Archive | February, 2003

Atlet Ironman Diraikan

26 Feb

SULTAN Kedah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Ironman Langkawi Malaysia Triatlon 2003 pada satu majlis di Dataran Lang, Langkawi kelmarin.

Hadiah tersebut disampaikan pada majlis makan malam yang dihadiri oleh atlet dari dalam dan luar negara yang menyertai kejohanan lasak itu bagi menghargai semangat dan daya tahan mereka dalam sukan triatlon itu.

Kejohanan edisi keempat itu menawarkan hadiah yang keseluruhannya berjumlah AS$50,000 (RM190,000).

Pada kejohanan yang berlangsung kelmarin, pemegang rekod dunia Ironman, Luc Van Lierde dari Belgium, menduduki tempat pertama diikuti rakan senegaranya, Marino Vanhoenacker di tempat kedua dan atlet dari Jepun, Yoshinori Tamura di tempat ketiga.

Atlet Kanada, Gillian Bakker menjuarai bahagian wanita dengan tempat kedua dan ketiga dikuasai oleh dua peserta Australia, Belinda Granger dan Susan Peters.

Atlet terbaik negara, Muhamad Razani Husain, Dr. Fiona Lim Tze Ling dan Kohing Antak turut menerima hadiah khas berikutan kejayaan mereka layak mewakili negara ke kejohanan dunia di Kona, Hawaii, Oktober depan.

Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan dan dramatari mengenai kisah lagenda Mahsuri serta persembahan nyanyian oleh penyanyi popular, Francesca Peters.

Powered by Utusan Malaysia

Advertisements