Yazid, Adibah Di Majlis 'Hi-Tea'

1 Mar

PENYANYI rok Yazid Abu Bakar, vokalis Lovehunters nampaknya tidak sabar-sabar mengetengahkan teman duetnya, Adibah Noor, dengan berkongsi pentas yang sama biarpun album yang menyatukan mereka belum siap sepenuhnya.

Yazid dan Adibah akan ‘bertemu’ di jamuan hi-tea Chantik @ Orchid pada 9 Mac ini (dari 1 hingga 4.30 petang) di Orchid Country Club.

Mereka akan membawakan lagu-lagu romantis popular 1980-an termasuk lagu kontroversial, Mungkinkah, yang pernah dirakamkan oleh Emila Contessa dan Broery Marantika (yang juga dirakamkan semula oleh penyanyi Azyza).

Menurut penganjur acara, Aida Atan, dari AA Events & Production, lagu Mungkinkah yang bakal dipersembahkan itu diberi susunan baru oleh Mayuni Omar. Turut membuat persembahan ialah pemain gitar, Man Kidal.

‘Kami yakin persembahan duet pertama Adibah dan Yazid ini akan menjadi persembahan yang cukup istimewa,’ kata Aida.

Majlis yang bertujuan mengetengahkan produk-produk kecantikan itu juga diserikan dengan kemunculan Suhaimi Yusof dan Mastura Ahmad sebagai hos acara.

Tiket berharga $48 boleh didapatkan di Muzika Records, Chantique Wellness Spa dan restoran Mr Rawon.

Tempahan menerusi e-mel boleh dibuat di aa-events@mail.com atau telefon 8178-4372.

Powered by Cyberita

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: