Maryanna Tidak Mahu Dibayangi Ella

4 May

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH Foto AZLAN BAHRUM

DILAHIR dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Maryanna atau nama sebenarnya, Marianna Salem, 24, sejak kecil dididik agar berdikari.

Si cantik manis ini berani menyahut cabaran sebagai artis pertama bernaung di bawah syarikat rakaman Marya Studio Productions milik Bard R1.

Bakat nyanyian yang berani membawakan genre rock menjadi taruhan baginya dalam industri hiburan.

Bukan itu sahaja, penglibatannya dalam iklan seperti Olay Total White dan Ali Cafe mencuri perhatian penerbit tempatan untuk mengambil Maryanna berlakon.

Bakat serta kecantikan yang dimiliki merupakan pakej lengkap yang diperlukan bagi seseorang artis. Tidak hairanlah, seawal penglibatannya dalam dunia hiburan, Maryanna mula mendapat perhatian penerbit drama tempatan.

Bermula sebagai model dan pelakon iklan sambilan, Maryanna mula mengorak langkah dalam bidang seni suara pada tahun 2006.

Diberi jolokan sebagai pelapis Ratu Rock negara, Ella, Maryanna kini sedang sibuk menyiapkan album penuh pertamanya yang dijangka siap Mei ini.

Dalam pada itu, Maryanna tidak mahu dibayangi penyanyi idolanya itu kerana dia menganggap Ella sebagai penyanyi rock yang unggul dan tiada bandingnya.

Mengakui bidang ini banyak persaingan dan cabaran, Maryanna tetap berkeyakinan mencipta nama dalam industri ini.

“Sebaik tamat pelajaran, saya melakukan pelbagai kerja separuh masa untuk menampung belanja dan keperluan sendiri.

“Saya rasa inilah masanya untuk saya meringankan bebanan ibu dan ayah serta membalas jasa mereka yang bersusah payah membesarkan anak-anak,” ujarnya.

Bagi Maryanna, pada usia muda inilah, dia perlu menimba pelbagai pengalaman sebagai aset penting masa hadapan.

“Saya sebagai artis baru berasa bertuah kerana diberi peluang menjadi pelapis dan diberi pendedahan untuk melangkah ke hadapan.

“Semuanya kerana media massa yang banyak membantu memberi publisiti terutama artis baru seperti saya.

“Bagi saya, perjalanan dalam karier ini masih banyak lagi yang perlu ditempuhi dan saya perlu banyak berkerja keras sebelum berjaya dalam arena ini,” jelasnya.

Lahir dengan dua album single, Kembalilah dan Bukan Milikmu, Maryanna mula diterima sebagai penyanyi rock yang berbakat.

“Kenapa saya memilih konsep rock? Sebenarnya saya tidak terfikir untuk meniru atau menggantikan tempat penyanyi rock wanita unggul, Ella.

“Bagi saya, rock serasi dengan jiwa dan suara saya,” jelasnya yang memiliki Diploma Multimedia dari sebuah kolej swasta.

Selain menyanyi, Maryanna turut berlakon dan baru sahaja habis penggambaran telemovie, 3T arahan Bade Azmi terbitan Suhan Movies & Trading milik Rosyam. Namun, kesibukan tidak sekali-kali menghalangnya memberi komitmen menyiapkan album solonya.

“Kali ini saya menggunakan khidmat penerbit Edrie Hashim dan masih kekal dengan konsep rock. Saya bertuah kerana dapat bekerja dengan Edrie kerana dia seorang yang berpengalaman dan popular. Maryanna mengakui, lakonan dan nyanyian banyak bezanya.

Katanya, berlakon memakan masa yang panjang, manakala menyanyi tidak memerlukan masa yang panjang.

“Saya berterima kasih kepada Rosyam dan Bade kerana memberi peluang saya untuk berlakon. “Saya memang tidak pernah terfikir untuk berlakon kerana minat dan kecenderungan saya ke arah bidang nyanyian, tetapi sebaliknya pula berlaku,” jelasnya.

Dengan bakat yang ada, berharap peminat seni tanah air dapat menerima kehadirannya.

“Tiada perkataan yang lebih indah untuk menggambarkan penerimaan peminat terhadap konsep muzik yang dibawanya.

“Saya berharap dengan kehadiran saya mampu meningkatkan kualiti dalam industri muzik tanah air,” katanya yang berdebar menanti reaksi penonton telemovie, 3T.

Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: