Deejay Klasik Nasional Beraya Di Hulu Langat

2 Oct

Dalam keheningan malam yang disulami bunyi cengkerik, tiba-tiba penduduk kampung di Hulu Langat, Selangor dikejutkan dengan irama merdu lagu-lagu hari raya seperti Lambaian Aidil Fitri, Beraya Di Desa dan Suasana Di Hari Raya.

Nun di celah-celah kawasan hutan Nur Lembah Pangsun, warga kerja stesen radio Klasik Nasional sibuk beraya. Yang lelaki siap berpakaian baju melayu lengkap dengan songkok dan samping, manakala wanita berbaju kebaya atau kurung yang lengkap dengan selendang.

Adegan itu merupakan rakaman program Rentak Syawal iaitu antara program yang bakal muncul dalam siaran Klasik Nasional pada hari raya pertama, kedua dan ketiga pukul 12.05 tengah hari. Program itu diterbitkan bersama oleh deejay Ewan dan Rosli Derani.

Ia melibatkan persembahan artis-artis undangan termasuk Hail Amir, Asiah Tuah, Saleem, Siti Nordiana, Sharifah Zarina bersama deejay-deejay Klasik Nasional iaitu Nurul, Sofiah, Risham, Hani, Liza Yeo, Anis, Yusmawati, Zohdi, Zetti, Yom dan Yati. Selain lagu-lagu raya, program tersebut turut disulami dengan lagu-lagu lama seperti Joget Jauh Pandangan, Jangan Main Mata, Percayalah dan Kekasih Pujaan.

Sesuai dengan format siaran Klasik Nasional, Sharifah Zarina membuat pendekatan baru menyanyikan lagu Langit Ketujuh dalam irama keroncong manakala Saleem mendendangkan lagu popularnya Suci Dalam Debu versi keroncong. Rancangan itu diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Selamat Hari Raya dendangan asal Puan Sri Saloma dan Datuk Ahmad Jais.

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: