Archive | September, 2006

Superstar Shahrukh Says His Next Movie Will Be A Comedy

30 Sep

Indian cinema’s superstar Shahrukh Khan says he has enough of playing nice roles.

He is now aiming for something totally wacky, like a nonsensical comedy!

Shahrukh shared his plans with Channel NewsAsia in an exclusive interview in Singapore.

The heart-throb is in Singapore as the global brand ambassador of India’s second largest bank, ICICI Bank Limited.

He visited the bank’s office in Republic Plaza and Raffles Place, where he met the staff and took questions on his career and his latest movie which is about to be released next month.

Shahrukh also signed autographs and posed for photographs with the staff, most of whom said it was their lifetime dream to meet the actor who has starred in nearly 60 films and has billions of fans from around the world.

Suvek Nambiar, General Manager, Chief Executive of ICICI Bank Limited (Singapore Branch), said: “He’s created a terrific fan following all over the world. His appeal crosses national borders. We feel we are in the phase where we are going out; we’ve been in the international market for three years and the association is going to do wonders.”

Shahrukh said: “As far as my greatest achievement is concerned, I like to get up in the morning and believe I yet have to do it and I truly believe that. I don’t think what I have done, achieved…..rest on it…is going to achieve any purpose. I think you have to wake up every morning and say, ‘ok, today I’m going to achieve the greatest thing of my life’.”

You can catch more of that interview on Channel NewsAsia’s Primetime Morning, soon. – CNA/ir

Channel News Asia

Wan Noraini Buat Filem Semula Selepas 13 Tahun

29 Sep

Oleh: WANDA IDRIS

FILEM Cinta Yang Satu merupakan filem kedua Wan Noraini Wan Noh, 51, selepas 13 tahun beliau menerbitkan filem kontroversi Wanita Bertudung Hitam.

Ia merupakan penerbitan pertamanya setelah sembilan tahun berhenti daripada mengusahakan rumah produksi.

Walaupun filem pertamanya pernah mengalami kegagalan namun Wan Noraini tetap optimis dalam penerbitan filem.

“Kak Wan mahu aktif semula,” katanya ketika Mega menemuinya di lokasi penggambaran filem Cinta Yang Satu di Restoran Casablanca, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut bekas ratu cantik tahun 1970-an itu, Cinta Yang Satu hanyalah sebuah filem komedi romantik santai yang berkisar tentang percintaan tiga segi antara Wira, Jamilah dan Zulaikha.

Namun garapannya akan menjadikan filem itu berlainan daripada filem romantik komedi tempatan yang sering disajikan kepada umum.

Bagi Wan Noraini dan pengarahnya, Zulkifli M. Osman, Cinta Yang Satu ialah sebuah filem komersial dengan sentuhan seni.

Gambaran sifat setiap watak dan pembikinan babak tidak klise. Lebih penting lagi ialah komedinya tidak slapstik.

“Kak Wan memang tak suka menghasilkan komedi yang begitu. Malah sebenarnya Kak Wan sukakan filem seni.

“Tetapi melihat pasaran hari ini yang sukakan filem genre ringan, Kak Wan terbitkan juga filem itu tetapi Kak Wan pastikan ia ada sentuhan seni,” kata Wan Noraini Wan Noh yang senang menggelarkan dirinya Kak Wan.

Katanya, dia begitu selektif dalam memilih pengarah agar keinginannya itu mampu direalisasikan.

“Kak Wan boleh bekerja dengan Arief Karmahani dan Zulkifli M. Osman. Mereka berdua memahami kehendak Kak Wan.

“Malah untuk drama-drama terbitan Kak Wan dulu pun, Kak Wan banyak berkolaborasi dengan mereka berdua.

“Bagi Kak Wan, Zulkifli ialah seorang pengarah yang bagus dalam menghasilkan drama cinta dan komedi romantik.

“Sementara kolaborasi Kak Wan dengan Arief Karmahani pula lebih banyak tertumpu kepada penghasilan drama-drama berat,” jelas Wan Noraini.

*Arahan ke-12 Zulkifli

Zulkifli pula memberitahu, Cinta Yang Satu merupakan filem ke-12 arahannya. Dia mengarah filem terakhirnya, Diari Romeo, beberapa tahun lepas.

Filem pertama arahan Zulkifli ialah Mira Edora yang dihasilkannya sewaktu usianya baru 20 tahun.

“Saya bersetuju untuk bekerjasama dengan Kak Wan kerana ada kelainan yang ingin ditonjolkan dalam filem ini.

“Ia sebuah filem komersial yang berseni ala-ala filem Titanic tetapi komedinya seperti filem My Best Friend’s Wedding dan French Kiss,” jelas Zulkifli yang pernah mengarah filem Kekasih Awal dan Akhir, Cinta Metropolitan, Rimba Malam dan Sahabat.

Kata Zulkifli, dia berkeyakinan filem itu mampu menarik perhatian penonton memandangkan kebanyakan filem yang akan ditayangkan pada tahun depan tertumpu kepada genre aksi.

“Saya rasa pembikinan filem ini kena pada masanya,” tegas Zulkifli.

Bercerita tentang pengarahannya, kata Zulkifli, Cinta Yang Satu merupakan sebuah cerita cinta yang perlukan homework kerana ia banyak bermain dengan perasaan dalaman.

“Ceritanya ringan tetapi wataknya berat,” jelas Zulkifli.

Menelan belanja sekitar RM1.7 juta termasuk urusan promosi dan pemasaran, filem tersebut memulakan praproduksinya sejak Mac lalu.

Kini filem Cinta Yang Satu telah pun siap penggambarannya dan sedang menjalani proses pascaproduksi.

FILEM: Cinta Yang Satu

PENGARAH: Zulkifli M. Osman

PENGARAH FOTOGRAFI: Shazawan

SKRIP: Shafuddin Sharif dan Zulkifli M. Osman

PENERBIT: Wan Noraini Wan Noh

TERBITAN: Wan’s Production Sdn. Bhd.

GENRE: Komedi Romantik

LOKASI: Restoran Casablanca, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

PELAKON: Zulhuzaimy, Siti Elizad, Ezany, Tengku Sheera, Nabila Huda, Sharifah Sofia, Aida Rahim, Harun Salim Bachik, M. Rajoli dan Suhana Yahya

TAYANGAN: 2007

Powered by Utusan Malaysia

Hattan – Farah Dhiya Tak Berkawan Kosong

28 Sep

Oleh Nor Fadzilah Baharudin


Hattan dan Farah Dhiya menikmati juadah berbuka puasa di lokasi rakaman Cit Cat Raya Azwan Ali di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

PASANGAN ini sudah beberapa kali dilihat bersama pada beberapa majlis. Mereka bukan sahaja datang bersama, malahan pakaian juga selalunya sedondon.

Biarpun dikatakan bercinta tetapi Hattan, 40 dan Farah Dhiya, 22, tidak pernah mahu mengakui keintiman mereka secara terus terang. Mungkin masing-masing ingin membiarkan khalayak membuat tekaan sendiri mengenai hubungan mereka.

Ketika menghadiri rakaman Cit Cat Raya Azwan Ali di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini, Hattan dan Farah Dhiya datang bersama sekali lagi. Malah sepanjang berada di lokasi, mereka kelihatan begitu mesra dan saling bergurau senda.

Jurugambar Mega sempat merakamkan kemesraan pasangan ini secara kandid.

Kalau sudah semesra itu, apakah mereka masih tidak mengaku bercinta?

“Terpulang pada penilaian anda? Tapi saya mengakui saya memang senang berkawan dengan dia,” jelas Farah Dhiya tatkala diusik mengenai kemesraannya dengan Hattan.

Biarpun jarak usia mereka agak jauh namun gadis kacukan British-Melayu itu nampaknya rela menerima Hattan yang merupakan duda anak satu.

Agaknya Farah Dhiya lebih menyenangi lelaki matang!

Namun apakah mungkin hubungan ini direstui keluarga Farah Dhiya?

“Famili saya kenal semua kawan saya. Asalkan saya happy, keluarga tak kisah,” akui Farah Dhiya.

Apa pula kata Hattan?

“Saya tak berkawan kosong dengan Farah Dhiya. Saya tak nak buang masa. Saya tak main-main dengan Farah Dhiya. Kalau ada rezeki ke arah itu, okey sebab saya ikhlas dengan dia. Anak saya pun boleh terima dia.”

Utusan Malaysia

Singapore Idol Crown Goes To Hady Mirza

25 Sep

Hady Mirza has won this year’s Singapore Idol contest.

26-year-old Hady and the other finalist, 23-year-old Jonathan Leong, took to the stage at the Singapore Indoor Stadium for the results show on Monday evening.

The two finalists had beaten hundreds of applicants and fellow contestants to arrive at the Grand Final on Sunday night, after months of training and competition.

Both belted out three songs each on Sunday night.

One of the songs is an original which the winner will record as his first single.

Each had their own camp of supporters.

Hady is known for his smooth R & B voice, while Jonathan wows the crowd with his rocker-like vocals.

Over the months, fans have been voting for their favourite singer via SMS.

And Monday night’s winner clearly garnered the most number of SMSes. – CNA/ir

Powered by Channel News Asia

Persembahan Batik Di The Weld

25 Sep

BERMULA dari 19 hingga 29 September ini, pengunjung pusat membeli-belah The Weld, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur berpeluang melihat Persembahan Batik 2006 (Batik Showcase 2006) rekaan beberapa pereka fesyen terkenal tanah air.

Objektif utama Persembahan Batik 2006 yang dianjurkan oleh The Weld itu adalah untuk memberi ruang kepada pereka fesyen tempatan mempamerkan hasil kerja seni mereka.

Sepanjang tempoh Persembahan Batik 2006 berlangsung, orang ramai berpeluang melihat keindahan gaun, kebaya, baju kurung bermotif batik yang dihasilkan oleh 11 pereka fesyen terpilih.

Antara pereka fesyen yang menyertai Persembahan Batik 2006 ialah Amir Luqman, Barakaff, Bill Keith, Calvin Thoo, Ikarrtini, Innai, Khadani, Khalid, Khoon Hooi, Margaret McCallum, Masrina, Michael Shu, Nazleen Noor, Ridzuan Bohari, Von Jolly dan Zizi Design.

Sementara itu lebih 50 selebriti memeriahkan majlis pelancaran Persembahan Batik 2006 yang berlangsung baru-baru ini.

Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Ziana Zain, Ning Baizura, Fauziah Latiff, Diana Rafar, Linda Rafar, Sazzy Falak, Fahrin, Fazura, Nurul, Eja serta pemain-pemain bola sepak tempatan seperti Akmal Rizal (Kedah), Chan Wing Hong (MPPJ), Nazrul Erwan (Selangor) dan Zaquan Adha (pemain pasukan Malaysia bawah 20 tahun).

Powered by Utusan Malaysia

Glamor Selebriti Gayakan Batik

24 Sep

Oleh: JAMLIAH ABDULLAH

APA ilham terbaru yang ingin dilakukan oleh pereka batik tempatan? Batik untuk digayakan oleh selebriti ke karpet merah majlis anugerah? Kenapa tidak, ia tentu saja sangat menawan.

Tidak percaya, lihat bagaimana pereka fesyen batik terkenal tempatan menggayakan 50 selebriti terkenal dalam majlis Batik Showcase 2006 anjuran pusat membeli-belah The Weld baru-baru ini.

Ia adalah inisiatif dengan dorongan kuat The Weld untuk terus mempromosikan batik terutama dalam kalangan selebriti dan penggemar.

Pakaian batik yang ditampilkan memang anggun dan menawan. Rekaan yang ditampilkan juga cukup glamor dan bersesuaian dengan profil selebriti terbabit.

Acara antaranya adalah untuk merobah persepsi masyarakat termasuk selebriti yang berkecimpung dalam dunia hiburan tentang batik.

“Rekaan batik yang ditampilkan memang hebat dan layaknya digayakan di karpet merah,’’ kata publisist acara Bill Bora.

Pada majlis tersebut, pengunjung dihiburkan dengan lenggang-lenggok selebriti menggayakan busana anggun batik yang cantik dan sensasi.

Antara yang menceriakan majlis adalah, Ziana Zain, Ning Baizura, Fauziah Latif, Eja, Vanida Imran, Lisdawati, Natasha Hudson, Linda dan Diana Rafar, Aleeza Kassim, Raja Farah, Sazzy Falak, Dynas dan Serina.

Tidak ketinggalan, Nordiana (Ina Kulai), Jue (Malaysia’s Most Beautiful), Betty Benafe, Azharina, Ziela Jalil dan Nurul Shuhada.

Lebih menarik selebriti lelaki juga turut berpeluang menggayakan rekaan batik yang moden dan kontemporari.

Itu termasuk, Jehan Miskin, Amal, Que Haidar, Adi Putra, Fauzi Nawawi, Zul Huzaimi, Syed Aman, Nazril dan Ashraff Sinclair.

Selebriti terbabit menggayakan koleksi batik daripada Von Jolly, Zizi Designs, IKartini, Masrina Ilham, Ridzuan Bohari, Innai, Michael Shu, Nazleen Noor, Barakaff, Khoon Hooi, Bill Keith dan Amir Luqman.

Apa yang lebih menarik, acara turut dimeriahkan dengan penampilan 16 pemain bola sepak kebangsaan. Mereka juga menggayakan pakaian batik.

Batik Showcase memang gempak dan heboh. Ia memang acara unik dan hebat. Boleh saja dianggap peragaan busana batik terbanyak dan melibatkan selebriti teramai.

Tentu saja acara tersebut sangat dihargai apatah lagi ia secara tidak langsung dapat terus menghangatkan batik di persada fesyen.

Powered by Utusan Malaysia

Suki Satu Dalam Sejuta

24 Sep

Oleh: NIEZAM ABDULLAH

Kuasa yang diberikan kepada penonton untuk memilih siapakah pemenang yang layak membawa pulang wang tunai RM1 juta terjawab apabila Low Sook Yee atau Suki terpilih sebagai juara pertandingan One In A Million yang disiarkan di 8TV malam Jumaat lalu.

Kejayaan gadis dari seremban itu seterusnya melayakkan dia bergelar jutawan segera selepas penonton memilih untuk ‘menyerahkan’ wang tersebut kepadanya menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Kemenangannya juga memang dijangka kerana Suki sering mendapat undian SMS tertinggi setiap kali pertandingan itu berlangsung.

Suki yang berusia 17 tahun berjaya menewaskan dua peserta lain dalam satu pertandingan sengit yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mereka terdiri daripada bekas anggota kumpulan nasyid Mirwana, Ahmad Faizal Mohd. Tahir, 28, dan Muhammad Aliff Mohd. Satar, 16. Kedua-duanya berasal dari Selangor.

Dalam pertandingan itu masing-masing mempersembahkan dua buah lagu termasuk sebuah lagu baru ciptaan Audi Mok.

Suki tampil dengan lagu Berdiri dan Everything (M2M), Ahmad Faizal mendendangkan Maha Karya Cinta dan medley – I Don’t Wanna Be (Gavin DeGraw) dan We Will Rock You (Queen).

Sementara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Muhammad Aliff pula menyampaikan lagu Khayal dan Give Just One Night (Una Noche) dari kumpulan 98 degrees.

Undian SMS pula memperlihatkan Suki memperoleh 39 peratus diikuti dengan Ahmad Faizal (34 peratus) dan Muhammad Aliff (27 peratus).

Jumlah keseluruhan undian SMS yang diperoleh dalam tempoh seminggu sehingga pertandingan akhir itu diadakan ialah 120,000.

Persembahan pada malam itu menunjukkan Ahmad Faizal lebih menyerlah dan ‘hidup’ tetapi undian SMS menyebabkan nasib bagi merebut wang sejumlah itu tidak memihak kepadanya.

Bagaimanapun kemampuan ketiga-tiga peserta itu untuk ‘bertarung’ dalam persembahan berkenaan membuktikan mereka mempunyai nilai komersial di mata peminat kerana kelayakan ke final itu adalah atas kehendak penonton.

Malah ia juga sekali gus memperlihatkan tidak semestinya peserta yang mempunyai pengalaman sebagai penyanyi berkemampuan untuk mendapatkan gelaran ‘suara sejuta’ itu.

Ini terbukti apabila penyanyi Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 25, tersingkir sebelum dapat melangkah ke peringkat final.

Dayang agak kecewa dengan penyingkiran itu memandangkan dia telah membuat persediaan lebih awal kerana menyangka dapat mara ke peringkat akhir.

Bagaimanapun masyarakat harus akur terhadap hakikat sebuah program realiti yang memberi pilihan kepada penonton untuk memilih pemenang berdasarkan populariti bukan kualiti.

One In A Million mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan orang ramai malah golongan artis turut menyertainya seperti Nine (Phyne Ballerz), Farah (Finalis Malaysian Idol 2), Siti Saerah (adik Siti Nurhaliza), Alia (Juara Bintang HMI 2000) dan Anny Johana.

Semuanya kerana program realiti tersebut yang buat pertama kalinya dalam sejarah hiburan negara memperuntukan wang tunai paling banyak sebagai hadiah kepada pemenang.

Biarpun hadiah yang dimenangi tersebut melayakkan pemenangnya bergelar jutawan namun ia tidak bererti penjualan album yang bakal dihasilkan nanti mampu mencapai tahap jualan tertinggi.

Ini kerana kebanjiran album-album luar serta kemunculan terlalu ramai artis yang dicungkil dari program-program hiburan menyebabkan pasaran album berjalan dengan lembap.

Bagaimanapun kemenangan Suki itu membuka lembaran baru terhadapnya sementara wang yang dimenangi itu dapat digunakan bagi menghasilkan sebuah album yang paling baik.

Wang berkenaan akan diuruskan oleh 8TV untuk mengembangkan kerjaya Suki dalam bidang seni.

Program yang dikendalikan oleh pengacara Awal dan Marion itu di siarkan setiap hari Jumaat sejak 21 Julai lalu yang membariskan 12 peserta bagi mencari seorang terbaik. Dua pengkritik tetap program itu ialah Syafinaz dan Paul Moss.

Sementara itu Suki melahirkan rasa gembira memenangi program berkenaan walaupun mengakui persembahan Ahmad Faizal adalah lebih hebat.

Katanya, kemenangan itu adalah sokongan peminat terhadapnya.

“Saya hanya mampu berterima kasih kepada peminat yang memberi peluang kepada saya untuk memenangi pertandingan berkenaan.

“Bagaimanapun saya belum tahu apa yang hendak dilakukan dengan kemenangan itu sebaliknya ingin berbincang dengan keluarga terlebih dahulu,’’ katanya.

Ahmad Faizal pula berkata dia menerima kekalahan itu dengan hati terbuka sebaliknya menolak statusnya sebagai suami orang adalah faktor undinya merosot.

“Peminat sekarang sudah bijak dan mereka tidak memandang soal status. Kalau faktor itu menjadi punca kekalahan saya, sudah tentu dari awal lagi saya sudah tersingkir,’’ jelasnya.

Bagi Muhammad Aliff pula dia sememangnya mengharap untuk meraih kemenangan dalam pertandingan berkenaan tetapi terpaksa menerima hakikat Suki lebih layak untuk menggondol hadiah itu.

Dia juga menolak faktor usianya yang terlalu muda menyebabkannya menerima kekalahan.

“Mungkin sudah tiada rezeki walaupun saya mengharap untuk kemenangan itu. Bagaimanapun saya merasakan keyakinan saya yang agak kurang sepanjang menyertai program tersebut menyebabkan saya kecundang,’’ katanya.

Powered by Utusan Malaysia

Hady Mirza, Jonathon Leong Prepare For Final Singapore Idol Showdown

22 Sep

It started with auditions for over 3,600 Singapore Idol hopefuls in February and now, the competition has been narrowed down to just two finalists.

The showdown for Singapore Idol Season Two will be settled between Hady Mirza and and Jonathan Leong who have become household names in Singapore.

The past eight months have been a learning journey for both Hady and Jonathon.

A lover of all genres of music, Hady feels most comfortable with R&B.

Jonathon is a most at ease singing Jazz, but finds the energy of Rock something he enjoys.

A self-confessed non-dancer, Jonathon says that while he will try to put on the grooves for his final performance, he will still stay true to himself and not try to be someone he isn’t.

Being compared to Taufik Batisah, winner of the first season of Singapore Idol is to Hady and Jonathon a compliment.

Every result show from the past weeks have been emotional experience as they say goodbye to the other contestants who have become friends.

Hady and Jonathon will face off this Sunday, Sep 24 at the Singapore Indoor Stadium. The show will be beamed LIVE on MediaCorp Channel 5 at 8.00 pm Singapore time. – CNA

Powered by Channel News Asia

Siapa Bakal Bergelar Jutawan?

17 Sep

Oleh: ABD. AZIZ ITAR

Peserta akhir program realiti TV, One In A Million.

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Siapakah antara tiga finalis program realiti TV, One In A Million akan bergelar jutawan dengan membawa pulang wang tunai RM1 juta pada pertandingan akhir program itu, Jumaat ini?

Debaran tentunya semakin kencang bagi Ahmad Faizal Mohd Tahir, 28 (kiri), Low Sook Yee, 17 (tengah) dan Muhamad Alif Mohd. Satar, 16 (kanan), lebih-lebih lagi mereka dikatakan mempunyai peluang yang hampir sama.

Ini berikutan kejayaan mereka melepasi saingan separuh akhir di Shah Alam, Selangor malam semalam yang menyaksikan penyanyi rakaman, Dayang Nurfaizah Awang Dowty tersingkir.

Bagaimanapun, Sook Yee atau Suki, satu-satunya peserta bukan Melayu dilihat paling berpotensi menjuarai pertandingan nyanyian yang menawarkan hadiah wang tunai paling lumayan setakat ini.

Ini kerana remaja dari Seremban, Negeri Sembilan itu menerima undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton paling tinggi setakat ini berbanding Ahmad Faizal dan Muhamad Alif.

Namun beliau berserah kepada takdir sama ada kalah atau menang pada pertandingan tersebut.

‘‘Kalau menang, saya akan rasa gembira. Tetapi kalau saya kalah dalam pertandingan ini, saya tidak rugi apa- apa, malah saya dapat banyak pengalaman menyanyi semasa menyertai pertandingan ini,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia.

Finalis kedua, Ahmad Faizal atau Faizal tidak menafikan Suki merupakan saingan terdekatnya.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi SMS semakin bijak menilai peserta mana yang layak untuk dinobat juara pertandingan realiti TV itu.

‘‘Saya akan buktikan mutu dan kelainan suara, gaya dan persembahan saya pada malam itu nanti. Saya yakin penonton mahukan kelainan.

‘‘Malah, kalau menang, saya berazam mahu membuat perubahan dan kelainan dalam industri muzik tempatan,’’ ujar Faizal.

Sementara itu, Muhammad Alif atau Alif berkata, dia memang teringin menggondol hadiah RM1 juta biarpun menerima saingan sengit daripada Suki dan Faizal.

Tetapi jika impian itu tidak menjadi kenyataan, pelajar tingkatan empat itu memilih Faizal sebagai peserta paling layak menjuarainya.

‘‘Saya pilih Faizal kerana dia paling berbakat dan kreatif, boleh menyanyi, malah mampu mencipta lagu,” katanya.

Juara pertandingan akhir One In A Million ditentukan seratus peratus melalui undian SMS.

Pertandingan akhir akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Jumaat ini dan disiarkan secara langsung menerusi 8TV, bermula pukul 9.30 malam.

Powered by Utusan Malaysia

Saya Dah Habis Fikir – Arni Nazira

17 Sep

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

ARNI bersama anaknya.

ENAM tahun lalu Arni Nazira seumpama sebutir bintang baru yang gemerlapan dengan lagu Cinta Antara Benua. Kejelitaan dan populariti kemudian membawa dia ke dunia lakonan. Dia antara bintang baru yang bersaing dengan Siti Nurhaliza di peringkat awalnya.

Tetapi selepas melangsungkan perkahwinan dengan artis popular Awie pada Disember 1998, Arni tiba-tiba senyap dan lenyap. Walaupun ada yang menganggap bakatnya masih perlu digilap, Arni memilih untuk menumpukan kepada rumah tangganya. Ini satu keputusan terbaik dan pengorbanan tidak ternilai oleh seorang wanita pada usia yang masih terlalu muda. Ya, ketika itu Arni baru saja awal 20 tahun sedang Awie sudah menjangkau 30 tahun.

Tidak banyak wanita yang mampu melakukan perkara sama seperti Arni. Siapa yang mahu ‘menggadaikan’ nama yang cukup terkenal sehingga tersenarai dalam barisan artis popular dan jelita, tetapi Arni melakukannya.

Saya dan seorang kawan, Kuzie juga agak rapat dengan Arni pada zaman remajanya. Kebetulan kami sama-sama orang Terengganu, jadi senang berkongsi macam-macam cerita ikut slanga orang kampung kami saja.

Tetapi selepas dia berkahwin dan semakin menyepi, Arni jarang mengekori suami ke mana-mana majlis, hubungan kami menjadi renggang tiba-tiba.

Waktu yang berjarak menjadikan kami tidak lagi semesra dulu. Namun titip doa selalu saya hadiahkan agar Arni meraih kebahagiaan. Sesuai dengan pengorbanan yang pernah dilakukannya saya fikir Arni berhak mendapat kasih sayang terbaik dan bahagia yang mutlak.

Nampaknya itu semua hanyalah tinggal harapan.

Tersebarnya gambar ‘perkahwinan baru’ Awie dengan seorang model (yang sehingga ke hari ini belum disahkan benar atau palsu oleh empunya diri), saya tertanya-tanya bagaimana perasaan Arni?

Hancur luluhkah hatinya, atau dia hanya menerima segalanya sebagai satu mainan orang-orang dalam industri yang tidak lari dari prasangka dan dengki?

Dalam saya dan rakan-rakan berteka-teki, Awie berdiam diri dan Arni tidak dapat dijejaki, tersiar berita yang Arni sudah membawa kisah perkahwinannya ke mahkamah di Kuantan. Di ibu negeri Pahang itu juga mereka diijabkabulkan dulu.

Biarpun belum jelas apa yang dituntut dan apa yang membawa mereka sehingga ke kamar bicara, saya pasti ada sesuatu yang tidak kena sudah berlaku antara mereka.

Apabila terhidu kisah kelabu rumah tangganya saya cuba mendapatkan Arni, tetapi dia memilih untuk berahsia. Mungkin belum masanya untuk dia bercerita.Nantilah.

Rabu lalu kami sekali lagi berbicara dan Arni seperti sebelumnya memberitahu saya yang dia tidak mahu bicara tentang soal rumah tangganya buat masa sekarang. Retak menanti belah, atau sudah berakhir segala episod cinta, biarlah saja masa yang menentukan.

“Kalau hendak tanya hal-hal biasa bolehlah. Hal-hal yang lain Arni tak hendak komen ya,’’katanya.

Dan minta maaflah, hanya ini yang dapat saya tulis pengakuan Arni tentang isu rumah tangganya untuk minggu ini.

Arni di mana sekarang?

Ada di Kuala Lumpur. Tak pergi mana-manapun.

Sihat ke?

Alhamdulillah. Sihat. Macam biasa-biasa saja.

Apa bisnes Arni buat sekarang?

Alah, bisnes kecil-kecil saja. Sekarang adalah buat jual beg tangan, itupun ambil dari kawan-kawan dekat. Puasa ni pun Arni ada juga tolong kawan-kawan lain jual biskut raya. Saja suka-suka, dari duduk saja-saja ada juga aktiviti hendak buat.

Anak-anak dengan siapa?

Anak-anak dengan saya,di Cheras, Kuala Lumpur.

Apa yang menyebabkan Arni ambil tindakan pergi mahkamah?

(Diam) Itu tak mahu cakaplah Kak. Biar dululah.

Betul ke Arni buat permohonan untuk bercerai?

Tak hendak cakap apa-apa fasal ni. Tunggu sajalah keputusannya nanti.

Apakah selepas ini Arni akan kembali aktif dalam dunia seni?

Tak payahlah kot buat masa sekarang ni. Tapi masa akan datang saya tak tahu. Arni bukannya apa. Malas lah hal-hal tentang Arni keluar di akhbar lagi. Arni tak hendak. Sudah biasa low profile biar macam ni sajalah.

Kenapa selama ini, selepas kahwin Arni lebih banyak diam saja tanpa sebarang publisiti?

Mungkin fasal mahu beri tumpuan sepenuhnya pada anak- anak (hasil perkahwinan mereka dikurnia dua anak perempuan Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa) Bukan tak minat dengan dunia hiburan lagi. Minat tu ada dan tak pernah padam. Selalu juga nyanyi di rumah. Cuma memang Arni pilih tak mahu aktif macam dulu lagi. Iyalah, bila sudah kahwin, ada anak keadaan dah tak sama macam kita zaman solo dulu. Banyak benda kena jaga.

Dalam majlis-majlis hiburan pun jarang sangat nampak Arni, kenapa?

Banyaknya soalan (ketawa). Kita ada anak-anak yang perlu dijaga. Saya jaga anak-anak saya sendiri, tak ada pembantu. Jadi pergerakan saya agak terbatas. Dah ada anak ni kita kena fikir hal anak-anak dululah. Macam itu saja saya fikir masa tu. Dah ada tanggungjawab takkan saya hendak tumpu masa pada hal-hal lain lagi, ya tak?

Sampai bila hendak berdiam diri dari bercakap soal ‘apa sebenarnya’ yang berlaku antara Arni dan Awie?

Entahlah saya tak tahu. Yang saya tahu saya tak hendak cerita hal rumahtangga saya pada orang lain. Biarlah apa- apa hal saya yang tanggung sendiri. Orang lain tak perlu tahu apa yang terjadi. Itu saja yang saya boleh cakap. Yang lain-lain tak hendak komen.

Tidakkah sikap diam diri akan membuka banyak lagi cakap-cakap? Orang hendak tahu apa kebenarannya?

Susah juga hendak cakap. Nanti kalau komen lebih-lebih, orang tak akan berhenti bercakap. Yang kecil jadi makin besar. Kita ni kena jaga hati banyak orang. Kalau saya cakap banyak, nanti jadi hal lain pula, saya tak hendak. Sebab itu saya tak mahu ulas fasal itu dulu. Jadi lebih baik jangan sentuh hal rumah tangga saya. Tunggu saja keputusannya nanti ya.

Agaknya macam mana kehidupan Arni selepas ini?

Itu? Ikhlas cakap, saya tak fikir lagi benda-benda tu semua. Belum ada rancangan apa-apa. Masa akan menentukan. Yang penting saya jaga anak- anak baik-baik. Yang lebih penting lagi saya banyakkan sabar. Itu saja yang boleh saya buat.

Apa sekalipun tindakan Arni, apakah Arni sudah pertimbangkan dengan sehabis baik?

(Ketawa beberapa saat tetapi kemudian dengan tegas berkata). Ya! Rasanya saya sudah habis fikir. Dan habis fikirlah ni.

Apa benda benda utama yang ditimbangkan dalam membuat apa juga keputusan?

Tak ada apa-apa. Saya pun malaslah hendak fikir berat-berat lagi. Dalam keadaan sekarang ni, kadang-kadang Arni pun tak tahu hendak cakap apa lagi dah. Kepala pun berserabut.

Powered by Utusan Malaysia