Bengkel I-Sihat Di Ampang Puteri

24 Jul

MAJALAH i-Sihat produk terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad akan mengadakan Bengkel Sihat Sepanjang Hayat secara jelajah bermula pada 28 Julai hingga Disember 2007 bertempat di sembilan lokasi terpilih.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi kesedaran dan informasi berkaitan kesihatan dan kecantikan kepada orang ramai.

Di samping itu, ia juga bertujuan menjadi salah satu alternatif mendekati masyarakat bagi mengenali majalah i-Sihat dan menjadikannya sebagai bahan bacaan utama sekeluarga.

Satu majlis pelancaran sebagai lambang bermulanya penganjuran bengkel ini akan diadakan pada 28 Julai 2007 (Sabtu) di perkarangan Ampang Puteri Specialist Hospital pada jam 10.30 pagi.

Gimik pelancaran akan disempurnakan oleh Fahrin Ahmad, selebriti dan pelakon muda yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Majlis akan turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Farah Asyikin yang sedang meningkat naik.

Selain majlis pelancaran, bengkel bagi lokasi pertama akan turut berlangsung pada hari yang sama pada jam 2.00 hingga 5.30 petang bertempat di Dewan Anugerah, Ampang Puteri Specialist Hospital.

Peserta bengkel akan dikenakan bayaran RM37 seorang dan akan menerima langganan majalah i-Sihat selama enam bulan. Peserta juga akan menerima cenderamata penyertaan berupa majalah i-Sihat dan pelbagai produk penaja berserta hi-tea.

Bengkel sehari ini meliputi dua sesi ceramah kesihatan dan turut diselangi dengan satu sesi teknik dan demonstrasi solekan. Bagi sesi pertama, Dr. Nor’Aini Abdul Aziz akan mengupas topik mengawal obesiti dan menjana kesihatan.

Bagi sesi kedua Dr. Ariza Mohamed akan mengupas topik berkaitan dengan kesuburan. Peserta turut berpeluang untuk mengutarakan soalan-soalan berkisar topik yang telah diperbincangkan.

Di samping itu, pengunjung dan peserta bengkel turut berpeluang berkunjung ke mini karnival yang turut diadakan bersempena penganjuran bengkel ini di perkarangan Ampang Puteri Specialist Hospital. Mini karnival tersebut turut mempamer dan menjual pelbagai produk yang berhubung kait dengan kesihatan.

Bengkel ini merupakan rentetan dari penganjuran bengkel kesihatan yang pernah diadakan sebelum ini dan akan menemui semua peserta di semua lokasi siri jelajah.

Keterangan lanjut bengkel sila hubungi Kak Tim: 03-8924 3831/ Lieya: 03-8924-3869/Meja i-Sihat: 03-8926 2999 @ Faks: 03-8924 3922.

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: