Aishwarya Rai – Tanpa Solekan Dalam Raincoat

25 Jan

AISHWARYA Rai adalah antara pelakon wanita paling cantik dan popular dalam industri perfileman Bollywood. Dengan solekan yang cukup teliti dan aksesori penghias diri, kecantikan Aishwarya sentiasa terserlah setiap kali dia muncul dalam filem-filem yang dibintanginya.

Tetapi berlainan dengan kemunculannya dalam cakera padat video (VCD) Raincoat, Aishwarya tidak menggunakan walau sedikit pun alat solek atau aksesori yang sarat.

Malah watak yang dilakonkannya pun berbeza daripada filem-filemnya sebelum ini. Kalau dalam filem-filemnya, Aishwarya sering ditampilkan sebagai seorang gadis, tetapi dalam Raincoat, dia muncul sebagai Niru, seorang surirumah yang menjalani kehidupan seharian secara sederhana.

Penampilannya juga berbeza dalam Raincoat. Bukan seorang wanita yang langsing. Tetapi menerusi Raincoat, Aishwarya muncul sebagai wanita yang badannya agak berisi. Dia terpaksa menambah berat badannya untuk menjayakan Raincoat.

Untuk itu, Aishwarya dikatakan terpaksa mengambil makanan yang berlemak dan tidak seperti kelazimannya yang penuh dengan diet.

Pun begitu, Aishwarya tidak kekok melakonkan watak Niru yang begitu janggal dengan penampilan dirinya sebelum ini. Ini kerana, pengarah Raincoat, Rituparno Ghosh banyak membantunya. Selain itu, Aishwarya sendiri banyak melakukan usaha peribadinya untuk menghayati watak Niru.

Sebulan sebelum memulakan penggambaran, dengan bantuan kawan-kawannya, dia telah bercampur dengan masyarakat golongan sederhana yang terdiri daripada penduduk luar bandar.

Usahanya itu berbaloi apabila lakonannya mendapat pujian daripada Rituparno Ghosh dan juga majalah Variety.

Menerusi Raincoat, Aishwarya berlakon bersama Ajay Devgan yang juga bertindak sebagai pelakon utama.

Para peminat berpeluang melihat penampilan Aishwarya itu melalui VCD Raincoat yang kini berada di pasaran dengan harga RM19.90.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: