Tidak Salah Siti Kahwin Duda

27 Aug

JAKARTA 26 Ogos – Artis terkenal Indonesia, Krisdayanti yang menjadi rakan baik Siti Nurhaliza berkata, tidak salah penyanyi pujaan ramai Malaysia itu memilih duda untuk dijadikan teman hidup.

“Menikah dengan duda bukan bererti tidak baik,” kata Krisdayanti yang turut diundang oleh Siti Nurhaliza untuk menyanyi pada majlis perkahwinan artis itu dengan ahli perniagaan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, atau Datuk K, esok.

Krisdayanti yang popular dengan lagu ‘Menghitung Hari dan merupakan produser filem ‘Jatuh Cinta Lagi’ berkata, Khalid adalah pilihan Siti Nurhaliza dan mereka kini bahagia.

Kepada wartawan Detikhot Com. ketika ditemui di Senayan semalam, Krisdayanti menjelaskan, Siti Nurhaliza bukan sekadar mengundangnya untuk hadir pada majlis perkahwinan tetapi menyediakan tiket pesawat dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun artis Indonesia itu mengakui bahawa Siti Nurhaliza sering mencurahkan hati kepadanya mengenai soal perkahwinan dan mendedahkan dia pernah menyarankan supaya Siti berkahwin dengan lelaki pilihannya itu setahun lalu.

“Saya senang sekali Siti menikah, setiap kali ketemu, dia (Siti) curahkan hati kepada saya,” kata Krisdayanti yang baru menyambut ulang tahun perkahwinannya ke-10 dengan suaminya, Anang Hermansyah.

Di Indonesia, Krisdayanti juga tidak sepi dengan isu kontroversi apabila sebuah pertubuhan Islam baru-baru ini melaporkan kepada polis kerana dia muncul dalam iklan majalah Playboy Indonesia.

Sementara itu, kebanyakan media cetak dan stesen televisyen juga tidak ketinggalan menyiarkan kisah pernikahan Siti Nuhaliza dengan Khalid.

Beberapa media tempatan seperti Kompas menjadikan media Utusan Online sebagai rujukan untuk menyiarkan cerita dan gambar tentang pro dan kontra pernikahan artis popular Malaysia itu termasuk gambar bekas isteri Khalid, Tengku Zawyah bersama anaknya di lapangan terbang untuk bercuti di Australia.

Akhbar The Jakarta Post pada 23 Ogos lalu, umpamanya menyiarkan gambar Siti Nuhaliza memeluk erat lengan Khalid selepas majlis pernikahan mereka dengan tajuk berita Pop princess Siti ties the knot in lavish affair.

Dalam kalangan artis Malaysia, Siti Nurhaliza mempunyai paling ramai peminatnya di Indonesia, dari remaja hingga orang tua kerana penampilan dan cara pakaian artis itu yang dianggap bersopan selain lagu Cindai yang menjadi siulan mereka.

– Mingguan

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: