Tragedi Amat Menyedihkan – David Teo

25 Aug

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Pengarah filem Jangan Pandang Belakang, Ahmad Idham hari ini berkata, beliau masih trauma dengan kemalangan yang membabitkan pelakon lagak ngerinya, Zahari Omar Baki pagi tadi.

Menceritakan kejadian tersebut, Ahmad Idham memberitahu, kemalangan itu berlaku pada pukul 5 pagi sewaktu babak yang memerlukan Zahari melakukan lompatan dari tingkat empat sebuah kondominium.

Kata Ahmad Idham, dalam filem tersebut, babak itu dilakonkan oleh pelakon utamanya, Pierre Andre.

Bagaimanapun jelas Ahmad Idham, mangsa telah tersasar membuat pendaratan yang menyebabkan berlakunya kemalangan ngeri itu.

“Kemalangan ini merupakan kejadian yang tidak diingini berlaku oleh semua pihak dan saya sukar untuk memberi komen sama ada kes ini melibatkan kecuaian manusia atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Namun kata pengarah berusia 35 tahun itu, mangsa merupakan pelakon lagak ngeri yang profesional dan mereka sering bekerjasama sebelum ini termasuk filem Remp-It.

Sementara itu penerbit filem tersebut, David Teo menyifatkan kejadian yang menimpa pelakon lagak ngeri itu pagi ini merupakan tragedi menyedihkan yang tidak diingini berlaku.

Menurut David Teo, kejadian malang itu merupakan pertama kali terjadi sepanjang syarikatnya, Metrowealth Movies Production (MMP) menerbitkan sejumlah 21 filem sejak tahun 2000.

“Saya tidak berada di lokasi semasa kemalangan itu. Bagaimanapun kira-kira pukul 5.30 pagi pengurus lokasi menelefon saya memberitahu mengenainya,” kata David.

Namun kata David Teo, dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur, beliau dimaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

“Adegan lagak ngeri itu merupakan babak terakhir yang melibatkan pelakon kerana filem ini sudah siap 99 peratus,” katanya.

Apabila ditanya tentang insurans kemalangan, David Teo memberitahu syarikatnya menandatangani perjanjian dengan Rentak Tuah Sdn. Bhd., selaku syarikat yang mengendalikan pelakon lagak ngeri berkenaan.

Dengan perjanjian yang ditanda tangani itu, katanya, secara automatik pelakon lagak ngeri berkenaan mempunyai insurans yang melindunginya jika berlaku sebarang kemalangan ketika penggambaran.

Kata penerbit filem itu lagi, soal keselamatan di lokasi penggambaran adalah di bawah tanggungjawab syarikat berkenaan yang mahir tentang perkara itu.

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: