Amy Mastura Tak Kisah Dilabel 'Sudah Senja'

14 May

DALAM awal 1990-an nama Amy Mastura dijulang dan begitu popular di persada seni. Ketika itu beliau adalah primadona filem Melayu, manakala lagu-lagu hits-nya menjadi pilihan stesen radio.

Wajah comelnya sering menghiasi dada akhbar dan majalah hiburan. Beliau juga disayangi kerana bebas daripada kontroversi dan gosip liar.

Namun, kini popularitinya kian pudar. Paling ketara, Amy tidak lagi mampu menarik perhatian produser dan sutradara untuk membintangi filem komersial mereka.

Kalau ada pun hanyalah drama Bawang Besar Bawang Kecil, dan sebagai ganti, aktres cantik seperti Fasha Sandha dan Maya Karin sering menjadi pilihan pasaran hiburan hari ini.

Bagaimanapun, Amy seakan tidak terkesan dengan persaingan itu.

‘Sepanjang Amy bergelar artis, tidak pernah terlintas di fikiran bahawa persaingan menjadi halangan kepada Amy meneruskan karier dunia seni.

‘Rezeki yang diperolehi sekarang mencukupi untuk menampung kehidupan Amy sekeluarga. Lagipun, dulu Amy bujang, tiada komitmen, tapi kini sudah berkeluarga. Justeru, dari segi masa antara kerjaya dan keluarga perlulah seimbang.

‘Hari ini, kita dapat perhatikan ramai muka baru yang muncul. Mereka lebih mendapat perhatian. Amy iri hati?

‘Perkataan itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup Amy dari mula-mula Amy bergelar artis. Ramai artis muda yang berbakat dan popular. Terus-terang Amy rasa bangga. Amy meletakkan diri sebagai penonton. Pasti Amy teruja apabila industri kita mampu melahirkan bakat baru sebagai pelapis,’ demikian luah Amy dalam laporan Berita Harian Malaysia.

Beliau menyambung: ‘Tak kan dari dulu sampai hari ini, peminat asyik nak tengok muka Amy Mastura saja? Sedar diri, itu yang paling penting. Apa yang artis muda lalui dan peroleh hari ini, Amy sudah pernah merasainya dulu.

‘Zaman sekarang bukan lagi era gemilang Amy macam dulu-dulu. Pun begitu, rezeki yang Amy peroleh hari ini, kalau bukan menerusi lakonan dan nyanyian, ia datang daripada sumber lain umpamanya iklan dan duta produk.

‘Orang kata Amy Mastura dah senja, suam-suam kuku, biarlah. Itu sekadar gelaran. Amy hanya anggap ia gurauan saja. Semua orang pun akan senja suatu hari nanti,’ kata Amy, yang tetap peramah seperti dulu.

Ada pula yang mendakwa kerana tidak ada peluang berlakon filem, Amy sanggup menerima watak sebagai wanita tua mengemis dalam program Cit Cat Raya Azwan 2007 baru-baru ini?

Adakah Amy terdesak?

‘Watak sebagai pengemis pun berlakon juga, jadi apa salahnya? Lagipun apabila tiba di set, baru Amy diberitahu kena buat apa. Amy menerimanya atas dasar persahabatan. Penerbitnya, Azwan Ali, kawan lama Amy,’ jelas Amy dengan tersenyum.

Powered by Cyberita

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: