabit dalam penghasilan kulit album sejak zaman piring hitam.

Bukan calang-calang penyanyi solo atau berkumpulan menggunakan khidmatnya.

Antara paling awal ialah kumpulan Carefree menerusi album piring hitam berjudul Kebebasan pada 1979, diikuti album Kebebasan II dan Kebebasan III.

Selain kulit album Carefree, ketika zaman piring hitam, Mustaffa turut menghasilkan kulit album penyanyi popular seperti Datuk Sharifah Aini, Sudirman, Noorkumalasari, Raja Kobat, DJ Dave, Hail Amir, Gaya Zakri dan Aman Shah.

Apabila tiba zaman cakera padat (CD), kulit album Francisca Peters berjudul Now’s The Time menjadi kulit album CD pertama dihasilkannya.

Ini diikuti penyanyi solo dan berkumpulan yang masih aktif sehingga hari ini seperti M Nasir, Search, Wings, Lefthanded, Ramli Sarip, Slam, Iklim, Sheila Majid dan Man Bai, Ella, Rabbani, Noryn Aziz, Amuk, To’Ki dan Jamal Abdillah.

Bagi lulusan Diploma Senilukis dan Senireka (Grafik) Institut Teknologi Mara (kini UiTM) itu, hasil kerjanya menjadi bukti kemampuannya dan dia ternyata tidak silap memilih bidang walaupun pernah mengambil risiko gagal dalam projek akhir ketika menuntut dalam jurusan dari 1974 hingga 1978.

“Ketika melaksanakan projek tahun akhir, rakan lain memilih projek seperti membuat rekaan peket makanan dan yang seumpamanya, tetapi saya memilih membuat rekaan untuk syarikat rakaman, termasuk kulit album.

“Pensyarah kata saya akan gagal kerana menurutnya idea saya mengarut, tetapi saya tidak peduli dan teruskan juga,” katanya yang kini bertugas sebagai Pengarah Seni agensi periklanan Diversified Design Media Consult Sdn Bhd (DDMC) di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Menurut Mustaffa, dia tidak terkejut dengan ‘ugutan’ pensyarahnya kerana apa yang cuba dilakukannya memang dianggap janggal dan asing.

“Saya namakan syarikat rakaman saya Gong Record. Saya buat kulit album dan apa saja yang membabitkan rekaan grafik untuk syarikat itu.

“Kesudahannya apabila hasil kerja saya dipamerkan, ramai yang tertarik dan saya tidak gagal,” katanya.

Mustaffa berkata selepas tamat pengajian, dia bekerja sebagai pereka grafik dengan syarikat rakaman EMI Music Malaysia (EMI) dan ketika itu dia memperoleh lebih banyak pendedahan membuat rekaan kulit album.

“Tujuh bulan selepas itu saya keluar daripada EMI dan mencuba nasib sebagai pereka kulit album bebas.

“Dengan minat, pengalaman dan kreativiti dimiliki, saya berpeluang menghasilkan kulit album artis tempatan.

“Hanya saya anak Melayu dalam bidang itu dan hasilnya pula lumayan apabila untuk satu album boleh mendapat bayaran ribuan ringgit,” katanya.

Menurut Mustaffa, dia berterima kasih kepada syarikat rakaman EMI kerana memberinya kebebasan untuk menghasilkan kulit album mengikut acuannya sendiri.

“Ketika mula bergiat dalam pembikinan kulit album, syarikat rakaman biasanya mahu kulit album memaparkan wajah artis mereka. Saya pula cuba lari daripada kebiasaan itu.

“Menerusi album Malam daripada Sharifah Aini pada 1980 saya membuat pembaharuan dan ia dipersetujui EMI.

“Hasilnya album itu tampil dengan kelainan apabila menggunakan imej pelita minyak tanah berlatarbelakangkan kegelapan dan bukan wajah seperti kebiasaan,” katanya.

Mustaffa berkata, untuk menghasilkan kulit album, biasanya idea diperoleh daripada perbincangan dengan artis dan syarikat rakaman.

Katanya, dia juga menyumbang idea menerusi pembacaan buku berkaitan penghasilan kulit album, selain memanfaatkan minatnya terhadap muzik dan filem.

“Saya turut mendengar terlebih dulu lagu yang dihasilkan bagi mendapatkan gambaran terbaik konsep kulit album. Tajuk album juga perlu diteliti.

“Daripada segi tempoh masa, ia bergantung kepada permintaan syarikat rakaman,” katanya.

Ditanya apa inspirasinya dalam menghasilkan kulit album, Mustaffa tanpa berselindung mengakui sangat terpengaruh dengan kulit album kumpulan rock legenda, Pink Floyd dan pereka kulit album itu, Storm Thorgerson.

Storm adalah pereka grafik, pelukis dan jurugambar yang hasil karyanya sangat dekat dengan dunia muzik. Kredibiliti dan karya Storm dihormati di dalam dunia muzik, khususnya rock.

Dalam sejarah muzik rock & roll, Storm memahat namanya menerusi ilustrasi, gambar dan rekaan kulit album kumpulan rock legenda seperti Pink Floyd, Led Zeppelin, Black Sabbath, Yes, Paul McCartney dan John McLaughlin.

Menerusi gabungan faktor berkenaan, Mustaffa tampil dengan beberapa kulit album yang boleh disifatkan unik dan berbeza.

Antaranya album Wings berjudul Mr Barbarik — menggunakan ilustrasi sesuai dengan judulnya; Wings dan Search untuk album Double Trouble — menggunakan susunan patung dan ukiran; Search untuk album Terbaik (kompilasi) — menggunakan arca topeng ciptaan pelukis, Bayu Utomo Radjikin; Ramli Sarip untuk album Syair Timur — menggunakan elemen kerohanian dan eksploitasi warna dan Republic Of Brickfields — Aru menghayun rambut ‘dreadlock’nya.

Selain kulit album, Mustaffa menghasilkan logo persatuan Karyawan, Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Akademi Industri Muzik.

Menurut Mustaffa, kulit album yang dihasilkannya juga ada sejarah dan keistimewaan tersendiri.

“Kulit album pertama Slam berjudul Slam misalnya memaparkan anggota kumpulan itu bergambar di tapak KL Sentral.

“Mungkin sukar untuk mencari latar suasana tapak KL Sentral ketika ini.

“Pembabitan saya dalam bidang itu juga membantu menghasilkan bakat baru. Saya gembira melihat anak didik saya seperti Nizam Rahmat, Razkus, Fakrul, Nizam Ahmad, Fahmi, Boon, Foad, Kamarol dan Ramli Ahad kini mengukir nama dalam bidang penghasilan kulit album,” katanya.

Apabila ditanya berapa jumlah kulit album yang dihasilkannya, Mustaffa hanya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala sebelum berkata:

“Itulah masalahnya, saya sendiri pun tak ingat kerana saya tak pernah kira. Sejak 1979 hingga sekarang, jumlahnya mungkin 100, 200 atau lebih.

“Kini, saya berusaha mengenal pasti jumlah sebenar kerana saya dalam proses menghasilkan sebuah buku mengenai diri saya dan semua karya yang saya hasilkan,” katanya.

Mustaffa berkata, tujuannya menghasilkan buku itu supaya ia dapat dijadikan sebagai bahan sejarah dan bahan rujukan, terutama kepada generasi muda yang mahu menceburi bidang penghasilan kulit album.

“Buku itu belum siap tetapi judulnya sudah ada, iaitu 12×12.

“Saya memilih judul itu kerana itulah saiz kulit album piring hitam dan CD.

“Saiz kulit album piring hitam 12 inci (30 sentimeter) manakala saiz CD 12 sm,” katanya.

Menurut Mustaffa, dia memohon kerjasama orang ramai supaya menghubunginya jika memiliki kulit album yang dihasilkannya.

Katanya, setiap kulit album dihasilkannya tercatat nama Tapa di ruangan pereka kulit album.

“Koleksi saya tidak mencukupi kerana banyak yang tidak saya simpan. Jika ada, sila hubungi menerusi e-mel saya, tapa_qis@yahoo.com,” katanya.

Antara hasil karya Mustaffa

–> Sharifah Aini

Album: Malam, Ini Lah Laguku 111

–> Sudirman

Album: Perasaan, Anak Muda, Lagu Anak Desa

–> Carefree

Album: Kebebasan 1, 2 & 3

–> Aman Shah

Album: Cinta Tak Seindah Yang Diucap

–> Dato S.M Salim & Yusni Hamid

Album: Jeling Menjeling

–> D.J Dave

Album: Perasaan, A Different Kind of Woman

–> Rosmaria Abdullah

Album: Kisah Kasih

–> Noorkumalasari

Album: Noor, Kemana Kubawa Diri, Aku dan Dunia Seni,

–> P. Ramlee

The Bolshoi Ballet Theatre Orchestra of Tashkent, Siri Kenangan Abadi Vol 1-3

–>
Gaya Zakry

Album: Derita Hati Kutanggung Sendiri

–> Ramli Sarip

Album: Syair Timur, Kalam Kasturi, Ruh Zaman, Tribute to Ramli Sarip, Box Set Ziarah Seni

–> Search

Album: Rock & Roll Pie Live & Loud, Rockestra, Terbaik, Double Trouble 2,

–> Wings

Album: Best of Wings, Mr Barbarik

–> Lefthanded

Album: Nafas, Fantasisma

–> Iklim

Album: Iklim, Bukan Niatku

–> CRK

Album: Airmata Cinta

–> Slam

Album: Slam, Dalam Harapan, Best of Slam,

–> Teacher’s Pet

Album: Di Suatu Hari Di Suatu Waktu

–> Krisya

Album: Krisya

–> Ella

Album: 3001, Rama-Rama

–> Shima

Album: Tak Ingat

–> Man Keedal

Album: Man Keedal

–> Samad

Album: Samad

–> Hillary

Album: ZZ

–> Sharul

Album: Transfigurasi

–> Baba

Album: Aku Bukan Badut

–> Amelina

Album: Amelina, Asyik

–> Eva

Album: 1001 Cinta

–> Jamal Abdillah

Album: Jamal, Koleksi Terbaik, Koleksi Abadi

–> Noryn Aziz

Album: Fantasi O Realiti

–> Farrah

Album: Farrah

–> Republic Of Brickfields

Album: Ganjaran

–> Amuk

Album: 2 Juta

–> Nash

Album: 1993

–> Pearl

Album: Sentuhan Mutiara

–> Sheila Majid

Album: Lagenda, Lagenda 15 Tahun

–> Francisca Peter

Album: Suara Rindu, Now’s the Time

–> Emma

Album: Emma

–> Rabbani

Album: Rabbani

–> Raihan

Album: Maafkan, Terbaik Raihan

–> M. Nasir

Album: Prahara Seni Abadi

–> To’ Ki

Album: Hujan Emas

–> Freshie

Album: Freshie

–> KRU

Album: Ooh La La

–> Ashira

Album: Di Ombak Resah

–> Man Bai

Album: Positif

–> Mel

Album: Dunia Baru

–> Iwan

Album: Dangdutnya Iwan

–> Poe

Album: Buat Balik

–> Korie

Album: Korie

–> Den

Album: Terima Kasih

Powered by Harian Metro

Konsert Gemilang Putrajaya

22 Jul

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

SEORANG demi seorang pejuang seni muncul di ruang yang indah terhias.

Lalu beralunlah satu per satu irama asyik menguak aroma kalbu dan kita terus kembali kepada sejarah masa lampau.

Perjuangan yang terus dikenang dan nikmat kemerdekaan yang kita terhutang, bagaikan terbias di depan mata.

Kisah-kisah yang disampaikan melalui lagu membuatkan kita asyik dan rela menanti untuk larut dalam keasyikan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sempena menghargai kemerdekaan negara ke-50, Konsert Simfoni Putrajaya 2007 bersiaran secara langsung dari kota kegemilangan ini.

Desah-desah kebebasan, keharmonian dan rasa syukur yang berpanjangan terlahir dari suara yang aduhai, asyik sekali penangannya.

Malam itu ada Yusni Hamid, Aishah, Nassier Wahab, Syafinaz, Kopratasa dan ramai lagi.

Malah penyanyi bukan Melayu seperti David Arumugam, Kenny Lee dan Andre Goh juga tidak ketinggalan.

Persembahan ini diiringi oleh Orkestra RTM yang disertai oleh 70 ahli muzik profesional di bawah pimpinan dua orang konduktor muzik terkenal tanah air, Datuk Mokhzani Ismail dan Jimmy Ali bersama Koir Kebangsaan.

Persembahan yang indah ini berlangsung pada sebelah malam, Ahad, minggu lalu.

Malam itu juga Putrajaya berpesta lagi. Tetapi kali ini rentaknya cukup berbeza.

Di hadapan pemimpin besar dua negara, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark berserta pemimpin negara lainnya, keindahan dan nikmat rasa orang merdeka ini dilahirkan oleh para artis yang mengambil bahagian.

Seribu tetamu jemputan tentunya menikmati kepuasan yang berganda, tetapi bukan bererti ia menjadi milik mereka sahaja.

Bahkan berjuta rakyat Malaysia menjadi saksi betapa meriah dan bangganya menjadi anak Malaysia yang bebas dan merdeka.

Melalui segmen demi segmen yang tersusun rapi, menjadikan persembahan selama dua jam ini bagaikan terlalu pantas berlari.

Segmen di Atas Runtuhan Kota Melaka Didirikan Putrajaya membuka tirai dengan kocakan lembut, tetapi mesra lagu-lagunya.

Segmen Simfoni Tanah Air membawa kita menyelami semangat cintakan tahan air. Betapa cinta yang sarat dan menggunung di dada mampu membius rasa nikmat sebagai anak merdeka terbawa-bawa dengan cukup jelas dan jauh ke dalam segmen ini.

Ditambah dengan lagu Kemegahan Negaraku dan Putera-Puteri serta Bahtera Merdeka, perasaan cinta itu sungguh, bagaikan meluap-luap laksana lahar berapi.

Apatah lagi Bahtera Merdeka ditangani dengan cukup baik oleh penyanyi Aishah.

Tidak dilupakan khazanah lagu-lagu lama, segmen Simfoni Warisan Bangsa menampilkan lagu malar segar, moga-moga ia terus hidup dan subur di jiwa penggemarnya sampai bila-bila.

Bunga Tanjung didendangkan oleh Yusni Hamid, Joget Kenangan Manis (Kenny Lee) dan Taman Gemalasari pula senang diindera melalui rentak instrumental. Bersahaja, tetapi menusuk jauh ke dalam kalbu.

Nassier Wahab senang dengan lagu Cenderawasih, sesuai benar dengan suara romantiknya yang tidak pernah membuatkan kita jemu menanti diikuti dengan instrumental oleh Lim Soon Lay dan Chan Mali Can.

Selepas segmen Senandung Pilihan Zaman, Dancing Eyes, Hungarian Dance, Strangers n The Night serta Quando, Quando, Quando mewarnai segmen Irama Malar Segar klasik Barat.

Menutup tirai persembahan, pastinya mengangkat Putrajaya sebagai kota kemegahan kita bersama.

Konsert ini berakhir dengan lagu gemilang Putrajaya, Putrajaya Kota Perkasa dan Gemilang Malaysia.

Tanpa sedar jam sudah menghampiri angka 11 malam dan acara ini bakal ke penghujungnya, sedang dalam hati bagaikan tidak mencukupi apa yang sudah diberi.

Ini adalah antara usaha terbaik RTM yang tidak pernah jemu menyuburkan rasa bangga dan cinta rakyat terhadap tanah air yang satu ini.

Apa yang diharapkan, usaha RTM ini tidak dipandang sebelah mata dan matlamat yang disusun bagi memartabatkan maruah bangsa dan negara dapat bersama-sama dihayati oleh generasi muda hari ini.

Powered by Utusan Malaysia

Pelancaran Stesen Klasik Nasional

14 Aug

MAJLIS pelancaran Radio Klasik Nasional berlangsung dalam suasana gilang-gemilang pada malam Sabtu lalu di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Tepat pukul 8.45 malam, Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin melancarkan stesen yang menggabungkan Klasik fm dan Nasional fm itu di Wisma Radio.

Program itu turut mengadakan sidang video dengan stesen radio Kedah fm, Sarawak fm, Pahang fm, Johor fm dan Sabah fm bagi memperkatakan tentang pelancaran Klasik Nasional yang disiarkan secara langsung di stesen radio itu dan saluran TV RTM1.

Zainuddin berinteraksi dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang turut memperkatakan tentang lagu-lagu irama Melayu klasik.

Seterusnya, dipersembahkan satu tayangan klip video frekuensi Klasik Nasional negeri-negeri bersama lagu ID baru stesen itu yang diyanyikan oleh penyanyi terkenal Liza Hanim.

Majlis pelancaran tersebut juga diserikan dengan persembahan lebih 30 artis lama dan baru Malaysia selama sejam setengah di Auditorium Perdana Angkasapuri.

Diiringi persembahan mantap Orkestra RTM, setiap artis memberikan persembahan menarik menerusi tujuh segmen yang berbeza.

Menariknya, setiap segmen itu mengembalikan nostalgia lama kepada penonton.

Tirai persembahan malam itu dimulakan dengan segmen Irama Melayu Pelbagai Rentak menerusi lagu-lagu seperti Sri Langkat oleh Zarina AF2 dan Kenny Lee, Bob AF2 (Joget Lama Tak Jumpa), kumpulan Shades (Suriram), Syura (Keroncong Suci Dalam Debu) dan Datuk Ahmad Jais (Sri Kedah).

Segmen Lagu-Lagu Nostalgia pula menampilkan penyanyi seperti Rina Azhar yang mendendangkan lagu Rentak Tandak, Ija (Jangan Pandang Bong), Norhasmidar Ahmad (Sekuntum Bunga DI Tepi Danau) dan Elaine (Empat Dara).

Lagu 60-an seperti Dara Pujaan oleh L. Ramlee, Datin Fatimah Huri (Dara Pujaan) dan Datuk A. Rahman Hassan (Tak Mengapa) menghangatkan lagi segmen seterusnya.

Sementara itu, segmen Lagu 70-an juga mengimbau kenangan lama melalui lagu-lagu Maafkanlah oleh Datuk DJ Dave, Wajah Kesayangan Hamba (Hail Amir) dan Seiring Sejalan (Azharina dan Bob).

Segmen Lagu Popular 80-an dan 90-an pula mengandungi lagu-lagu Seri Kandi Cintaku oleh Almi, Sekadar Di Pinggiran (Francisca Peter), Bila Rindu Datang Lagi (Nassier Wahab), Kau Kunci Cintaku (Ramlah Ram) dan Cinta Tak Kenal Siapa (Aris Ariwatan).

Menerusi egmen terakhir iaitu Lagu Popular Semasa, penonton dihiburkan oleh lagu-lagu seperti Hujan dendangan Chong, Elegi Sepi (Azharina) dan Lagu Cinta Lagu Jiwa (Nassier Wahab dan Almi).

Seterusnya lagu-lagu seperti Penggodaan oleh Safura, Istana Cinta (Liza Hanim) dan Gurindam Jiwa (Datuk Yusni Hamid) menghiasi segmen Lagu Filem Klasik.

Kemuncaknya, lagu Hore-Hore menjadi persembahan penutup yang dinyanyikan oleh semua artis.

Bermulanya malam Sabtu lalu, Klasik Nasional bakal menjadi pilihan pendengar kerana segalanya ada di stesen itu yang menggamit memori lalu.

Turut hadir menyaksikan konsert itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina Kassim dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Powered by Utusan Malaysia

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.