Dynas Duta Baru Safi Balqis

29 Apr


TERBAIK: Dynas (kanan) bersama Mahsuri pada majlis mengumumkan pelantikannya sebagai jurucakap Safi Balqis.

SAFI, jenama produk keperluan dandanan diri terkenal mengumumkan perlantikan pelakon, pengacara dan peragawati popular, Dynas Mokhtar sebagai duta barunya.

Pengurus Kanan Produk Unza, Mahsuri Sulaiman, berkata pemilihan Dynas yang baru-baru ini meraih Anugerah Pelakon Wanita Televisyen Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian berikutan penampilan dan personalitinya yang dikatakan bersesuaian dengan konsep jenama berkenaan.

“Gaya dan sikap positif Dynas melengkapkan ciri-ciri keunggulan jenama Safi Balqis. Mencari selebriti yang anggun dengan penampilan menarik dan berkeyakinan diri adalah satu cabaran bagi kami dan Dynas menepati kriteria ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Pemasaran, Unza, Francis Ng.

Secara kebetulan, Dynas memegang watak bernama Safi dalam drama televisyen, Kasih Dari Syurga, yang ditayangkan melalui saluran Astro Prima dari Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam tidak lama dulu.

Sementara itu, Ng berkata, pihaknya berharap perlantikan itu dapat meningkatkan jualan jenama berkenaan yang sinonim dengan masyarakat Melayu kerana formulasinya dihasilkan dengan mengambil kira keperluan umat Islam.

“Permintaan bagi produk keperluan dandanan diri untuk masyarakat Islam elah meningkat dalam masa beberapa tahun yang lepas. Kami gembira kerana Dynas kini menjadi sebahagian daripada jenama Safi Balqis. Dengan penampilannya sebagai duta produk dan kehadirannya di pameran bergerak yang akan kami adakan, kami menjangka jualan Safi Balqis tahun ini akan meningkat 25 peratus,” katanya.

Kedudukannya di barisan depan pembangunan produk keperluan dandanan diri untuk masyarakat Melayu menaikkan Safi balqis ke tempat teratas dalam kelasnya dan melariskan jualan.

Dynas, yang menyifatkan dirinya sebagai ‘wanita sejati’, mengekalkan penampilan dan wajah awet muda dengan tidur lapan jam sehari, bersenam selalu, minum banyak air dan menjaga kejelitaan wajahnya dengan bantuan produk kecantikan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, wajah Dynas yang jelita dan gayanya yang anggun sering menghiasi majalah fesyen, hiburan dan gaya hidup. Kini dia melangkah setapak lagi sebagai wajah jenama terkenal itu..

Dengan wajahnya yang putih bersih dan personaliti yang menarik, tidak hairanlah beliau dipilih sebagai duta jenama produk.

Powered by Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: