Protes Remaja Dalam Album Runut Bunyi Haru Biru

27 Jul

Oleh ABD. AZIZ ITAR

ROSLAN Aziz (kanan) bersama (dari kiri) Shadan Hashim, Raja Azmi dan Adlin Aman Ramlie (penerbit Haru Biru) selepas pelancaran album runut bunyi filem itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SELAKU penerbit album, Roslan Aziz bijak menyelami konsep lagu-lagu yang sesuai untuk dimuatkan dalam album runut bunyi filem Haru Biru.

Roslan telah mencipta lagu-lagu khas untuk album tersebut, sesuai dengan filem arahan Shadan Hashim itu yang memaparkan gejolak jiwa remaja masakini.

“Album ini menggambarkan pelbagai perasaan remaja hari ini seperti sikap protes terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.

“Selain itu, turut dipaparkan ialah perasaan kecewa, marah, dendam, sikap ego dan sebagainya,” katanya pada pelancaran album runut bunyi itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Walaupun menerima kritikan sepanjang menghasilkan album runut bunyi tersebut, namun ia tidak mematahkan semangat Roslan.

“Shadan (pengarah Haru Biru) pernah kata lagu-lagu ciptaan saya macam lagu-lagu Hong Kong.

“Saya tidak kisah kalau apa yang dikritik itu tentang kerjaya saya. Malah, saya cuma ambil masa sekitar tiga bulan untuk menghasilkan album itu.

“Saya cipta lagu-lagu album ini di depan komputer murah sahaja di rumah saya di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

“Tidak perlulah sampai pergi duduk di tepi pantai dan sebagainya untuk mendapatkan ilham. Mak saya antara yang banyak memberi ilham kepada saya,” ujarnya.

Album runut bunyi Haru Biru menampilkan 12 buah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi baru Ali Ahmad daripada kumpulan Garring.

Kata Roslan, dia yakin dengan kemampuan Ali bagi membawakan kesemua lagu dalam album tersebut.

“Penyanyi lama atau baru, popular ataupun tidak bukan menjadi masalah bagi saya. Itu soal kedua. Apa yang penting ialah bakat.

“Kalau dalam album ini ada 10 lagu dan lapan daripadanya orang suka, maknanya album itu berjayalah. Ramai orang suka dengan suara Ali.

“Saya kagum dengan Ali dan kumpulannya kerana mereka menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri,” kata Roslan lagi.

Filem Haru Biru yang mengisahkan remaja yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah sudahpun ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan mulai semalam (26 Julai).

Filem terbitan Pengedaran J.A.S Sdn.Bhd., (milik Raja Azmi) itu antaranya dibintangi oleh Que Haidar, Betty Banafe, Ijoy dan Dynaz.

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: