Potong Rambut Hanya 50 Sen!

30 Aug

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

Selain kibaran Jalur Gemilang, perarakan, perbarisan serta laungan Merdeka, penghayatan hari bersejarah berkenaan juga boleh dizahirkan dalam pelbagai cara kerana apa yang penting, ia dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri setiap insan.

Namun, bagi kakitangan salun terkenal di The Summit, Subang Jaya, Khal Hair Salun, mereka berpadu tenaga menjayakan promosi menarik potongan rambut berharga 50 sen.

Pemilik salun berkenaan, Khaljaksa Khalil, 40, berkata, promosi itu diadakan bagi menghargai pelanggan setianya selama ini serta bersempena sambutan kemerdekaan negara ke-50 tahun.

Khaljaksa berkata, dia berbangga menjadi warganegara Malaysia dan promosi berkenaan adalah sebagai satu cara untuk melahirkan rasa bersyukur terhadap kemerdekaan negara yang mencecah 50 tahun.

Menurutnya, promosi 50 sen berkenaan hanya boleh dinikmati untuk potongan rambut saja dan bukan untuk perkhidmatan lain yang ditawarkan seperti mewarna, melurus atau kerinting.

“Promosi potongan rambut berharga 50 sen ini hanya boleh didapati pada 31 Ogos ini bermula pada waktu operasi kami iaitu dari 10 pagi hingga 10 malam.

“Kami menjangkakan lebih 100 pelanggan berpeluang menikmati promosi berkenaan dan ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat tidak kira lelaki mahupun wanita,” katanya.

Salun berkenaan sudah bertapak dalam bidang dandanan rambut sejak lebih 10 tahun lalu. Malah, ia turut menjadi pendandan rambut rasmi bagi kumpulan media terbesar negara, Media Prima, sejak lima tahun lalu.

“Khal Hair Salun mempunyai enam kakitangan terdiri daripada empat pendandan serta dua pencuci rambut.

“Kami juga memiliki pelanggan di kalangan artis tempatan termasuk Siti Nurhaliza, Zahid (AF2), Misha Omar, Marsha , Erra Fazira, Fauziah Latif, Jaclyn Victor dan Adam (AF2).

“Kutipan yang diperoleh pada hari berkenaan akan disumbangkan kepada Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (Ractar), Subang Jaya, Selangor.” katanya.

Powered by Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: