Archive | March, 2008

Miley Menang Dua Anugerah

31 Mar

LOS ANGELES – Selebriti remaja, Miley Cyrus (gambar) memenangi dua trofi bagi kategori penyanyi wanita dan aktres televisyen dalam anugerah Kid’s Choice di Los Angeles, kelmarin.

Pelakon siri Hannah Montana itu turut menggegarkan anugerah tersebut menerusi sebuah persembahan bertenaga dengan lagu popularnya, GNO - Girls Night Out.

Anugerah tahunan kali ke-21 yang dianjurkan oleh rangkaian televisyen kanak-kanak Nickelodeon itu disiarkan secara langsung dari Pauley Pavilion di Los Angeles di hadapan 10,000 penonton yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja.

Cyrus yang memakai pakaian labuci perak berwarna hitam menyampaikan ucapan terima kasih kepada beberapa individu termasuk ibu, bapa, ejen dan pengurusnya.

Aktor kegilaan remaja, Drake Bell turut memenangi aktor televisyen dan satu lagi anugerah menerusi siri televisyen Drake and Josh.

Selain itu, pelakon Eddie Murphy memenangi kategori rakaman suara menerusi filem Shrek the Third.

Program American Idol memenangi anugerah program realiti pilihan. – AP

Kosmo

Advertisements

Fasha Sudi Jadi Isteri

31 Mar

Oleh HARYATI KARIM haryati.karim@kosmo.com.my

MENYAMBUT usia 24 tahun, pelakon Fasha Sanda secara berterus terang menyatakan kesediaan bergelar isteri orang.

Kata pelakon jelita ini, sudah sampai masanya untuk dia bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak yang comel.

Malah dalam benaknya juga Fasha merasakan mampu untuk memikul segala tanggungjawab itu jika jodohnya sudah sampai di depan mata.

“Iya, saya sudah bersedia untuk itu,” demikian yang ditegaskan oleh pelakon jelita yang baru saja menyambut ulang tahun ke-24, Jumaat lalu.

Seperti banyak wanita lain di luar sana, usia yang semakin menginjak mengingatkan Fasha betapa ruginya melalui episod kehidupan sebagai wanita yang belum mempunyai keluarga sendiri.

“Biasalah usia begini kita akan ingat soal tanggungjawab dan perkahwinan. Memang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri orang, cuma calonnya saja yang belum jumpa lagi,” kata Fasha sambil ketawa besar.

Meskipun calon untuk mendampingi dirinya belum ketemu, bukan sesuatu yang salah untuk Fasha bercakap soal perkahwinan.

Malah dia mempunyai impian dan cita-cita tersendiri bila berbicara tentang hal yang satu itu.

Soal itu di kongsi Fasha kepada Kosmo! dan sejujurnya kata pelakon ini, dia selalu mempunyai angan-angan untuk menjadi ibu muda yang berjaya dalam hidup dan karier.

“Saya ambil contoh seperti Sofia Jane. Dia ibu muda yang cantik, berjaya dalam karier dan keluarganya juga bahagia.

“Itulah juga yang jadi idaman saya, Insya-Allah,” katanya yang merancang untuk menamatkan zaman solo sebelum usia 30 tahun.

Majlis hari jadi yang ditaja

Bagai berada dalam filem Bollywood, itulah yang dapat diperkatakan apabila hadir ke majlis ulang tahun Fasha Sandha tanggal 28 Mac lalu.

MAJLIS sambutan ulang tahun ke-24, Fasha bersedia menemui cinta baru.

Tema hijau putih menguasai Grand Ballroom, Hotel Concorde Kuala Lumpur dan Fasha kelihatan ayu dalam persalinan persis puteri dari India.

Katanya inginkan kelainan dalam majlis ulang tahunnya kali ini, tema ala-ala Bollywood menjadi pilihan dia dan tetamu yang hadir.

Majlis yang di rancang sejak sebulan yang lalu telah diuruskan oleh pihak pengurusannya dan keluarga Fasha sendiri. Ia nampaknya membuahkan hasil apabila majlis tersebut berlangsung dengan begitu meriah sekali.

Sambutan ulang tahun ini diadakan bukan sahaja untuk menyambut hari lahirnya tetapi juga untuk mengumpulkan kaum keluarga yang jarang berjumpa terutamanya dari Perlis serta peminat yang tidak berhenti menyokong perjalanan kariernya.

“Kesibukan membataskan waktu saya untuk bersama dengan keluarga. Jadi dengan cara ini kami semua dapat berkumpul bersama, malah peminat dan rakan artis juga berkumpul bersama. Saya ingin berkongsi kegembiraan bersama semua orang,” ujarnya.

Belum sempat bertanyakan soalan, Fasha bagaikan mengerti lalu memberitahu majlis ini bukanlah atas ihsan ataupun tajaan pihak-pihak tertentu.

Semuanya diuruskan serta dibiayai sendiri keluarga dan pihak pengurusan Fasha buat dirinya.


IBUNYA, Hatijah (enam dari kiri) dan ahli keluarga lain sentiasa memahami dan menjadi pengkritik setia Fasha.

Dalam majlis itu, seluruh keluarganya termasuk Fasha serta rakan-rakan artis turut mempersembahkan tarian sambil diiringi lagu daripada filem Bollywood.

Lucu juga melihat gelagat mereka di atas pentas.

Acara ini juga secara tidak langsung menolak desas desus kurang elok mengenai Fasha dan ahli keluarganya.

Orang cemburukan anak saya – ibu

Menariknya, sambutan ulang tahun ke-24 tahun ini juga menjadi medan yang amat jelas menunjukkan keakraban keluarga pelakon popular ini, tidak seperti gosip yang pernah dikhabar sedikit masa dulu di mana Fasha sudah besar kepala dan tidak mendengar kata keluarganya lagi.

“Sebagai ibu saya lebih memahami anak saya daripada orang lain. Memanglah ada kalanya gosip yang tidak benar itu akan membuatkan saya dan dia sedih tetapi kami sekeluarga lebih tahu kebenarannya. Jadi kami tidak kisah apa yang orang nak perkatakan tentang anak saya.

“Mungkin sebab dia popular, ramai orang yang cemburukan Fasha, sebab itu timbul cerita-cerita yang kurang enak. Mereka seperti mahu menjatuhkan anak saya,” jelas ibu Fasha, Hatijah Teh Mah.

Ibunya yang berusia 45 tahun ini turut menggambarkan anak gadis kesayangannya ini seorang yang amat mementingkan keluarga.

Tentunya sebagai ibu yang mengandung dan melahirkan si jelita ini, Hatijah merasakan segala jerih perihnya selama ini berbayar sudah dengan kejayaan Fasha dalam bidang seni.

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan dia juga anak yang baik, sentiasa utamakan keluarga. Apa-apa hal dia akan dahulukan keluarga. Keluar cerita kurang elok tentang dia pun, kami akan diberitahu dulu. Itu sudah cukup untuk kami menyokongnya,” kata Hatijah lagi.

Ditanya apakah hadiah yang diberikan kepada Fasha, ibunya menjawab: “Saya tidaklah beli hadiah yang mahal tetapi ia sungguh istimewa untuknya. Apa yang penting kasih sayang kami anak-beranak,” jelasnya.

Elak gosip dan kontroversi?

Usia 24 tahun, barangkali Fasha akan tampil lebih matang.

Bukan saja daripada segi usia, tetapi dalam segala tindak dan fikirnya juga. Apakah Fasha punya azam baru untuk menggelakkan diri daripada sebarang kontroversi?

Bagaikan badi yang tidak habis-habis melekat, Fasha banyak diduga dengan kes-kes yang negatif sepanjang tahun 2007 dan awal 2008 ini.

Seiring dengan populariti yang makin memuncak, demikian juga ujian yang terpaksa di terima olehnya. Sementelah dirinya boleh digolongkan dalam kategori artis yang tidak pernah suram dengan kontroversi, Fasha enggan mengulas tentang hal berkenaan.

“Maaf, saya tak mahu ulas mengenai isu-isu kontroversi yang kurang membina lagi. Biarlah semua itu berlalu, lagipun saya sudah berusia 24 tahun, saya lebih matang dan gembira dengan hidup sekarang.

“Saya tidak pernah kesal akan gosip yang melanda saya. Saya sedar selagi duduk dalam bidang seni, selagi itulah gosip akan terus ada. Jadi saya hanya bersedia dan cuba bertahan selagi termampu,” ujarnya dengan penuh nekad.

KAWAN-KAWAN artis turut meraikan hari penting Fasha Sanda.

Fasha juga sempat bercerita mengenai azam peribadinya seiring dengan penambahan usianya itu. Sudah tentu yang diinginkan kejayaan lebih besar dan sukses yang berpanjangan buat dirinya dan keluarga.

“Kalau boleh saya mahu lebih berjaya dalam karier, dan ingin menjadi lebih baik dalam apa jua yang saya lakukan.” katanya.

Powered by Kosmo

Fasha Sudi Jadi Isteri

31 Mar

Oleh HARYATI KARIM haryati.karim@kosmo.com.my

MENYAMBUT usia 24 tahun, pelakon Fasha Sanda secara berterus terang menyatakan kesediaan bergelar isteri orang.

Kata pelakon jelita ini, sudah sampai masanya untuk dia bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak yang comel.

Malah dalam benaknya juga Fasha merasakan mampu untuk memikul segala tanggungjawab itu jika jodohnya sudah sampai di depan mata.

ΐIya, saya sudah bersedia untuk itu,῔ demikian yang ditegaskan oleh pelakon jelita yang baru saja menyambut ulang tahun ke-24, Jumaat lalu.

Seperti banyak wanita lain di luar sana, usia yang semakin menginjak mengingatkan Fasha betapa ruginya melalui episod kehidupan sebagai wanita yang belum mempunyai keluarga sendiri.

ΐBiasalah usia begini kita akan ingat soal tanggungjawab dan perkahwinan. Memang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri orang, cuma calonnya saja yang belum jumpa lagi,῔ kata Fasha sambil ketawa besar.

Meskipun calon untuk mendampingi dirinya belum ketemu, bukan sesuatu yang salah untuk Fasha bercakap soal perkahwinan.

Malah dia mempunyai impian dan cita-cita tersendiri bila berbicara tentang hal yang satu itu.

Soal itu di kongsi Fasha kepada Kosmo! dan sejujurnya kata pelakon ini, dia selalu mempunyai angan-angan untuk menjadi ibu muda yang berjaya dalam hidup dan karier.

ΐSaya ambil contoh seperti Sofia Jane. Dia ibu muda yang cantik, berjaya dalam karier dan keluarganya juga bahagia.

ΐItulah juga yang jadi idaman saya, Insya-Allah,῔ katanya yang merancang untuk menamatkan zaman solo sebelum usia 30 tahun.

Majlis hari jadi yang ditaja

Bagai berada dalam filem Bollywood, itulah yang dapat diperkatakan apabila hadir ke majlis ulang tahun Fasha Sandha tanggal 28 Mac lalu.

MAJLIS sambutan ulang tahun ke-24, Fasha bersedia menemui cinta baru.

Tema hijau putih menguasai Grand Ballroom, Hotel Concorde Kuala Lumpur dan Fasha kelihatan ayu dalam persalinan persis puteri dari India.

Katanya inginkan kelainan dalam majlis ulang tahunnya kali ini, tema ala-ala Bollywood menjadi pilihan dia dan tetamu yang hadir.

Majlis yang di rancang sejak sebulan yang lalu telah diuruskan oleh pihak pengurusannya dan keluarga Fasha sendiri. Ia nampaknya membuahkan hasil apabila majlis tersebut berlangsung dengan begitu meriah sekali.

Sambutan ulang tahun ini diadakan bukan sahaja untuk menyambut hari lahirnya tetapi juga untuk mengumpulkan kaum keluarga yang jarang berjumpa terutamanya dari Perlis serta peminat yang tidak berhenti menyokong perjalanan kariernya.

ΐKesibukan membataskan waktu saya untuk bersama dengan keluarga. Jadi dengan cara ini kami semua dapat berkumpul bersama, malah peminat dan rakan artis juga berkumpul bersama. Saya ingin berkongsi kegembiraan bersama semua orang,῔ ujarnya.

Belum sempat bertanyakan soalan, Fasha bagaikan mengerti lalu memberitahu majlis ini bukanlah atas ihsan ataupun tajaan pihak-pihak tertentu.

Semuanya diuruskan serta dibiayai sendiri keluarga dan pihak pengurusan Fasha buat dirinya.


IBUNYA, Hatijah (enam dari kiri) dan ahli keluarga lain sentiasa memahami dan menjadi pengkritik setia Fasha.

Dalam majlis itu, seluruh keluarganya termasuk Fasha serta rakan-rakan artis turut mempersembahkan tarian sambil diiringi lagu daripada filem Bollywood.

Lucu juga melihat gelagat mereka di atas pentas.

Acara ini juga secara tidak langsung menolak desas desus kurang elok mengenai Fasha dan ahli keluarganya.

Orang cemburukan anak saya – ibu

Menariknya, sambutan ulang tahun ke-24 tahun ini juga menjadi medan yang amat jelas menunjukkan keakraban keluarga pelakon popular ini, tidak seperti gosip yang pernah dikhabar sedikit masa dulu di mana Fasha sudah besar kepala dan tidak mendengar kata keluarganya lagi.

ΐSebagai ibu saya lebih memahami anak saya daripada orang lain. Memanglah ada kalanya gosip yang tidak benar itu akan membuatkan saya dan dia sedih tetapi kami sekeluarga lebih tahu kebenarannya. Jadi kami tidak kisah apa yang orang nak perkatakan tentang anak saya.

ΐMungkin sebab dia popular, ramai orang yang cemburukan Fasha, sebab itu timbul cerita-cerita yang kurang enak. Mereka seperti mahu menjatuhkan anak saya,῔ jelas ibu Fasha, Hatijah Teh Mah.

Ibunya yang berusia 45 tahun ini turut menggambarkan anak gadis kesayangannya ini seorang yang amat mementingkan keluarga.

Tentunya sebagai ibu yang mengandung dan melahirkan si jelita ini, Hatijah merasakan segala jerih perihnya selama ini berbayar sudah dengan kejayaan Fasha dalam bidang seni.

ΐDia seorang yang bertanggungjawab dan dia juga anak yang baik, sentiasa utamakan keluarga. Apa-apa hal dia akan dahulukan keluarga. Keluar cerita kurang elok tentang dia pun, kami akan diberitahu dulu. Itu sudah cukup untuk kami menyokongnya,῔ kata Hatijah lagi.

Ditanya apakah hadiah yang diberikan kepada Fasha, ibunya menjawab: ΐSaya tidaklah beli hadiah yang mahal tetapi ia sungguh istimewa untuknya. Apa yang penting kasih sayang kami anak-beranak,῔ jelasnya.

Elak gosip dan kontroversi?

Usia 24 tahun, barangkali Fasha akan tampil lebih matang.

Bukan saja daripada segi usia, tetapi dalam segala tindak dan fikirnya juga. Apakah Fasha punya azam baru untuk menggelakkan diri daripada sebarang kontroversi?

Bagaikan badi yang tidak habis-habis melekat, Fasha banyak diduga dengan kes-kes yang negatif sepanjang tahun 2007 dan awal 2008 ini.

Seiring dengan populariti yang makin memuncak, demikian juga ujian yang terpaksa di terima olehnya. Sementelah dirinya boleh digolongkan dalam kategori artis yang tidak pernah suram dengan kontroversi, Fasha enggan mengulas tentang hal berkenaan.

ΐMaaf, saya tak mahu ulas mengenai isu-isu kontroversi yang kurang membina lagi. Biarlah semua itu berlalu, lagipun saya sudah berusia 24 tahun, saya lebih matang dan gembira dengan hidup sekarang.

ΐSaya tidak pernah kesal akan gosip yang melanda saya. Saya sedar selagi duduk dalam bidang seni, selagi itulah gosip akan terus ada. Jadi saya hanya bersedia dan cuba bertahan selagi termampu,῔ ujarnya dengan penuh nekad.

KAWAN-KAWAN artis turut meraikan hari penting Fasha Sanda.

Fasha juga sempat bercerita mengenai azam peribadinya seiring dengan penambahan usianya itu. Sudah tentu yang diinginkan kejayaan lebih besar dan sukses yang berpanjangan buat dirinya dan keluarga.

ΐKalau boleh saya mahu lebih berjaya dalam karier, dan ingin menjadi lebih baik dalam apa jua yang saya lakukan.῔ katanya.

Powered by Kosmo

Bercinta Sudah, Kini Tunggu Jodoh

31 Mar

GENTING HIGHLANDS – Setelah sekian lama memendam rahsia, Mawi dan Ekin akhirnya mengakui mereka selama ini memang bercinta.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani memberitahu, hubungannya dengan Ekin terjalin setelah merasakan mereka berdua sudah serasi.

“Ekin adalah insan yang amat istimewa buat saya, cuma kami tak pernah isytihar hubungan ini dulu.

“Jika ada jodoh kami akan melangsungkan perkahwinan, cuma belum ada perancangan lagi buat masa ini,” kata Mawi ketika ditemui pada majlis Lord Tailor di Restoran Olive di sini semalam.

Ditanya mengapa secara tiba-tiba beliau mengumumkan bahawa Ekin adalah kekasihnya setelah berkali-kali menafikan dakwaan itu, komen bekas juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu:

“Itu semua adalah tekanan daripada pihak media sendiri kerana media kerap bertanya saya soalan yang sama. Jadi, inilah masanya saya umumkan tentang perkara baik itu.”

Mengenai keistimewaan Ekin sehingga beliau jatuh hati, Mawi berkata, beliau cukup menyenangi sifat Ekin.

“Dia (Ekin) istimewa orangnya, senang nak berinteraksi dan perangainya juga lebih matang daripada usia,” kata Mawi.

Sementara itu, Ekin atau Nora’asihkin Rahmat pula memberitahu, dia senang dengan Mawi kerana jejaka itu sering berada di sampingnya setiap kali ada masalah.

“Mawi sentiasa bersedia untuk berkongsi masalah dan kepada dialah tempat Ekin mengadu,” katanya.

Bagaimanapun, dia terkejut mengenai khabar angin yang menyatakan mereka akan berkahwin pada Disember depan.

“Sebenarnya kami belum rancang tentang perkara ini (kahwin),” jelasnya yang turut memberitahu Mawi sering memberi hadiah kepadanya termasuklah tudung.

Mawi dan Ekin turut memberitahu, jika ada jodoh, mereka tetap akan melangsungkan perkahwinan di kampung halaman mereka di Johor.


MAWI ketika melawat keluarga Ekin di Johor Bahru dalam gambar yang dirakamkan pada November 2006.

Bibit-bibit perkenalan mereka bermula pada 2006 selepas Mawi memutuskan tali pertunangan dengan Nordiana Naim.

Mawi turut mengunjungi keluarga Ekin di Johor Bahru pada sambutan Aidilfitri 2006, tetapi menafikannya walaupun gambar mereka tersebar di internet.

Mawi akhirnya mengakui mengenali Ekin menerusi laporan Kosmo! pada November 2006, tetapi masih menepis dakwaan mereka sedang bercinta.

Tidak lama selepas itu, timbul pula cerita bahawa Mawi melakukan transaksi mencecah ribuan ringgit ke akaun pelakon drama siri Kawan itu disusuli dengan cincin yang dipakai oleh mereka kelihatan sama.

Kemuncak kepada kesahihan kontroversi itu apabila Ekin mengenakan tudung yang sekali gus memperlihatkan beliau telah memenuhi syarat Mawi yang ingin memperisterikan gadis yang bertudung.

Powered by Kosmo

Jendela Kewartawanan

31 Mar

Singapore Discovery Centre ruang untuk pelajar teroka bakat merakam foto dan menulis

OlehHaryani Ismail

WALAUPUN berdepan hanya dengan Little George, robot interaktif yang mampu menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan selamba, Iliyana Sarib dan teman-temannya sudah merasakan tekanannya.

Sebabnya, Iliyana, 15 tahun, pelajar Sekolah Menengah Boon Lay, mulai melihat lebih ramai pelajar yang mengikuti jejak mereka untuk merakam foto Little George.

‘Kami yakin Little George baik untuk dijadikan fokus berita bergambar kami sebab ia selamba, banyak cerita, boleh membuat orang ramai tertawa dan merupakan ikon Singapore Discovery Centre.

‘Sebab itu, kami cepat-cepat bergegas ke Little George untuk merakam fotonya. Tetapi tanpa disedari, tiba-tiba pelajar sekolah lain pun datang untuk petik fotonya.

‘Risau juga. Sebab seberapa boleh kami inginkan sudut petikan foto yang terbaik. Jangan sampai ada yang curi angle kami!’ katanya, selepas bengkel kewartawanan dan foto Kelab Obor, Jendela Kewartawanan, diadakan di Singapore Discovery Centre pada 22 Mac lalu.

Bengkel yang bertujuan memberi sekilas kehidupan wartawan dan menyentuh kemahiran menulis berita dan merakam foto hanya dengan kamera digital disertai 50 pelajar.

Iliyana hadir bersama dua temannya, Nor Amira Rahim dan Nurul Shaheerah Badrul Hisham, serta Cik Murshidah Hassan, guru mereka yang juga gigih merakam foto sepanjang sesi bengkel sehari.

‘Saya ingin merasakan suasana bekerja wartawan dan jurufoto yang mengejar masa dan juga berdepan dengan risiko diancam atau disaman jika membuat berita-berita sensitif yang mencungkil pengalaman peribadi orang atau membongkar rahsia mahupun jenayah yang tidak dikesan sebelum ini.

‘Saya harap akan ada latihan menangani senario sebegini dalam bengkel-bengkel Kem Obor akan datang.

‘Saya juga berharap selain selebriti, pelajar juga boleh dibawa bertemu dengan orang-orang yang dilanda masalah sosial, bingung dengan hutang-piutang atau tidak ada tempat berteduh.

‘Ini akan membuat pelajar lebih menyedari tentang kehidupan sebenar dan bukan setakat hidup glamor dan dikejar peminat!’ katanya, yang akur lebih rela interviu orang yang mempunyai hutang keliling pinggang daripada Hady Mirza.

Cik Murshidah pula menyifatkan aktiviti-aktiviti praktikal seperti merakam foto dan menulis berita itu berfaedah dalam membantu pelajarnya menggarap kemahiran yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan harian.

‘Lebih baik lagi, jika ada latihan mewawancara. Tidak perlu selebriti tetapi orang biasa – bagaimana ingin mencungkil seberapa banyak rahsia atau khazanah ilmu yang disimpannya.

‘Sebagai contoh, saya pernah menugaskan pelajar mewawancara pekebun sekolah yang tahu banyak tentang sejarah sekolah kami kerana pengalamannya,’ jelas Cik Murshidah lagi.

Kerana kecekapan merakam foto Little George yang mempunyai kesan bayangan (silhouette), Sekolah Menengah Boon Lay diberi hadiah foto terbaik di bengkel itu.

Sekolah Menengah Springfield yang diwakili Nurdianah Zohairi, Nurshahira Abdul Razak, Nazimah Shaik Fareed dan guru mereka, Cik Northasia Mohd Sadekan, pula memenangi hadiah ‘pembuka tirai’ laporan berita terbaik.

‘Sesi yang diadakan baik kerana ia memberi ruang kepada pelajar untuk meluahkan pengamatan dan pandangan mereka tentang topik yang diberikan.

‘Pelajar yang ditugaskan untuk bengkel kali ini, masing-masing menghadiri Kem Obor sebelum ini. Mereka begitu ghairah dan pulang dengan rasa gembira dan melahirkan keinginan untuk datang lagi ke kem-kem akan datang.

‘Menyusuli kem yang pertama, sekolah kami langsung menubuhkan kelab penulisan dan penerbitan di bawah Persatuan Budaya Melayu yang diberi nama Kelab Obor. Ia untuk memupuk potensi pelajar dalam bidang penulisan.

‘Mereka siapkan makalah dan juga menghias papan notis. Ia adalah satu usaha untuk kami menggalak pelajar menulis dan mengamalkan apa yang mereka pelajari di kem itu,’ jelas Cik Northasia yang mendapati segmen Sastera Remaja di dalam halaman Obor berguna dalam menggalak pelajar membuat kritikan sastera.

Powered by Cyberita

Mawi Is Most Popular Artiste Again

31 Mar

Mawi with the Peugeot 407SR and trophies he won at the Arena of Stars, Genting Highlands, last night.
Mawi with the Peugeot 407SR and trophies he won at the Arena of Stars, Genting Highlands, last night.

GENTING HIGHLANDS: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 saw Asmawi “Mawi” Ani repeating his feat the previous year when he was voted Most Popular Artiste.

Garnering 190,268 votes from Berita Harian readers, he fought off the challenge from several strong contenders like singer Datuk Siti Nurhaliza and actor and comedian Saiful Apek in the annual awards held at the Arena of Stars here last night.

The Akademi Fantasia 3 champion took home a RM185,000 Peugeot 407, jewellery worth RM150,000, including an 18-carat white gold and diamond necklace from Habib Jewels, and electrical goods from JVC.

Mawi was also named Popular Male Singer while Siti was Popular Female Singer.

The Popular Group/Duo award went to Sofaz.

Aznil Nawawi and Fara Fauzana defended their Popular Male and Female TV Host titles respectively.

Faizal Ismail won the Popular Male Radio Presenter while Fara Fauzana, the Popular Female Radio Presenter.

The Popular Male and Female Comedian awards went to Saiful Apek and Sheila Rusly while the Popular New Male and Female Artistes were Dafi Ismail and Mila Jirin respectively. Nasyid group Rabbani held on to their Popular Nasyid Singer title.

Popular Film Actor was Rusdi Ramli while the Popular Film Actress was Fasha Sandha. Rosyam Nor bagged the Popular TV Actor award while Dynas Mokhtar won Popular TV Actress.

A special award for lifetime achievement in show business was presented to singer, composer and songwriter M. Nasir.

The awards ceremony, broadcast live over TV3, was hosted by television personality, singer and actress Fauziah “Ogy” Ahmad Daud and presenter-cum-comedienne Raja Azura.

The winner in each category received a trophy and RM20,000 worth of jewellery.

Singers Amy of Search, Anuar Zain, Atilia, Awie, Ella and Ramli Sarip, among others, performed their hit songs.

Present were New Straits Times Press (M) Bhd group editor-in-chief Datuk Hisha-muddin Aun, Berita Harian group editor Datuk Manja Ismail and NSTP chief executive officer Datuk Syed Faisal Albar.

Powered by New Straits Times

Akhirnya Mawi Mengaku Cintai Ekin

31 Mar

GENTING HIGHLANDS: “Ekin memang teman istimewa saya,” kata Asmawi Ani, 28, atau Mawi ketika mengulas gosip hubungan cintanya dengan model dan pelakon, Nora’ Ashikin Rahmat, 29.

Katanya, dia dan Ekin belum lagi membuat sebarang persiapan untuk berkahwin.

“Begitupun, segalanya kami serahkan pada jodoh. Insya-Allah sekiranya ada rezeki dan tiba masanya satu pengumuman khas akan dibuat,” katanya sambil diperhatikan Ekin yang duduk di sisinya di majlis minum petang bersama 13 artis lelaki popular anjuran Lord’s Tailor di sini, semalam.

Mawi yang dikerumuni wartawan ditemani Ekin bagi menjayakan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 2007).

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan bakal mendirikan rumah tangga Disember depan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai hubungan cintanya dengan Ekin, Mawi berkata, sebelum ini, bukan dia tidak mahu mengaku, tetapi menganggap ia isu peribadi.

“Saya menjelaskan perkara itu kerana tidak mahu timbul kekeliruan. Saya juga tidak mahu orang menuduh saya hipokrit atau penipu. Sebaliknya, sekarang ini adalah masa paling sesuai untuk saya menyatakan perkara sebenar,” katanya.

Menurut Mawi, karekter gila-gila dimiliki Ekin yang tidak pernah menimbulkan masalah membuatkan dia berasakan pelakon drama bersiri, Kawan itu wanita paling sesuai untuk dirinya.

Sementara itu, Ekin tanpa berselindung berkata, sepanjang berkawan dengan Mawi, mereka tidak pernah membicarakan soal bila hendak berkahwin.

Powered by Harian Metro