Gong Yoo Suka Tayang Badan!

18 Apr

Susunan Razif Rosdi

Ramai sudah tahu, jika di Bollywood nama Salman Khan terkenal dengan sikapnya yang suka tayang badan dalam filem dan konsert. Jejak langkah Salman menjadi ikuti aktor Bollywood seperti John Abraham, Dino Morea dan Uday Chopra.

Di Korea pula, hero kacak drama bersiri Coffee Prince, Gong Yoo, 29, dianggap mempunyai perwatakan yang sama seperti Salman Khan mahu pun John Abraham.

Selepas setahun menempah nama sebagai hero filem, bakat Gong Yong lebih menyerlah dalam Coffee Prince. Drama ini bukan saja hangat di Korea tetapi turut terkenal di Malaysia.

Atas alasan kejayaan Coffee Prince di Jepun, Taiwan, China dan di Malaysia, Gong Yong akhirnya dilabelkan sebagai aktor bertaraf 5 bintang.

Hakikatnya, aura aktor ini membuat peminat fanatik di Jepun sanggup menerbitkan sebuah buku mengenai dirinya. Paling mengejutkan, buku ini terpaksa dicetak semula atas sambutan luar biasa.

Apa yang pasti, aktor filem She’s on Duty sentiasa dihujani surat peminat dari seluruh dunia gara-gara alamat rumahnya itu didedahkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum bergelar pelakon, Gong Yoo pernah bertugas sebagai askar. Mungkin atas sebab inilah, Gong Yoo memiliki bentuk badan yang seksi dan menawan. Difahamkan, atas sebab badannya yang seksi itu, Gong Yoo suka melakonkan babak buka baju dan adegan panas. Oleh itu, tidak hairanlah peminat tergila-gilakannya.

Apapun, tindakan bijak Gong Yoo berhenti menjadi askar itu mendatangkan hasil kerana kini beliau tidak putus-putus menerima tawaran berlakon dan peragaan.

Selain mempunyai tubuh yang cantik seksi, aktor tinggi lampai ini cukup disenangi dengan sikapnya yang mesra dan peramah. Namun, Gong Yong, mengakui sering terlepas watak idamannya hanya kerana wajahnya yang kacak itu.

Profil Gong Yoo

Nama komersial: Gong Yoo
Tarikh Lahir; 10 Julai 1979
Tinggi: 184 sentimeter (sm)
Berat: 74 kg
Hobi: Menonton wayang, bermain bola keranjang, bersukan
Drama: School 4 (2001), One Find Day (2006), Hello My Teacher (2005), 20 Years (2003), Coffee Prince (2007)
Filem: She’s on Duty (2005), S Diary (2004), Superstar Mr. Gam (2004)
Anugerah: SBS New Rising Star Award (2003)


Murai

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: