Fadzil Satukan Moden Dan Tradisional

28 May

UMPAMA dalam pejabat, mungkin itu gambaran yang sesuai untuk diberikan kepada cara susun atur rumah ini. Biarpun ringkas, namun pemiliknya rasa senang berada di kediaman sendiri.

Tidak banyak melibatkan penggunaan perabot dan hiasan, hanya yang diperlukan sahaja.

Ini kerana pemiliknya, seorang lelaki bujang, tidak suka barangan hiasan rumah yang terlalu banyak. Juga yang kecil-kecil, susah untuk membersihkan rumah, katanya.

Ruang rumah banyak yang dibiarkan kosong untuk memberikan keselesaan kepada penghuninya yang kebanyakan masanya dihabiskan di luar.

Bukan itu sahaja, pemiliknya juga lebih senang memilih barangan dari negara-negara yang eksotik, seperti India dan Afrika yang lebih berbentuk tradisional.

Barang-barang ini juga sebagai ilham beliau mencipta susun atur kediaman yang lebih kontemporari dengan mencampurkan unsur-unsur moden dan tradisional.

Barang-barang ini dibeli apabila beliau berkesempatan ke negara-negara berkenaan untuk melancong.

Itulah cita rasa Fadzil Teh, yang menghias pangsapuri mewah yang didiaminya sejak sepuluh tahun lalu mengikut seleranya sendiri.

Asalnya pangsapuri Casaria yang terletak di Taman Maluri itu dibeli secara berkembar dan kemudian dipecahkan di bahagian tengah rumah untuk mendapatkan kawasan yang lebih luas.

Koridor juga dibiarkan terbuka luas dengan tingkap yang mengikut ciri-ciri tradisi Melaka iaitu cermin tingkap tradisional yang berwarna-warni berbentuk segi empat, berkepak dua dan pastinya tampak indah dipandang.

Lantai simen diubah kepada parket untuk menampakkan suasana rumah papan bagi menyampaikan ilham susun atur rumah yang agak tradisional.

Ruang tamu yang luas diletakkan perabot kulit berwarna hitam sebagai tempat istirahat selepas penat seharian bekerja.

Malah ruang meja makan juga diberikan tumpuan ringkas yang serupa. Hanya diletakkan sebuah meja makan mewah untuk lapan orang tetamu dan almari kaca, sudut ini dihiasi dengan balang kaca besar sebagai hiasan.

Selain bilik yang disediakan untuk tetamu Fadzil juga menyediakan sebuah bilik besar khas untuk ruang kerjanya yang menempatkan cakera padat, komputer, fail-fail dan juga gambar-gambar Fauziah Latiff, iaitu penyanyi yang diminatinya.

Mengakui gemar dengan warna-warna garang terutamanya merah, dinding rumah ini diwarnakan dengan warna merah dan hijau serta kuning sambil diselang-seli dengan warna putih untuk menampakkan sedikit kelembutan.

Sebagai insan yang gemar dengan suasana yang damai dan harmoni, hiasan di dalam bilik diberikan keutamaan termasuk pengubahsuaian yang dilakukan di dalam bilik mandi dengan penggunaan jubin-jubin yang mewah.

Bagi menampakkan keunikan warna merah dan putih menjadi pilihan untuk memberikan rasa kesegaran dan kepuasan.

Powered by Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: