Ragam Orang Seni

7 Mar


PILIHAN raya kali ini membawa Siti ke seluruh pelusuk kampung yang sebelum ini tidak pernah dijejakinya.

ESOK, detik bersejarah itu datang lagi. Kehadiran yang dinanti dengan rasa yang uja. Lebih 10 juta rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih dijangka membuang undi untuk memilih pemimpin yang akan terus mentadbir negara di hari muka.

Di tangan mereka pilihan itu terletak. Di jari merekalah, masa depan negara bakal tercorak. Musim pilihan raya kali ini, kita tidak boleh memandang sipi kepada sumbangan golongan artis dan karyawan seni.

Nampaknya kesedaran semakin memuncak di kalangan anak seni untuk bersama-sama berganding bahu, membantu dan mengimarahkan kempen pilihan raya kali ini.

Wartawan KOSMO!, TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN menyelongkar kisah-kisah menarik dan tersendiri artis-artis berkenaan pada musim pilihan raya kali ke-12 ini.

Enjin kereta Mek Siti pecah

SIAPA tak kenal Mek Siti, anak kelahiran Kelantan yang cukup terkenal melalui rancangan Salam Pantai Timur di RTM ini.

Si pemilik nama penuh Nik Sayyidah Fatiha Yazid ini antara individu penting sepanjang Barisan Nasional (BN) berkempen di Kelantan untuk musim pilihan raya ini.

Untuk kempen kali ini, Mek yang menetap di Kuala Lumpur sanggup kembali semula ke Kota Bharu bagi menjayakan aktiviti Eksposisi Budaya di 26 kawasan Dewan Undangan Negeri Kelantan bermula 13 Februari lalu.

Sesi ceramah Mek yang biasanya memakan masa satu jam di setiap kawasan turut diselitkan dengan nyanyian kebudayaan seperti mak yong dan wayang kulit. Ini menjadikan acara kempen Mek tersendiri dan dihadiri oleh kawan dan lawan.

Khalayak pula bukan orang BN saja. Ada juga yang datang orang parti pembangkang, termasuk yang berkopiah dan berserban.

NIK SAYYIDAH

Apa yang paling menyeronokkan Mek sepanjang sesi berkempen ini ialah apabila dapat dekat dengan masyarakat, membina ukhuwah dan merapatkan saf persaudaraan.

ΐSaya seronok bila lebih dekat dengan masyarakat. Bertemu secara empat mata, boleh menyalurkan maklumat dengan lebih jelas. Misi dan manifesto kerajaan diterangkan dengan sejelas-jelasnya dalam setiap kempen yang saya ikuti.

“”Seronok, macam-macam perangai ada. Di kawasan Manik Urai, ada penduduk yang bagi saya duit. Ada yang bagi RM5 dan RM2 semasa kami bersalam. Banyak juga duit yang saya dapat. Rupa-rupanya memang budaya mereka di situ macam itu,”” katanya yang sentiasa ditemani keluarga dalam sesi kempen.

Gara-gara kempen, Mek berhadapan dengan peristiwa getir apabila enjin keretanya pecah di satu kawasan hutan berdekatan kawasan Manik Urai di jajahan Kuala Krai beberapa hari lepas.

῔Punyalah seronok ke hulu ke hilir berkempen sampaikan enjin kereta pecah tiba-tiba. Bayangkan sendiri, dengan baju berkilat, sarat barat itu saya duduk melangut di tepi jalan. Kami menunggu kereta tunda datang. Nasib baik saya tidak keseorangan dan ditemani oleh mama. Kalau tidak tak tahulah apa yang akan jadi῔ ceritanya sambil tertawa geli hati mengenang insiden cemas itu.

Kempen pilihan raya kali ini bagaimanapun ada juga Mek tersadung susuh pengalaman yang memilukan. Kejadian yang mencalar hati itu berpunca tindakan kaum keluarga sendiri yang condong kepada parti politik berhaluan kiri.

ΐTiba-tiba masa dekat pilihan raya ini, ada waris yang jadi kurang mesra. Tiap kali bertemu dia pusing ke arah lain, tak mahu bertemu muka dengan saya.

“”Mungkin dia tak suka dengan kempen saya, tak apalah. Tetapi bukan semua waris saya macam itu. Ada juga waris yang datang setiap malam ke show saya, walaupun saya tahu dia ni memang orang kuat parti lawan mereka,῔ kata graduan lulusan Pentadbiran Undang-Undang di Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) ini.

Prinsip Mek Siti dalam menyampaikan ucapannya bukan berteraskan pendekatan mengutuk dan mencaci calon berbeza fahaman politik, tetapi menjurus kepada memberi pemahaman kepada konsep Kelantan Maju, Kelantan Baru.

Dr. Fazley jumpa imam

DR. FAZLEY antara artis muda yang dikatakan punya potensi untuk bergerak jauh dalam dunia politik. Ilmu dan kebijaksanaan, selain pengaruh yang dipunyai tuah badan menjadikan Fazley dilihat begitu berkaliber untuk mencuba bakatnya dalam dunia politik.

Detik-detik menjelang pilihan raya kali ini, Dr. Fazley juga menjadi tenaga penting untuk memacu aktiviti berkempen parti BN di kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan.

ΐSaya berasal dari Kampung Sega di Rantau dalam Parlimen Rembau. Jadi, kali ini masa saya lebih banyak dihabiskan di sana bagi membantu persiapan calon BN di sana. Boleh dikatakan hampir setiap hari sejak hari penamaan calon, saya berada di sana,”” beritahu Fazley.

Memang kepenatan, tetapi Fazley menganggap segalanya sebagai sumbangan dan amal jariahnya. Sebagai rakyat Malaysia, ini saja sumbangan yang boleh dihulurkan.

ΐSejak kita dalam perut ibu sudah rasa nikmat pemerintahan BN dan ini cara kita, generasi muda membalas semula kepada pemimpin kita῔ katanya.

Antara insiden yang tidak mungkin dilupakan sepanjang berkempen kali ini apabila dia berpeluang bertemu dengan seorang imam yang pernah membuat jasa kepada dirinya ketika zaman kecil.

“”Masa sibuk berkempen bergerak dari satu rumah ke rumah baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang tua. Dia seorang imam dan nampak sudah tua sangat. Setelah saya amati, rupanya dialah imam yang mengkhatamkan saya masa umur 8 tahun dulu,῔ cerita Fazley.

Setelah memperkenalkan diri, imam berkenaan terus memeluk Fazley dengan erat sambil mengalirkan airmata terharu. Mungkin tidak menyangka, murid yang pernah diajarnya masih mengenalinya di saat-saat usia sudah berangkat senja.

Bercakap soal aktiviti berkempen politik juga, sebenarnya ia bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan Fazley dan adik-adiknya memandangkan ayah mereka juga adalah seorang ahli politik. Bagaimanapun dia hanya benar-benar menghayati erti perjuangan dalam politik hanya setelah mencecah usia 20-an.

Norman pernah kena hamun

KETIKA diajak berbicara tentang pilihan raya kali ini, kedengaran suaranya agak serak. Teruk juga kedengarannya, ditambah dengan demam yang hinggap semenjak beberapa hari lalu. Barangkali natijah yang diterima apabila kurang ruang istirehat.

Memangnya semenjak tarikh pilihan raya diumumkan, hampir setiap malam abang sulung KRU ini tidur malamnya agak terganggu.

Tetapi itu bukan persoalan besar bagi dirinya. Kepada Norman, meninggalkan tilam tebal dan bantal empuk bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana segalanya dilakukan demi untuk melihat masa depan negara terus cemerlang di bawah pemerintahan kerajaan sedia ada.

ΐMacam inilah keadaan saya. Baru saja balik dari berkempen di Perlis dan Perak. Esok saya akan ke bahagian Selatan pula untuk membantu kempen di sana῔ kata Norman yang akan mengundi di pusat mengundi Taman Melawati.

ANTARA aktiviti malam Norman KRU.

Aktif dalam politik semenjak menyertai Pemuda UMNO pada tahun 1998, Norman menjadi manusia yang lebih faham tentang perjuangan.

Sepanjang aktif dalam politik, banyak tempat sudah diterjah. Bagaimanapun yang paling menyeronokkan adalah semasa dia terlibat dengan satu kempen pilihan raya kecil di Sabah beberapa tahun lalu.

ΐOrang Sabah kurang sensitif sangat pasal perbezaan fahaman politik. Tidak ada pergaduhan, tak ada maki hamun dan jauh sekali bertengkar sesama mereka. Mereka cukup memahami dan boleh bergambar bersama dengan memegang bendera yang pelbagai. Ada bendera kerajaan dan ada bendera pembangkang. Nampak macam kawan walaupun berbeza fahaman politik, itulah yang kita hendak῔ cerita Norman.

Pengalaman pahit Norman bila bercakap tentang kempen pilihan raya tentunya apabila dia pernah dimaki oleh penyokong parti pembangkang di Senggarang sewaktu pilihan raya yang lalu.

ΐMereka kenal saya. Mungkin mereka marah sebab saya bawa bendera BN. Tak sukalah agaknya, kita fahamlah.῔ katanya.

Antara kenangan menyeronokkan juga apabila dia menyertai rombongan Pemuda UMNO masuk ke perkampungan kecil di beberapa negeri sekitar tahun 2003 dan 2004.

Tinggal di rumah petani dan nelayan bersama keluarga angkat, detik yang cukup menginsafkan.

Kepuasan yang paling maksimum kepada Norman sebagai anak seni pula apabila dia diminta untuk menghasilkan lagu tema untuk Puteri UMNO.

ΐWalaupun tanpa peruntukan besar, kami melakukannya atas dasar perjuangan dan sayangkan parti. Sampai ke hari ini setiap kali lagu itu dimainkan, saya rasa macam hendak menangis. Rasa bangga sangat,῔katanya.

Pesan Norman, jadikanlah musim pilihan raya ini untuk semua pihak muhasabah diri. Baik calon kerajaan mahupun pembangkang, usah menebarkan jala permusuhan kerana kelak ia akan membawa binasa kepada generasi hari muka.

Siti Nurhaliza persis calon

KALAU ditanya siapakah artis yang paling sibuk menjelang pilihan raya kali ini, jawapannya tentulah Siti Nurhaliza. Ke mana saja pergi, ada saja wajah Siti mengekori di belakang kempen kalangan pemimpin atasan negara.

Siti sendiri persis ahli politik! Demikian kata banyak pendapat pembaca KOSMO!

Pun ada kewajarannya Siti sudi melapangkan masanya untuk menyumbangkan sedikit bakti kepada mereka yang memerlukan tenaganya.

ΐDulu dunia Siti hanya kepada muzik. Kali ini Siti mencari pengalaman baru menyertai BN dalam sesi kempen mereka dan ia satu pengalaman yang sangat mahal harganya buat diri Siti,῔ katanya.

Minat menyertai kempen politik kali ini didorong oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa yang juga mempunyai kecenderungan kepada arena politik.

Antara yang menjadi pengalaman berharga Siti apabila dia dapat bersua dengan seluruh peminat dari pelusuk kampung di pedalaman.

Daerah yang belum pernah dijejaki Siti hadirkan diri dan menumpahkan sedikit kasih sayang seikhlas hati.

ΐSiti terharu, sebakpun ada bila jumpa orang-orang tua. Ada yang datang cium Siti, peluk, menangis pun ada sebab kami dapat berjumpa.

ΐDan sesi kempen politik ini sebenarnya memberikan Siti ruang untuk lebih “sentuh” hati kalangan anggota masyarakat yang belum pernah Siti temui sebelum ini.

ΐPenat tu memang tak payah cakaplah. Siti akui kadang-kadang rasa penat. Tetapi semua itu hilang sebab ada kegembiraan bila orang sambut kita dengan baik di mana saja kita pergi῔ katanya yang pernah berkempen di Selayang, Gemas, Tampin, Rembau, Pekan, Bagan Datoh, Seberang Perai, Taiping, Felda Tasik Cini, Sungai Petani selain beberapa destinasi lagi.

Dan untuk mereka yang bakal mengundi esok, ada pesanan yang sempat Siti layangkan.

ΐKalau sayangkan keamanan, kita perlu membuat pilihan yang terbaik,῔ katanya.

Dafi belum cukup umur

DAFI

NAMPAKNYA dua kekecewaan terpaksa didepani penyanyi popular Dafi di musim pilihan raya ini.

Pertamanya Dafi kecewa kerana tidak dapat menjadi pemilih untuk pilihan raya kali ini.

“”Bukan sengaja tak mengundi, tetapi saya belum cukup umurlah,”” katanya kepada KOSMO! minta difahami.

Dan kekecewaan kedua Dafi ialah kerana dia tidak berpeluang memberikan bantuan kepada ayahandanya, calon Parlimen Bera, Pahang kerana halangan kerjaya.

Terikat dengan penggambaran filem Sayang U Can Dance di Sarawak, Dafi hanya sekali sekala saja berkesempatan mengekori ayahnya, Datuk Ismail Sabri bertemu dengan orang ramai di kawasan berkenaan.

ΐSaya memang kecewa sangat. Tetapi memandangkan saya sudah terikat dengan jadual filem sedari awal lagi, tak boleh cakap apa lagi. Dalam hati memang hendak turun padang dengan ayah untuk berkempen, tetapi malangnya saya tidak dapat berbuat demikian,῔ beritahu Dafi yang berada di Sarawak dari 28 Februari hingga 25 Mac depan.

Pun kenangan mengekori di belakang ayahnya semasa kempen pilihan raya pada tahun 2004 di Bera masih segar diingatan.

ΐKemeriahannya kalah musim hari raya. Kebetulan pula saya memang suka bekerja secara langsung dengan anggota masyarakat. Nasib baik masa itu orang belum kenal saya lagi. Orang cuma tahu saya anak Ahli Parlimen di Bera sahaja, jadi tak adalah kena serbu,῔ beritahu Dafi.

Powered by Kosmo

One Response to “Ragam Orang Seni”

  1. ZULAIKHA November 21, 2008 at 5:08 pm #

    SAYA PUN EROBIK NGAN MAK AWAK JUGAAAAAAAAAAAAA

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: