Archive | January, 2008

Loloq Minta Rahsiakan Penyakit – Isteri

31 Jan

SUNGAI BULOH 30 Jan. – Penulis lirik terkenal, Loloq meminta isterinya, Hariah Yaacob tidak menghebahkan penyakit yang dideritainya kerana tidak mahu rakan-rakannya bimbang tentang kesihatan dirinya.

Menurut Hariah, 35, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis, 50, enggan rakan-rakannya mengetahui penyakit yang dideritainya itu sejak beberapa bulan lalu.

‘‘Saya mohon maaf kepada semua sahabat atau kenalan arwah suami saya kerana tidak memaklumkan mengenai keadaan kesihatan beliau semasa hayatnya.

‘‘Semua ini saya lakukan atas permintaan arwah yang tidak mahu rakan-rakannya bimbang tentang dirinya,’’ ujar Hariah.

Sementara itu, komposer terkenal tanah air, M. Nasir yang tidak mampu menyembunyikan perasaan sedihnya menyatakan rasa terkilan kerana tidak dapat menghabiskan banyak masa dengan Allahyarham.

Dianggap sebagai orang kanannya oleh karyawan muzik tanah air, M. Nasir memberitahu, beliau dan Allahyarham sudah merancang pelbagai projek untuk diusahakan secara kerjasama.

Sahabat karib

Allahyarham Loloq yang sering menjadi pilihan M. Nasir dalam menghasilkan lirik untuk lagu-lagu ciptaannya menyifatkan sahabat karibnya itu sebagai seorang karyawan terbilang yang sukar dicari ganti.

‘‘Saya ada banyak kawan tetapi tidak ada seperti Loloq. Bagi saya, arwah merupakan seorang karyawan yang mempunyai pemikiran dan berjaya menghidupkan sesebuah lagu. Kebanyakan lirik lagu ciptaannya mempunyai ‘roh’,’’ kata M. Nasir yang kelihatan menitis airmata .

Allahyarham Loloq meninggal dunia pada pukul 1.37 petang hari ini setelah koma sejak Ahad lalu akibat pendarahan otak.

Sepanjang hayatnya, Loloq sudah menghasilkan lebih 500 lirik selain berlakon banyak filem termasuk filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid.

Beliau juga menjadi pilihan M. Nasir sebagai penulis skrip bersama filem Aduh Saliha lakonan Mawi yang kini masih dalam proses penggambaran.

Seorang lagi kawan rapat Allahyarham, Amy Search pula menyifatkan, Loloq sebagai seorang karyawan yang gemar membaca dan mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang sangat baik.

‘‘Lirik-lirik ciptaan Loloq memberi banyak inspirasi dan menjadi rujukan kepada saya dalam banyak hal.

‘‘Sungguhpun begitu, Loloq memerlukan suasana dan masa yang tertentu bagi menghasilkan sesebuah lirik yang baik. Kita kehilangan seorang penulis lirik yang hebat,’’ kata Amy yang mengenali Allahyarham Loloq ketika Search belum menghasilkan sebarang album.

Jenazah Allahyarham Loloq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh selepas solat Asar.

Turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah para karyawan seni antaranya Ramli M.S, Hattan, Ella, Misha Omar dan Rosyam Nor.

Powered by Utusan Malaysia

Advertisements

Beckham Buru Penampilan Ke-100

31 Jan

LONDON – David Beckham mengumumkan dia sudah cukup cergas untuk membuat penampilan ke-100 bersama skuad kebangsaan England minggu depan.

Beckham, 32, akan menjadi pemain kelima yang membuat penampilan ke-100 buat England, jika dia disenaraikan pada perlawanan persahabatan menentang Switzerland di Wembley Rabu depan.

Perancang LA Galaxy itu masih belum beraksi dalam sebarang perlawanan buat England selepas kekalahan mereka kepada Croatia dalam kempen Euro 2008, 21 November lalu.

Namun, Beckham, yang menjalani latihan bersama Arsenal menegaskan: “Saya telah pulih seperti biasa. Saya sudah cergas dan dalam keadaan baik. Saya sudah sedia untuk disenaraikan semula.

“Saya telah menjalani latihan bersama salah sebuah pasukan yang handal di Eropah. Saya telah lakukan sebaik mungkin untuk kembali cergas dan tanpa diragui lagi saya sudah bersedia. Tapi ia di luar kuasa saya sekarang.”

Peter Shilton, Bobby Moore, Bobby Charlton dan Billy Wright merupakan empat pemain England yang pernah membuat penampilan ke-100 bersama England. – Agensi

Kosmo

Madonna Artis Terkaya Di Dunia

31 Jan


MADONNA

Los Angeles – Majalah Forbes mengumumkan bahawa Madonna sebagai peneraju senarai Cash Queens of Music kerana memperoleh jumlah pendapatan terbanyak sekali gus menjadi penyanyi wanita terkaya, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi berumur 49 tahun itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$72 juta (RM323 juta) untuk tempoh setahun bermula Jun 2006 hingga Jun 2007.

Kebanyakan pendapatan Madonna diperoleh menerusi konsert jelajah Confessions yang mencatatkan perolehan sebanyak AS$260 juta (RM840 juta).

Dia juga memperoleh pendapatan menerusi penjualan album dan penjualan hak siaran persembahannya di Stadium Wembley kepada stesen televisyen NBC.

Majalah itu menyatakan bahawa, pihaknya membuat penilaian itu berdasarkan kejayaan konsert, perolehan barangan, penjualan album dan hasil sampingan penyanyi seperti penjualan pakaian, minyak wangi dan iklan.

Tempat kedua dipegang oleh penyanyi veteran, Barbra Streisand yang memperoleh AS$60 juta (RM194 juta) di mana sebahagian besarnya disumbang menerusi konsert kemunculan semulanya di pentas sejak 2000.

Penyanyi kelahiran Kanada, Celine Dion, 39, berada di tempat ketiga dengan memperoleh pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM145 juta) dengan sumbangan terbesarnya adalah menerusi konsert A New Day di Caesars Palace, Las Vegas.

Konsert itu bermula pada 2003 di Coliseum Theater dan ia disaksikan oleh lebih tiga juta peminat sebelum ia melabuhkan tirainya pada Disember lalu.

Penyanyi lagu Hips Don’t Lie, Shakira, 30, menduduki tempat keempat kerana memperoleh pendapatan sebanyak AS$38 juta (RM123 juta).

Pemenang siri realiti American Idol musim keempat, Carrie Underwood menduduki tangga ke-15 dengan memperoleh pendapatan sebanyak AS$7 juta (RM23 juta).

Selebriti bermasalah, Britney Spears masih mampu mendapat pendapatan sebanyak AS$8 juta (RM26 juta) menerusi album lamanya dan penjualan minyak wangi yang menggunakan namanya. – Agensi

Kosmo

Juhara Ayob – Antara Drama Dan Teater

31 Jan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

JUHARA AYOB.

AGAK lama juga tidak kedengaran sebarang berita mengenai pelakon dan aktivis teater terkenal, Juhara Ayob.

Malah, wajahnya kini juga agak kurang muncul di kaca televisyen menerusi drama tempatan yang sebelum ini begitu sinonim dengan dirinya.

Salah satu drama lakonannya, Cinta Si Penggali Kubur pernah memberikannya pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Aktres Pembantu Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2004.

Ketika bertemu dengan Juhara Ayob pada sidang media teater Nyonya di Istana Budaya baru-baru ini, Juhara menjelaskan, keadaan yang tidak begitu mengizinkan serta waktu yang terhad membuatkan dirinya ‘menjauhkan diri’ seketika dari dunia lakonan drama.

“Saya tidak pernah merajuk dengan dunia lakonan tetapi kerana masa ini, saya sedang melanjutkan pelajaran saya di peringkat ijazah dalam bidang seni persembahan drama di Universiti Malaya.

“Bukan itu sahaja, saya juga merupakan salah seorang tenaga pengajar Mak Yong di Aswara. Disebabkan itu, saya terpaksa mengurangkan aktiviti lakonan drama saya,” jelas isteri kepada pengarah drama terkenal, Fairuz Loy ini lagi.

Menjadi isteri, ibu, pelajar, tenaga pengajar dan pelakon dalam masa yang sama menuntut dirinya melakukan pengorbanan yang besar dalam hidupnya.

“Saya kena pandai menguruskan waktu dan disebabkan itu, saya mempunyai jadual waktu agar saya tidak tersasar dan dapat melakukan perkara dengan teratur.

“Menyambung pelajaran saya pun kerana memikirkan anak-anak saya sudah semakin besar dan saya juga mempunyai pembantu yang boleh diharapkan untuk menjaga anak-anak saya,” katanya yang pernah menerima Anugerah Seni Negara bagi kategori Bakat Muda (Pelakon) pada tahun 2006 ini lagi.

Tambahnya, dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya juga adalah kerana sebelum ini, dia begitu sibuk dengan dunia lakonan dan kehidupannya sebagai isteri serta ibu menyebabkan cita-cita murninya itu terpaksa ditangguhkan seketika.

Teater lebih puas

Dengan jujurnya, wanita berusia 37 tahun ini memberitahu, pentas teater lebih memberikan kepuasan buat dirinya berbanding drama kerana teater menuntut disiplin menerusi latihan yang berpanjangan.

“Bukan berlakon drama itu tidak memberikan kepuasan kepada saya, tetapi selepas kita menghafal skrip dan bersedia untuk memberikan lakonan yang baik, ada kalanya kita diganggu oleh keadaan sekeliling yang tidak mampu dielakkan.

“Dengan itu, ia sedikit sebanyak menjejaskan mood seseorang pelakon itu. Berbanding teater, apabila latihan dilakukan untuk satu tempoh yang agak lama, ia menjadi sebati dengan diri kita dan seterusnya, kita mampu memberikan yang terbaik,” kata ibu kepada Nurul Imanina, tiga tahun dan Mohd. Fawwaz, sembilan bulan.

Tidak sabar beraksi dalam Nyonya

Teater Nyonya yang bakal dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya bermula 20 Februari depan menyaksikan kali ketiga Juhara Ayob beraksi dalam pementasan berkenaan.

Kali pertama, sewaktu dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) pada tahun 2004, dia memegang watak sebagai Keponakan B manakala Tania Zainal memegang watak utama iaitu Nyonya. Namun, pada pementasan Nyonya kali keempat di Taman Budaya Pumpong, Alor Setar pada tahun lalu, watak utama itu diberikan kepada Juhara.

Juhara turut menjelaskan setakat ini, dia tiada masalah untuk membawakan watak itu kerana tiada jurang perbezaan yang besar untuk watak Nyonya dalam naskhah karya Wisran Hadi itu berbanding sebelumnya.

“Setelah latihan dijalankan, saya serasi dengan watak itu dan tiada masalah untuk saya bawakan watak Nyonya ini. Keserasian antara saya dengan pelakon lain seperti Khatijah Tan, Melissa Saila dan Tania Zainal memang sudah lama wujud memandangkan kami sering berlakon teater bersama.

“Bukan itu sahaja, kami juga akan memberikan tunjuk ajar dan memberikan pandangan bagi memantapkan lagi lakonan masing-masing,” katanya.

Selain itu, Nyonya turut menampilkan satu-satunya pelakon lelaki iaitu Zaifri Husin yang memegang watak Tuan di samping pelakon dari Indonesia Yanie Mae yang akan membawakan watak Isteri.

Teater Nyonya yang diarahkan oleh Rosminah Mohd. Tahir ini akan berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula 20 Februari ini. Tiket-tiket berharga RM20, RM30 dan RM50 kini sudah pun mula dijual.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-40265558 ataupun layari laman web http://www.istanabudaya.gov.my.

Powered by Utusan Malaysia

Too Phat Akhirnya Berkubur

31 Jan

Oleh HARYATI KARIM

JOE dan Malique akan bersaing merebut perhatian peminat apabila muncul dengan album solo masing-masing.

JOE FLIZZOW dan Too Phat, satu nama yang tidak asing lagi di dalam arena seni suara tempatan. Genre lagu hip hop yang diperjuangkan mereka di sambut baik oleh peminat muzik tempatan.

Apatah lagi, mereka sering saja di angkat sebagai kumpulan hip hop terbaik yang pernah muncul dalam industri seni tempatan.

Malah, muzik mereka juga merentasi sempadan Asia sehingga ke Timur Tengah dan juga Amerika.

Namun, kegemilangan Too Phat semakin merundum tatkala Joe dan Malique dikatakan tidak lagi sehaluan.

Kesempatan menemui Joe pada satu majlis sidang media baru-baru ini, telah melerai segala persoalan yang bersarang di benak fikiran tentang hubungannya bersama sahabat baiknya Malique dan hala tuju kumpulan Too Phat yang kini kian kabur.

“Setakat hari ini apa yang boleh saya beritahu, hubungan kami masih lagi baik cuma tidak berbual sahaja, saya tidak bermusuh atau pun tidak puas hati dengan Malique.

“Dia sahabat saya dan hubungan kami macam adik-beradik. Tetapi setelah hampir 10 tahun bersama, kami memerlukan ruang untuk berkembang dan ia bukan bermaksud kami bertengkar.

KOSMO! difahamkan kini Joe dan Malique sedang mengusahakan album solo masing-masing dan ini membawa petanda bahawa kumpulan Too Phat bakal berkubur dan tidak akan muncul lagi dengan album baru.

“Sebenarnya saya buat album solo kerana kontrak kami bersama EMI telah tamat dan ini dikira sebagai projek khas masing-masing.

“Saya minat pada muzik dan ingin kembangkan lagi muzik saya, jadi apa salahnya lahirkan album solo kerana sasaran saya bukan sahaja untuk pasaran tempatan sahaja tetapi juga peringkat antarabangsa,” ujarnya lagi.

Apabila ditanya lagi masih adakah lagi album Too Phat selepas ini, Joe menjawab : “Itu saya tidak tahu lagi, tetapi jika 10 tahun lagi kami ingin muncul dengan album reunion siapa tahu. Buat masa sekarang saya tidak boleh berjanji tentang album Too Phat.

Joe juga yakin peminat Too Phat masih wujud, dan jika mereka berdua mengeluarkan album solo masing-masing, pastinya peminat terpaksa memilih salah satu antara mereka.

“Bila album solo saya dan Malique keluar, peminat Too Phat sememangnya terpaksa memilih salah satu antara kami tetapi jika mahu menyokong kami berdua pun itu sudah cukup bagus,” katanya lagi.

Joe yang melihat dirinya sebagai penyanyi baru apabila album solonya muncul, mengatakan dia ingin menguasai genre irama hip hop tempatan dan menegaskan dia seharusnya terpaksa bersaing dengan sahabat baiknya itu.

“Biasalah persaingan secara sihat untuk melahirkan album yang berkualiti itu sahaja kerana saya tahu peminat saya juga adalah peminat Malique,” luahnya lagi.

Album solo yang diterbitkannya di bawah labelnya sendiri Kartel Record Sdn. Bhd, dijangka bakal menemui peminat sekitar bulan Mei tahun ini.

Tambahnya lagi, album yang diberi judul Presiden itu juga hasil karyanya sendiri bersama beberapa sahabatnya termasuk DJ T-Bone yang banyak membantu Joe semasa di zaman kegemilangan Too Phat lagi.

“Semua lirik dalam album ini saya buat sendiri cuma lagu banyak dibantu oleh rakan-rakan yang lain,” jelasnya mengenai album yang memuatkan 15 buah lagu itu.

Menurutnya, album sulungnya itu bakal menyelitkan lima buah lagu Melayu dan selebihnya lagu berbahasa Inggeris sesuailah dengan sasarannya untuk memasarkan album itu di Amerika.

“Jika album ini mendapat sambutan dan diterima dengan baik di sana (Amerika), berkemungkinan besar saya akan berhijrah untuk mengukuhkan lagi nama saya di Amerika.

“Itu hanyalah perancangan saya sahaja, belum tentu ia akan terjadi, tetapi saya harapkan yang terbaik untuk album solo ini,” katanya lagi yang turut melahirkan sebuah kumpulan bernama Sakti di bawah labelnya sendiri.

Bicaranya lagi, kumpulan yang diasaskan oleh adiknya Asraf, akan muncul dengan album pertama mereka pada bulan April ini.

Powered by Kosmo

Fenomena Puteri

31 Jan

SKRIN
FENOMENA PUTERI

Daripada hanya pelakon ‘hijau’
kini ramai pengikut setia

By Haryani Ismail

DARIPADA pelakon yang tidak dikenali, mereka kini ada daya tarikan semberani.

Bahkan, sitkom Puteri yang sudah masuk siri ke-10 di seberang tambak, menarik penonton daripada pelbagai lapisan usia khususnya remaja untuk ‘melekat’ di depan layar televisyen.

Kalau minggu lalu anda seakan-akan terserempak bintang sitkom tersebut – Nora Danish, Kenchana Dewi, Beego dan Intan Ladyana – berjalan-jalan di sekitar Arab Street atau Sentosa, anda memang tidak tersalah orang.

Sememangnya mereka berada di sini untuk penggambaran di beberapa lokasi hasil tajaan dan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Pakaian beberapa pelakonnya pula ditaja butik Fatimah Mohsin The Wedding Gallery yang turut menjadi lokasi penggambaran.

‘Dulu, Nora Danish hanya pelakon iklan dan jadi pelakon pembantu Gila-Gila Pengantin.

‘Tujuan saya menampilkannya dalam sitkom Puteri bukan kerana wajah cantik semata. Saya nak lihat bagaimana keghairahan pelakon-pelakon muda ini dapat membawa mereka ke tengah, dikenali ramai dan mencetuskan fenomena.

‘Nora dahulu dengan sekarang memang jauh bezanya. Kalau dahulu dia macam boneka bertali… kita nak kena gerakkan satu-persatu – daripada step satu sampai 10, semua nak diajar, sekarang dia pula yang terlebih pandai! Kita minta dia buat satu, dia buat 10. Cuma saya selalu berpesan, jangan over,’ ujar pengarah Puteri, Aziz M.Osman, dengan nada berseloroh.

Aziz, yang pada zaman belianya dikenali kerana watak Burn (cucu Opah) dalam drama bersiri popular, Opah, memang dikenali sebagai karyawan filem yang tegas dan tidak akan teragak-agak menegur pelakonnya terus-terang.

Keempat-empat pelakon Puteri yang ditemui akur mereka banyak belajar daripada Aziz dan harus spontan berlakon serta melipatgandakan usaha ketika bertugas dengannya.

‘Akak tahulah… kerja dengan Abang Aziz. Fokus tu penting,’ ujar Nora kepada penulis, dipersetujui Kenchana, pelakon India yang bakat berlakonnya terserlah dibantu penguasaan bahasa Melayunya yang lancar.

Sama ada pelakon baru atau mapan, Aziz menangani mereka dengan cara yang sama. Mereka juga tidak sepi daripada dimarahi.

‘Kenchana memang dah banyak berlakon drama. Macam-macam watak dia dah cuba. Tetapi Puteri merupakan projek pertama dia bekerja dengan saya.

‘Jadi, dia kadang-kadang tu macam nampaknya nak gunakan perisai tambahan. Takut nak buat silap. Terlalu berjaga-jaga.

‘Jadi, saya berpesan kepadanya, dalam dunia ni… siapa tak buat silap? Relaks. Semakin kita terlalu berjaga-jaga, semakin banyak silapnya,’ ceritanya.

Bagaimanapun, Aziz yakin pelakon yang bersungguh-sungguh dan berdisiplin akan melangkah jauh.

Beliau memberi contoh Beego Phyne Ballerz ataupun nama sebenarnya, Mohd Aszerul Nizam Abdullah, yang baru menamatkan zaman bujangnya lewat tahun lalu.

‘Beego ‘sehijau-hijau’-nya tatkala berlakon dalam filem Gila-Gila Pengantin. Saya minta Vee (bekas isteri Aziz) carikan wajah baru – seorang penyanyi tampan daripada boyband.

‘Puas Beego saya ‘hamput’ pada awalnya. Namun lama-kelamaan, saya melihat dia tonjolkan karismanya. Dia ada inisiatif dan serba boleh.

‘Dalam drama Pendekar 5, anda lihat Beego lain daripada watak Roslan yang dimainkannya dalam Puteri. Dia bersenam, rajin ke gym dan kuruskan badannya.

‘Itulah yang kita mahu lihat ada pada pelakon muda iaitu perkembangan yang positif,’ tambah Aziz.

Apakah yang boleh penonton raih daripada Puteri berbanding sitkom-sitkom lain.

‘Puteri suka beri nasihat. Dia berfikiran positif. Orang akan jadikannya teladan yang baik.

‘Ia berbeza sedikit daripada watak saya sebab saya ada kalanya berfikiran negatif,’ ujar Nora.

Bagi yang belum pernah menontonnya, anda boleh jangkakan sitkom yang memberi huraian dan jawapan kepada setiap permasalahan yang dihadapi wataknya.

Ia sesuai dengan mereka yang gemar menonton siri remaja seperti That’s So Raven.

Powered by Cyberita

Ayah Lindsay Bersumpah

30 Jan

LINDSAY LOHAN

AYAH Lindsay Lohan telah bersumpah untuk membalas dendam terhadap bekas pembekal dadah kepada anaknya.

Michael Lohan sendiri yang merupakan bekas penagih dadah dan kini melibatkan diri dengan aktiviti komuniti remaja. Dia kini bernekad untuk mencari lelaki yang selalu membekalkan dadah kepada Lindsay, 21.

“Tuhan akan menghukum lelaki ini kerana dia telah memusnahkan banyak nyawa. Saya telah mencari mereka yang menjual dadah kepada anak saya dan juga remaja lain. Satu hari saya pasti dapat mencari mereka,” kata Michael.

Lindsay ditangkap dua kali tahun lalu selepas didapati memandu di bawah pengaruh dadah. Dia kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 24 jam dan diletakan di bawah perhatian selama tiga tahun.

Lindsay juga diarahkan untuk menghadiri program pendidikan alkohol selama 18 bulan dan menjalankan perkhidmatan komuniti selama 10 hari.

Kosmo