Archive | May, 2006

Malam Jasamu Dikenang Meriah Dengan 58 Artis

31 May

Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

PERSEMBAHAN Mawi mendapat perhatian penonton pada majlis Jasamu Dikenang.

MALAM amal Jasamu Dikenang membawa pengertian yang besar dan bermakna sebagai tanda mengingati seniman dan seniwati tanah air yang telah meninggal dunia.

Nama-nama seperti P. Ramlee, Saloma, Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad Daud, Saadiah, Rosiah Chik, Rafeah Buang dan Sudirman terus dikenang atas jasa tak ternilai yang mereka tinggalkan dalam dunia seni.

Baru-baru ini, Dewan Perdana Felda Jalan Semarak, Kuala Lumpur menjadi tempat berhimpun artis lama dan baru menjayakan satu persembahan amal.

Malam Jasamu Dikenang anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) adalah manifestasi penghargaan mereka dengan menyumbangkan suara dan tenaga bagi mengingati insan seni yang telah tiada.

Konsert atas tujuan amal itu berjaya mengumpul dana RM100,000 pada malam bersejarah itu.

Dana itu diperlukan untuk menampung skim pencen artis veteran yang diperkenalkan sejak tahun 2002.

Sehingga kini 13 artis telah menerima skim pencen itu sepanjang hayat mereka.

Pujian wajar diberikan kepada Karyawan kerana tidak pernah gagal menyalurkan pencen bernilai RM500 sebulan kepada penerima terpilih.

Keupayaan Karyawan ini berbeza dengan persatuan artis lain yang ingin mengikut jejak Karyawan tetapi akhirnya hanya dapat bertahan memberi sumbangan mereka untuk tempoh sebulan dua sahaja.

Pada malam itu, Karyawan menambah lagi bilangan penerima kepada tiga orang artis veteran iaitu Latifah Omar, Param dan Raja Hamidah.

Namun apa yang dikagumi ialah Karyawan mendapat sokongan daripada begitu ramai artis pada malam itu iaitu seramai 58 orang.

Memasuki tahun keempat penganjuran, Karyawan terus menjadi rebutan para artis membuat persembahan. Ini mungkin menjadi satu sejarah bagi persatuan artis di Malaysia.

Apabila diminta pendapatnya, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berkata:

“Sebagai persatuan, Karyawan tidak boleh mengecewakan artis-artis yang ingin mengambil bahagian.

“Artis-artis sendiri secara sukarela menjayakan persembahan malam ini dan tidak mendapat sebarang bayaran.”

Freddie turut ditanya tentang rahsia Karyawan yang sentiasa menjadi pilihan artis untuk memberi sokongan.

“Mana ada rahsia. Karyawan melakukan tanggungjawab yang diberikan. Tujuan kita adalah menjaga kepentingan ahli-ahlinya,” katanya.

Freddie dalam ucapannya pula meluahkan kebimbangan tentang industri muzik hari ini yang tenat. Katanya, tidak mustahil industri muzik Malaysia termasuk filem Melayu akan pupus satu hari nanti.

“Kemunculan kuasa asing dalam industri akan berlaku jika masalah dalam industri kita tidak dibendung segera,” ujarnya.

Gejala CD cetak rompak merupakan keluh resah Freddie yang patut diberi perhatian. Katanya, gejala itu menyebabkan artis terus menjadi miskin dan berdepan dengan tekanan hidup.

Orang lama tetap menyengat

Kemunculan Siti Nurhaliza menyanyikan dua lagu popular era 70-an, Joget Pahang dan Bunga Melur, merubah suasana persembahan malam yang kurang hangat pada awalnya.

“Siti menyanyi lagu Joget Pahang bukan kerana Siti orang Pahang. Tetapi kerana lagu ini merupakan penghargaan Siti kepada Tan Sri P. Ramlee,” kata Siti sambil tersenyum manis.

Acara persembahan yang diselang seli dengan nyanyian dan sketsa semakin rancak walaupun jam menunjukkan pukul 11 malam.

Kemudian muncul Nash, Aishah, Rahimah Rahim, Liza Aziz dan Nora. Senang cerita, persembahan orang lama ini lebih menyengat dan memberi impak kepada penonton melalui alunan vokal yang masih hebat dan sempurna.

Khalayak dibawa mengimbau nostalgia bersama lagu-lagu seperti Bisikan Hati, Nilai Cinta, Inai Di Jari dan beberapa lagi lagu yang membuatkan seluruh dewan bergema dengan jeritan nakal suara penonton.

Itulah keistimewaan penyanyi berpengalaman yang perlu dijadikan contoh artis angkatan baru.

Seperti dijangka kehadiran juara Akademi Fantasia 3, Mawi, paling mendapat sambutan. Walaupun sudah melewati pukul 12 malam, penonton masih teruja menyaksikan persembahan Mawi.

Malam itu juga istimewa kerana persembahan artis-artis yang mempunyai hubungan persaudaraan. Rahimah Rahim merupakan anak saudara kepada seniwati Saadiah dan Liza Aziz adalah anak kepada seniwati Normadiah.

Seperti yang diumumkan oleh pengacara majlis iaitu Raja Azura, Radhi Khalid ialah anak saudara kepada Allahyarham Datuk Ahmad Daud manakala Raja Azura pula cucu saudara kepada pelakon Raja Hamidah.

Powered by Utusan Malaysia

Advertisements

Karyawan Perlukan RM20,000 Sebulan

28 May

Oleh NIEZAM ABDULLAH

Langkah Persatuan Karyawan (Karyawan) memberikan bantuan menerusi skim pencen sebanyak RM500 kepada artis veteran merupakan satu langkah wajar dalam usaha meringankan beban mereka yang kurang mampu. Tambahan pula golongan ini juga telah menabur banyak jasa dalam industri hiburan tanah air.

Sehingga kini 16 orang artis veteran telah menerima skim itu yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu. Bagaimanapun, dalam usaha menghargai para artis tersebut, Karyawan sendiri tidak terlepas daripada berhadapan dengan masalah kewangan.

Masalah itu hanya dapat diatasi apabila persatuan itu menganjurkan konsert untuk mengutip dana bagi mengisi tabung persatuan supaya hasrat membantu golongan artis veteran itu dapat diteruskan.

Pengerusi Karyawan, Freddie Fernandez berkata, setiap bulan persatuan itu memerlukan sekurang-kurangnya RM20,000 bagi membiayai skim pencen itu termasuk perbelanjaan pengurusan pejabat.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM8,000 sahaja diperlukan untuk bantuan membiayai skim itu.

“Sehingga hari ini seramai 16 artis menerima bantuan tersebut antaranya Aziz Satar, Sarimah, Mariani, Yusni Jaafar, Hamzah Hussein, Shamsuddin Lamin, V. Sarangabani, Lai Meng termasuk tiga artis baru iaitu Latifah Omar, Param dan Raja Hamidah.

“Walaupun Karyawan sering kali menghadapi masalah kewangan namun kami berterima kasih kerana artis-artis muda sanggup memberi kerjasama menjayakan apa juga konsert bagi mengutip dana mengisi tabung membantu mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Dalam konsert amal Malam Jasamu Dikenang pada malam Selasa lalu, seramai 58 orang artis termasuk Siti Nurhaliza, Mawi, Jalaluddin Hassan, Liza Aziz, Nora, Nash, Sharifah Zarina, Rahimah Rahim dan Aishah mengambil bahagian menghiburkan orang ramai di Dewan Perdana Felda yang dihadiri lebih 5,000 penonton.

Sempena persembahan itu Karyawan menerima sumbangan daripada pelbagai pihak sebanyak RM100,000 bagi mengisi dana tersebut.

Konsert itu turut diadakan bagi mengingati golongan artis yang telah meninggal dunia antaranya P. Ramlee, Saloma, Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad Daud, Saadiah, Rosiah Chik, Rafeah Buang, S. Jibeng, Jimmy Boyle, Sudirman, Fadzil Ahmad, Kamariah Noor, R. Azmi, Zain Azman dan M. Shariff.

Freddie berkata, hanya dengan sikap prihatin artis-artis baru sahaja hasrat untuk membantu golongan veteran yang memerlukan bantuan dapat dilaksanakan.

“Tanpa sumbangan artis-artis baru ini, mungkin usaha kita membantu mereka yang kurang bernasib baik tidak akan terlaksana,” katanya.

Powered by Utusan Malaysia

Promoter Dakwa Ditipu Bekas PRO

28 May

Oleh NIEZAM ABDULLAH

Menerusi ruangan Gitu… lah minggu lalu saya ada menulis nota kaki mengenai seorang promoter pertunjukan pentas yang ingin ‘menarik rambut’ bekas pegawai perhubungan awam (PRO) syarikat rakaman kerana melarikan wang beribu ringgit.

Minggu ini, promoter yang dimaksudkan, Syed Mohd. Yusof Wafa Syed Nordin, datang ke pejabat bertemu dengan saya bersama satu salinan laporan polis.

Beliau yang dipanggil Wafa memberitahu, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur pada 27 April lalu kerana mendakwa ditipu oleh bekas PRO tersebut sebanyak RM9,988.

Semuanya gara-gara terlalu mempercayai rakan baik yang mendakwa boleh menguruskan tiket kapal terbang untuk membawa artis-artis mengadakan pertunjukan pada majlis penutup Pesta Air Peringkat Kebangsaan 2006 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 31 April lalu.

ΐBekas PRO yang saya panggil ‘A’ itu mendakwa bekerja dengan ejen pelancongan dan berminat untuk menguruskan tiket kapal terbang untuk membawa artis-artis saya pada konsert tersebut.

ΐBeberapa minggu sebelum tarikh persembahan itu, saya sudah memberikannya cek bernilai RM3,800 dan wang tunai RM6,188 untuk menguruskan tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur ῖ Labuan bagi membawa 12 orang termasuk krew dan artis.

ΐBagaimanapun dua hari sebelum konsert bermula, pelawak Saiful Apek telah menghubungi saya dan memberitahu, tiada penerbangan pada tarikh tersebut yang ditempah atas namanya.

ΐSaya mula rasa curiga dan telah merujuk perkara itu dengan sebuah syarikat penerbangan untuk memastikan sama ada dakwaan Apek itu benar atau tidak.

ΐMalangnya, selepas diperiksa oleh pegawai perkhidmatan pelanggan syarikat penerbangan itu, semua tempahan yang dikatakan telah ditempah oleh ‘A’ itu sebenarnya tidak wujud.

ΐKejadian itu menyebabkan saya terpaksa menggunakan wang lain untuk membeli tiket penerbangan baru semata-mata untuk membawa 12 artis dan krew bagi menjayakan konsert berkenaan,” katanya.

Menurut Wafa lagi, ketika pulang ke Kuala Lumpur, beliau telah berhubung dengan bekas PRO itu untuk meminta penjelasan tersebut tetapi ‘A’ dikatakan memberi pelbagai alasan untuk menyelamatkan dirinya.

Malah menurut Wafa, dia juga telah menyiasat syarikat ejen pelancongan bekas PRO itu tetapi malangnya ia tidak wujud dan merasakan telah ditipu.

ΐSaya menghubunginya beberapa kali tetapi dia memberi pelbagai alasan dan cuba melarikan diri daripada saya. Saya bimbang, artis-artis lain akan hilang kepercayaan kepada saya sekiranya saya mengundang mereka untuk menjayakan sesebuah persembahan suatu ketika nanti,῔ kata Syed Wafa lagi.

Sehubungan itu Wafa memberi tempoh sehingga awal bulan depan untuk membolehkan bekas PRO tersebut menyelesaikan masalah berkenaan sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.

ΐSaya masih ada perasaan timbang rasa. Saya menolongnya selama ini kerana ingin membantunya yang berada di dalam kesusahan tetapi dia menabur pasir di dalam periuk nasi saya.

ΐSekiranya ‘A’ tidak menyelesaikan masalah itu, biarlah mahkamah yang membuat keputusan. Pendedahan ini bukan untuk mengaibkan tetapi bagi memastikan orang lain tidak terpedaya seperti saya,῔ katanya.

Walaupun berlaku masalah itu namun beliau bersyukur para artis yang diundang menjayakan persembahan berkenaan antaranya A. Halim, Datuk M. Daud Kilau, Salih Yaacob dan Jaclyn Victor dapat memberi komitmen dengan baik.

Powered by Utusan Malaysia

PELAWAT ISTIMEWA…

25 May


SHAH RUKH KHAN melayan kerenah dua anaknya, Aryaan Khan dan Suhana Khan yang tertarik dengan kereta mewah Lamborghini Murchielago sambil diperhatikan oleh SM Nasimuddin SM Amin di Naza Auto Mall, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Bintang popular Bollywood, Shah Rukh Khan bersama-sama ahli keluarganya melakukan kunjungan istimewa di Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Lawatan bersama isterinya, Gauri Khan dan dua anak mereka, Aryaan Khan dan Suhana Khan adalah atas jemputan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

Shah Rukh Khan dan beberapa pelakon terkenal seperti Priyanka Chopra, Kareena Kapoor dan Arjun Rampal berada di Malaysia untuk menjalani penggambaran filem Don yang diadakan di beberapa lokasi menarik seperti KLCC dan Pulau Langkawi.

Utusan Malaysia

PELAWAT ISTIMEWA…

25 May


SHAH RUKH KHAN melayan kerenah dua anaknya, Aryaan Khan dan Suhana Khan yang tertarik dengan kereta mewah Lamborghini Murchielago sambil diperhatikan oleh SM Nasimuddin SM Amin di Naza Auto Mall, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Bintang popular Bollywood, Shah Rukh Khan bersama-sama ahli keluarganya melakukan kunjungan istimewa di Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Lawatan bersama isterinya, Gauri Khan dan dua anak mereka, Aryaan Khan dan Suhana Khan adalah atas jemputan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

Shah Rukh Khan dan beberapa pelakon terkenal seperti Priyanka Chopra, Kareena Kapoor dan Arjun Rampal berada di Malaysia untuk menjalani penggambaran filem Don yang diadakan di beberapa lokasi menarik seperti KLCC dan Pulau Langkawi.

Utusan Malaysia

Ezlynn Jadi Rebutan Di Felda Lembah Klau

16 May

Oleh: FARIZA SAIDIN

Mega Wajasinar Sdn. Bhd. sudah pun memulakan promosi filem pertama terbitannya, Bilut, walaupun filem itu hanya akan memulakan tayangannya pada 27 Julai ini sempena meraikan sambutan ulang tahun Felda ke-50.

Penerbitnya, pelakon Khatijah Abu Hassan baru-baru ini telah membawa beberapa artis termasuk para pelakon filem itu ke Felda Lembah Klau, Raub, Pahang untuk menjadi anak angkat keluarga di sana.

“Ini sebahagian daripada cara kami mempromosikan filem ini,” kata Khatijah ketika ditemui di Felda Lembah Klau baru-baru ini.

Program yang dinamakan Gegar Felda Bersama Bilut itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Belia Felda Pahang.

Program awal itu membabitkan 19 artis antaranya Ezlynn, Abot, Norsheila Amin, Alliza Abdullah (Enot), Didie Alias, Shahizan Samad (EJ), Sufi Jikan, Prono, Fario, Ani Mayuni, Rossa, Shamrin Fotograf, Acappan, Nadia Mustafar, Ayie X Factor, Intan Sarafina, Roy Azman selain personaliti TV Marina Wellington dan Elly (pemenang Mencari Cinta).

Mereka ‘berkampung’ di sana sehari semalam.

Ketibaan para artis disambut mesra oleh Presiden Majlis Belia Felda Pahang, Datuk Abdullah Abu Bakar beserta Pengurus Felda Lembah Klau, Awang Sulong dan Ketua Kampung, Abu Bakar Mahmood.

Sebanyak sebelas buah rumah keluarga angkat disediakan.

Perasaan teruja jelas terbayang pada wajah setiap keluarga angkat yang berpeluang bermalam bersama artis kesayangan masing-masing.

Namun untuk berlaku adil, undian dilakukan bagi menentukan keluarga dan anak angkat masing-masing. Apatah lagi tentunya masing-masing mahu merebut Ezlynn, satu-satunya penyanyi wanita yang membintangi Bilut.

Namun kasihan keluarga angkat yang berjaya mendapatkan Ezlynn. Penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini sekadar mampu berehat beberapa jam di rumah keluarga angkatnya. Ezlynn terpaksa pulang malam itu selepas mengadakan persembahan untuk penduduk kampung itu.

Bagi Norsheila Amin, artis yang terkenal dengan lagu Da Di Du, pengalaman pertama tinggal sebumbung dengan keluarga angkat cukup bermakna.

“Seumur hidup Sheila, ini pertama kali Sheila tidur di rumah keluarga angkat,” kata Norsheila yang turut membawa anak sulungnya, Amy.

Seperti Norsheila, Didie Alias juga membawa anak-anaknya seramai lima orang.

Ketika mengucapkan kata-kata perkenalan kepada keluarga angkatnya, Didie berkata, “Saya harap dapatlah diterima saya dengan lima cucu angkat sekali.”

Artis-artis yang mengambil bahagian tidak sekadar menjadi anak angkat. Mereka juga membuat persembahan dan bersukan untuk menghiburkan penduduk kampung itu.

Penduduk Felda Lembah Klau boleh berbangga kerana menjadi orang pertama mendengar lagu tema filem Bilut apabila Ezlynn menyanyikan lagu Semalam Hari Ini pada persembahan khas di kampung itu.

Selain Ezlynn, Abot dan Norsheila Amin juga menyanyi.

Abot, penyanyi lagu-lagu alternatif rock, berjaya menceriakan penduduk kampung itu apabila dia mengajak penonton bertwist dengan menyampaikan lagu Bunyi Gitar. Norshiela Amin pula menutup tirai persembahan dengan sebuah lagu joget.

Sebelum berangkat pulang, para artis masih sempat menjalin kemesraan dengan penduduk Felda Lembah Klau melalui perlawanan bola sepak dan bola jaring.

Dalam acara bola sepak, pasukan Bilut membelasah pasukan Majlis Belia Felda Lembah Klau dengan empat gol berbalas tiga manakala perlawanan pasukan bola jaring artis dengan Beliawanis Felda Lembah Klau menyaksikan kemenangan 13-10.

Jadual Gegar Felda Bersama Bilut-2006

*20, 21 Mei – Promosi ke Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak

* 26, 27, 28 Mei – Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Bilut, Radio Era dan pasukan KRU di Stadium Likas, Sabah

*3, 4 Jun – Promosi ke Felda Perasu, Gua Musang

*10 Jun – Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Bilut dengan pasukan Bernama di Stadium Selayang, Kuala Lumpur.

*17 Jun – Perlawanan persahabatan bola tampar pantai antara pasukan Bilut dengan pasukan Radio Era di Port Dickson

*1 Julai – Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Bilut dengan TV3, ntv7 dan HotFm di Stadium MPPJ

Powered by Utusan Malaysia

Naga Chini Lakonan Ako Mustapha, Jehan Miskin Di Istana Budaya

15 May

Oleh: ANI AWANG

BARISAN artis yang terlibat menjayakan bangsawan Naga Chini di Istana Budaya dari 6 hingga 13 Jun ini.

ISTANA Budaya Kuala Lumpur bakal meneruskan kesinambungan menjayakan pementasan bangsawan. Kali ini yang dipersembahkan ialah bangsawan Naga Chini yang akan berlangsung pada 6 hingga 13 Jun ini.

Pementasan ini menggabungkan pelakon teater dan artis bagi menarik khalayak agar menonton bangsawan.

Antara artis yang terpilih menjayakan Naga Chini ialah Ako Mustapha, Jehan Miskin, Serena Redzuawan, Zuliana Aziz, Juhara Ayob, Yalal Chin dan Ebby Yus.

Pada sidang media di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini, pengarah persembahan bangsawan itu, Sufiat Mukri menjelaskan, pementasan Naga Chini menampilkan beberapa elemen bangsawan moden dengan menggunakan teknik multimedia.

Sufiat yang merupakan penulis skrip Naga Chini yakin elemen moden dan tradisional yang digabungkannya itu mampu menjadikan bangsawan sebagai seni yang boleh dikomersialkan.

Bagaimanapun, pementasan itu tidak akan lari daripada elemen tradisional, terutama kostum pelakonnya.

Selain itu, kata Sufiat, dia juga mempertaruhkan lakonan mantap oleh para artis yang terlibat.

Pementasan Naga Chini menelan kos produksi mencecah kira-kira RM400,000.

Tiket-tiket bagi pementasan itu dijual pada harga RM20, RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150. Orang ramai yang membeli tiket sebelum 25 Mei ini akan diberikan diskaun 30 peratus untuk tiket RM50, RM70, RM100 dan RM150.

Pembelian tiket boleh dibuat di Box Office Istana Budaya. Tempahan juga boleh dibuat melalui talian 03-4026 5558 atau secara online di http://www.ticket2u.biz.

Apa komen pelakon?

Ako Mustapha

“Saya rasa bertuah kerana dipilih untuk berlakon dalam teater ini. Malah diberikan watak yang penting sebagai Gempita Sakti. Sudah lima tahun saya tidak berteater,” kata Ako Mustapha.

Pelakon drama dan filem terkenal ini memulakan kerjaya dalam bidang lakonan melalui pentas teater pada tahun 1996. Antara teater lakonannya ialah Kuala Lumpur Knock Out, The Storyteller dan Mahkamah Keadilan.

Jehan Miskin

“Saya diberikan watak Orang Asli bernama Arus Putra. Memang berat watak ini tapi saya anggap itu sebagai cabaran,’’ kata Jehan Miskin yang pernah muncul dalam beberapa telemovie dan filem Qaisy dan Laila.

Powered by Utusan Malaysia