Archive | March, 2006

Gubra Ada Babak Bilal Pegang Anjing

31 Mar

Oleh WANDA IDRIS

“KALAU Sepet mengandungi adegan-adegan Gubra, ia pasti akan menerima sekurang-kurangnya 20 peratus potongan. Dan sekiranya panel yang sama menilai Gubra, filem itu akan menerima sekurang-kurangnya 25 peratus potongan.”

Demikian kata pengarah Gubra, Yasmin Ahmad sehari sebelum filem itu ditayangkan kepada media di TGV KLCC pada Rabu lalu.

Selepas menonton Gubra, memang benar bahawa tanpa panel penilai yang bersikap terbuka, tentunya beberapa adegannya tidak lepas daripada potongan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

Bukan mengatakan adegan yang terlepas itu lucah namun ia boleh mendatangkan rasa kurang selesa pada sebilangan penonton.

Antaranya, babak yang menampakkan punggung seorang pesakit ketika Orked (Sharifah Amani) bertanya di mana tandas dan ketika Orked keluar dari bilik mandi dengan hanya berkemban tuala selain sikap liberal seorang Bilal yang memegang anjing (yang kedua-duanya dalam keadaan kering).

Kita tidak perlu bercerita tentang aspek kasih sayang yang ditonjolkan kerana rasanya penonton tahu bagaimana hasil kerja Yasmin dalam menonjolkan babak sedemikian.

Namun Yasmin mempunyai prinsip. Jika dia menjual sebiji kek coklat yang mengandungi pelbagai hiasan, dia mahu keknya itu dijual kepada pelanggan dalam keadaan yang sama.

“Ini adalah sebiji kek yang saya buat untuk anda dan saya gembira kerana anda dapat menikmati kek (filem) yang sebenarnya,” ujar Yasmin.

Dan apabila ditanya tentang kontroversi yang bakal timbul, sambil ketawa Yasmin berkata: “Tawakal sajalah….”

Anak kelahiran Muar, Johor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom ini memberitahu, dia tidak mahu meramalkan sambutan yang diterima oleh Gubra, filem ketiga arahannya selepas Rabun dan Sepet.

“Saya mengharap tetapi tidak mahu menjangkakan,” katanya yang turut memberitahu tidak akan mempertandingkan Gubra atau mana-mana filemnya pada festival filem tempatan.

Gubra akan ditayangkan kepada umum pada 6 April ini. Diterbitkan oleh Nusanbakti Corporation Sdn. Bhd., ia menelan belanja sebanyak RM1 juta.

Berlokasikan sekitar Ipoh, Perak, selain Sharifah Armani, Ida Nerina, Harith Iskander Musa dan Adibah Noor, Gubra dibintangi Alan Yun, Adlin Aman Ramlie, Nam Ron, Norkhiriah, Rozie Rashid, Khir Rahman, Juliana Ibrahim, Thor Kah Hoong dan Tan Mei Ling.

Walaupun ia boleh diibaratkan sekuel Sepet namun ia sebenarnya tidak dalam erti kata sebenar kerana Gubra mengandungi dua cerita berbeza.

Ia mengangkat kisah Orked yang sudah berumah tangga dan menghadapi konflik dalam kehidupannya.

Pada sisi lain di sebuah kampung berdekatan, muncul pula cerita tentang kehidupan Bilal dan keluarganya yang berjiran dengan pelacur.

Walaupun memaparkan dua cerita yang langsung tiada hubung kait, Gubra tampil dengan cerita yang simple namun kompleks dari segi emosinya.

Ceritanya tiada kena-mengena antara satu sama lain tetapi mesej yang ditampilkan menjadi penghubungnya.

“Cuma,” kata Yasmin, “saya ingin menasihati penonton agar tidak terus balik ketika credit title dipaparkan kerana ada perkara yang berlaku selepas itu.”

Sememangnya penonton tidak seharusnya melepaskan babak terakhir itu kerana ia merupakan sinambungan filem Yasmin yang akan datang, Mokhsein, yang sedang dalam pembikinan.

“Mokhsein boleh dianggap sebagai filem prekuel yang mengisahkan Orked ketika berusia 10 tahun yang bertemu dengan seorang budak lelaki bernama Mokhsein (12 tahun) yang datang ke kampung Orked sewaktu cuti sekolah.

“Kali ini Mak Inom dan Pak Atan masing-masing dibintangi oleh Sharifah Aleya dan Zul Huzaimi,” katanya.

Filem yang sudah memulakan proses latihan sejak dua minggu lalu itu akan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) dengan lokasinya berpindah dari Ipoh ke Kuala Selangor.

Powered by Utusan Malaysia

Reese-Ryan Hanya Berlakon Kononnya Bahagia

29 Mar

MEREKA dilihat sebagai pasangan emas Hollywood dengan dua cahaya mata comel yang menceriakan suasana rumah tangga yang dibina. Namun di sebalik glamor dan kemasyhuran, aktres yang baru dianugerahkan Oscar, Reese Witherspoon kini bertarung menyelamatkan perkahwinannya dengan aktor Ryan Phillipe.

Malah sumber memberitahu, kemesraan yang ditunjukkan pasangan itu semasa Anugerah Academy awal bulan lalu sekadar satu lakonan untuk menutup satu hubungan yang kian renggang.

Semuanya gara-gara kemuncak kerjaya Witherspoon yang bukan sahaja berjaya membawa pulang Oscar, satu anugerah paling berprestij dunia lakonan, tetapi juga sebagai aktres yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood.

Masalah rumah tangga juga berlaku pada pemenang Oscar, aktres Hillary Swank dengan suaminya, aktor Chad Lowe.

Bukan sahaja jurang perbezaan pendapatan yang dramatik menjadi perbandingan malah rasa cemburu terhadap kerjaya isteri sebagai aktres senarai A menyebabkan rumah tangga mereka berantakan.

Pasangan Swank-Lowe yang mengumumkan perpisahan mereka pada Januari lalu, bagaimanapun, sedang berusaha memulihkan semula hubungan mereka.

Apa yang berlaku ke atas pasangan Witherspoon-Phillipe tidak jauh bezanya daripada nasib Hillary Swank.

Khabarnya ketegangan rumah tangga bintang Sweet Home Alabama dengan suami kacaknya itu bermula apabila aktres itu berusaha keras merebut Oscar menerusi wataknya sebagai isteri John Cash, June Carter, untuk filem Walk The Line.

Kesungguhan Witherspoon itu mengakibatkan Phillipe merasakan dirinya dipinggirkan.

Kasihan

“Saya kasihan dengan Ryan,” kata satu sumber. “Dia berusaha keras untuk bertahan dengan semangat Reese yang beria-ia mahu memenangi Oscar supaya apabila tiba malam itu isterinya mendapat apa yang dicita-citakan.”

Sememangnya bintang Witherspoon terus bersinar dengan filem-filem lakonannya terus menjadi box-office sedangkan apa yang berlaku kepada aktor berusia 31 tahun itu pula adalah sebaliknya.

Malah Witherspoon, 30, kini mendapat bayaran sebanyak $39 juta (kira-kira RM148.2 juta) untuk sebuah filem sedangkan Phillipe dikatakan hanya memperoleh bayaran sebanyak $4 juta (kira-kira RM15.2 juta).

Justeru, ramai orang melihat kegemilangan kerjaya Witherspoon itu mampu menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun itu roboh.

Witherspoon yang mula menggilap nama sebagai bintang setelah berlakon sebagai Elle Wood dalam filem Legally Blonde (2001) sentiasa dilihat mempunyai reputasi yang baik sebagai seorang pelakon yang sempurna dan sangat berdisiplin.

Namun reputasi itu telah menyebabkan rumahtangganya tunggang-langgang.

“Resse menganggap Ryan mencemburuinya sedangkan dia bekerja dua kali ganda untuk berjaya sebagai pelakon selain menjadi ibu, sedangkan Ryan hanya duduk dan mengeluh.

“Malah Reese menganggap Ryan tidak pernah menyokongnya seperti yang sepatutnya dia lakukan,” menurut satu sumber.

Witherspoon jatuh cinta dengan bintang filem Crash itu setelah diperkenalkan pada majlis sambutan ulang tahun ke-21nya pada 1997 sebelum mereka berkolaborasi dalam filem Cruel Intention pada 1999.

Pasangan muda itu kemudian berkahwin pada tahun yang sama dan dikurniakan dua cahaya mata, Ava, 7, dan Deacon, 3.

“Saya bertuah bertemu dengan seorang yang ingin berkongsi hidup dengan saya,” kata Witherspoon mengenai suaminya.

Sebenarnya, pasangan itu telah lama menghadapi kemelut rumah tangga. Phillipe sendiri secara terbuka pernah memberitahu bahawa mereka turut mendapatkan nasihat pakar perkahwinan dalam usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

Witherspoon sendiri tidak pernah menyembunyikan kehidupan rumah tangganya malah pernah mengakui bahawa perkahwinan merupakan satu cabaran kepadanya.

“Saya tidak tahu apa rahsia untuk sebuah hubungan yang bahagia,” kata Witherspoon.

Tidak terkenal sebagai pasangan yang mesra di khalayak umum, Witherspoon dan Phillipe kebelakangan ini dilihat begitu intim semasa menghadiri beberapa majlis.

Beberapa pemerhati memberitahu, kelakuan seumpama itu menunjukkan bahawa mereka sedang berusaha untuk menutup duka lara pada hubungan masing-masing.

Perkara yang sama juga berlaku pada beberapa pasangan terkenal Hollywood yang menggunakan kamera sebagai helah menyembunyikan keretakan hubungan yang sebenar.

Julia Roberts dan Benjamin Brat, misalnya, menggunakan lensa kamera pada majlis penganugerahan Oscar 2001 untuk menunjukkan keintiman mereka sebelum masing-masing mengumumkan perpisahan beberapa hari selepas itu.

Jennifer Aniston dan Brad Pitt juga dirakamkan begitu mabuk asmara sedangkan tidak berapa lama kemudian mereka mengumumkan tidak sanggup lagi meneruskan perkahwinan tersebut.

Utusan Malaysia

Kuiz Demam Bola Sempena Piala Dunia FIFA 2006

28 Mar

Oleh: WANDA IDRIS

SEMPENA Piala Dunia FIFA 2006 yang bakal berlangsung selama sebulan bermula 9 Jun ini, RTM akan menyiarkan sebuah program game show yang diberi judul Demam Bola.

Muncul dengan konsep unik dan menghiburkan, Demam Bola merupakan sebuah program kuiz hiburan yang berkisar mengenai perlawanan bola sepak paling berprestij di dunia itu.

Dihoskan oleh pelakon dan penyanyi AC Mizal, program terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd. itu akan disiarkan di TV1 bermula 2 Mei hingga 12 Julai ini.

Program 31 episod yang disiarkan selama setengah jam setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis itu bakal menghiburkan para peminat bola sepak dengan aksi lucu para peserta dan artis jemputan.

Menurut Pengarah Operasi Nafalia Corporation, Mohd. Najib Jaafar, setiap peserta yang menyertai program itu bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang luas mengenai perlawanan bola sepak dunia empat tahun sekali itu tetapi juga ceria dan aktif.

“Demam Bola merupakan satu anjakan paradigma dalam penerbitan game show tempatan. Konsepnya diilhamkan oleh pihak produksi membabitkan kos penerbitan hampir setengah juta ringgit,” kata Najib ketika ditemui selepas pelancaran program itu yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Najib berkata, kira-kira 1,000 peserta datang untuk uji bakat program itu yang diadakan selama dua hari di Petaling Jaya, Selangor beberapa bulan lalu.

Namun hanya 16 kumpulan yang dipilih untuk meneruskan saingan dengan setiap kumpulan diwakili dua peserta dan seorang artis jemputan.

Kumpulan-kumpulan yang akan bersaing ialah Al-Kurawi, Viva, Jaring FC, Anak Belalang, Putrajaya FC, Rembat, Merah Bersatu, Rimba Bara, Deras, Biar Betul, Gol FC, Yeob FC, Jaguh, Romeo FC, Juara FC dan Jentayu, satu-satunya pasukan tunggal yang diwakili peserta wanita.

Sementara artis jemputan yang bakal memeriahkan Demam Bola ialah Mamat, Cat Ruffedge, Aidil AF3, Deja Moss, Dia Fadilla, Raja Azura, Angelina Tan, Sathiya, D-Va, Hans Isaac, Ezlynn, Pija Mentor, Arnieza Amir, Khadeeja, Achik Spin dan Siti Nordiana.

Kesemua 16 kumpulan itu perlu bersaing untuk mendapatkan tempat lapan terbaik bagi membolehkan mereka mara ke peringkat suku akhir.

Daripada lapan kumpulan, hanya empat kumpulan terbaik akan dipilih untuk meneruskan perjuangan ke separuh akhir. Kumpulan yang berjaya ke pertandingan akhir akan menerima pelbagai hadiah menarik dan wang tunai.

Kata Najib, pertandingan itu menyediakan hadiah utama iaitu peluang menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia antara tuan rumah Jerman dengan pasukan Costa Rica.

“Seorang calon bertuah (sama ada peserta atau artis jemputan) yang mendapat markah tertinggi pada siri program tersebut akan memenangi Kasut Emas tajaan Adidas.

“Pemenang kumpulan bukan sahaja berpeluang ke Jerman tajaan penerbangan Emirates malah diberikan wang poket sebanyak RM5,000 oleh Hotlink,” jelasnya.

Setiap peserta yang bergelar juara pula, selain akan menerima trofi daripada Nafalia Corporation, juga akan turut membawa pulang motosikal edisi terhad Moskito RX125 Fussball Fever tajaan MZ Motorrad Sdn. Bhd. selain tiket penerbangan ke Jerman tajaan Emirates, jam tangan Orient tajaan A.D Time Sdn. Bhd. dan wang tunai sebanyak RM5,000.

Kumpulan yang menang tempat kedua pula akan menerima hadiah setiap seorang, tiket penerbangan ke Dubai, sepasang jam tangan Alain Delon dan wang tunai RM3,000.

“Pemenang pusingan pertama seramai 72 orang turut menerima pakej percutian daripada Glory Beach Resort, baucer Adidas, baucer Burger King dan pek permulaan edisi terhad Piala Dunia Hotlink,” kata Najib.

Menampilkan tiga segmen utama iaitu Sepak Mula, Separuh Masa dan Masa Kecederaan, setiap segmennya disesuaikan dengan ciri-ciri perlawanan bola sepak.

“Menariknya, pada segmen Masa Kecederaan, pelbagai telatah lucu dapat dilihat apabila para peserta perlu bermain bola sepak dengan menutup mata.

“Sekiranya keputusannya adalah seri, maka Masa Tambahan akan diberikan kepada mereka untuk menentukan pemenang,” kata Najib.

Menurutnya, rakaman program tersebut telah dimulakan sejak 18 Mac lalu dan akan berakhir pada 25 Mac ini.

Mengenai pemilihan AC Mizal sebagai pengacara program itu, Najib berkata, syarikatnya telah membuat pilihan yang tepat.

“AC Mizal bukan sahaja seorang pengacara yang bersahaja dengan lawak selambanya tetapi dia juga merupakan seorang peminat bola sepak yang mempunyai pengetahuan yang luas,” katanya.

Powered by Utusan Malaysia

Nabila Huda Bagaikan Mati Hidup Semula

28 Mar

Oleh: MUZLINA ABU BAKAR

NABILA bersama mamanya, Faridah Fadzil, yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya.

Nabila Huda Suhaimi, 22, anak sulung kepada penyanyi rock Amy Search memang tabah menghadapi dugaan hidup. Peristiwa dia ditangkap khalwat di Pulau Pinang dihadapinya dengan tenang.

Namun jauh di sudut hati, dia menginsafi kesilapan yang telah terjadi. Dia berazam peristiwa hitam itu akan dijadikan sebagai satu tauladan untuk tidak diulangi.

“Abil tahu apa yang sudah berlaku tidak boleh diundur. Sekarang Abil perlu lebih berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang sama.

“Cuma Abil bersyukur dalam menghadapi titik hitam itu Abil mendapat sokongan mama dan papa yang tidak henti-henti memberi semangat dan nasihat agar Abil tidak ulangi kesalahan yang sama,” cerita Nabila sambil memandang manja mamanya, Faridah Fadzil, 41, yang menemaninya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Sambil membelai mesra rambut Nabila, Faridah berkata, sebagai ibu memang dia kesal dengan apa yang terjadi.

“Semasa kejadian itu saya berada di Dubai kerana urusan kerja. Saya terkejut bila mendapat berita itu daripada Abil dan pelbagai perasaan berbaur dalam diri saya.

“Tapi saya tahu macam mana keadaan Abil ketika itu jadi saya tidak mahu membuat dia rasa tertekan dan sedih.

“Apa yang saya mampu buat cuma menasihatkannya dan mengingatkan Abil agar pisang tidak berbuah dua kali. Nasi sudah menjadi bubur, kalau kita menangis air mata darah sekalipun ia tidak akan mengubah apa yang terjadi.

“Bagi saya yang penting kita belajar daripada kesilapan demi untuk kebaikan masa depan,” kata Faridah.

Nabila yang mendengar kata-kata itu memeluk ibunya. Dia tersenyum memandang mamanya sambil berkata:

“Abil bertuah mendapat mama dan papa yang begitu memahami. Bukanlah Abil maksudkan mereka merestui perbuatan Abil. Bagi Abil, yang salah tetap salah dan Abil jadikan ia sebagai pengajaran.”

Menurut Nabila, walaupun dia menyesal dengan apa yang berlaku tetapi dia tidak mahu menyalahkan sesiapa.

Kini dalam mengharungi hidupnya, Nabila yang memang meminati bidang lakonan sedar peluang untuknya kembali ke bidang itu mungkin terhad buat masa ini.

“Abil cuma mampu berdoa agar ada ruang untuk Abil berlakon dan alhamdulillah baru-baru ini Abil ditawarkan oleh sebuah syarikat berlakon dalam drama komedi Alahai Cucu Atuk untuk siaran Astro Ria.

“Tawaran yang diberi itu bagaikan bulan jatuh ke riba dan Abil bersyukur kerana masih ada syarikat dan stesen TV yang berfikiran terbuka menawarkan Abil berlakon. Abil rasa bagaikan mati hidup semula,” kata Nabila.

Menurut Nabila, tawaran yang diterima itu memberi semangat baru kepadanya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan yang sebelum ini dianggap bagaikan tidak ada ruang untuknya lagi.

Sebagai anak kepada penyanyi rock yang tidak asing lagi, tentu ramai yang menganggap Nabila memiliki bakat seperti bapanya, Amy Search.

Walaupun Nabila boleh menyanyi tetapi jauh di sudut hati gadis kecil molek ini langsung tidak meminati bidang nyanyian.Setakat menyanyi memanglah Abil boleh, tapi Abil tidak minat menyanyi.

“Bila tengok papa menyanyi Abil rasa kagum sangat kerana walaupun sudah 25 tahun, papa masih boleh bertahan dalam bidang ini dengan gaya dan persembahan tersendiri.

“Tapi janganlah suruh Abil menyanyi atau jangan mimpi Abil boleh ganti tempat papa. Bagi Abil, Amy Search hanya ada satu di dunia.

“Walaupun adik Abil, Alexander Zulkarnain, setahun tujuh bulan (anak Amy dengan isteri barunya Norhasniza Hassan) sudah menunjukkan bakat dalam bidang ini tetapi Abil tahu Amy Search tidak ada gantinya,” cerita Nabila sambil tersenyum mengenangkan gelagat adiknya itu.

“Abil bangga dilahirkan sebagai anak Amy Search. Biarlah apa orang nak anggap tetapi Abil tahu papa seorang ayah yang bertanggungjawab dan mengambil berat tentang anak-anak.

“Di pentas dia penyanyi rock tetapi di luar pentas dia adalah seorang ayah yang penyayang dan memahami jiwa anaknya,” cerita Nabila mengenai papanya.

Petang itu, sementara menanti Nabila balik dari butik yang menaja pakaiannya untuk satu majlis, Faridah Fadzil tidak henti-henti bercerita tentang anak dara kesayangannya, Nabila, yang dipanggil Abil.

“Sejak kecil Abil memang anak yang mengikut kata. Dia rajin belajar dan tidak pernah ponteng mengaji. Ketika usianya 12 tahun, dia sudah tiga kali khatam Quran. Melihat kejayaannya dalam bidang pelajaran, saya impikan dia menjadi arkitek.

“Iyalah sebagai emak, kita selalu impikan satu-satu karier untuk anak kesayangan kita, tapi… bila dah besar Abil lebih minat kepada bidang lakonan.

“Saya hanya menyokong apabila Abil memilih bidang lakonan. Melihat lakonannya dalam video cakera padat Blok 404 (1998) ketika umurnya 15 tahun, saya tahu dia berbakat. Nak kata apa. Dah papa dia orang seni jadi anaknya tentulah mengikut walaupun bukan sebagai penyanyi,” komen Faridah bila ditanya mengenai impiannya terhadap Nabila.

Powered by Utusan Malaysia

APM 2006 Masih Didominasi Artis Indonesia

27 Mar

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SEBELUM keputusan Anugerah Planet Muzik 2006 (APM 2006) diumumkan, ramai yang dapat menjangka bahawa kemenangan pasti banyak berpihak kepada artis dari Indonesia. Ini kerana sejak dulu lagi artis republik tersebut sering membolot kemenangan dalam kategori terbaik manakala anugerah popular pula sering menjadi milik artis Malaysia.

AMP 2006 yang berlangsung di Max Pavillion, Singapore Expo, Singapura, Jumaat lalu membuktikan sejarah berulang lagi.

Enam daripada lapan anugerah untuk kategori terbaik menjadi milik artis Indonesia seperti Artis Baru Terbaik (Ello), Kumpulan Baru Terbaik (Maliq & D’Essentials), Artis Lelaki Terbaik (Marcell), Duo/Kumpulan Terbaik (Peterpan), Lagu Terbaik (Dealova dendangan Once) dan Album Terbaik (Senyawa – Chrisye).

Sementara artis Malaysia pula hanya mampu meraih kemenangan dalam kategori Artis Wanita Terbaik (Jaclyn Victor) dan Artis Baru Terbaik (Nikki). Kedua-dua mereka adalah bintang yang dicungkil daripada pertandingan realiti program Malaysian Idol.

Sebelum ini artis Malaysia yang pernah memenangi kategori berprestij itu ialah Vince dan Dia Fadilla untuk anugerah Artis Baru Lelaki dan Wanita Terbaik pada tahun lalu. Siti Nurhaliza juga pernah dinobatkan sebagai Artis Wanita Terbaik pada APM 2004.

Kalau dilihat secara rambang, artis-artis Indonesia masih menguasai kategori terbaik berbanding Malaysia yang hanya juara untuk kategori popular.

Keputusan bagi kategori popular ditentukan oleh peminat yang membuat pemilihan berdasarkan borang yang terdapat dalam majalah hiburan di negara masing-masing. Selain itu para peminat juga boleh melayari laman web untuk membuat undian.

Lagu popular Aduh Saliha dendangan Mawi, ciptaan M.Nasir dan lirik oleh Loloq berjaya dipilih sebagai Lagu Paling Popular tahun ini.

Anugerah yang diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni di Malaysia, Indonesia dan Singapura itu sejak dulu hingga kini dilihat tidak menawarkan banyak perubahan.

Biarpun pemenang sudah diketahui, namun ada juga yang berpendapat penganjur Mediacorp Radio Warna 94.2 FM dan Ria 89.7 FM dengan kerjasama Beyond DBB Malaysia seolah-olah telah mempunyai pemenang sendiri kerana ada beberapa keputusan yang difikirkan tidak munasabah.

Persoalan itu timbul kerana bagi kategori Artis Lelaki Paling Popular sepatutnya pemenangnya Mawi dan bagi Lagu Paling Popular ramai yang berpendapat Mungkin Nanti atau Ada Apa Denganmu dendangan Peterpan lebih layak.

Masalahnya, kalau diberi pada Mawi, nanti negara penganjur tidak ada pemenang langsung melainkan bagi kategori Singapura sahaja.

Justeru Mawi perlu menang biarpun sekadar lagu popular. Padahal lagu Aduh Saliha hanya popular di Malaysia dan Singapura berbanding lagu dendangan Peterpan yang popular di tiga negara.

Mungkin disebabkan faktor remeh-temeh itulah maka kebanyakan syarikat rakaman Malaysia kurang bersemangat untuk menghantar penyertaan ke APM 2006.

Persembahan kurang menarik

Dari segi persembahan artis-artis yang menjayakan APM 2006, dilihat ada yang kurang menyerlah disebabkan muzik lebih kuat daripada suara penyanyi.

Namun gabungan Mawi dan Taufik Batisah yang mendendangkan lagu Gadis Melayu membuatkan penonton teruja kerana lagu tersebut sedang popular di Singapura dan Malaysia ketika ini.

Bagaimanapun, penampilan Ello yang dipilih sebagai Artis Lelaki Baru Terbaik tidak mampu menghangatkan suasana. Begitu juga dengan persembahan kumpulan Gigi yang sekadar penyeri pentas.

Sementara gabungan Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Rossa dan Marcell yang mendendangkan lagu seperti Bukan Lagi Rahsia dan Kalbu kembali membuat penonton teruja.

Lain-lain artis yang turut mengadakan persembahan pada APM 2006 ialah M.Nasir, Nurul, Ajai, Ferhad, Jaclyn Victor, Ratu, Sharifah Zarina, Syed Amir, Adam dan Vince.

Anugerah Planet Muzik dikendalikan oleh Aznil Nawawi (Malaysia), Adi Rahman dan Fiza Othman (Singapura) dan Nirina Zubir (Indonesia).

APA KATA PEMENANG?

Siti Nurhaliza

“Alhamdulillah sebab memberi peluang kepada Siti untuk berada di pentas ini lagi. Terima kasih kepada peminat-peminat yang masih menaruh kepercayaan pada bakat Siti. Kemenangan ini untuk semua yang berdiri di belakang Siti dan anugerah ini mendekatkan Siti dengan peminat-peminat.”

Jaclyn Victor

“Kemenangan ini amat mengejutkan. Saya datang ke sini hanya untuk menghiburkan anda semua dan pencalonan saya untuk tiga kategori sudah merupakan satu kejayaan. Tapi bila diumumkan sebagai pemenang untuk Artis Wanita Terbaik, saya benar-benar terkejut.”

Nikki

“Saya betul-betul terkejut dengan kemenangan ini. Kemenangan ini membuktikan bahawa peminat-peminat mengiktiraf kehadiran saya dalam bidang ini menerusi album Maharani.”

Mawi

“Saya tak sangka sebab kategori ini mempertandingkan nama-nama terkenal. Terima kasih pada M.Nasir dan Loloq kerana memberikan lagu terbaik untuk saya.”

M. Nasir

“Tak sangka mereka akan pilih lagu Aduh Saliha yang berentak Melayu Arab ini sebagai pilihan.”

Taufik Batisah

“Saya benar-benar tak sangka sebab saya ingatkan Mawi yang akan jadi pilihan. Lagipun nama-nama yang dipertandingkan dalam kategori ini memang hebat. Kehadiran saya sekadar untuk menggembirakan peminat.

Kemenangan ini menjadi platform untuk saya melangkah ke luar. Saya memang ditawarkan buat album di Malaysia tapi sedang dipertimbangkan. Setakat ini saya sudah ada album Inggeris.”

Peterpan

“Kemenangan ini bukanlah sepenuhnya. Kami harap kemenangan ini akan memberi semangat kepada Peterpan untuk memberi balasan setimpal kepada peminat.”

Loloq

“Saya harap anugerah ini mampu memberi lesen besar kepada saya untuk terus berkarya dan menghasilkan lirik yang lebih mencabar.”

Utusan Malaysia

Nassier Wahab Jawab Kisah ‘gay’

26 Mar

Baca tajuknya saja yang gempak. Ceritanya ala-ala manja saja. Kisah penyanyi Nassier Wahab sudah kembali ke dunia lakonan yang sangat dirinduinya itu.

Setelah hampir sepuluh tahun tidak diundang ke lokasi, Nassier tidak menyangka sama sekali peluang berkenaan datang kepadanya semula.

“Saya memang cukup terharu apabila tawaran berlakon itu datang semula kepada saya,” katanya. Nassier muncul dalam drama Episod Terakhir bergandingan bersama nama-nama hebat lain antaranya, Eman Manan dan Sheila Rusly. Hari pertama katanya, dia cukup gugup di lokasi.

“Rasa macam nak gila, tetapi nasib baik Sheila, krew dan pengarahnya Jinggo beri kata-kata semangat. Masuk hari kedua penggambaran saya sudah okey,” katanya.

Drama terbitan syarikat Sheila Rusly dan suaminya ini khabarnya akan disiarkan di sebuah stesen televisyen swasta menjelang sambutan Hari Ibu Mei depan.

Tetapi watak yang dibawa bukan sebarang watak. Watak sebagai lelaki yang membenci perempuan. Ewah! Ewah! Beraninya dia.

Setahu Joyah banyak artis lelaki lain tak berani bawa watak macam itu, bimbang nanti orang fikir bukan-bukan. Tetapi abang Nassier kita ni okey saja.

“Lakonan sajalah. Kita ikhlas berlakon, jadi tak ada apa-apa hal yang perlu dirisaukan. Sebelum terima tawaran saya sudah bincang dengan isteri dan keluarga, mereka izinkan. Saya terus ambil peluang ini,” katanya lagi.

Yang penting kata Nassier, dia tidak pernah takut pada pandangan serong masyarakat. Meskipun dia tahu masyarakat kita cukup sensitif dengan penampilan lelaki berlainan cita rasa di kaca televisyen, tetapi Nassier tidak pernah gentar.

Dengar tu apa yang Abang Nassier kita cakap. Tak baiklah macam tu. Watak-watak jahat ni hanya dalam drama saja. Ada pelakon perempuan pernah jadi pelacur, jadi ibu ayam tak semestinya di luar mereka pun macam itu juga. Buangkanlah tanggapan negatif yang tak membina minda macam itu.Tak elok. Hari ini kita tuduh orang, esok-esok saudara-mara sendiri yang terjebak dengan dunia kehidupan terlampau, siapa nak jawab?

Cayalah Abang Nassier, berani ambil peluang. Manalah tahu lepas ini makin banyak tawaran berlakon, mesti best. Nanti kalau ada babak-babak tempelen bolehlah kasi Joyah pula ya.

Joyah percaya wajah kacak yang makin kekal awet muda tu mampu membuatkan peminat ‘terlopong’ di depan televisyen.

Powered by Utusan Malaysia

Stellar Line-Up

22 Mar


Stellar line-up

Mid tempo funk and folk rock are set to scorch the racks

Andrea Bocelli/Universal

Amore

Following Werther from 2005, this is Bocelli’s highly anticipated album. Produced by David Foster, the album features a stellar line up of instrumentalists — electric and acoustic guitarists Dean Parks (Billy Joel, BB King) and Michael Landau (Pink Floyd, Miles Davis), bassist Nathan East (Eric Clapton, Phil Collins),Vinnie Colaiuta (drums, Sting) and Randy Waldman (keyboards/piano, Kenny G, George Benson). Also find pop superstar Christina Aguilera, as also Stevie Wonder, singing in Italian.

SYEDA FARIDA


Hindu On Net

ASA 2005: Tak Perlu Kontroversi

19 Mar


Aznil dan Raja Azura menghidupkan suasana ASA 2005.

Dalam bidang apa sekalipun anugerah kerana kecemerlangan adalah salah satu pemangkin untuk membuat anjakan kepada yang lebih baik. Proses memberi anugerah adalah saringan yang memisahkan yang terbaik, baik, kurang baik dan buruk.

Proses ini dilakukan oleh individu bebas dan ini adalah satu kaedah untuk memberi penghargaan kepada penghasilan terbaik. Tanpa acara anugerah, yang terbaik barangkali tenggelam kepada yang kurang baik. Mungkin kerana yang terbaik tidak popular atau yang terbaik tidak ditonjolkan kelebihannya.

Anugerah berteraskan kecemerlangan sama sekali bertentangan dengan yang memilih populariti. Maka kalau ada yang tidak popular diberi kemenangan, belajarlah melihat ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada sesebuah karya itu.

Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA 2005) baru saja berlalu. ASA 2005 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) adalah satu-satunya acara paling berprestij dalam industri penyiaran tempatan. Ini bukan anugerah RTM sekalipun digerakkan oleh Kementerian Penerangan.

Sebaliknya anugerah ini satu kesepakatan semua stesen radio dan televisyen tempatan. Sama ada ASA 2005 berjaya atau tidak, yang wajar menanggungnya adalah semua stesen penyiaran yang terlibat. Tidak boleh wujud stesen yang cuba lepas tangan atau menuding kelemahan kepada pihak lain.

Sebenarnya tidak ada acara penganugerahan yang paling bermakna selain ASA dalam konteks format baru yang diperkenalkan oleh bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzir. Sebelum ini ASA hanya bertaraf anugerah dalaman yang sama dengan Anugerah Skrin di TV3. Maknanya sebelum ini ASA bukan bertaraf nasional kerana mempertandingkan karya-karya di stesen RTM saja.

Memang sewajarnya Malaysia mempunyai satu penganugerahan yang bertaraf nasional dalam industri penyiaran. Kadir yang memulakan ASA 2004 tahun lalu tentunya melihat keperluan tersebut dan format baru ini adalah satu anjakan yang bermakna dalam industri penyiaran tempatan.

Dalam industri penyiaran Amerika Syarikat (AS) telah diwujudkan Anugerah Grammy. Saban tahun kita dapat melihat individu yang cemerlang dijulang dan seluruh dunia melihatnya menerusi siaran langsung ke 150 buah negara.

Pada acara ASA 2005 yang gilang-gemilang dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu, stesen RTM mencatatkan bilangan trofi paling banyak, tempat kedua ialah Astro dan ketiga pula ialah TV3.

Kalau kita berfikiran matang, jumlah trofi yang dimenangi oleh RTM misalnya bukanlah satu isu. Kita kena realistik bahawa anugerah ini bukan berkonsepkan kesamarataan. Maknanya jumlah kategori dibahagi dengan jumlah stesen radio dan televisyen.

Kalau ini berlaku, tidak adalah tujuan mencari kecemerlangan dalam industri penyiaran tempatan. Tetapi sesetengah pihak sengaja membawa pemikiran khalayak supaya melihat ASA 2005 tidak telus dan RTM membolot jumlah terbanyak kerana RTM di bawah Kementerian Penerangan.

Ini pemikiran nakal yang melihat acara nasional ini daripada sisi kontroversi, membelakangkan kewujudan juri profesional yang bebas dari mana-mana stesen penyiaran. Dalam Anugerah Grammy, biarlah stesen sama ada CBS atau ABC yang memonopoli, media mereka tidak menjadikan ini sebagai isu.

Lalu jumlah kategori yang dimenangi oleh RTM bukanlah isunya. Ia hanya menjadi isu kepada pihak yang sengaja menjulingkan persepsi khalayak daripada melihat mutu kecemerlangan kepada sensasi yang basi.

ASA 2005 semakin jelas menjadi pemangkin penghayatan khalayak kepada aspek-aspek kecemerlangan. Khalayak diasuh supaya menilai lakonan terbaik, karya terbaik, juruhebah terbaik dan pelbagai jurusan lagi dari aspek kecemerlangan. Memberi anugerah kerana popular tidak akan menyumbang kepada khalayak yang “celik seni” malah semakin membuatkan khalayak “buta seni”.

* ASA 2005 lebih dirasai

Sekalipun tidak banyak publisiti diberikan kepada ASA 2005 tetapi acara ini lebih dirasai oleh khalayak. Malah kalau dibandingkan dengan Festival Filem Malaysia (FFM), ASA 2005 menjadi lebih dekat dengan orang-orang yang tidak terlibat dalam industri penyiaran.

Ini adalah satu kejayaan awal (baru dua tahun) ASA 2005. Difahamkan tahun ini jawatankuasa induk telah membahagi-bahagikan tugas kepada stesen-stesen penyiaran. Misalnya hal-ehwal promosi diberikan kepada TV3, penerbitan kepada Astro dan RTM mengendalikan jemputan tetamu-tetamu kenamaan.

Biarpun TV3 semacam terlupa untuk mempromosi ASA 2005, tetapi tidak menjejaskan keseluruhan sambutan terhadap anugerah ini. Tahun akan datang diharapkan jangan berulang lagi seperti tahun ini di mana pihak media terpaksa mencari pihak yang bertanggungjawab soal promosi. Sepatutnya mereka yang mencari pihak media untuk mendapatkan promosi.

Tentu sekali agak malang apabila ditanya mengenai ASA 2005, ada yang menjawab, “Eh ye ke kami yang buat promosi, tak tau pula le.” Ketika itu hanya tinggal seminggu saja lagi ASA 2005 berlangsung di KLCC. Tidak mengapa, bagi kami di media, ini satu pengalaman supaya kami lebih memahami bagaimana orang lain bekerja.

Astro telah memperlihatkan komitmen yang hebat. Siaran langsung ke semua stesen televisyen dan radio itu adalah hasil kerja warga Astro. Acara malam kedua iaitu malam kemuncak ASA 2005 terserlah gemilangnya.

* Wan Hanafi – Safura

Aktor Terbaik Wan Hanafi Su dan Aktres Terbaik Safura Yaacob bagi sesetengah orang, mereka ini tidak begitu popular. Malah mereka jarang muncul di layar kaca rumah kita.

Tetapi jangan lupa bahawa Wan Hanafi antara pelakon terbaik yang pernah kita miliki. Di kalangan rakan-rakan pelakon teater, Wan Hanafi digelar Al Pacino atau Robert De Niro.

Di pentas teater Wan Hanafi diingati dengan pementasan Anak Tanjung arahan Datuk Noordin Hassan. Dalam ASA 2005, Wan Hanafi dipilih kerana kecemerlangan lakonannya menerusi Anak Penarik Beca yang disiarkan di RTM.

Sebenarnya Wan Hanafi bukan orang baru. Maka kemenangan Wan Hanafi boleh menyuntik motivasi kepada pelakon muda untuk menjejaki beliau.

Safura pula sebelum ini lebih dikenali sebagai penyanyi rakaman dan kelab. Safura juga bukan sembarangan. Beliau adalah pelakon pilihan Dr. Anuar Nor Arai untuk watak utama teater Rokiah Ronggeng di Istana Budaya.

Dr. Anuar seorang pengarah yang sangat pemilih. Banyak tertanya-tanya kenapa beliau memilih Safura untuk watak seberat Rokiah dalam teater noir pertama di negara ini.

Safura memenangi aktres terbaik menerusi lakonan dalam Hari-Hari Terakhir Seorang Perempuan arahan Jurey Latif. Drama ini muncul sebagai drama terbaik dan pengarah terbaik.

* Prema yang versatil

Malam itu tidak banyak yang mengenakan pakaian tradisional. Banyak memilih pakaian moden yang kelihatan seksi dan kelihatan macam di Hollywood. Tetapi deejay radio KL FM, Prema memakai sari.

Prema yang memenangi Anugerah Deejay Radio Wanita Terbaik bukan orang baru dalam dunia penyiaran. Malah namanya sinonim dengan KL FM yang dulunya dikenali dengan Radio Malaysia Kuala Lumpur (RMKL).

Mungkin ada yang bertanya di mana deejay-deejay yang sekarang ini lebih popular malah menyaingi artis? Kenapa mereka tidak menang?

Jawapannya tentulah kurang menepati kriteria untuk mendapat deejay terbaik. Prema memang tidak popular malah tidak berasa dirinya macam artis. Tetapi Prema mencurahkan komitmen sebagai deejay, bukan sebagai artis.

* Aznil – Raja Azura

Astro membuat pilihan tepat memilih pengacara Aznil Haji Nawawi dan Raja Azura mengemudikan ASA 2005. Bayangkan kalau tanpa kedua-dua “penghibur” ini di atas pentas, terasa suram juga acara ini.

Komitmen Aznil dan Raja Azura melampaui juruacara. Kalau juruacara sekadar membuat pengumuman tetapi mereka penghibur. Pasangan pengacara ini sebenarnya membuat persiapan untuk kelihatan “hidup” semasa di depan penonton.

Malah kedua-dua mereka memberikan hiburan yang lebih baik daripada nyanyian sesetengah artis pada malam ASA 2005 itu. Penonton rasa terhibur dan ketawa tanpa disengajakan.

Tetapi tidak semua yang boleh melakukan kerja mengacara sambil menghiburkan penonton. Banyak yang jadi merapu apabila mahu menjadikan majlis kelihatan santai. Tetapi majlis santai macam ASA 2005 bukan merapu kerana Aznil dan Raja Azura merancang persembahan secara teliti.

* Tragedi di karpet merah

Kita pun nak karpet merah juga? Seingat kita, karpet merah adalah tradisi Anugerah Academy di Hollywood sana. Tetapi tidak mengapa, asalkan kita tidak menjadi Hollywood sudahlah.

Berdiri di tepi karpet merah di KLCC malam itu terasa macam berada di Anugerah Academy. Aktres dan aktor termasuk personaliti televisyen bergaya hebat. Glamourous terpancar di sini dan kemilau singgah hingga ceruk desa menerusi siaran langsung di semua stesen televisyen kita.

Artis dan personaliti lelaki tidak begitu bergaya kalau dibandingkan dengan yang wanita. Lelaki hanya memakai kot dan seorang dua memakai batik. Nampak kemas dan kacak.

Tetapi yang berfesyen sakan adalah aktres dan personaliti wanita. Kalau ada “mat saleh” tersesat di KLCC malam itu, tentu dia ingat sudah berada di Anugerah Academy.

Pakaian dan fesyen tidak ubah yang dipakai pada Anugerah Academy. Bayangkan pelakon veteran Norlia Ghani pun melaram juga malam itu dengan baju yang mempamerkan bidang dadanya.

Sebelum ini banyak yang riuh-rendah apabila Sofia Jane berkemban dalam filem Perempuan Isteri dan Jalang. Malah tidak kurang juga yang marah sebab Ida Nerina berkemban dalam filem Sepet.

Tetapi pada ASA 2005 tidak kurang juga yang memilih fesyen kemban. Cuma kelihatan lebih moden dan dimaafkan kerana mereka berkemban di atas karpet merah.

Tahun depan mungkin artis-artis wanita kita boleh diberi masa yang cukup untuk memilih fesyen yang sesuai dengan majlis anugerah bertaraf nasional ini. Tahun ini mungkin ada yang tergesa-gesa lalu memakai apa saja yang lintas di depan mata.

Utusan Malaysia

It's Kinda Hotting Up

16 Mar

A little-known made-in-Singapore film has seized the imagination of some of Hollywood’s greatest minds over the years.

Kill Bill director Quentin Tarantino owns a 35mm copy of it and once raved that the film could be an Oscar contender if it is released today by an industry heavyweight such as Miramax.

Citizen Kane director Orson Welles had once been in the frame to direct it, having in mind no less a star than Jack Nicholson to tackle the lead role.

In the end, it was American B-movie king Roger Corman – along with Playboy Enterprises – who bankrolled director Peter Bogdanovich’s little-seen 1979 film Saint Jack.

The movie’s circuitous route to the screen and infamy as a once banned film here has been chronicled in a new book by Singapore-based author Ben Slater.

And yesterday, the Media Development Authority (MDA) revealed to Today that the film can now be screened/distributed commercially under the Mature 18 rating.

The news couldn’t have come at a better time for Slater, whose book, Kinda Hot, hits the stores this weekend.

In it, Slater delves into the details of the US$1 million ($1.6 million) film’s location shoot in Singapore in 1978 and attempts to unravel the lingering mystery surrounding its blacklisting in 1980.

Critic-turned-director Bogdanovich, who made the 1971 classic The Last Picture Show and romanced its then unknown 19-year-old star Cybill Shepherd, is notorious for having made the film under false pretences.

Though he had set out from the beginning to make a big-screen adaptation of Paul Theroux’s 1973 novel Saint Jack, Bogdanovich told the local authorities that he was directing a sentimental boy-chases-girl adventure called Jack of Hearts for fear of being denied permission to shoot the film.

Saint Jack was subsequently banned and was approved for a public screening only once, as part of the Singapore International Film Festival in 1997.

Did the authorities know that Bogdanovich and company were not making the movie they claimed to be filming?

That it was actually Saint Jack, ostensibly an anti-Vietnam movie that was also designed to expose the seamier side of 1970s Singapore, then an R&R destination for United States soldiers fresh from the Vietnam War, replete with pimps, prostitutes, gangsters and transvestites?

That is perhaps the most intriguing question posed in Kinda Hot, whose title echoes a catch-phrase spouted by Saint Jack’s pimp protagonist Jack Flowers, the role intended for Nicholson that eventually went to Ben Gazzara.

“Personally, I like the ambiguity of ‘Did they, or didn’t they,'” said first-time author Slater, referring to the contentious issue of “Who knew what and when?” that dates back to a time even before Saint Jack was released.

In Sept 1978, two months after shooting had wrapped, Singapore’s The New Nation afternoon newspaper carried a story based on an interview Bogdanovich had given the Los Angeles Times.

The title? “How I fooled them in Singapore”.

In the media, Bogdanovich appeared to be a cocky outsider who’d done a smash-and-grab film production in an exotic, yet conservative, island-state, and was gloating over the fact that he’d put one over Singapore.

Bogdanovich would live to regret this insinuation and wrote a letter of apology, parts of which were published in the press here.

But was his film’s cloak-and-dagger production as big a con as once had been imagined? Perhaps not.

According to Slater’s book, based on interviews with the film’s cast and crew, and documents such as memos and production reports, the movie was made under the watchful eye of Cisco auxiliary police officers, who were in-charge of security.

“Towards the end, I think the people knew what we were doing,” Bogdanovich told an American journalist in 1978.

His French producer Pierre Cottrell (who incidentally translated the dialogue in Eric Khoo’s Be With Me into French for subtitling) agreed: “It’s impossible that the Government didn’t know,” he told Slater.

What’s more, the production team had hired the firm Rodyk and Davison as legal counsel, and the lawyer assigned to the case was none other than David Marshall, the former first Chief Minister of Singapore.

According to the book, Marshall probably believed his film-maker clients were being closely watched. Wary of surveillance, Marshall is said to have informed the office cleaning lady to vacuum during all his meetings with the Saint Jack crew.

Wherever the truth may lie, Slater aims to draw attention to Saint Jack through his book and through future public screenings of a film that he sees as a priceless record of Singapore in the 1970s.

It’s a sentiment Bogdanovich evidently shares.

In notes he penned on the film’s shooting script, the director said: “Singapore is in the progress business, and almost any place we’ve shot just won’t be here in 1980.”

“It was inevitable that there would be change,” said the UK-born Slater, who has made Singapore his home since 2002 and is married to a Singaporean.

“But it happened so fast, and it’s kind of sad. I’m sure there were good reasons for change, but it sort of drains the life out of the country.”

One would be hard-pressed to find a more comprehensive visual account of the country in film vaults and archives.

The film features scenes of Bugis Street – at the time a food paradise that was also a happy hunting ground for prostitutes and transvestites.

And similarly, it portrays bygone-era images of Clarke Quay, Boat Quay, Chinatown and the now-defunct Bidadari Cemetery.

It is also a showcase of Singapore’s people: Many of the actors who were involved in the film were amateurs practically plucked off the streets.

For them, Slater reasoned, being involved in the movie was a key event in their lives, a brief excursion into show business.

In researching his book, Slater found that for some, the film is a source of pride, even if many of them have never seen the completed version.

Probably, the most famous among the local cast was Monika Subramaniam, the female lead who once turned down a US$10,000 offer from Playboy to pose nude.

One of the accusations against Bogdanovich and the rest of the production team was that they had ridden into town and simply exploited the Singaporean cast and crew.

However, Slater didn’t find anyone among the Singaporeans who appeared in the film who echoed this sentiment.

Singaporean actor Noel Joseph even admitted that it would have been nice if the movie had become a hit, so he could have “basked in the limelight for just a little while”.

But in the end, acting in the movie “was a personal thing and I don’t think it was enough to boast or brag about,” he told Slater. “Anyway, nobody saw it.”

That’s something Slater is also keen to change: He hopes to screen Saint Jack in Singapore again in the near future.

Although an estimated 1,000 people turned up for the film’s sold-out 1997 screening at Chinatown’s Majestic cinema as part of the Singapore Film Festival, Saint Jack has not been shown since and is only available on DVD in the US and Australia.

Saint Jack was disallowed before the introduction of a film classification system in Singapore.

“After the film classification system was introduced in 1991, the film was re-submitted and classified R(A) in 1998 for screening at the Singapore International Film Festival,” said Cassandra Tay, director of Communications, MDA.

“With the latest revision of the film classification system in March two years ago when a Mature 18 rating was introduced, the Board of Film Censors reclassified the title Mature 18 due to its scenes of nudity. Hence, it can be screened/distributed commercially with the approved rating.”

Estatic at the news, Slater said such a screening would bring a sense of closure for many of the Singaporeans who took part in its production, but never saw the finished product.

It would also afford Singaporeans another chance to see a film that was made in Singapore, about Singapore, and once banned in Singapore. – TODAY /dt

Channel News Asia

Main-Main Cinta Tidak Dapat Sambutan Penonton

15 Mar

Oleh WANDA IDRIS

MAIN-MAIN CINTA mempertaruhkan Misha Omar dan Adam AF2, namun ia tidak mampu mencipta box-office dan hanya berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM700,000.

MAIN-MAIN CINTA, filem genre fantasi romantik komedi yang mempertaruhkan bintang popular Misha Omar dan Adam AF2, nyata tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

Malah filem terbitan ke-17 Metrowealth Movies Production (MMP) itu dikatakan bukan sahaja tidak mampu mencapai tahap box-office malah memperoleh jumlah kutipan tiket terendah dalam sejarah penerbitan MMP.

Main-main Cinta yang menelan kos pembikinan sebanyak RM1.5 juta dan diarahkan Prof. Madya A. Razak Mohaideen hanya berjaya mengutip jumlah jualan tiket sebanyak RM700,000 dalam dua minggu pertama sejak ia ditayangkan kepada umum pada 23 Februari lalu.

Bagaimanapun, penerbitnya David Teo memberitahu, dia tidak kecewa dengan sambutan dingin terhadap filemnya itu.

Sebaliknya dia bersikap optimis terhadap prospek penerbitan filem-filemnya pada masa akan datang.

“Ini satu pengajaran kepada saya untuk terus menerbitkan filem-filem Melayu,” kata David yang ditemui selepas majlis pelancaran penggambaran filem terbarunya, Tentang Bulan, di pejabatnya di Subang Jaya, Selangor Khamis lalu.

David berkata, persepsi penonton hari ini juga sudah jauh berubah dan mereka kini sangat selektif dalam memilih filem-filem untuk ditonton.

Kata David, strategi menampilkan bintang popular dengan konsep kisah cinta yang biasa sudah tidak lagi signifikan untuk menarik minat orang ramai ke panggung.

Malah, katanya, penonton hari ini inginkan kelainan dalam setiap penerbitan filem tempatan.

“Penonton hari ini memilih apa yang ingin mereka tonton, bukan lagi menonton apa sahaja yang kita sajikan.

“Dulu, kalau kita tampilkan komedi slapstik, bagi mereka ia satu hiburan. Hari ini, mereka kata, ia satu jenaka yang bodoh,” kata David.

Mengulas kegagalan Main-main Cinta di panggung, David berkata:

“Penonton mahukan filem yang istimewa isi dan konsepnya. Lihatlah sahaja bagaimana filem Baik Punya Cilok meletup di pawagam. Kerana ia hadir dengan satu konsep yang berlainan.

“Masa kita terbitkan filem seperti Kuliah Cinta dan Cinta Kolestrol, filem-filem itu meletup kerana tidak ada orang yang buat filem seperti itu di Malaysia.

“Malah ketika itu strategi menampilkan bintang popular iaitu Erra Fazira dan Yusry KRU nyata berjaya menarik penonton ke panggung sehingga filem itu mampu mencapai tahap box-office.

“Filem Kuliah Cinta sendiri berjaya membuat kutipan jualan tiket tertinggi dalam sejarah MMP iaitu sebanyak RM4.1 juta sementara Cinta Kolestrol sebanyak RM3.8 juta.

“Tetapi Main-Main Cinta hanyalah sebuah filem cinta komedi biasa. Penonton sudah boleh agak bagaimana kesudahan ceritanya.”

Strategi baru

Justeru, dalam usaha menarik minat ramai untuk menonton filem-filem terbitannya, MMP telah mengatur strategi baru.

Antaranya, MMP perlu muncul dengan konsep filem yang berbeza daripada filem-filem yang telah diterbitkannya sebelum ini.

Sebagai permulaan, kata David, filem ke-20 terbitannya, Tentang Bulan, yang sedang menjalani penggambaran di Perlis menampilkan cerita mengenai kanak-kanak.

Kata David, dia sudah pun membuat kajian pemasaran dan mendapati filem seperti itu mempunyai potensi besar untuk mencapai box-office.

Lebih-lebih lagi selepas dia menyaksikan kejayaan filem-filem seperti Children In Heaven dari Iran dan I’m Not Stupid (Singapura).

“Saya tidak nafikan menerbitkan filem seperti ini mengundang risiko tetapi inilah cabaran untuk memastikan ia diterima masyarakat,” tegasnya.

Dua lagi filem MMP yang masing-masing dijangka memulakan penggambaran pada Jun dan Ogos ini ialah sebuah filem seram berjudul Jangan Pandang Belakang dan filem bertemakan cinta luar biasa, Aku Punya Cinta.

Kesemua filem itu akan diarahkan oleh Ahmad Idham.

“Hari ini kalau kita mahu buat filem cinta, kita perlu hasilkannya berdasarkan cerita dan pengalaman yang berlaku di sekitar kita. Mungkin kadangkala kita anggap kisah cinta yang berlaku di sekeliling kita tak logik atau pelik.

“Tapi kisah seperti itu wujud dalam masyarakat kita. Itulah yang bakal kita tonjolkan dalam filem Aku Punya Cinta. Ia memang unik,” kata penerbit itu.

Powered by Utusan Malaysia