Nikki, Yanie Terus Gilap Bakat

10 Dec

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

KALAU selamanya pun mereka akan terus dikaitkan dengan nama penyanyi popular Ning Baizura, ia tidak sedikitpun menjadi kudis kepada dua bakat baru ini.

Baik Nikki ataupun Yanie menganggap peluang mendekatkan diri dengan ‘diva’ itu adalah sesuatu yang sangat berharga.

Mereka tidak kisah kalau bayang Ning akan terus dikaitkan sampai bila-bila kerana sedar yang mereka banyak terhutang budi kepada penyanyi itu dan pengurusnya, Vernon Kedit.

Bagi Nikki, namanya sedikit sebanyak dikenali ramai kerana didikan Ning dan tidak menjadi hal yang besar, kalau sampai bila-bila pun nama itu terus melekat di ingatan orang lain juga.

‘’Dia banyak membantu sewaktu awal pembabitan saya dengan dunia artis. Jadi saya kena akur dan tidak pernah berasa gusar apabila saya akan terus dikaitkan dengan Kak Ning sampai bila-bila pun,’’ kata si cantik yang pernah muncul dengan album Maharani ini.

Nikki bakal muncul dengan album pakej semula Maharani tidak lama lagi dan menganggap ia adalah satu peluang yang terindah dalam diarinya sebagai penghibur.

Album itu adalah pakej semula dari Maharani yang telah mempopularkan nama Nikki di persada seni tanah air.

‘’Album pakej ini diterbitkan sebab banyak yang Nikki tak puas hati daripada apa yang ada dalam Maharani.

‘’Baik dari segi imej dan sebagainya, Nikki rasa perlu diperbaiki lagi dan sebab itulah lahirkan album pakej semula ini,’’ katanya.

Menurut Nikki, dia merasakan lagu-lagu dalam Maharani terlalu bagus tetapi belum ramai yang betul-betul mendengarnya lagi.

‘’Sayang kalau ia terus terbiar. Sebab itulah Nikki buat album pakej semula,’’ kata lagi.

Maharani ‘repakej’ bakal diedarkan oleh SonyBMG Music dan akan memuatkan remix lagu Caramu 2006 selain lagu-lagu lain dalam Maharani. Sementara itu lagu Drama yang dinyanyikan bersama dengan Yanie dan Ning sendiri juga akan menjadi bonus istimewa dalam album ini.

Sementara itu bagi Yanie pula dia terpaksa bersabar untuk menantikan kelahiran album solonya. Album ini dijangka akan dipasarkan pada Januari depan.

Album berkonsep pop Melayu ini juga bakal memuatkan semula lagu Saling Percaya yang dipopularkan Yanie bersama dengan Diddy.

‘’Saya menunggu hampir satu tahun untuk album ini dan akhirnya penantian saya berbaloi apabila dimaklumkan yang ia akan menjengah pasaran pada Januari depan. Syukur alhamdulillah,’’ katanya.

Apa yang diharapkan Yanie ialah tawaran persembahan yang semakin rancak selepas kelahiran album itu.

Buat masa ini kata Yanie, dia terpaksa berpuas hati dengan jumlah tawaran persembahan yang agak terbatas memandangkan dia tidak mempunyai album sendiri di pasaran.

‘’Kalau selagi kita tak ada album, susah untuk orang iktiraf bakat kita. Jadi tawaran persembahan juga susahlah. Sebab itu album penting untuk meneruskan kesinambungan seseorang artis baru dalam dunia seni suara,’’ kata Yanie lagi.

Yanie dan Nikki berkongsi kediaman di Jalan Klang Lama untuk memudahkan pengurusan aktiviti seni mereka dibuat.

Sementelah kedua-duanya sebaya, 21 tahun banyak yang dikongsi bersama baik dalam hal melibatkan kerjaya mahupun kisah personal mereka.

‘’Sekarang azam kami cuma satu iaitu untuk sentiasa pandang ke depan saja. Kami tak boleh leka lagi kalau mahu terus berjaya seperti ‘mentor’ kami, Ning Baizura suatu hari nanti,’’ kata Yanie.

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: