Berbulan Madu Di Venice

23 Apr


ABHISHEK Bachchan (dua dari kanan) dan Aishwarya Rai yang mengunjungi kuil di Tirupati, barat laut Chennai, India melakukan upacara keagamaan sempena perkahwinan mereka. Turut hadir ialah Amitabh Bachchan (paling kiri). – AFP.

NEW DELHI 22 April – Pasangan suami isteri terbaru di Bollywood, Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai – yang turut dikenali sebagai Abhiash – mempunyai jadual yang padat.

Dua hari selepas bekas ratu cantik itu mengikat dikahwinkan dengan Abhishek dalam majlis yang diberi jolokan sebagai “perkahwinan abad ini” oleh media India, mereka menaiki penerbangan ke sebuah kuil di selatan India hari ini.

Semua saluran televisyen ‘dibanjiri’ imej pasangan itu beserta ibu bapa mereka, sahabat handai dan sanak saudara memasuki Kuil Tirumala yang terkenal di Tirupati, selatan negeri Andhra Pradesh.

Aishwarya, 33, memakai sari berwarna merah dan emas serta mengenakan rantai “mangalsutra” yang terdiri daripada manik hitam dan emas dan “sindoor”.

Abhishek, 32, pula memakai pakaian kurta putih.

Di kuil itu, peminat dan jurugambar serta pemberita berebut untuk mendapatkan tempat ketika pasukan keselamatan membentuk bulatan perlindungan untuk rombongan pasangan tersebut.

Seorang jurugambar cedera ringan selepas bergelut dengan kakitangan keselamatan semalam, namun pelakon legenda Bollywood, Amitabh Bachchan telah pun memohon maaf kepada semua jurugambar hari ini.

Atas permintaan keluarga Bachchan dan Aishwarya kepada tetamu mereka supaya tidak bercakap dengan media, tidak banyak yang dapat didedahkan berhubung majlis yang dijalankan.

Laporan media menyebut, pasangan itu mungkin akan berbulan madu di Venice selama sebulan.

Kegilaan media media telah menyelubungi kedua-dua pelakon Bollywood itu sejak mereka bertunang pada Januari lalu.

– AP

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: