Camelia Dengan Duda Mana?

2 Mar

Lama rasanya tak dengar khabar mengenai penyanyi Camelia. Maklum sajalah selepas dilantik menjadi duta Omega, bukan mudah nak jumpa dengan dia.

Sibuk khabarnya ulang alik ke luar negara untuk urusan pertunjukan fesyen dan macam-macam aktiviti. Dalam- dalam sibuk itu khabar terbaru mengatakan Camelia sedang diintai oleh seorang duda kaya raya.

Dengar-dengar ceritanya hubungan itu terjalin selepas cinta Camelia dengan seorang anak orang kenamaan dikatakan putus pertengahan jalan selepas beberapa tahun mereka bercinta.

“Aku ada nampak dia dengan lelaki berstatus duda itu. Aku terserempak mereka keluar makan bersama,” cerita pemanggil kring- kring.

Menurut sumber itu juga, hubungan mereka masih lagi baru tetapi ada mata yang menyaksikan mereka memang kerap keluar bersama. Duda itu juga khabarnya kalangan orang yang popular dan ada nama juga.

Tetapi sejauh manakah kebenaran hubungan itu Niezam tak dapat nak pastikan. Kadang-kadang mereka hanya keluar sebagai teman biasa tetapi ada orang yang nampak terus sangka mereka bercinta.

Seandainya benar duda itu cinta baru Camelia, mudah- mudahan hubungan yang baik itu akan kekal dan berkahir sebagai suami isteri. Nak tunggu apa lagi ya.

NIEZAM: Wow ada si dara manja-mana dengan si duda. Emm… bila lagi agaknya?

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: