Penampar Untuk Vivek

13 Apr

JANGAN ingat semua perempuan boleh anda cium sekalipun anda superstar! Inilah yang terjadi kepada Vivek Oberoi apabila seorang gadis ‘menghadiahkan’ satu penampar apabila pelakon itu menciumnya.

Kejadian itu berlaku minggu lalu apabila Vivek dan pengarah filem Mission Istanbul, Apoorva Lakhia berada di satu majlis rakan baiknya di Bandra. Mereka berada di sana untuk menjalani penggambaran selama 10 hari di Madhusudhan Mills dan majlis ini merupakan acara alu-aluan.

Selepas menikmati minuman keras, Vivek mula dilihat ‘menggatal’ dengan teman wanita kepada tuan rumah. Mulanya, dia dengan sopan menolak perlakuan Vivek yang mendekatinya, namun selepas itu pelakon ini bertindak mencium gadis tersebut.

Apa lagi, satu penampar terus hinggap di pipi Vivek! Selepas beberapa ketika, Apoorva menarik Vivek yang kelihatan masih terpinga-pinga dan terus menghantarnya pulang ke rumah.

Keesokan harinya, Vivek tidak menunjukkan sebarang keganjilan berlaku. Sumber berkata, mereka menjangkakan Vivek akan memohon maaf atas perlakuan tidak senonohnya tetapi selepas beberapa hari Vivek beranggapan insiden itu seperti bukan salahnya.

Apoorva bersumpah tidak akan pergi ke mana-mana majlis dengan Vivek lagi.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: