Fasha Peminat Awie

29 Apr

Oleh FAIZAL SAHARUNI


PERTEMUAN pertama Awie dan Fasha di layar perak menerusi Cinta U Turn.

AWIE dan humor. Tampak seperti janggal, namun realitinya, itu sifat yang sudah lama tertanam dalam diri seorang Ahmad Azhar Othman. Pada usia 40 tahun, memainkan karakter seorang pelakon humor juga bukan tabu buat Awie.

Sementelah deretan karakter lucu seperti dalam filem Baik Punya Cilok, Zombie Kampung Pisang atau Cuci, ia sudah lama membuktikan sisi lain Awie yang selalu dikejar imejan sebagai rockers mahupun gangster.

Tanpa mempedulikan kata-kata sinis khalayak, Awie terus mengambil watak yang mampu mencabar kredibilitinya sebagai bintang komedi apabila muncul sebagai seorang lelaki berdandan seperti wanita dalam naskhah humor, Apa Kata Hati.

Kini, seperti meneruskan legasi humor, Awie yang diketahui umum cukup agresif apabila di pentas nyanyian, muncul bergandingan dengan Fasha Sandha untuk filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen, Cinta U Turn.

Lantas, vokalis Wings ini terus mengangkat sisi sebenar dirinya yang kaya dan penuh sifat lucu.

Membawa karakter seorang anak orang kaya bernama Faiz, menurut anak jati Kuala Lumpur ini, dia tidak kisah untuk meneroka bermacam watak yang ditawarkan di depan mata.

“Bila dah bergelar pelakon, limitasi untuk terus belajar dan tingkatkan diri tidak pernah pupus dalam diri saya.

“Dalam Cinta U Turn, saya cuba selami sedalam-dalamnya apa yang dikehendaki skrip bagi melakonkan watak Faiz.

“Saya ada minta bantuan pengarah supaya apa yang persembah menepati cita rasanya.

“Selain itu, saya juga buat inisiatif sendiri bagi menguji diri dengan watak berlainan,” katanya selepas majlis pratonton filem itu di Mutiara Damansara baru-baru ini.

AWIE mengakui teruja berlakon dalam babak yang sama dengan Fasha.

Sambung bapa kepada tiga cahaya mata ini, dia tidak mempedulikan transisi seorang penyanyi rock kepada seorang penari dangdut apatah lagi Cinta U Turn yang diadaptasi daripada filem Tamil yang pernah ditayangkan di India kira-kira 10 tahun lalu pernah memperolehi jumlah kutipan tertinggi di India.

“Saya teruja dengan beberapa adegan termasuk menari bersama Fasha, malah ada beberapa babak tarian yang saya koreograf sendiri ikut kesesuaian lagu tema filem ini.

“Berlakon dalam filem ini memang beri pengalaman baru buat saya. Tiada langsung rasa penat dan tertekan sepanjang saya dan pelakon lain jalani penggambaran.

“Kolaborasi saya dengan Fasha buat pertama kalinya juga menampakkan hasil apabila kami dapat melakonkan apa saja yang dikehendaki Prof. Razak,” jelasnya teruja.

Awie yang popular dengan lagu Tragedi Oktober memberitahu, dia tidak menghadapi sebarang masalah bergandingan dengan wanita terhangat di Malaysia bak Fasha.

“Kami saling menyokong antara satu sama lain. Kalau ada apa-apa yang kurang difahami, kami akan berbincang dan lontarkan idea masing-masing bagi mempersembahkan lakonan yang baik.

“Selain Fasha, saya juga dapat lakukan banyak aksi menarik bersama Mazlan Pet Pet yang merupakan kawan baik saya dalam filem ini.

“Saya dan Mazlan tak henti-henti buat lawak semasa penggambaran filem ini sampaikan lorat Utara pun keluar apabila kami berborak. Mazlan memang melucukan,” ungkap Awie membahas personaliti Mazlan.

Fasha berlakon kerana duitMenampilkan Fasha sebagai heroin dalam Cinta U Turn, dia tidak menafikan watak gadis manja yang dibawanya sebagai Juliana tidak menampakkan kelainan dengan beberapa watak yang pernah dipegang sebelum ini.

“Genre komedi yang saya lakonkan seakan-akan sama sebelum ini. Saya akui filem ini tidak terlalu menguji kebolehan saya sebagai pelakon berbanding karya lain yang peminat saksikan.

“Tak jadi masalah bukan? Asalkan saya dah buat yang terbaik dalam filem ini, ia sudah cukup memadai dan menggembirakan saya,” jawab Fasha jujur.

KETIKA kanak- kanak menonton filem lakonan Awie, kini Fasha bergandingan dengan Awie.

Khabarnya Fasha sanggup menerima peranan yang dianggap biasa-biasa itu dek bayarannya yang lumayan.

“Saya akui sendiri terima watak itu atas faktor wang. Selain bayaran, saya terima watak ini semata-mata kerana Prof. Razak.

“Saya suka bekerja dengan dia. Ini adalah filem keenam saya bersama Prof. Razak. Lagi pun ia menampilkan banyak kelainan termasuklah elemen Hindustan.

“Bergandingan dengan Awie buat kali pertama memberi pengalaman cukup menyeronokkan. Siapa sangka Awie yang berimej rock macam kita biasa lihat sebenarnya seorang yang kelakar.

“Masa darjah empat, saya tonton filem lakonan Awie, Sembilu sebanyak empat kali. Tak sangka sekarang saya pula yang dapat berlakon dan bergandingan dengannya,” jelas Fasha sambil tersenyum manis.

Selain Awie, Fasha dan Mazlan, filem terbitan Line Clear Motion Pictures Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pyramid Saimira Theatre Chain (M) Sdn. Bhd. itu turut dibintangi Abu Bakar Omar, Datuk Jalaluddin Hasan dan Azlee Senario.

Powered by Kosmo

Advertisements

One Response to “Fasha Peminat Awie”

  1. rock n roll April 27, 2009 at 3:12 pm #

    lu dah tak nampak rock la awie!lu dh jadi mat jiwang..mat kelakar..imej rock lu dah tak tulen beb…macho lu pun dh ilang beb..huhhhh hancur ikon mat rock gua di suatu masa dulu…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: