Kronologi Majlis Resepsi Siti – Datuk K

30 Aug

Tarikh: 28 Ogos 2006
Tempat: Dewan Pameran, Aras Bawah,
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

* Pukul 5 petang, Siti Nurhaliza sepatutnya muncul di balkoni tingkat 3, Sayap Barat KLCC untuk sesi bertemu para peminat.

* Tetapi Siti Nurhaliza muncul pada pukul 5.40 petang. Sebelum itu, sepasukan polis unit pengesan bom telah membuat pemeriksaan di sekitar balkoni tersebut.

* Selesai melambai kepada para peminat selama hampir tujuh minit, Siti yang mengenakan Gaun Dewi Mustika warna putih gading rekaan Khoon Hooi yang dihiasi 8,888 butir mutiara asli berharga RM300,000 menuju ke Ballroom 1 dan 2 KLCC untuk sesi fotografi bersama media massa.

* Pukul 7.45 malam, Siti dan Datuk K sudah bersiap sedia untuk sesi fotografi dengan media. Kali ini Siti dan Datuk K mengenakan pakaian tradisional kontemporari sedondon berwarna putih rekaan Radzuan Radziwill.

* Pukul 8.45 malam, Siti mengenakan gaun putih lace Perancis yang dinamakan Badasila sementara Datuk K mengenakan pakaian ala pahlawan Melayu daripada kain songket untuk sesi fotografi bersama tetamu VIP di Ballroom 1 dan 2.

* Pada 9 malam, pasangan mempelai diarak dengan iringan 22 kanak-kanak perempuan menuju ke Dewan Pameran 1 dan 2, KLCC untuk acara persandingan di atas pelamin yang diberi nama Mahligai Asmara.

* Sultan Pahang, Sultan Ahmad; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara orang kenamaan yang melakukan upacara merenjis serta menepung tawar.

* Sewaktu acara santapan dan makan malam, para tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada Nora, Hetty Koes Endang, Uji Rashid, Nizal Mohamed, Ezlynn, Kris Dayanti, Datuk M. Daud Kilau, Kat (Mentor), Nash (Lefthanded), Joe Flizzow (Too Phat), Damien (V.E.), Ning Baizura, Hijjaz dan Azlina Aziz.

* Untuk acara memotong kek pula, Siti mengenakan gaun putih dan merah jambu ala Cinderella rekaan Michael Ong berharga RM35,000.

* Kata Ong, dia menggunakan 26 meter kain sutera Thai dan lace yang diimport dari London. Seramai 12 orang pembantu digunakan bagi menyiapkan pakaian itu selama sebulan dan ia merupakan hadiah pereka fesyen itu buat Siti.

* Selepas acara itu, satu kejutan dilakukan apabila ibu bapa Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik dijemput ke pentas untuk memotong pulut kuning sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-38.

* Ketika acara kemuncak, Siti mendendangkan sebuah lagu berjudul Cahaya Cinta yang ditujukan khas buat Datuk K.

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: