Demi Album Baru Sharifah Zarina Tangguh Anak Kedua

1 Feb

Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN

Mempunyai sebuah keluarga yang besar antara impian setiap wanita. Selain menjadi pelengkap kasih sayang pastinya ia mampu memeriahkan suasana sesebuah keluarga.

Justeru kata Sharifah Zarina, dia sebenarnya merancang untuk menambah bilangan cahaya matanya tahun ini. Namun hasrat hati bersama suaminya itu tidak dapat dilaksanakan lantaran tanggungjawab pada karier seninya.

“Anak saya, Al Athalia Deena kini sudah berusia empat tahun. Saya merancang mempunyai anak kedua tahun ini. Tapi hasrat tersebut mungkin tidak menjadi, sebab album kedua saya insya-Allah akan berada di pasaran sekitar bulan Mac ini. Ia akan membuatkan saya sibuk sepanjang tahun ini.

“Saya juga kini menjadi duta kepada produk Jelitayu yang sentiasa mahukan saya kelihatan langsing sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis Prelude AIM 14, di Planet Hollywood, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata penyanyi yang semakin jelita ini, sesekali dia merasa cemburu melihat suaminya mempunyai adik beradik yang ramai. Saat itu hatinya selalu terbuka untuk memiliki keluarga besarnya sendiri.

“Suami saya mempunyai 17 adik beradik. Bila berkumpul seronok sangat. Macam-macam cerita dikongsi bersama. Paling penting bagi saya, bila kita ada anak yang ramai, kalau yang seorang ini tak boleh jaga kita, insya-Allah seorang lagi boleh jaga. Tidaklah mengharapkan anak itu sahaja,” katanya yang mahu memiliki lima orang anak.

Bagi yang merindui suara lantang Sharifah Zarina, buah tangan terbarunya bakal muncul pada bulan Mac ini.

Diterbitkan oleh Interglobal, antara komposer terlibat ialah Aidit Alfian, Nitrous dan Azmeer.

Tanpa berselindung Sharifah Zarina mengakui kekuatan dan populariti lagu Langit Ketujuh (daripada albumnya terdahulu), sedikit sebanyak menjadikannya berasa takut menanti reaksi peminat terhadap album terbarunya itu.

“Langit Ketujuh bagi saya cukup kuat. Jadi untuk menghasilkan album kedua ini, saya rasa takut memikirkan adakah akan ada lagu dalam album terbaru ini dapat mengatasi Langit Ketujuh,” katanya lagi.

Apa pun kata Zarina, idea menyelitkan dua lagu lama nyanyian Alleycats dan Juction mungkin sedikit sebanyak akan berjaya menambat hati peminat.

“Pemilihan lagu Kerana (Alleycats) dibuat oleh abang Azmeer. Tapi lagu Demi Cinta Setia (kumpulan Junction) saya sendiri yang pilih.

“Lagu itu mempunyai kenangan tersendiri. Semasa saya dating dengan suami saya dulu, setiap hari dia pasang lagu tersebut dalam kereta. Sebab dah dengar tiap-tiap hari, terus jadi suka,” katanya.

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: