RM200,000 Buat Ayu Sakit Kepala

4 May

Semasa jumpa juara One In A Million (OIAM), Norayu Damit baru-baru ni, Niezam tanya dia, duit RM1 juta yang dimenanginya itu dah dapat ke belum?

Kata Ayu, dia dah dapat dah tapi bukanlah sampai RM1 juta pun. Cuma RM200,000 sahaja iaitu 20 peratus daripada jumlah kemenangan tersebut.

Syukurlah dalam usia semuda Ayu (19 tahun) dia sudah boleh pegang wang yang banyak.

Macam kita ni kerja sepuluh tahun pun belum tentu dapat simpan RM200,000, tak gitu?

Menceritakan pengalaman semasa hendak mengambil wang itu, Ayu ditemani pegawai syarikat rakamannya iaitu Helmi ke sebuah bank di Kuala Lumpur.

Selepas wang itu dimasukkan ke dalam karung oleh juruwang, mereka terus membawa lari ke dalam kereta kerana takut ada orang yang mengekori. Tapi yang pasti Ayu cemas juga. Manalah tahu ada orang mengacukan senapang nak ambil karung yang dibawa Helmi itu.

“Selepas keluarkan duit dari bank, Ayu bawa ke bank lain untuk dimasukkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).

“Sekarang duit itu ada dalam ASB dan Ayu tak mahu usik,” katanya.

Ayu turut meluahkan perasaan sedihnya gara-gara wang itu, keluarganya yang tinggal di perkampungan atas air di Putatan, Sabah begitu tertekan apabila saudara mara dan orang yang tak dikenali datang ke rumah mereka.

Malah ibu Ayu, sering menangis apabila saudara mara cuba campur tangan kononnya mahu menguruskan wang yang dimenangi Ayu.

Kata Ayu, itu belum lagi yang datang nak pinjam untuk ubah suai rumah mereka. Sedangkan rumah Ayu sendiri di kampung pun banyak yang perlu diperbaiki.

Kerana tekanan itu, Ayu pun turut pening kepala dan terpaksa melupakan seketika niatnya hendak membeli sebuah rumah teres untuk keluarga.

Tapi dia akan pastikan wang yang dimenanginya itu tidak disalahguna dan niat untuk memiliki rumah menggunakan wang itu akan tetap dilakukan juga nanti.

Niezam tanya juga macam mana hajatnya hendak mencantikkan gigi selepas memang OIAM itu? Rupa-rupanya Ayu sudah mendapatkan rawatan di sebuah klinik gigi tetapi apabila doktor mencabut sebatang giginya, terus dia demam seminggu.

“Ayu memang nak mencantikkan gigi tapi selepas cabut sebatang gigi geraham, Ayu tak boleh menyanyi kerana sakit. Suara pun berubah menjadi lain.

“Buat masa ini biarlah Ayu bersih dan putihkan gigi Ayu dulu sebelum membuat apa-apa rawatan lain,” katanya.

NIEZAM: Periksa gigi di Klinik Malek Taman Melawati.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: