Depan Mata: Jamal Buka Buku Baru

28 Apr

Hartati Hassan Basri

Rap

“MENYANYI umpama doa. Saya tidak mahu menyanyi lagu sedih seperti Sendiri kerana akhirnya saya hidup sendiri seperti sekarang.” Itulah antara kata spontan penyanyi Jamal Abdillah ketika menjayakan Minggu Setiausaha
anjuran Hotel Quality City Centre, Rabu lalu.

Ternyata dalam usia 49 tahun dan menceburi dunia seni selama 30 tahun sejak menjuarai Bintang RTM pada 1979, penyanyi kelahiran Teluk Intan, Perak ini sudah tiga kali melalui episod duka kegagalan perkahwinan. Kali pertama dengan Basariah Latif, kemudian Noraina Yusof dan terbaru, Fatimatuzahra Samat.

Jamal yang dikurniakan dua zuriat bersama Noraina dan Fatimatuzahra, menghadapi dua pertuduhan (membabitkan ugutan dan mendatangkan cedera)

daripada bekas isteri ketiganya itu tetapi Fatimatuzahra menarik

balik kedua-dua kes membabitkan bekas suaminya.

Tuduhan itu tentunya amar berat untuk ditempuh Jamal apatah lagi ketika dia sibuk menjayakan pelbagai undangan sepanjang bulan ini (April). Walaupun

sering dilanda kontroversi kerana dadah, Jamal tetap mendapat sokongan tanpa berbelah bagi daripada peminat setianya.

Rata-rata peminat setia Jamal golongan wanita tapi saya bukanlah peminat setia Jamal. Saya sebenarnya satu kampung dengan Jamal di Teluk Intan,

Perak, malah sama sekolah di Sekolah Menengah Seri Perak.

Saya sering mengikuti persembahan Jamal kerana teman baik saya sangat meminati penyanyi bersuara jantan ini. Katanya, vokal Jamal memang best gila dan tidak ada pada penyanyi lain.

Kerana dia, saya sanggup menyaksikan persembahan Jamal sempena Minggu Setiausaha di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Jika diajak menyaksikan persembahan Datin Seri Siti Nurhaliza, Hetty Koes Endang atau pun Kris Dayanti, memang dia tidak berminat tetapi kalau

Jamal, tidak pernah kata tidak.

Tetapi saya tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan Hetty Koes Endang di Pusat Konvensyen Sime Darby dan Kris Dayanti di Pusat Konvensyen

dan Pameran Matrade.

Bagaimanapun untuk Konsert Amal Kasih Jamal Abdillah & Saleem yang diadakan tiga hari bermula 11 April lalu, saya tidak berkesempatan hadir di Pusat

Konvensyen Kuala Lumpur. Difahamkan, persembahan bertujuan mengutip dana bagi Rumah Pengasih itu menarik perhatian ramai gara-gara Jamal berduet

dan bermesra dengan Misha Omar sehingga Jamal dikatakan jatuh cinta dengan penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu.

Apakah Jamal mahu mengisi kekosongan jiwanya dengan melangsungkan perkahwinan kali keempat? Kata Jamal, dia sedar dirinya bekas penagih. Jika ingin berumah tangga lagi, dia mahu pastikan individu dipilih memahami

kerjanya dan membantu menaikkan kerjayanya.

“Dia juga sentiasa tenangkan saya dan faham masalah orang yang pernah ada kes dadah.

Jauh di sudut hati, saya masih ada niat hendak hidup macam lelaki lain.

“Apapun, saya perlu menjalani proses pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) selama dua tahun. Kini saya mahu fokus pada kerjaya,”

katanya.

Ketika berbual dengan adiknya, Jamilul Hayat tidak lama dulu, penyanyi yang popular dengan lagu Pelabuhan Sepi dan Mawar Putih Tanda Perpisahan ini

mengakui hubungan dengan abangnya kini makin rapat.

Katanya, dia nampak Jamal kini lebih mengambil berat hubungan dengan adik-beradik lain sejak kematian ayah mereka, Mohd Ali Hussein, 75, pada

9 Februari lalu.

Sejak 1998, Jamilul Hayat menjadi pembantu kaunselor di Pengasih tetapi katanya, dia tidak terbabit memberi kaunseling kepada abangnya kerana Jamal

mempunyai kaunselor sendiri.

Pastinya kehadiran dua anaknya, Osama Yamani, 6, hasil perkahwinan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, setahun empat bulan (bersama Fatimatuzahra),

bukan saja sebagai satu amanah Tuhan yang perlu dipikul Jamal malah menjadi

azimat dan semangat kepada Jamal untuk berubah dan bebas daripada dadah.

Kini kerjaya Jamal kembali melonjak. Sepanjang bulan ini saja, jadual persembahan Jamal cukup sibuk. Bermula dengan Konsert Amal Kasih Jamal Abdillah & Saleem selama tiga hari pada 11 April, terus menjayakan Minggu Setiausaha di Shah Alam pada 15 April kemudian di Kuala Lumpur (23 April).

Selepas ini, ada dua lagi persembahan membabitkan Jamal iaitu Persembahan

Amal Argung anjuran Argung Privileged Management di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu ini kemudian Konsert Perjalanan Cinta & Sepetang

Bersama Sheila dan Jamal di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, 31 Mei.

Memang pandai pengurus Jamal mengendalikan kerjayanya kini kerana berjaya mendapatkan banyak undangan untuk Jamal. Semoga Jamal tidak kelabu mata atau hilang pertimbangan dengan segala godaan insan yang mahu menjerumuskan

dirinya semula kepada najis dadah.

Powered by Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: