Stacy Dinobat Juara AF6

25 May

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


Stacy

KUALA LUMPUR: Seperti yang diramal, Stracie Angie Anam atau Stacy, 18, yang sentiasa menduduki tempat teratas dalam setiap persembahan mingguannya dinobatkan sebagai juara program TV realiti popular, Akademi Fantasia musim keenam (AF6) pada konsert akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Stacy tidak dapat menahan sebak sebaik diumumkan sebagai juara oleh pengacara AF6, AC Mizal. Dia yang menyampaikan lagu Atas Nama Cinta nyanyian asal Rossa dan lagu baru, Aku Stacy ciptaan Intan Norul Azlina dan lirik oleh Intan Norul Azlina dan Layla Ismail berjaya memukau penonton.

Malah, pengkritik tetap, iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Ning Baizura serta pengkritik jemputan, Adlin Aman Ramlie turut kagum dan memuji persembahannya pada konsert akhir itu.

Pelajar kecil molek yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu menerima hadiah lumayan keseluruhan bernilai RM733,734, termasuk sebuah banglo empat bilik di A Famosa, Melaka (RM550,000), kereta Peugeot 307 XS tajaan Naza Motors Sdn Bhd (RM139,535), wang tunai RM25,000 sumbangan Hotlink, pakej percutian ke Itali tajaan Mayfirst, pakej pelancongan ke New York tajaan Maybelline, Sony Playstation tajaan Astro (RM1,199) bersama trofi AF6.

Naib juara, Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau Riz, 22, dari Grik, Perak menyanyikan lagu 11 Januari (Gigi) dan Hanya Sandiwara ciptaan Norliza Abu Bakar serta lirik oleh Dean. Dia membawa pulang hadiah bernilai RM96,076 iaitu kereta Naza Bestari tajaan Naza Motors Sdn Bhd (RM68,877), wang tunai (RM15,000), pakej percutian ke Itali, baucar pelancongan (RM3,000), Sony Playstation serta trofi AF6.

Tempat ketiga, Ahmad Nubhan Ahmad atau Nubhan, 22, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan menyampaikan lagu Bukan Di Sini (Sofaz) dan Ada Untukmu ciptaan Zeti Akmar, manakala lirik oleh Abie Abdullah. Kejayaan itu membolehkannya

membawa pulang hadiah bernilai RM21,199, iaitu wang tunai (RM10,000), pakej percutian ke Afrika Selatan, baucar pelancongan (RM2,000), Sony Playstation serta trofi AF6.

Khairul Nizam Baharom atau Toi, 31, dari Johor Bahru sekadar menduduki tempat keempat. Dia yang mendendangkan lagu Cinta Zulaikha (Mawi) dan Panahan Asmara ciptaan Muhd Nur Hadi dan Muhamad Hafiz manakala lirik oleh Ad Samad. Dia membawa pulang hadiah bernilai RM9,199 iaitu wang tunai (RM5,000), pakej percutian ke Chiang Mai, Sony Playstation serta trofi AF6.

Tempat kelima, Nadia Haswani Hasnan atau Nadia, 18, dari Kuala Lumpur yang menyampaikan Aku Lebih Tahu (Mila AF5) dan Kalut Lagi Mengarut ciptaan Clifford Joseph Hughes dan Amiruddin Syawal, manakala lirik oleh Syeikh Qalam. Dia menerima hadiah bernilai RM7,199 iaitu wang tunai (RM3,000), pakej percutian ke Chiang Mai, Sony Playstation serta trofi AF6.

Jumlah keseluruhan tajaan dan hadiah bagi AF6 bernilai hampir RM900,000. Hadiah disampaikan Pengetua AF6, Ramli MS.

Powered by Berita Harian

Advertisements

10 Responses to “Stacy Dinobat Juara AF6”

  1. zir May 26, 2008 at 12:35 am #

    time af6..sy pergi ke Stadium Putra Bukit Jalil tengok AF6 ni…memang seperti yang diramal stacy jadi juara….semua orang undi stacy..
    alamak terleby sudah!!!!!
    hehe

  2. lottie May 26, 2008 at 11:47 am #

    stacy mmg best…

  3. qistina May 26, 2008 at 3:33 pm #

    stacy mmg cute.saya selalu dgr stacy nyanyikan lagu terbaru dari corong2 radio.kami sekeluarga akn selalu menyokong stacy and congratulations to you.ALAMAK TERLEBIH SUDAH,kekalkan kata2 itu,ok!!!

  4. afrina May 26, 2008 at 3:38 pm #

    stacy best sgt………stacy juara,ALAMAK TERLEBIH SUDAH…

  5. aina May 26, 2008 at 3:39 pm #

    stacy the best..alamak terlebih sudah..huhu

  6. bibie May 26, 2008 at 3:40 pm #

    Love Stacy…power gilerrrrr….god bless you stacy….

  7. mira May 26, 2008 at 6:50 pm #

    yeahhhhhhhhhhhhhh”””””””””’stacy menang……tahniah

  8. dayah_johor92 May 26, 2008 at 9:03 pm #

    wa cayalah sama lu stacy!!!!!pastikan diri anada bersinar sentiasa!!!
    saya akan sentiasa menyokong anda tak kira apa pun dugaan melanda!!
    aku dayah & pemaisuri

  9. Syaza Nubhan May 31, 2008 at 1:29 pm #

    Stacy 4 ever best! Nubhan best gak!

  10. Syaza Nubhan May 31, 2008 at 1:30 pm #

    Lagu Aku Stacy n lagu Nubhan bes la.. Apa nama tajuk dia ek?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: