Archive | February, 2006

Jamal Bersanding Kali Ketiga

12 Feb

Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

JAMAL Abdillah dan isterinya, Fatimatuzahra Samat bersanding di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya malam tadi.

PETALING JAYA 11 Feb. – Penyanyi bersuara emas, Jamal Abdillah, 46, dan isterinya, Fatimatuzahra Samat, 23, malam ini melangsungkan persandingan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di sini.

Pasangan pengantin yang berpakaian serba putih diarak ke dewan Hotel Singgahsana, Petaling Jaya dengan paluan kompang kira-kira pukul 8.45 malam, disaksikan oleh kira-kira 300 tetamu.

Turut hadir ialah ibu bapa pengantin perempuan, Jamaluddin Che Sab dan Dr. Faridah Mohd. Nazar selain bapa Jamal, serta anak tunggalnya, Osama Yamani, 5 tahun.

Majlis yang diadakan khas untuk saudara-mara dan sahabat handai itu diselangi dengan lagu-lagu popular Jamal dari album Aku Penghibur, antaranya Seroja, Aku Cinta Padamu dan Mencintaimu.

Sebelum berkahwin dengan Fatimatuzahra atau Ima, Jamal pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Latiff dan Noraina Yusof.

Bagaimanapun dua perkahwinan terdahulu Juara Bintang RTM 1979 itu berakhir dengan penceraian. Osama Yamani adalah anak tunggal hasil perkahwinannya dengan Noraina Yusof.

Powered by Utusan Malaysia

PGLtM Dan Tiara Cetuskan Fenomena

10 Feb

Oleh ABD. AZIZ ITAR

MENYAKSIKAN persembahan Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM) bukan setakat mengimbau sejarah kesultanan Melayu Melaka tetapi ia juga memperlihatkan kesungguhan Datin Seri Tiara Jacquelina selaku Penerbit Eksekutif teater muzikal tersebut.

Kesungguhan Tiara yang turut melakonkan watak Gusti Putri Retno Dumilah dalam PGLtM yang menelan kos hampir RM1.8 juta berbaloi apabila teater muzikal itu berjaya menghiburkan para penontonnya.

Kejayaan itu dapat dilihat apabila sebahagian penonton yang menyaksikan PGLtM di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur malam kelmarin berdiri memberi penghormatan sambil bertepuk tangan tanda puas sejurus selepas teater muzikal itu tamat dipentaskan.

Malah, sepanjang pementasan itu berlangsung, para penonton kelihatan begitu khusyuk menghayati 34 lagu ciptaan Dick Lee yang dipersembahkan pada malam itu.

Walaupun PGLtM merupakan sebuah epik sejarah, tetapi lagu-lagu yang mengiringi setiap adegan teater muzikal itu banyak disuntik oleh elemen-elemen muzik kontemporari moden bagi menceriakan lagi perjalanan setiap adegan yang dipaparkan.

Para pelakon PGLtM juga bukan setakat menghayati watak masing-masing dengan berkesan tetapi mereka juga membuktikan boleh menyanyi dengan baik sambil diiringi oleh alunan muzik para pemuzik orkestra di bawah pimpinan Roslan Aziz selaku Pengarah Muziknya.

Kejayaan pementasan PGLtM banyak dirangkumi oleh kombinasi lakonan, tarian dan nyanyian yang telah ditunjukkan dengan baik sekali oleh para pelakonnya.

Tiara membuktikan bahawa kehebatannya melakonkan watak Gusti Putri Retno Dumilah adalah setanding dengan kekuatan vokalnya sewaktu menyampaikan lagu-lagu yang diselitkan dalam teater muzikal arahan Zahim Albakri dan Adlin Aman Ramlie itu.

Stephen Rahman-Hughes yang melakonkan watak Hang Tuah juga menepis tanggapan mengatakan dia tidak mampu melakonkan watak itu kerana dikatakan kurang menguasai bahasa Melayu.

Sebaliknya, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu berjaya menuturkan setiap dialog watak Hang Tuah yang dilakonkannya dengan jelas dan berkesan.

Stephen juga mengejutkan para penonton apabila berjaya menyanyi dengan alunan suaranya yang lantang dalam setiap lagu yang diberikan kepadanya.

Lantaran itu ada di kalangan penonton yang berbisik sesama sendiri, alangkah baiknya jika pelakon yang didatangkan dari London, United Kingdom itu diberi peluang merakamkan album.

Begitu juga dengan Adlin Aman Ramlie yang turut memperlihatkan bakatnya dalam bidang nyanyian apabila menyampaikan dua buah lagu berjudul Titah Sultan dan Hajatmu Kubantu.

Melodi lagu yang ala irama Malaysia serta gaya dan lenggok Adlin sewaktu menyanyikan dua lagu tersebut mencetuskan gelak tawa para penonton.

Mungkin ramai yang tidak pernah melihat Adlin menyanyi sebelum ini apatah lagi gaya bersahajanya sewaktu menyanyikan dua lagu itu menyebabkan ruang Panggung Sari menjadi riuh.

Walaupun baru pertama kali mementaskan teater muzikal tetapi pujian harus diberi kepada penerbitnya Enfiniti Productions Sdn. Bhd..

Ini kerana, PGLtM yang akan dipentaskan hingga 26 Februari ini berjaya mencetuskan fenomena dalam perkembangan teater muzikal tempatan.

PGLtM berjaya menampilkan gerak tari, kostum, iringan muzik, sistem lampu, latar belakang pentas dan pertukaran daripada satu adegan ke adegan seterusnya tanpa menimbulkan rasa bosan para penonton.

Set pertama persembahan yang mengambil masa kira-kira sejam itu tidak terasa, biarpun set kedua menyusul dengan persembahan selama satu jam.

Teater yang diadaptasi daripada filem Puteri Gunung Ledang itu dijalankan dengan begitu terancang dari segi tenaga kerja dan persiapan awal yang diadakan sejak November tahun lalu.

Justeru, PGLtM layak untuk memenangi hati para penonton dengan usaha keras para tenaga kerjanya selama ini bagi memastikan pementasan itu dapat diakhiri dengan senyuman puas.

Kekuatan mental

PGLtM yang dipentaskan selama 20 hari berturut-turut memerlukan kekuatan daripada para pelakon dan tenaga kerjanya agar ia dapat dijayakan hingga ke hari terakhir pementasannya.

Tiara menyifatkan teater muzikal pertama terbitannya itu sudah berjaya melepasi fasa pertamanya apabila ia berjaya menemui para penontonnya.

Bagaimanapun, kata Tiara, PGLtM kini sedang melalui cabaran peringkat keduanya iaitu dari segi kekuatan mental terutama para pelakonnya.

“Kami sudah melalui ujian secara fizikal selama tiga bulan demi untuk menjayakan teater muzikal ini. Sebelum ini kami pernah berlatih 12 jam sehari demi untuk mementaskan teater ini.

“Secara spiritualnya kami sudah berjaya mengangkat karya ini ke Istana Budaya daripada filem ke teater. Ini adalah kejayaan awal kami.

“Selepas ini, ujian sebenar kepada kami adalah kekuatan mental untuk meneruskan pementasan PGLtM hingga 26 Februari ini. Kami harap segalanya akan berjalan lancar dan kami harus enjoy dan relaks setiap kali mengadakan persembahan,” katanya ketika ditemui selepas pementasan teater muzikal itu malam kelmarin.

Jelas Tiara, kejayaan pementasan teater muzikal itu banyak dibantu oleh komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh para pelakonnya.

Pelakon yang sentiasa ceria melayani pertanyaan para wartawan ini menganggap kerjasama yang ditunjukkan itu adalah yang terbaik sepanjang kariernya sebagai pelakon dan penerbit.

“Selama ini tidak pernah ada partner yang berlakon di samping saya memberi komitmen tinggi seperti Stephen dan yang lain-lain.

“Sebab itu apabila para penonton ramai yang datang dan terhibur menyaksikan teater muzikal ini saya rasa puas dan amat gembira.

“Saya difahamkan tiket sold out hingga 15 Februari ini dan tidak sangka fenomena seperti itu boleh berlaku. Ini kerana peminat teater Melayu biasanya membeli tiket pada saat-saat akhir,’’ ujarnya.

PEMENTASAN teater muzikal PGLtM menjadi tumpuan kerana kekuatan watak Gusti Putri Retno Dumilah dan Hang Tuah.

Adegan yang membabitkan dua watak itu menjadi perhatian para penonton terutama yang membabitkan adegan-adegan romantik.

Ada kalangan penonton yang terpaku dan tidak kurang juga yang menjerit apabila melihat adegan dua watak itu memadu asmara kerana memendam rasa rindu selepas lama berpisah.

Stephen Rahman Hughes yang melakonkan watak itu tidak menafikan dia memerlukan penghayatan yang tinggi bagi melakonkan adegan-adegan tersebut.

“Saya terpaksa bermain dengan emosi sewaktu melakonkan watak itu dan ia bukannya suatu perkara yang mudah untuk melakonkannya di hadapan ramai penonton apatah lagi secara langsung.

“Selain itu, ramai juga yang bertanya mengapa saya tidak banyak melakonkan adegan pertarungan dan bersilat? Mereka hendak lihat saya bersilat.

“Tetapi harus diingat PGLtM ini adalah pementasan kisah cinta. Apa pun saya bangga kerana diberi peluang berlakon dalam teater ini,” kata Stephen.

AC Mizal dapat pujian

Meskipun pertama kali berlakon teater tetapi lakonan AC Mizal menerusi PGLtM mendapat pujian dan tepukan gemuruh sewaktu melakonkan watak Gusti Adipati Handaya Ningrat.

Lakonan AC Mizal dalam teater muzikal itu dikatakan tidak kurang hebatnya seperti Alex Komang melakonkan watak yang sama dalam filem Puteri Gunung Ledang.

Bagaimanapun, kata AC Mizal, dia merasakan watak itu lebih sukar untuk dilakonkan dalam teater berbanding menerusi medium perfileman.

“Ini kerana, dalam filem itu Alex Komang hanya perlu berlakon sedangkan dalam teater ini saya terpaksa berlakon, menari dan menyanyi dalam satu masa.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tenaga kerja teater muzikal ini terutama Adlin Aman Ramlie banyak membantu saya melakonkan watak ini.

“Adlin adalah antara orang yang terawal mengajak saya berlakon dalam teater muzikal ini,” kata AC Mizal dalam nada ceria selepas pementasan tersebut.

Keceriaan pelakon berusia 35 tahun itu mungkin menjadi petanda awal baginya untuk menceburkan diri dalam dunia teater secara serius pada masa depan.

“Sebelum ini saya ingatkan teater macam bangsawan, dengan lantai yang rata dan sebagainya. Tetapi baru sekarang saya faham skop teater luas sebenarnya.

“Malah, sebelum ini saya sendiri tidak tahu lantai di pentas Panggung Sari boleh bergerak,” katanya sambil ketawa.

Powered by Utusan Malaysia

Hollywood Pays Tribute To Legendary Songsters

10 Feb

Idol versus icon, upstart against establishment.

It may be a fortuitous convergence, but the fact that the Singapore Idol auditions kick off tomorrow, two days after the Johnny Cash biopic Walk the Line opened in Singapore cinemas, reveals a curious tug-of-war in pop culture.

Two trends that have been running parallel over the past few years – one in music, the other in cinema – have finally come head-to-head.

Neither is showing signs of retreating.

The Idol phenomenon is now into its fifth year and still going strong, if viewership figures are anything to go by.

The recent two-hour season premiere of American Idol 5, for instance, drew a record 35.5 million viewers in the United States.

With throngs of hopefuls expected at the Singapore Idol auditions at Cathay Cineleisure Orchard on Saturday, this is one franchise with legs.

But, as critics love to point out, what keeps the show going is not so much talent as two things working in tandem: A narcissistic streak in contestants who want their 15 minutes of fame, and a voyeuristic streak in television audiences who want their fill of laughable, hapless contestants.

Call it hype or hysteria but in the Idol universe, talent is strictly ephemeral.

Which explains why, after four seasons, American Idol has only managed to produce two singers that can be considered successful: Kelly Clarkson, whose two albums have sold in excess of 12 million copies in total, and Clay Aiken, with two albums selling a combined 3.6 million copies.

Others such as Fantasia Barrino, Diana DeGarmo and Ruben Studdard are quickly falling by the wayside, unable to keep up in the fame game.

As American Idol 4 runner-up Bo Bice admitted in a recent interview with Today (“The Real Deal”, Jan 17): “Five years from now, people might even forget who Bo Bice is, so what’s the point of being too serious?”

And this is precisely where the movie industry has been picking up the slack over the past two years: By celebrating iconic singers whose talent has stood the test of time and survived the quicksilver nature of the business.

Walk the Line, for instance, chronicles country music legend Johnny Cash’s battle with drug addiction and how, in spite of it all, he managed to write and record classics such as Ring of Fire.

With three Golden Globes under its belt, this biopic is tipped for more awards come Oscar night on March 5.

It’s only the latest in a spate of films about musicians that began last year: De-Lovely, about songwriter Cole Porter; Ray, about R & B legend Ray Charles and Beyond the Sea, about rock ‘n’ roll star Bobby Darin.

The trend looks set to hit a high note this year with two competing films about blues singer Janis Joplin, one starring pop singer Pink and the other, Renee Zellweger; two competing films about folksinger Bob Dylan, one a biopic by Todd Haynes and the other a documentary by Martin Scorsese; and Gus van Sant’s Last Days, whose central character is loosely modelled after Nirvana frontman Kurt Cobain.

Also on the cards are biopics revolving around the life and death of bluesman Robert Johnson and guitar legend Jimi Hendrix.

It’s tempting to see these biopics collectively as a reaction against made-on-TV singers who are crowned idols one day and forgotten the next.

Indeed, cinema history bears this out.

Look no further than the last time a flood of biopics on musicians hit the big screen in the ’80s. Then, as now, the music industry was in flux.

Music videos became the dominant medium through which music was sold, and videogenic bands such as Duran Duran and Spandau Ballet ruled the airwaves.

The crisis, cheekily referenced in the Buggles’ hit Video Killed the Radio Star, stirred Hollywood scriptwriters into action.

From their pens came stories of musicians who worked their talent to the bone, honing their craft on stage and in the recording studios instead of relying on looks and styling.

Thus, there was Coal Miner’s Daughter (1980), about the first lady of country music Loretta Lynn; Sweet Dreams (1985), about another country music legend Patsy Cline; La Bamba (1987), about rocker Ritchie Valens; and Great Balls of Fire (1989), about rock ‘n’ roll wild man Jerry Lee Lewis.

This cycle finally ran its course in 1991 with The Doors, Oliver Stone’s take on the life of Jim Morrison. It was an apt bookend to the trend, because by the early ’90s, film-makers such as Stone had begun using MTV-style jump-cut editing.

So, ironically, the very medium which Hollywood once feared would make talented musicians obsolete gave rise to the style film-makers typically use to depict these musicians.

The trend had come full circle – as will the current one.

In fact, there’s a confluence of icon and idol in a pivotal sequence in Walk the Line.

A nervous Cash (Joaquin Phoenix), guitar in hand, auditions hesitantly for legendary record producer Sam Phillips (Dallas Roberts).

For his trouble, Cash gets an earful of sarcasm about the lack of conviction in his singing.

Sound familiar? –

Channel News Asia

Fasha Sandha Ingin Watak Jahat

2 Feb

Oleh Nor Fadzilah Baharudin


Fasha Sandha.

GADIS jelita ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja nama Fasha Sandha pasti ramai terbayangkan wataknya sebagai Natasha melalui drama bersiri Natasha yang disiarkan setiap Selasa pukul 9.00 malam di TV3.

Dalam Natasha, Fasha memainkan watak gadis lemah lembut yang malang. Sejak melibatkan diri dalam dunia lakonan, Fasha sering saja diberikan watak orang baik-baik. Tetapi jangan tak tahu Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan sebenarnya mendambakan watak seorang perempuan gila atau wanita jahat.

“Sehingga hari ini saya masih belum berpeluang membawakan watak-watak sedemikian. Mungkin di Malaysia watak tersebut masih kurang dan belum ada lagi.

“Watak Julliete Lewis dalam Nature Born Killers sangat saya kagumi. Kalau boleh membawa watak macam itu, ia memang saya nanti-nantikan. Saya mahukan watak yang nampak cantik di luar tetapi di dalam psiko.

“Atau watak penggoda macam watak Sofia Jane dalam filem Perempuan, Isteri dan …,” kata Fasha yang telah membintangi lebih 10 drama antaranya Usia, Songket Cinta Bertemu Duka, Kasih Relaku Pujuk dan Dengan Nama Cinta.

Memulakan kerjaya sebagai model iklan komersial, Fasha kini sibuk menjalani penggambaran filem Cinta terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) arahan Kabir Bhatia. Ini merupakan filem kesepuluh lakonan Fasha.

Dalam filem itu dia membawa watak Azura, seorang pekerja di sebuah kedai buku yang jatuh cinta dengan seorang lelaki kaya dan muda. Tapi percintaan itu terhalang lalu timbul beberapa konflik.

“Penggambaran telah bermula sekitar minggu lepas. Alhamdulillah saya seronok bekerja bersama Kabir dan pelakon-pelakon lain. Insya-Allah penggambaran akan berakhir pada bulan depan,” kata gadis jelita ini.

Dalam pada itu, Fasha yang sedang menanti tayangan filem Bujang Senang, Cicakman, Nana Tanjung dan Gong berkata, “Saya teringin bekerja di bawah arahan U-Wei, Suhaimi Baba dan ramai lagi.

“Sehingga ke hari ini saya telah bekerjasama dengan beberapa pengarah antaranya A. Razak Mohaideen, Aziz M. Osman, Bade, Osman Ali dan Kabir, jadi saya teringin meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya.”

Utusan Malaysia