Kournikova Kini Kurus

17 Apr


KOURNIKOVA memiliki tubuh yang gebu ketika menjadi pemain tenis terkenal (kiri) tetapi kini badannya semakin kurus (kanan).

LONDON – Bentuk tubuh bekas bintang tenis terkenal Rusia, Anna Kournikova berubah dengan drastik, lapor sebuah akhbar semalam.

Kournikova yang kini berumur 26 tahun dan bersara dari dunia tenis pada 2003 itu kini kurus dan bentuk tubuhnya kelihatan seperti seorang pelari.

Pendedahan bentuk tubuh barunya itu diketahui oleh media selepas dia menyertai larian triathlon amal di Miami pada Ahad lalu.

Ketika di kemuncak kerjaya sebagai pemain tenis, tubuh gebunya itu menarik perhatian ramai penonton tetapi para pemerhati sukan di Amerika Syarikat (AS) kini bimbang Kournikova bakal kehilangan bentuk badan menarik.

Selepas menamatkan larian dia berkata: ” Suasana amat sejuk. Saya tidak menjangkakan akan memperoleh kemenangan kerana seminggu atau dua minggu lalu, saya sakit.”

Dia juga menegaskan bahawa hubungannya dengan penyanyi terkenal Latin, Enrique Iglesias belum berakhir.

– Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: