Sambutan Merdeka Di KLCC, Dataran Merdeka Meriah

31 Aug

Oleh ABDUL YAZID ALIAS, NORIZAN ABDUL MUHID dan MOHD NAZIRIN RAZALI

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Lebih 30,000 warga kota bertumpu di KLCC dan Dataran Merdeka malam ini untuk menanti dan meraikan detik kemerdekaan negara ke-49 tepat jam 12 tengah malam.

Orang ramai yang membanjiri Dataran Merdeka seawal pukul 5 petang dihiburkan dengan pelbagai acara bermula dengan segmen santai Merdeka yang dipenuhi sajian lagu-lagu patriotik dan tradisional oleh persembahan Tunas Budaya.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis dari era 50-an hingga sekarang.

Antara yang turut menjayakan persembahan termasuk Datuk A. Rahman Hassan, A. Halim, Zubir Ali, Deja Moss, Azharina, Dia Fadila dan Hattan di samping bintang Akademi Fantasia, Mawi, Faizal dan Farhan.

Antara kemuncak sambutan Ambang Merdeka ialah perarakan 300 kenderaan yang terdiri daripada pacuan empat roda dan motosikal yang bergerak perlahan-lahan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Pada masa yang sama, hampir 5,000 mat rempit menyertai Kembara Motor Merdeka Putera mengelilingi ibu negara sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Kumpulan itu yang diketuai Pengerusi Biro Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian menyerahkan Jalur Gemilang kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique di Dataran Merdeka.

Sementara itu, lebih 20,000 orang membanjiri KLCC bagi meraikan sambutan kemerdekaan sambil menyaksikan konsert tahunan anjuran Petronas, ExxonMobil Malaysia, Karyawan dan Astro.

Kumpulan Persembahan dan Kesenian PETRONAS (PPAG) mendahului acara pembukaan konsert yang turut disertai artis popular tanah air antaranya Julie Sudiro, Jamal Abdillah, Mawi dan Faizal.

Acara malam ini turut diwarnakan dengan persembahan pemuzik-pemuzik muda di bawah naungan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).

Sambutan Ambang Merdeka di KLCC dan Dataran Merdeka dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: